Ahad, 20 Oktober 2024

HIZBULLAH SERANG RUMAH SETANYAHU


Dron serang kediaman Netanyahu

BAITULMAQDIS: Pejabat Perdana Menteri Israel memaklumkan sebuah dron dilancarkan ke arah kediaman Benjamin Netanyahu di Caesarea hari ini.

Terdahulu, terdapat laporan mengatakan sebuah dron dari Lubnan menghentam sebuah struktur di bandar tengah Israel.

"Sebuah UAV (kenderaan udara tanpa pemandu) telah dilancarkan ke arah kediaman Perdana Menteri di Caesarea.

"Perdana Menteri dan isterinya tidak berada di lokasi terbabit. Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu," kata pejabat Netanyahu dalam satu kenyataan.

Ia tidak jelas sama ada struktur yang dilaporkan tentera terkena bedilan dron berkenaan oleh adalah kediaman peribadinya.

Tentera melaporkan tiga dron dilancarkan dari Lubnan hari ini.

Dua daripadanya berjaya dipintas.

Satu serangan peluru dilancarkan dari Lubnan ke utara Israel hari ini, dengan siren berbunyi di seluruh utara Israel selang waktu tertentu.

Satu serangan peluru peluru telah dilancarkan dari Lebanon ke utara Israel hari ini, dengan siren berbunyi di seluruh utara Israel pada selang waktu tertentu.

Sementara itu, pihak berkuasa Lubnan melaporkan dua orang terbunuh dalam serangan Israel di Jounieh dekat utara Beirut, hari ini.

Ia dikatakan serangan pertama di kawasan itu sejak Hizbullah dan Israel mula bertukar serangan tahun lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan, serangan Israel mengenai sebuah kereta di Jounieh, dengan media kerajaan Lubnan melaporkan bahawa serangan itu berlaku di sebuah lebuh raya utama menghubungkan ibu kota dengan bahagian utara negara itu. - AFP


HIZBULLAH

YANG HEBAT

AMIN

BOLEH HANTAR

DRONE CARI

RUMAH SETANYAHU

AMIN

ERTINYA HIZBULLAH

TAHU DI MANA

SETANYAHU 

TIDUR

KAH KAH KAH

AMIN

2 ulasan:

  1. skrg dia pun dlm bahaya! dok kuat dgn senjata teknologi uncle Sam mana mau lari sembunyi baru padan patut silap sangkut kahkahkah

    BalasPadam
  2. paling teruk pun rumahnya terbakar. cuba bandingkan dron yang digunakan untuk menghapuskan jeneral iran? ada persamaan dari saiz ke? angan-angan mat jenin ke? Kah kah kah!

    BalasPadam