Rabu, 30 Oktober 2024

APA JANJI ANWAR PADA NAJIB ?



Adakah Anwar, yang gelar dirinya “bapa” pada negara, akan bebaskan Najib?
PUTRAJAYA — Adakah Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan menentang usaha untuk mendapatkan pembebasan awal untuk Najib , cabar mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya.

Latheefa membuat cabaran itu selepas Anwar menghentam pihak yang mengkritiknya kerana menerima permohonan maaf Najib atas skandal 1MDB.

Kata Latheefa yang juga seorang peguam di X yang dipetik oleh MalaysiaKini Ahad 28 Okt, “Adakah PM bersedia untuk menyatakan secara terbuka yang kerajaan akan menentang, melalui semua jalan perundangan yang ada, pembebasan awal Najib dari Penjara Kajang, dengan mengambil kira bahawa kes 1MDB adalah kecurian dana awam paling teruk sejak Merdeka?”

Kenyataan itu selepas Anwar menjelaskan tindakannya menerima permohonan maaf Najib adalah untuk menunjukkan kepimpinan yang baik, khususnya dalam situasi terdapat pihak lain mengemukakan permohonan secara baik.

“Orang minta maaf pada kita, takkan hendak kata aku tak terima… ini apa perangai, manusia apa ini?

“Saya perdana menteri, saya ‘bapa’ pada negara…. (bila) orang cakap macam itu (mohon maaf) saya nak buat apa? Saya kata kita terima baiklah,” katanya yang dipetik Berita Harian Online.

Latheefa turut menegur Anwar kerana menggelar dirinya “bapa negara”, menyifatkannya sebagai konsep feudal yang tidak terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan bertentangan dengan semangat reformasi.

“Kedua, ada sebab yang wajar mengapa media sosial dan internet meledak dengan kemarahan apabila Anwar menerima permohonan maaf Najib,” kata Latheefa lagi.

Latheefa juga membangkitkan rekod kerajaan berhubung pengurangan hukuman Najib dan juga keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi daripada pertuduhan rasuah.

“Anwar mesti menangani kebimbangan ini, bukannya melabel mereka yang bertanya sebagai ‘bebal’ dan sebagainya.” katanya lagi.— BebasNews

WOIT

APA JANJI

ANWAR PADA

NAJIB ?

JENG JENG JENG

AMIN

3 ulasan:

  1. Biaso la, utk kokal berkuaso kono la ado timbang tara. Den sonyap lamo dah. Bukan sobab bonci dgn tt, tapi den bonci dgn malaysia mad dan ni skrg. Ok dah, timo kasih.

    BalasPadam
  2. Zahid Ponorogo ade 47 kes boley lepas .. tak kan Mapadulong ade 25 kes je tak boleh lepas .. mana achi. Rosmah Badak bila nak di sumbat dlm jil .. ala bajet bagi mentedarah Badak ni hanya satu lori kechik je sehari.

    BalasPadam
  3. ingat tuhan. jangan kuat bohong sangat!

    BalasPadam