400,000 rakyat Palestin terperangkap di kem pelarian dalam serangan terbaharu Israel
BAITULMAQDIS: Ratusan ribu orang awam di Gaza masih terperangkap akibat serangan terbaharu Israel yang tertumpu di kem pelarian Jabalia, menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi manusia.
Ketua Agensi Pelarian Palestin PBB (UNRWA), Philippe Lazzarini, berkata sekurang-kurangnya 400,000 orang terperangkap di kawasan berkenaan.
Katanya, terdapat laporan mengenai mayat yang tidak dapat diambil di jalanan akibat pertempuran secara berterusan.
Lazzarini berkata, arahan pemindahan terkini daripada pihak berkuasa Israel memaksa orang ramai melarikan diri berulang kali, terutama dari kem Jabalia.
"Ramai yang enggan berpindah kerana mereka tahu dengan jelas tiada tempat yang selamat di mana-mana kawasan di Gaza," katanya.
Tentera zionis Israel menyatakan serangan besar-besaran yang kini memasuki hari kelima, bertujuan untuk menghentikan pejuang Hamas daripada melancarkan serangan lanjut dari Jabalia serta menghalang mereka daripada berkumpul semula.
Tambah Lazzarini, beberapa pusat perlindungan dan perkhidmatan UNRWA terpaksa ditutup buat kali pertama sejak perang bermula dan hampir tiada bekalan asas yang tersedia sekali gus menyebabkan masalah kebuluran mula merebak semula di utara Gaza.
"Operasi ketenteraan terbaharu ini juga mengancam pelaksanaan fasa kedua kempen vaksinasi polio untuk kanak-kanak," katanya.
Pihak berkuasa Israel bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang komen terhadap kenyataan Lazzarini.
Sebelum ini, Israel menyatakan mereka memudahkan penghantaran makanan ke Gaza walaupun dalam keadaan yang mencabar.
Walaupun selepas setahun serangan bertubi-tubi Israel ke atas Gaza, serta pengisytiharan berkala oleh IDF dan pegawai lain yang mendakwa sudah mengalahkan Hamas, tentera Zionis terus menyerang utara Gaza untuk kali ketiga minggu ini dan mendakwa tindakan itu perlu untuk menghalang Hamas daripada 'berkumpul semula.
Selain arahan pemindahan, IDF turut mengarahkan penutupan beberapa hospital di utara Gaza sekali lagi, termasuk hospital Kamal Adwan dan Al-Awda.
Pusat Hak Asasi Manusia Al Mezan menggambarkan situasi itu sebagai 'dejavu' di media sosial, serta menyatakan semua pihak tahu kengerian yang bakal berlaku selepas arahan berkenaan dikeluarkan.
Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam serangan tentera Zionis ke atas Gaza malam tadi, termasuk lima kanak-kanak dan dua wanita.
Dua serangan itu menyasarkan khemah untuk orang yang dipindahkan di kem pelarian bandar Nuseirat dan Bureij di tengah Gaza.
Sementara itu, mayat sembilan orang, termasuk tiga kanak-kanak dibawa ke hospital Al-Aqsa di bandar Deir al-Balah yang berdekatan.
Kematian terbaharu ini menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terbunuh di Gaza akibat peperangan Israel sejak Oktober 2023 kepada 42,010, dengan 97,720 lagi mengalami kecederaan, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
PBB pemimpin2 dunia jadi pemerhati berbincang2 atau nak bertindak supaya dapat d hentikan semua ini!!
BalasPadamGambar cerita hitam putih combat vic moore ada lagi rupanya, semuanya hitam putih belaka, siapa baik siapa jahat ikut tayangan arahan orang tertentu, dalam dunia ini tak ada hitam putih ada coklat ada perang ada ungu ada.warna lain jugak bukan semua dapat melihat sebab otak dicat lama hitam putih, manusia begitu melihat apa dia mahu melihat sekejap turun katup mata kah kah kah
BalasPadam