Sabtu, 5 Oktober 2024

PERANG HINGGA ISRAEL DIHAPUS



Ayatollah tegaskan Iran

 tidak akan berundur 

dari Israel

BEIRUT: Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei hari ini berkata Iran dan proksinya di Asia Barat tidak akan berundur daripada Israel.

Kenyataan itu dikeluarkan beberapa jam selepas serangan Israel ke atas Beirut yang dipercayai menyasarkan pewaris setiausaha agung Hizbullah.

"Tindakan cemerlang angkatan bersenjata kita sejak beberapa hari lalu adalah sah dan sahih," kata Khamenei yang memimpin solat Jumaat di Tehran iaitu satu perkara yang jarang dia lakukan.

Ia merujuk kepada serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel, pada Selasa lalu.

Semalam, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, berkata tindak balas Israel mungkin merangkumi serangan ke atas kemudahan minyak Iran.

Israel menyerang semula bandar di pinggir selatan Beirut, Dahiye, yang menjadi kubu kuat Hizbullah yang disokong Iran, pada tengah malam yang mana sebelum itu, Israel mengarahkan penduduk di beberapa kawasan meninggalkan rumah mereka.

Serangan udara itu menyasarkan pegawai Hizbullah, Hashem Safieddine, yang dikhabarkan bakal pengganti kepada pemimpin yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di sebuah tempat perlindungan bawah tanah, menurut laporan wartawan Axios, Barak Ravid, di platform X.

Wartawan itu memetik kenyataan tiga pegawai Israel, dan menyatakan nasib Safieddine masih belum jelas.

Tentera Israel enggan memberikan komen dan Hizbullah turut enggan memberikan sebarang kenyataan mengenai nasib Safieddine.

Abangnya, Sayyed Abdallah Safieddine, yang juga wakil Hizbullah ke Iran, menghadiri ucapan Khamenei di Tehran.

Awal pagi tadi berlakunya letupan besar berhampiran lapangan terbang utama Beirut dan orang awam Lubnan memaklumkan mereka kini hidup dalam ketakutan.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, berkata beliau tidak percaya akan berlaku 'perang besar-besaran' di Asia Barat, sementara Israel mempertimbangkan untuk bertindak balas, namun beliau menegaskan lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk mengelakkan perang.

AS, Kesatuan Eropah (EU) dan sekutu lain menyeru supaya gencatan senjata selama 21 hari dilaksanakan segera dalam konflik Israel-Lubnan, Biden berkata AS sedang membincangkan dengan sekutunya mengenai pilihan untuk bertindak balas terhadap serangan Tehran, termasuk kemungkinan Israel menyerang fasiliti minyak Iran.

Kenyataan itu menyebabkan berlaku lonjakan harga minyak global, dan ketegangan yang semakin meningkat di Asia Barat turut mengakibatkan kebimbangan dalam kalangan pedagang mengenai potensi gangguan bekalan.

Namun, Biden menambah bahawa tiada apa-apa yang akan berlaku hari ini.

Apabila ditanya sama ada beliau menggesa Israel untuk tidak menyerang kemudahan minyak Iran, Biden berkata beliau tidak akan berunding secara terbuka.

PERANG HINGGA

ISRAEL HAPUS

AMIN

SELAGI ZIONIS

WUJUD DUNIA

TERUS KACAU

AMIN

DUNIA TAK AMAN

JIKA ISRAEL

MASIH WUJUD

KHALAS

1 ulasan:

  1. iran, hezbollah, hamas semua sudah goyang ke? Kah kah kah!

    BalasPadam