Hizbullah lantik Naim Qassem sebagai ketua baharunya
BEIRUT: Hizbullah hari ini mengumumkan sudah memilih Timbalan Ketuanya, Naim Qassem sebagai pengganti Hasan Nasrallah sebagai pemimpin kumpulan disokong Iran itu.
Beliau akan menerajui kumpulan itu, menggantikan Nasrallah yang maut dalam serangan Israel di selatan Beirut, bulan lalu.
"Majlis (pentadbiran) Syura Hizbullah bersetuju untuk mengundi... Sheikh Naim Qassem sebagai Setiausaha Agung Hizbullah," katanya dalam kenyataan.
Ketua Majlis Eksekutif Hizbullah, Hashem Safieddine, pada awalnya dijangka menggantikan Nasrallah.
Namun, beliau juga terbunuh dalam serangan Israel di pinggir selatan Beirut tidak lama selepas pembunuhan Nasrallah.
Qassem, 71, adalah antara pengasas Hizbullah pada 1982 dan dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Jeneral sejak 1991, iaitu setahun sebelum Nasrallah mengambil alih kumpulan berkenaan.
Beliau dilahirkan di Beirut pada 1953 dan berasal daripada keluarga dari kampung Kfar Fila di sempadan dengan Israel.
Selepas Nasrallah secara umum bersembunyi susulan perang kumpulan itu dengan Israel pada 2006, beliau muncul sebagai pegawai paling senior yang berterusan membuat penampilan awam.
Sejak kematian Nasrallah dalam serangan udara Israel pada 27 September lalu, Qassem sudah memberikan tiga ucapan di televisyen, bercakap dalam bahasa Arab lebih formal berbanding bahasa campuran Lubnan yang digemari Nasrallah. - AFP
Kah kah kah!
BalasPadamYaaaay...hydra hydra..hail hail..
BalasPadam