Selasa, 5 November 2024

FASHION VALET DI SERBU



SPRM serbu empat lokasi FashionValet

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu empat lokasi berkaitan FashionValet Sdn. Bhd. (FashionValet) di ibu negara, hari ini.

Ia bagi menyiasat kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) dan Permodalan Nasional (PNB) berjumlah RM43.9 juta ke atas syarikat e-dagang tersebut.

Menerusi perkongsian video serbuan di laman TikTok SPRM Malaysia, kelihatan dua individu yang dipercayai usahawan fesyen yang juga pengasas bersama FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzaruddin Shah Anuar bersoal jawab dengan penyiasat SPRM.

“Siasatan ini penting kerana ia merupakan satu kes berkepentingan awam.

“Proses siasatan sedang berjalan di bawah Seksyen 18, Akta SPRM dan empat lokasi telah diserbu,” kata SPRM.

Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki mengesahkan pihaknya menyiasat pelaburan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam FashionValet.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam jawapan bertulis Parlimen pada 28 Oktober lalu, menyatakan nilai saham Khazanah Nasional dan PNB dalam FashionValet menurun hampir RM44 juta apabila perniagaan itu dijual pada 2023 berbanding jumlah yang dibelanjakan pada 2018.

Ia juga menyatakan Khazanah melabur RM27 juta dan PNB RM20 juta untuk memperoleh pegangan minoriti dalam jenama fesyen itu dalam rancangan untuk meningkatkan perniagaan Bumiputera dalam sektor e-dagang.

Bagaimanapun, MoF berkata FashionValet kemudiannya dilanda masalah kewangan ketika pandemik COVID-19, walaupun tempoh sama meningkatkan jualan banyak perniagaan e-dagang tempatan. -

WOIT

PASAI APA

DISERBU

KAH KAH KAH

BUKAN KAH

DAH MINTA

MAAAF

KAH KAH KAH

FASHION VALET

INI KRONI SAPA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan