Selasa, 29 Oktober 2024

TAHNIAH ANTI ZIONIS BERJAYA !!! HASUT LAGI !!!


Lebih 100 cawangan Starbucks tutup operasi di sebalik boikot berterusan jenama AS


Lebih 100 cawangan Starbucks di Malaysia terpaksa menutup operasi sama ada secara kekal atau sementara, enam bulan selepas nasib serupa menimpa KFC, yang menunjukkan gerakan boikot antarabangsa - yang menyasarkan jenama Amerika Syarikat disebabkan bantuan berterusan Washington terhadap pembunuhan beramai-ramai dilakukan Israel di wilayah yang diduduki - mula menampakkan kesan.

Perkembangan itu kira-kira dua bulan selepas Starbucks Malaysia, sebahagian daripada konglomerat Kumpulan Berjaya, melaporkan kerugian bersih RM91.5 juta untuk tahun kewangan 2014, yang menyaksikan keuntungan jatuh 35% daripada RM1.1 bilion kepada RM730.3 juta.

Sumber memberitahu MalaysiaNow lebih daripada 100 cawangan Starbucks di seluruh negara, termasuk di pusat beli-belah utama dan kawasan tarikan pelancong, telah ditutup atau ditutup sementara.

"Penutupan sementara bermakna syarikat hanya membayar sewa premis namun tidak beroperasi kecuali jika jualan kembali beroperasi," katanya.

MalaysiaNow tidak dapat mengesahkan angka itu secara bebas, namun semakan di laman web Starbucks menunjukkan sekurang-kurangnya 60 cawangan ditandakan ditutup atau ditutup sementara.

Di Kuala Lumpur, antara cawangan yang terkesan ialah di kawasan Kuala Lumpur City Centre, Masjid Jamek, The Weld, UOA Damansara, KPJ Tawakkal Hospital Jalan Pahang, KPJ Ampang, Plaza Shah Alam, MSU University, Sunway Lagoon, G Village, Ampang Jaya, Setiawalk, Menara Axis, Menara Olympia, Cheras Leisure Mall, Mid Valley 2, Alpha Angle, Akasa Business Park, Giant Kelana Jaya, UOA Pantai, LRT Bandar Tasik Selatan, Hospital Thompson Kota Damansara, Pusat Beli Belah IPC, Aeon Bukit Raja dan The Curve .

Di Selangor, cawangan terjejas termasuk di Bangi Gateway, KLIA2 Gateway, KLIA2 Satellite, Selgate, Arena Exchange, Subang Parade, The Mines, D Pulze Cyberjaya, Setia City Mall, Lotus Jenjarom, Quayside Mall, Alamanda Putrajaya, Suasana PJH, Gamuda Cove dan Semenyih.

Di Pahang, cawangan Starbucks di Kuantan 188, Kota SAS, Genting Skyworld dan Cameron Highlands telah ditutup, seperti juga di Troika Kota Bharu, satu daripada tiga cawangan di Kelantan.

Beberapa cawangan di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Kedah dan Pulau Pinang turut mengamalami nasib sama.

Manakala di Sarawak dan Sabah, sekurang-kurangnya tiga kedai Starbucks tidak lagi beroperasi.

Difahamkan, lebih banyak kedai Starbucks di Aeon AU2, Datum Jelatek dan Ukay Perdana dijangka ditutup pada bulan November.

Saingan tempatan

Starbucks dan KFC, bersama-sama syarikat makanan segera jenama Barat lain seperti McDonald's dan produk seperti Nestle, merupakan antara yang paling terjejas akibat boikot antarabangsa.

Ia berterusan walaupun terdapat usaha kreatif dilakukan pemilik francais di negara Islam untuk menunjukkan mereka tiada kaitan dengan dasar AS di Timur Tengah, di mana lebih 50,000 orang awam di Gaza dan Lubnan terbunuh akibat pengeboman besar-besaran Israel sejak Oktober tahun lalu.

Di Malaysia, Starbucks dimiliki oleh Berjaya Food, iaitu sebahagian daripada Berjaya Corporation, konglomerat milik jutawan terkemuka Vincent Tan.

Syarikat itu juga memiliki rangkaian runcit 7-Eleven, yang pengerusinya ialah Farhash Wafa Salvador, bekas setiausaha politik kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pada Mac, Tan menggesa rakyat Malaysia menamatkan kempen boikot, sambil mengulangi alasan seperti ia dimiliki tempatan dan menggaji rakyat tempatan.

Alasan seperti itu kerap diutarakan jenama francais lain namun gagal membendung gerakan boikot anti-Israel.

Pada April, pemimpin DAP dan menteri persekutuan Nga Kor Ming menyerang pihak yang menganjurkan boikot sebagai "penghasut" yang mahu merosakkan ekonomi negara.

"Jangan sekali-kali masuk dalam perangkap penghasut, negara kita memerlukan usaha semua pihak untuk membangunkan ekonomi negara," kata Nga yang baru tahun lepas merasmikan pembukaan sebuah cawangan Starbucks di kementeriannya di Putrajaya.

Starbucks, dengan lebih 400 cawangan dan 5,000 pekerja di seluruh negara, juga terpaksa berdepan dengan persaingan sengit daripada francais kopi tempatan dan serantau yang mula berkembang pesat sejak tahun lalu, seterusnya menjejaskan keuntungan gergasi kopi itu.

Mereka termasuk ZUS Coffee, yang kini dinobatkan jenama kopi paling popular di Malaysia mengatasi Starbucks, menurut laporan terbitan Allegra World Coffee Portal, yang menganalisis pasaran kopi global untuk peneraju industri.

MalaysiaNow telah menghubungi Berjaya Food untuk mendapatkan maklum balas.

TAHNIAH !!!

HASUT LAGI !!!

AMIN

INI TANDA

KESEDARN

MELAYU ISLAM

AMIN

INI KESEDARAN

KUASA BELI

MELAYU ISLAM

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan