KENAPA SAYA
SOKONG
DONALD TRUMP
Pada Selasa 5 November 2024 Amerika akan mengadakan pemilihan Presiden untuk memilih Presiden yang ke 60. Kita di Malaysia malah di luar Amerika hanya di beritahu dua sosok - Kamala Harris dari Parti Demokrat dan Donald Trump dari Parti Republikan yang bertanding.
Ini tidak tepat.
Sebenarnya ada tiga lagi calon yang langsung tidak di laporkan oleh media. Pertama ialah Cornel West 70 tahun. Seorang ahli akademik dan ahli falsafah berkulit hitam dari Peoples Party. Sosok ini terlibat dalam gerakan Black Lives Matter.
Chase Oliver 40 tahun – lelaki gay dari Party Liberterian yang amat popular dikalangan anak muda Amerika.
Dari Green Parti ialah Jill Stein yang pernah bertanding pada tahun 2012 dan 2016. Wanita yang berumur 74 tahun ini ialah seorang doktor dan aktivis politik.
Manakala Robert Kennedy Junior anak buah arwah Presiden John F Kennedy dibatalkan pencalonan sebagai calon bebas.
Dalam masa yang sama warga Amerika juga akan mengundi 435 kerusi untuk Dewan Congress dan 34 kerusi Dewan Senate yang kosong.
Wajib di ketahui dalam pemilihan presiden Amerika sapa dapat majoriti undi popular tidak semestinya akan menang. Yang memenangkan ialah undi dari 50 buah negeri. Setiap negeri yang ramai penduduk akan memiliki banyak undi berbanding dengan negeri kecil. Contohnya Alaska hanya ada 3 undi manakala Florida ada 30 undi. Jumlah undi dari negeri-negeri inilah yang akan membawa calon ke Rumah Putih.
Kita di luar Amerika hanya di beri tahu mengundi pada 5 November ini hanyalah pertarungan dua calon – Trump dan Kamala. Media arus perdana Amerika dengan niat jahat hanya melaporkan dua nama sebagai calon. Tujuan media ini ialah untuk menjual dan memperkuatkan sistem dua parti - Pepsi Cola dan Coco Cola. Jenama yang lain tidak akan diberi laporan.
Ketika tulisan ini digarap pengundian telah berjalan. Ini pengundian untuk undi awal dan undi pos. Pada 5 November ini ialah hari akhir penamat proses pengundian.
Tarikh mengundi di Amerika telah di tetapkan pada 5 November setiap empat tahun. Hujan ribut taufan pada tarikh ini pemilihan akan tetap di jalankan. Pada tahun 2016 Associated Press secara resmi telah mengumumkan keputusan pemilihan pada jam 2 pagi 9 November.
Tetapi kali ini pasti akan ada perubahan. Perubahan ini bukan secara resmi tetapi hasil suasana politik yang menjalar dan merebak di Amerika sekarang. Semenjak Donald Trump memasuki politik suasana politik Amerika berubah.
Presiden Joe Biden pada hari Jumaat 5 Oktober yang lalu telah dilaporkan menyatakan kebimbangan pilihan raya 2024 tidak akan "damai". Semua bergantung kepada keputusan.
"Saya yakin ia akan bebas dan adil," kata Biden kepada pemberita ketika membuat penampilan mengejut pada taklimat akhbar Rumah Putih. "Saya tidak tahu sama ada ia akan menjadi aman."
"Perkara yang Trump telah katakan dan perkara yang dia katakan kali terakhir apabila dia tidak menyukai keputusan undi adalah sangat berbahaya," sambungnya. "Saya perasan bahawa calon naib presiden Republikan tidak mengatakan dia akan menerima keputusan pilihan raya. Mereka tidak pun menerima keputusan pilihan raya lalu."
Kenapa Presiden Biden berkata sedemikian ?
Kesahnya begini : Pada pemilihan tahun 2016 semua media , semua stesen tv dan semua aparacik negara telah menyokong Hillary Clinton. Daulah terpendam – deep state - mahu Hillary menang. Semua penyokong Hillary kecewa – Donald Trump menang.
Tahun 2020 perkara yang sama telah berlaku. Kali ini daulah terpendam bersama industri senjata dan media telah bekerja lebih awal untuk memastikan Trump akan kalah untuk kali ke dua.
Ketika di Rumah Putih watak Trump di caci musnah. Pentadbiran Trump terus diganggu gugat. Kongres telah dua kali cuba memecat Trump. Semua gagal.
Trump terus popular dikalangan rakyat Amerika.
Pemilihan Presiden tahun 2020 Trump mendapat undi terbanyak. Trump tidak mahu menerima keputusan kerana yakin ada penipuan undi berlaku. Untuk Trump Presiden Biden adalah presiden tidak sah.
Untuk memastikan Trump tidak bertanding sekali lagi daulah terpendam telah menggunakan proses mahkamah untuk menghalang Trump dari bertanding. Hari ini Trump menghadapi tuduhan 34 kesalahan dalam hal perniagaan. Ada lagi dakwaan saman hubungan kesalahan seksual.
Projek ini juga gagal. Trump walau pun ada dakwaan mahkamah masih boleh bertanding mengikut Perlembagaan Amerika.
Semua ini adalah projek daulah terpendam untuk menafikan Trump dari bertanding dan kembali ke Rumah Putih.
Donald Trump tetap popular dan mendapat sokongan rakyat Amerika. Bancian dan pungutan suara yang dilaporkan oleh media yang anti Trump menunjukkan Kamala mengatasi Trump. Tetapi ada tetapinya. Tetapi Kemala mendahului Trump amat tipis.
Walau pun ada dakwaan mahkamah. Walau pun semua media arus perdana di Amerika mengambil garis memperlekeh dan menolak Trump – calon Republikan ini masih popular. Donald Trump masih tetap di hati rakyat.
Justeru rancangan di buat. Trump wajib di hapuskan. Justeru dua percubaan menembak mati Trump telah berlaku. Sesiapa yang rasional dan berkepala dingin akan mengakui bahawa percubaan membunuh calon Presiden ini adalah kerja daulah terpendam – deep state.
Tidak cukup dengan dua percubaan membunuh – telah dilaporkan ada juga percubaan membunuh Trump oleh orang luar.
Pada 9 Oktober 2024 Reuters telah melapor polis di Oklahoma telah menangkap Nasir Ahmad Tawhedi 27 tahun. Sosok imigran dari Afghanistan sedang merancang untuk melakukan keganasan pada hari mengundi atas arahan Daulah Islam.
Dalam masa yang sama media arus perdana Amerika telah mengolah berita dengan melaporkan bahawa Iran juga ada niat untuk membunuh Donald Trump.
Sekali imbas macam berita-berita ini cerita kartun. Tetapi di belakang lawak bodoh ini ada perancangan licik untuk memastikan Trump tidak akan menjadi penghuni Rumah Putih sekali lagi.
Kenapa daulah terpendam dan pemilik industri senjata dengan bantuan media tidak suka pada Donald Trump ?
Jawabnya mudah. Trump mahu mendahulukan Amerika. Kembalikan kegagahan ekonomi Amerika Mendahulukan rakyat Amerika bukan Ukraine. Amerika didahulukan bukan NATO.
Lima tahun dulu ketika berucap sebagai Presiden Amerika di perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Donald Trump telah menyampaikan manifesto nasionalis, mengecam "globalisme" dan pendatang haram dan mempromosikan patriotisme sebagai ubat untuk penyakit dunia.
Presiden Trump berkata. “Kami berjuang untuk Main Street, bukan Wall Street. Kami telah menolak globalisme dan memeluk patriotisme.”
Dasar dan kata-kata seperti ini menakutkan pemilik industri senjata yang terus mahu menjadikan Amerika polis dan mata-mata dunia.
Pada awal September yang lalu stesen Tv ABC telah mengadakan debat antara Trump dan Kamala. Bila Trump di tanya tentang Ukraine dia enggan menjawab.
Tapi dasar Trump terhadap Ukraine telah di jelaskan oleh JD Vance yang bertanding sebagai Naib Presiden Trump. Senator dari Ohio ini pernah mempertikaikan dasar Biden terhadap Ukraine dalam dewan Senate.
"Rakyat Amerika tidak akan bertolak ansur dengan satu lagi peperangan yang tidak berkesudahan dan saya juga tidak menyokong perang ini," kata Vance awal tahun ini apabila Kongres meluluskan kira-kira $61 bilion bantuan ketenteraan untuk Ukraine, satu langkah yang ditentangnya.
