Isnin, 18 November 2024

BOM DARI UDARA PELURUD DARI KERETA KEBAL



Serangan darat dan udara terbaharu tentera Israel kobankan 43 di Gaza

GAZA: Sekurang- kurangnya 43 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan terbaharu tentera Israel di Gaza semalaman, yang dilancarkan secara berterusan sejak pertengahan Oktober lalu.

Sementara itu, penyerang Israel yang bertopeng turut bertindak membakar rumah dan kenderaan milik penduduk Palestin di perkampungan Beit Furik, berhampiran bandar Nablus di Tebing Barat.

Sehubungan itu, penduduk Palestin di Tebing Barat menggesa campur tangan antarabangsa untuk menghentikan serangan peneroka haram Yahudi yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini untuk merampas penempatan mereka.

Di Beirut, dua lagi paramedik terbunuh dalam serangan dron Israel di Nabatieh, selatan Lubnan ketika tercetusnya kemarahan susulan kematian sekurang-kurangnya 12 anggota penyelamat dalam serangan udara ke atas pusat pertahanan awam.

Hizbullah melancarkan puluhan peluru berpandu dan dron ke pangkalan tentera Israel di utara negara itu serta mencederakan sekurang-kurangnya lima orang di bandar pelabuhan Haifa.

Dalam satu hantaran di Telegram, Hizbullah menyatakan pejuangnya melakukan serangan hendap ke atas tentera Israel di kampung Chamaa, di selatan Lebanon, pada jam 11.15 malam waktu tempatan (21:15 GMT) yang mengorbankan beberapa individu.

Hizbullah berkata pertempuran masih berlangsung namun tentera Israel belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai serangan berkenaan.

Terdahulu, Agensi Berita Kebangsaan Lubnan melaporkan bahawa askar Israel berundur selepas memasuki Chamaa, kira-kira lima kilometer dari sempadan Israel.

Ia adalah kemaraan terjauh tentera Israel memasuki Lubnan sejak serangan darat bermula pada 1 Oktober lalu.

Sebelum berundur, tentera Israel dilaporkan meletupkan Makam di Chamaa serta beberapa rumah penduduk.

Menurut AFP, sekurang-kurangnya 47 tentera Israel terbunuh dalam pertempuran dengan Hizbullah sejak 30 September lalu.

Agensi Berita Kebangsaan Lebanon turut melaporkan bahawa tujuh ahli keluarga terbunuh dalam serangan Israel di selatan Lubnan, di perkampung Arab Salim, wilayah Nabatieh. - AFP

SENJATA CANGGIH

BARU SAMPAI

DARI AMERIKA

AMIN

BOM DAN PELURU

BUATAN KILANG

BLACKROCK

KHALAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan