Rabu, 9 Oktober 2024

HARGA RON85 AKAN NAIK




Pelarasan subsidi bahan api RON95 satu keperluan – Pakar ekonomi

KUALA LUMPUR – Pelarasan subsidi bahan api RON95 dilihat satu keperluan ketika ini memandangkan pelaksanaannya selama ini hanya menguntungkan golongan berpendapatan tinggi iaitu kumpulan yang lebih banyak menggunakan bahan api bersubsidi tersebut.

Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, pelarasan subsidi bahan api RON95 itu juga mampu mengatasi masalah ketirisan khususnya melibatkan aktiviti penyeludupan dan penggunaan bahan api bersubsidi oleh warga asing.

Bagaimanapun, ujar beliau, negara perlu berhadapan dengan kesan jangka pendek ekoran pelaksanaan pelarasan subsidi RON95 itu antaranya kenaikan inflasi disebabkan penggunaan bahan api itu adalah begitu ketara dalam kalangan rakyat.

“Perkara ini dapat dilihat dengan jelas dalam pemberat Indeks Harga Pengguna iaitu lima peratus berbanding 0.2 peratus bagi penggunaan diesel.

“Oleh itu, isu rasionalisasi bahan api RON95 ini perlu diterangkan dengan jelas kepada rakyat,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Sementara itu, Mohd. Afzanizam berkata, langkah mitigasi ekoran pelarasan subsidi RON95 itu kelak seperti bayaran tunai secara langsung kepada mereka yang layak menerima bantuan kewangan perlu dilakukan dengan cekap.

Jelas beliau, ia bagi memastikan pengguna yang layak tidak menunggu masa yang lama untuk menerima bantuan masing-masing yang mungkin boleh mencetuskan kesan lain.

Sebelum ini, beberapa pemerhati ekonomi menyifatkan sekarang adalah masa yang sesuai untuk kerajaan mempertimbangkan pelarasan subsidi bahan api RON95 berikutan pengukuhan ringgit dan penurunan harga komoditi global.

Memetik kenyataan ahli ekonomi CGS International, Nazmi Idrus seperti dilaporkan media baru-baru ini, kata beliau, perbezaan antara harga pasaran RON95 dan harga subsidi kini adalah dalam julat yang paling rendah sejak akhir pandemik Covid-19.

Ujar beliau lagi, pengukuhan ekonomi domestik serta kestabilan politik juga mewujudkan peluang untuk kerajaan melaksanakan reformasi subsidi bahan api RON95 tanpa menjejaskan kestabilan pasaran secara ketara.

Terdahulu, bermula 10 Jun lalu, kerajaan menyelaraskan harga diesel mengikut harga pasaran dengan harga permulaan di semua stesen runcit petrol di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada harga RM3.35 seliter.

Menteri Kewangan II,  Amir Hamzah Azizan berkata penjimatan yang dianggarkan sebanyak RM4 bilion daripada penyasaran subsidi diesel itu dijangka memberi ruang fiskal yang lebih luas kepada kerajaan dalam usaha mempertingkatkan kualiti pelbagai perkhidmatan yang menjadi kepentingan kepada rakyat. – 


WOIT

BERITA INI

BERTUJUAN

MENGOLAH

PERSETUJUAN

UNTUK NAIK 

HARGA RON95

AMIN

DITUDUH SELUDUP

DTUDUH WARGA

ASING DAPAT

FAEDAH

AMIN

NANTI AKAN ADA

BERITA MINYAK KITA

LEBIH MURAH

DARI MINYAK

 DI SWEDEN

DI SINGAPURA

DAN DI SIAM

KAH KAH KAH

INI CARA MADANI

OLAH CERITA

BUAT ALASAN

KENAPA MINYAK

NAIK HARGA

AMIN 

TAK  NAK SEBUT

 INI DASAR IMF 

KHALAS

2 ulasan:

  1. Impak org gomen gaji naik paling tinggi dlm sejarah .. impak nyo sogalo harga nak di naikan, ayam dan tolo dah tak do subsidi .. babi den tak tau.

    Den dah mulo tak bayar chokai untuk simpan bokal ari tuo, den pencen tak do jadi pado di bori org dgn byr chokai baik den sorok kan duit tu bawah katil.

    BalasPadam
  2. Kita ada minyak apa jadi? Cuba selidik usa zionis gelaran yang you bagi...1 dollar..berapa lama? Kita asyik tukor apa hal? Selidik la sikit ngok..jangan jadi macai...

    BalasPadam