Rabu, 23 Oktober 2024

AUSTRALIA LAWAN CHINA MERAH



Australia labur AS$4.7 bilion beli peluru berpandu canggih AS

SYDNEY: Australia mengumumkan sudah memeterai perjanjian bernilai AS$4.7 bilion (RM20.32 bilion) untuk memperkuat angkatan lautnya dengan peluru berpandu sederhana dan jarak jauh canggih dari Amerika Syarikat (AS) susulan peningkatan aktiviti ketenteraan di Asia Pasifik.

Canberra menyifatkan perjanjian itu sebagai pencapaian penting kepada angkatan pertahanan laut Australia, selaras strategi baharu yang diumumkan tahun ini untuk menghalang 'taktik paksaan' China di rantau ini.

Australia berkata, pihaknya akan membelanjakan Aus$7 bilion (AS$4.7 bilion) untuk memperoleh peluru berpandu SM-6 yang boleh dipasang pada kapal, mampu menyerang pesawat dan peluru berpandu kruiser serta peluru berpandu SM-2 Blok III C jarak sederhana dengan kemampuan panduan dan pengesanan baharu.

"Australia menghadapi persekitaran geo-strategi paling kompleks sejak Perang Dunia Kedua," kata Menteri Industri Pertahanan Australia, Pat Conroy yang melawat Washington.

Katanya, peluru berpandu 'terkemuka dunia' akan menjaga keselamatan rakyat Australia, menghalang mana-mana musuh dan mempertahankan kepentingan negaranya pada zaman peluru berpandu.

Dalam pada itu, menurut kerajaan, peluru berpandu itu akan digunakan secara progresif merentasi tiga kapal pemusnah kelas Hobart Australia dan kemudian kapal frigat anti kapal selam kelas Hunter yang dirancang negara itu.

Pada April lalu, Australia melancarkan strategi pertahanan yang membayangkan peningkatan mendadak dalam perbelanjaan pertahanan untuk mengatasi kelemahannya kepada musuh yang mengganggu perdagangan atau menghalang akses kepada laluan udara dan laut yang penting.

Selain membangunkan armada permukaannya dengan pantas, Australia merancang menggunakan kapal selam berkuasa nuklear tersembunyi dalam perjanjian tiga pihak dengan AS dan Britain yang dikenali sebagai AUKUS.

Menurut Menteri Pertahanan Richard Marles pula, peluru berpandu baharu AS menunjukkan niat Angkatan Pertahanan Australia (ADF) untuk meningkatkan 'kematian' tentera lautnya.

Ia 'akan membolehkan Tentera Laut kami menyerang sasaran maritim, darat dan udara pada jarak jauh dan menyediakan keupayaan pertahanan peluru berpandu balistik terminal, selain turut meningkatkan kapasiti ADF untuk melindungi warga Australia dan kepentingannya," katanya. - AFP

AUSTRALIA

BERSAMA 

AMERIKA

AKAN LAWAN

CHINA MERAH

AMIN

BANTU ASEAN

JIKA CHINA

BUAT KACAU

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan