Rabu, 16 Oktober 2024

CALON KERUSI BAGAN DATUK



Hakim, adik Zahid Hamidi sertai Pas
SEPANG — Adik kepada Presiden UMNO, Abdul Hakim Hamidi telah menyerahkan permohonan menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir Masduki menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Pas Parit Buntar.

“Semoga dengan kehadiran beliau dapat mengukuhkan lagi hubungan pimpinan UMNO yang cintakan perpaduan yang berlandaskan Islam,” katanya.

Menerusi video tersebut, borang keahlian itu diserahkan kepada Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur.

Sementara itu memetik laporan FMT, Hakim dilaporkan mendakwa perjuangan UMNO diketuai abangnya Zahid semakin lemah dalam menjaga hak Melayu dan Islam dengan tegas, menyebabkannya memohon menyertai Pas.

Hakim turut mendakwa keputusan meninggalkan UMNO kerana ingin kembali kepada perjuangan keluarganya yang mana bapanya Hamidi Abdul Fatah sebelum ini seorang aktivis Pas.

Menurutnya, namun bapanya menyertai UMNO mengikut jejak langkah Zahid kerana yakin UMNO sebagai parti Melayu komited menjaga Islam.

“UMNO yang dulu menjaga hak Melayu dan agama Islam dengan tegas kini semakin lemah. Kekuatan Melayu semakin terhakis dan agama Islam sering kali dipermainkan individu-individu tertentu,” katanya dalam kenyataan sepert dilaporkan FMT.

Hakim yang mendakwa dirinya kerap membantu abangnya di Bagan Datuk menegaskan: “UMNO sudah tidak lagi seperti zaman saya. Kepercayaan saya pada perjuangan asal UMNO mula pudar.”

Tegasnya, keadaan itu membuatkan dirinya ingin kembali kepada Pas yang didakwanya masih mampu mempertahankan hak Melayu dan kedaulatan Islam di negara.

“Seperti mana yang pernah disuarakan oleh Tun Abdul Razak pada 1973, apabila UMNO dalam masalah, orang Melayu harus bersatu bersama PAs,” dakwanya.

Hakim juga menjelaskan walaupun beliau memilih jalan politik berbeza dengan Zahid, hubungan persaudaraan antara mereka tetap utuh.

“Parti boleh berbeza, tetapi silaturahim tidak akan terputus,” katanya. BebasNews


WOIT

TAK CAYA LAGI

PADA ABANG ZAHID

KAH KAH KAH

ATAU INI CARA

NAK JADI CALON

BAGAN DATUK

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

  1. Pas tak belajar ke darı 6 jahanam terutama syed abdul husin syed abu fasal

    BalasPadam