Selasa, 5 November 2024

AMERIKA - DEEP STATE AKAN TENTUKAN SAPA KE RUMAH PUTIH






Pilihan Raya Presiden AS: 7 negeri dijangka penentu keputusan

WASHINGTON: Pemenang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 akan menerajui pentadbiran negara yang memiliki lebih 330 juta penduduk ini.

Begitupun, keputusan pilihan raya kali ini dilihat seolah-olah bakal 'ditentukan' puluhan ribu pengundi di beberapa negeri sahaja.

Ini kerana hanya tujuh daripada 50 negeri benar-benar kompetitif pada pilihan raya itu, manakala baki yang lain berada dalam genggaman selesa Demokrat ataupun Republikan, menurut tinjauan pendapat awam.

Dalam kalangan tujuh 'medan pertempuran' terbabit, Pennsylvania yang berpenduduk paling padat, dilihat sebagai negeri paling berkemungkinan menjadi penentu sama ada Kamala Harris (Demokrat) atau Donald Trump (Republikan) akan membolot mandat sebagai Presiden AS yang seterusnya.

Antara fakta menarik mengenai Pilihan Raya Presiden AS ialah pertandingan itu bukan semata-mata berdasarkan undi popular.

Sebaliknya bawah sistem Kolej Elektoral, calon yang menang di setiap negeri dan Washington DC akan memperoleh undi elektoral di negeri itu yang mana kebanyakannya adalah berdasarkan populasi.

Seseorang calon itu perlu memenangi majoriti daripada 538 undi elektoral (270). Jika berlaku seri 269-269, Dewan Perwakilan AS akan memilih pemenangnya dengan delegasi setiap negeri boleh membuat satu undian - senario di mana penganalisis meramalkan ia berkemungkinan memihak kepada Trump.

Sekiranya setiap negeri, tidak termasuk 'medan tempur', mencatatkan hasil pengundian seperti dijangkakan, Harris akan meraih 226 undi elektoral dan Trump pula 219, manakala baki 93 lagi menjadi rebutan.

Tujuh negeri 'medan tempur' ialah trio Rust Belt membabitkan Michigan, Pennsylvania dan Wisconsin, serta quartet Sun Belt membabitkan Arizona, Georgia, Nevada dan Carolina Utara.

Setakat Ahad lalu, menurut penjejak tinjauan pendapat awam New York Times, kesemua tujuh negeri 'medan tempur' itu mencatat saingan amat sengit.

Pennsylvania mempunyai 19 undi elektoral, iaitu lebih banyak berbanding negeri 'medan tempur' yang lain. Justeru, ia dilihat berpotensi menjadi negeri penentu sama ada Kamala atau Trump yang akan melangkah ke Rumah Putih.

Bahkan, kempen kedua-dua pihak dilaporkan telah 'melayan' Pennsylvania sebagai negeri paling penting. - REUTERS

SISTEM UNDI

DI AMERIKA AGAK

PELIK

AMIN

YANG DAPAT UNDI

TERBANYAK PUN

TAK PASTI MENANG

JENG JENG JENG

AMIN

TRUMP MENANG

UNDI BANYAK

TAPI AKAN

DI NAFIKAN OLEH

DEEP STATE

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan