Isnin, 28 Oktober 2024

PARTI UMNO PERTAHANKAN PENCURI



Veteran UMNO bidas pemimpin PH hina permohonan maaf Najib


KUALA LUMPUR – Veteran UMNO membidas tindakan segelintir pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang menghina  Najib Razak berhubung permohonan maaf atas kegagalan memantau skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Veteran UMNO,  Mustapha Yaakub berkata, bekas Perdana Menteri itu menjadi mangsa penganiayaan berterusan apabila titah Adendum bagi menjalani tahanan rumah telah disembunyikan.

“Sedari awal Najib tidak berhasrat untuk mendapatkan pengampunan. Apa yang beliau mahu ialah perbicaraan yang adil terhadap dirinya.

“Malangnya, Najib terus menjadi mangsa konspirasi terancang sehingga dia didapati bersalah dan dihukum.

“Penganiayaan terhadap Najib berterusan apabila titah adendum Yang di-Pertuan Agong supaya penahanan beliau dipindah dari penjara Kajang ke rumah telah disembunyi oleh pihak-pihak tertentu.

“Justeru itu, Veteran UMNO menuntut mereka yang membenci Najib supaya berhenti dari terus menerus menghina Najib setelah beliau dengan berlapang dada memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

“Biarlah rakyat ramai yang menilai dan bukannya pemimpin parti politik yang menjadi sebahagian dari mereka yang merancang konspirasi menjatuhkan Najib sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini beberapa orang pemimpin PH mempersoal permohonan maaf yang dikemukakan Najib secara terbuka kepada rakyat Malaysia kerana kegagalannya bertindak sehingga tercetusnya skandal 1MDB.

Pemimpin DAP antara yang lantang menyanggah permohonan maaf dikemukakan Najib pada Khamis lalu.

Mengulas lanjut Mustapha berkata, pemimpin PH yang mempertikai permohonan maaf itu sebenarnya telah menyalah tafsir perkara itu. – 

WOIT

NAJIB PENCURI

PENYAMUN

DAH DIDAKWA

AMIN

MAHKAMAH

JATUH HUKUM

AMIN

DUDUKLAH DALAM

PENJARA

AMIN

YANG PELIK

MINTA MAAF

TAPI TAK NGAKU

SALAH

 AMIN

MASIH

KLIM MAHKAMAH

TAK ADIL

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan