Sabtu, 19 Oktober 2024

GUA UDAH BILANG - GUA ULANG - GUA UDAH BILANG



'Jahanamlah dengan Palestin kau...' – wartawan terkemuka diserang penyokong kerajaan kerana tegur Anwar

Penyokong kerajaan dan tentera siber (cybertrooper) Pakatan Harapan (PH) dilihat berpusu-pusu mempertahankan Anwar Ibrahim sejak beberapa hari kebelakangan ini selepas seorang wartawan terkemuka berpangkalan di United Kingdom menegur perdana menteri kerana mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Anthony Blinken.

Sami Hamdi mengkritik Anwar kerana gagal menggunakan peluang itu untuk menunjukkan kekecewaannya dengan sikap Blinken yang merupakan antara penyokong Zionis paling tegar dalam pentadbiran Joe Biden, ketika Sidang Kemuncak Asean di Laos baru-baru ini.

Menurutnya, Anwar boleh sahaja memutuskan untuk mengelak daripada bertemu Blinken untuk menghantar isyarat tersebut.

"Wahai Anwar... Anda sepatutnya tidak bertemu Blinken ketika dia menyembelih umat Islam Palestin dan Lubnan," kata Hamdi, penganalisis risiko global yang juga berperanan sebagai penasihat kepada beberapa kerajaan mengenai geopolitik Timur Tengah.

"Sebaliknya, anda boleh menghantar pegawai pangkat rendah untuk membincangkan perkara seperti semi-konduktor," katanya merujuk kepada kenyataan Anwar dalam pertemuan itu yang mengalu-alukan pelaburan syarikat teknologi AS di Malaysia.

Anwar dalam pertemuan itu turut merakamkan "penghargaan atas peranan penting AS membabitkan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2735" iaitu usul gencatan senjata di Gaza.

Kenyataan Hamdi itu mencetuskan kemarahan penyokong kerajaan yang tidak henti-henti mengutuk beliau menerusi pelbagai akaun X yang digunakan tentera siber PH.

"'Go f*** with your Palestine or Lebanon' (Pergi jahanam dengan Palestin atau Lubnan kamu)," tulis Raja Mohd Shahrim yang mengendalikan akaun X dipanggil "BuletinRMS".

"Kami rakyat Malaysia berdiri bersama pemimpin kami," tulisnya.

Pengguna X "229th Tactical Fighter Squadron" pula menulis: "Middle east goatf***er trying to dictate what our country can do and cannot do" (Perogol kambing timur tengah cuba ajar apa yang negara kami boleh buat dan tak boleh buat). 

"Jalang, jaga negara sial kau dulu," katanya.

"Pergi berak atas pemimpin Arab anda sendiri," menurut satu lagi akaun pro-kerajaan, StratCommMADANI.

Manakala pengguna Artemis P menulis: "Go f*** yourself... siapa kau nak beritahu PMX kami apa yang perlu dilakukan? Adakah anda rakyat Malaysia!"

Ramai pengguna pro-kerajaan cuba menjustifikasi kemesraan yang ditunjukkan Anwar terhadap Blinken, antara pemimpin kerajaan AS yang berterusan menyokong kempen pengeboman Israel ke atas Gaza, yang setakat ini mengorbankan lebih 40,000 orang awam Palestin.

"Jangan paksa agenda kamu ke atas perdana menteri kami. Bersyukurlah dan hentikan kebencian. Dia bertanggungjawab kepada negara dan dia tak berhutang apa-apa kepada kamu dan agenda kamu," kata Joshua Chuah.

Manakala Kent menulis dalam nada yang seakan-akan sinis: "Dia (Anwar) menggunakan strategi perang Sun Tzu."

Reaksi mereka membawa balik kepada serangan yang dihadapi seorang aktivis Palestin berpangkalan di Malaysia beberapa hari selepas peristiwa 7 Oktober di Gaza tahun lalu.

Muslim Imran menjadi sasaran kerana menyifatkan respon Anwar terhadap pengeboman Israel tidak sehebat tiga perdana menteri sebelum beliau.

"Sehingga kini, seminggu selepas serangan Israel, respon Malaysia tidak menunjukkan apa yang sebetulnya Malaysia boleh lakukan," kata Imran, yang merupakan sebahagian biro antarabangsa Hamas dan menetap di Malaysia selama lebih dua dekad, ketika menjadi tetamu dalam podcast Keluar Sekejap.

Imran kemudian menjelaskan pandangannya itu disalah ertikan.

