Jumaat, 1 November 2024

ADA WARGA MALYSIA BERPERANG DI UKRAINE ?



Penemuan dokumen rakyat Malaysia di Ukraine, PDRM tunggu maklumat kedutaan – KPN

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghubungi Kedutaan Rusia di sini berkenaan dakwaan mengenai seorang warga tempatan yang terlibat sebagai askar upahan dalam konflik antara negara tersebut dan Ukraine.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata, tindakan untuk berhubung dengan Kedutaan Rusia dijalankan oleh Cawangan Khas Bukit Aman.

“Kita masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak kedutaan untuk pengesahan, termasuk status warga tempatan yang dikaitkan dengan kejadian itu (menjadi tentera upahan),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Razarudin berkata, pihaknya juga telah berhubung dengan keluarga individu terlibat baru-baru ini dan berdasarkan maklumat yang diperoleh, individu itu hanya belajar di luar negara.

“Tindakan sedang diambil oleh PDRM dan semua diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi. Orang ramai juga diingatkan agar tidak terlibat dengan mana-mana ‘pejuang asing’ atau konflik membabitkan negara lain,” katanya.

Sebelum ini, tular beberapa keping gambar yang menunjukkan MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia yang beralamat di Perlis ditemukan di medan pertempuran antara Ukraine dan Rusia.

Laporan itu mendakwa dokumen tersebut ditemukan selepas tentera Rusia menawan kubu tentera lawan di Levadne, Zaporizhia, Ukraine. – BERNAMA

WOIT

INI SOSOK 

HEBAT

AMIN

JIKA BERJUANG 

SOKONG RUSIA

ADALAH TEPAT

KAH KAH KAH

WOIT

UKRAINE PUN

RAMAI SOLDADU

DARI LUAR

TAPI KENA UPAH

BUKAN SUKARELA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan