MetMalaysia ramal lebih banyak insiden banjir kilat, angin kencang di Kedah sehingga awal November
ALOR SETAR: Bah yang melanda beberapa daerah di negeri ini sejak minggu lalu dipercayai kesan peralihan monsun bermula 24 September yang mencetuskan ribut petir dan banjir kilat terutama di pedalaman Kedah.
Pengarah Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz, berkata lebih banyak insiden banjir kilat dan angin kencang diramal dalam tempoh peralihan itu sehingga awal November depan.
Katanya, peralihan monsun diramal di Pantai Barat, termasuk Kedah, akan membawa taburan hujan tinggi pada lewat petang dan malam.
"Ia berpotensi membawa banjir kilat dan ribut petir seperti kejadian di Padang Terap dan Pokok Sena minggu lalu taburan hujan tinggi di kawasan itu.
"Ini bukan gelombang kedua banjir atau kesinambungan daripada bencana pada pertengahan bulan lalu. Ia tiada kaitan gelombang kedua dan tidak berlaku di Kedah seperti di Pantai Timur.
"Di Pantai Timur, kita menjangkakan ada beberapa luluran gelombang sehingga enam tujuh kali," katanya ketika dihubungi.
Muhammad Khalil bagaimanapun menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan situasi semasa cuaca bagi mengelakkan menjadi mangsa kejadian tidak diingini sepanjang peralihan monsun ini.
Peralihan monsun berlaku sehingga awal November, iaitu sebelum bermula musim tengkujuh nanti.
"Sepanjang tempoh itu, akan berlaku hujan dan ribut petir termasuk kejadian banjir kilat dan pokok tumbang. Orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dengan keadaan ini dan berhati-hati.
"Sentiasa dapatkan maklumat terkini daripada pihak yang sahih dan bagi yang mengembara, rancang perjalanan masing-masing," katanya.
Sementara itu, laman web Public Infobanjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, tiga sungai di dua daerah ini di negeri ini mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya setakat jam 8 pagi tadi.
Sungai terbabit adalah di Sungai Ketil di Kuala Pegang di Baling dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman serta di Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR.
TT, tu bukan banjir, tu anugerah air melimpah supaya MB dapat jual air, kan MB nak negeri yang ambil air dari negeri dia membayar harga air tersebut,
BalasPadamBagus kalau setiap rumah dibekalkan dengan bot .tanpa enjin, jangan lupa sebatang kayu kayuh amin lebih afdal kah kah kah
BalasPadam