Jangan pandang mudah perbuatan turunkan Jalur Gemilang, kerajaan digesa bertegas
KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa bertindak pantas dan tegas terhadap mana-mana pihak yang berkempen dan berusaha bagi mempromosi gerakan mendesak Sabah dan Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia.
Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, provokasi sedemikian tidak boleh diambil mudah meskipun sesetengah pihak berpendapat gerakan tersebut tidak serius atau agak mustahil untuk berlaku.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menambah, walaupun kumpulan pendesak itu tidak bertapak di negara ini, namun doktrin tersebut pastinya ditanam oleh rakyat Malaysia sendiri atau yang mempunyai hubung kait dengan negara ini.
Menurut beliau, perbuatan sekumpulan individu yang menurunkan Jalur Gemilang untuk digantikan dengan bendera Sabah dan Sarawak yang berlaku di Melbourne, Australia pada 16 September lalu seperti yang tular di media sosial sangat membimbangkan.
Tindakan ini, tegas beliau boleh menggugat perpaduan rakyat Malaysia yang hidup harmoni antara satu sama lain termasuk di Sabah dan Sarawak.
“Insiden provokasi yang kononnya sebagai simbolik penamatan ‘penjajahan’ Malaysia ke atas kedua-dua negeri itu serta usaha menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai sebuah republik boleh mencetuskan ketidakselesaan dan keharmonian antara rakyat di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan juga Sarawak.
“Ini bukanlah kali pertama gerakan dan desakan seumpama ini berlaku.
“Oleh itu, saya bimbang semakin lambat tindakan tegas diambil, kesalahan ini mampu meluaskan pengaruh pemikiran bahawa Sabah dan Sarawak ini dijajah oleh Semenanjung seterusnya membawa kepada desakan untuk keluar dari Persekutuan Malaysia,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau semalam.
Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, rakyat kini menunggu hasil siasatan insiden tersebut yang dijalankan polis mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ujar beliau, kerajaan harus segera dan tegas dalam mengambil tindakan terhadap kejadian itu seperti yang dilakukan terhadap kumpulan Al-Maunah yang didakwa kerana menentang Yang di-Pertuan Agong.
“Saya sekali lagi berharap agar perhatian serius diberi terhadap isu ini bagi menghilangkan kegusaran rakyat terhadap isu ini,” katanya. –
Betul betul betul sangat komen TT ini satu, asyik kacau asyik gangguan supaya semua dimasukkan dalam syurga, kita tak mahu, kita mahu neraka jugak, tak payah kacau kami nak pakai seluar dalam atau tidak itu kami punya suka, jangan datang ke negeri kami, kami tak jemput kamu pun kah kah kah, nanti kena tapai Iban atau kena sumpit baru ada akal di serban kah kah kah
BalasPadamPAS = Putar Alam Sentiasa
BalasPadam