"Saya tidak pernah bermaksud atau berniat memperkecilkan usaha besar Perdana Menteri Anwar Ibrahim atau kerajaannya," katanya susulan pelbagai mesej kebencian terhadap dirinya.

'Sesumpah'

Sementara itu, ratusan komen bersetuju dengan Hamdi, di mana kebanyakannya menuduh Anwar bersikap talam dua muka dalam isu Palestin.

"Anwar hanya boneka. Dia boleh berubah warna seperti sesumpah," kata Satoshi Nakamoto dalam X.

“Percayalah, dia pemimpin hipokrit,” tulis Kamarul Afiq.

"Kami rakyat Malaysia menentang pembunuhan beramai-ramai. Kami secara aktif memboikot. Dan tidak, saya tidak mengundi dia sebagai PM. Sungguh memalukan. Nampaknya dia kelihatan sangat gembira bersama Blinken," kata pengguna Instagram, fanna.mzf.

Seorang pengguna X, connerylazenby, menyifatkan sokongan Anwar terhadap Palestin sebagai "lakonan" sambil memuat naik laporan mengenai penangkapan aktivis pro-Palestin di Malaysia kerana terlibat dalam demonstrasi anti-Israel.

Pengguna Instagram hmsag1924 pula memetik kata-kata Dr Mahathir Mohamad: "Seperti kata Tun Dr Mahathir dalam bukunya A Doctor in the House di muka surat 409: 'Beliau (Anwar Ibrahim) boleh menjelma sebagai apa-apa sahaja kepada semua orang'."

Kritikan terbaru terhadap Anwar itu di sebalik keengganan kerajaannya untuk membatalkan langkah kontroversi menjual saham syarikat milik kerajaan yang menguruskan lapangan terbang seluruh negara, kepada sebuah firma dimiliki pengurus dana AS, BlackRock.

Pelan itu menyaksikan Global Infrastructure Partners milik BlackRock mengambil 30% kepentingan dalam konsortium untuk mengurus Malaysia Airports, bersama-sama Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dua entiti di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan diterajui Anwar.

Anwar telah mengenepikan kritikan utama mengenai pelan itu, iaitu peranan BlackRock dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin menerusi hubungan rapat ekonomi dan ketenteraan dengan Israel.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan tidak boleh memutuskan hubungan dengan mana-mana syarikat yang mempunyai urusan dengan Israel.

Pendirian sama diambil beliau pada awal Mei apabila kumpulan pro-Palestin membantah kehadiran beberapa syarikat pertahanan yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel di sebuah pameran pertahanan di Kuala Lumpur.

Anwar ketika itu berkata tidak menjadi masalah untuk mereka beroperasi di Malaysia selagi syarikat itu tidak didaftarkan di Israel.

Isu BlackRock dilihat antara cabaran utama Anwar sejak dilantik sebagai perdana menteri, di sebalik tuduhan beliau lebih mesra dengan Amerika Syarikat dan Israel berdasarkan kenyataan lampau, termasuk wawancaranya dengan Wall Street Journal pada 2012 yang memetiknya sebagai berkata akan "menyokong usaha mempertahankan keselamatan Israel".

GUA UDAH

BILANG SEKARANG

LU BARU CAYA

KAH KAH KAH

GUA ULANG

GUA UDAH 

BILANG SEKARANG

LU BARU CAYA

AMIN

KHALAS

5 ulasan:

  1. boleh guna modal reformasi guna boleh guna sakau 47 beres apa2 boleh guna gunakan tapi bila blackrock saham mahb biarkan Bloomberg x saman lagi pasai apa!? jika benar2 siiasat ia fitnah bila nk saman? bila lagi?

    BalasPadam
  2. Biro Hamas diKL ada lah kimak celaka yg mau di naik seperti taraf Duta Besar Palestine.

    Dapat status VIP Duta dan boleh sedut duit2 sumbangan Kerajaan.

    Malaysia sahaja halau Mamak ini kerana bersikap kurang ajar dgn PMX dan berkomplot dengan PN.’

    BalasPadam
  3. tunjukkan kau tu pemprotes terunggul. pakai cawat tidur atas pokok sebab segala-gala yang kau gunakan ada kaitan dengan blackrock. amacam ada telur? cakap je besar! poorah!

    BalasPadam
  4. mana selipar serta pasu bunga yang dipecahkan oleh warga palestin tempoh hari? kau sembunyikan ye? penipu ptuih!

    BalasPadam
  5. Ohhh ada sel hamas di malaysia..ini udah terlebih bagus! Terus berusaha.

    BalasPadam