Jumaat, 25 Oktober 2024

INI TANDA CHINA MERAH AKAN MENJAJAH TANAH MELAYU


BENDERA CHINA BERKIBAR

DI TELUK INTAN

TELUK INTAN – Persatuan Kebudayaan Guan Gong memohon maaf atas insiden pengibaran bendera negara China di kawasan berhampiran Dataran Menara Condong Teluk Intan sebagaimana dalam video tular.

Pengerusinya, Soon Boon Hua berkata, tindakan mengibarkan bendera berkenaan tidak dirancang serta tiada dalam atur cara yang disediakan pihaknya selaku penganjur Sambutan Guan Gong Sedunia di Malaysia.

Katanya, insiden berkenaan melibatkan rombongan dari Negara China pada malam perarakan di Teluk Intan pada Khamis.

“Sambutan Guan Gong Sedunia adalah merupakan program yang telah berlangsung melebihi banyak tahun dan dianjurkan dari Johor ke Kedah, dan Perak merupakan salah satu stesen (lokasi acara) yang terlibat.

“Dalam setiap program sambutan ini di pelbagai negeri, pihak pengelola akan mengibarkan Bendara Malaysia iaitu Jalur Gemilang sebagai simbol patriotik. Perarakan dan sambutan di Teluk Intan tidak terkecuali daripada itu,” katanya melalui hantaran pada laman Facebook, pada Jumaat.

Tambah Boon Hua, pihaknya akan meneliti segala aspek yang perlu diperbaiki demi menjayakan program berkenaan pada masa akan datang.

Terdahulu tular di media sosial gambar dan video berdurasi sekitar seminit memaparkan beberapa individu mengibarkan bendera China berhampiran dengan Menara Condong Teluk Intan. – 

WOIT

TANDA MAKIN

JELAS

AMIN

BILA PERSEMPADAN

SEMULA BERLAKU

MAKA KUASA

MELAYU

 AKAN PADAM

 AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan