AS hadkan bantuan ketenteraan kepada Israel
MOSCOW: Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk mengehadkan bantuan ketenteraan kepada Israel berhubung isu bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, lapor Sputnik memetik Setiausaha Negara AS, Antony Blinken pada Jumaat.
"Jadi, kami sudah berhubung secara langsung dengan Israel mengenai kepentingan menangani keperluan kemanusiaan penduduk di Gaza … Kami akan menggunakan undang-undang.
"Saya mempunyai tanggungjawab berterusan untuk memastikan bahawa bantuan yang kami berikan dilakukan mengikut undang-undang, sama ada ia membabitkan Undang-undang Leahy, undang-undang kemanusiaan antarabangsa, atau perkara lain yang menjadi tanggungjawab kami," kata Blinken pada sidang media selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Laos.
Sidang Kemuncak ASEAN itu diadakan dari 6 hingga 11 Oktober di Vientiane, Laos.
pivot asia. akan diikat dengan nato asean.
BalasPadam