Ucapan seperti ini tidak mahu didengari oleh daulah terpendam dan pemilik kilang senjata seperti Blackrock, Lookheed Martin, General Dynamic atau Boeing.
Justeru Donald Trump dan JD Vance wajib di kalahkan dan Kamala Harris dan Tim Walz wajib dinobat ke Rumah Putih.
Tetapi mengalahkan Donald Trump tidak semudah itu. Kempen MAGA – Make America Great Again – jadikan Amerika gagah sekali lagi – memang disokong oleh rakyat. Sokongan yang paling ampuh untuk Trump datang dari jantan berkulit putih dari kelas bawahan. Kelas buruh ini merasakan mereka telah dimasukkan ke dalam longkang oleh elit politik dan elit perniagaan. Justeru mereka melihat Trump sebagai Al- Mahadi mereka.
Berita juga telah muncul melaporkan bagaimana warga berkulit hitam juga kini mula masuk menyebelahi Trump. Ini menakutkan Parti Demokrat yang sentiasa mendapat sokongan undi dari masyarakat berkulit itam.
Orang Itam di Amerika melihat Kamala Harris ini amat pura-pura. Tanpa segan silu Kamala mengakui dia berkulit hitam wal hal dia berketurunan India. Dalam suasana ini Budak Hitam bernama Obama telah di arahkan oleh daulah terpendam untuk keluar berkempen dan berceramah untuk menyokong Kamala.
Saya penyokong Trump yang tegar. Saya mahu Trump menjadi Presiden sekali lagi. Untuk saya Trump jujur. Belum pernah satu Presiden Amerika menuduh CNN sebagai penyebar berita bohong. Belum pernah Presiden Amerika mahu mengundur diri dari NATO. Belum pernah Presiden Amerika mahu Korea Selatan membayar kos tentera Amerika yang berpangkalan di sana. Belum pernah Presiden Amerika mahu perang di hentikan. Hanya Trump yang berani berkata sedemikian.
Saya akui bahawa Trump agak kasar tetapi dasar Trump terhadap pendatang haram cukup jelas. Trump mahu mendahulu bumiputera Amerika dari pendatang dan pendatang haram. Trump tidak berpura-pura.
Parti Demokrat ini berpura-pura. Wajib di beritahu disini bahawa budak itam bernama Obama lebih banyak membunuh dan mengebom warga di Libya, di Yaman, di Syria, dan di Afghanistan. Obama berkulit hitam lebih banyak membunuh sosok berkulit hitam dibandingkan dengan Bush atau Reagan atau Clinton yang berkulit putih.
Untuk saya kekasaran dan kelucahan dari mulut Trump ini adalah Amerika yang tidak berselindung di belakang tabir demokrasi atau hak asasi. Rakyat dunia yang anti Amerika akan melihat isi hati Amerika tanpa berselindung di sebalik topeng demokrasi.
Saya menyokong Donald Trump yang mengumumkan, "Sudah tiba masanya untuk mengeringkan paya di Washington, D.C."
Untuk Trump dan warga Amerika Washington D.C adalah punca kuasa yang membawa mudarat kepada kehidupan majoriti warga Amerika. Untuk kita dari Dunia Ketiga Washington DC inilah pusat dan punca jenayah dalam dunia kita hari ini. Semua perang yang berlaku sekarang – di Ukraine dan di Palestin - berpunca dari Washington D.C.
Pada hemat saya Trump akan mendapat kemenangan undi popular. Bila ini berlaku maka daulah terpendam akan memainkan jarum untuk memastikan Trump kalah.
Jangan terperanjat selepas 5 November kita akan membaca berita bagaimana pendatang haram telah turut mengundi. Atau peti undi hilang. Atau kertas undi banyak rosak. Semua ini adalah projek daulah terpendam yang dirancang untuk memastikan Kamala menang.
PASCA SKRIP : Hari ini 14 Oktober 2024 Donald Trump telah menimbulkan kemarahan Parti Demokrat selepas menyeru agar angkatan bersenjata AS berpaling tadah terhadap musuh politiknya apabila pengundi keluar mengundi pada pilihan raya presiden bulan depan.
Apakah akan terjadi huru hara di Amerika selepas 5 November. Sesama kita tunggu. Amin (TT)
TULISAN INI
DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIAKINI
https://www.malaysiakini.com/news/723016
berapa juta tt lobi trump.. kah kah kah
BalasPadamSudah trump lagi bersuluh
BalasPadam