Ahad, 3 November 2024

FESHION VELVET AKAN TERLEPAS ?


Jangan biar sesiapa pun yang telan duit rakyat terlepas – Akmal

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mencadangkan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet (FV) 

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, untung atau rugi adalah perkara biasa tetapi jika dana itu datangnya dari dana awam, maka satu siasatan yang telus perlu dilakukan.

Bahkan, perkara itu perlu dibentangkan kepada awam juga supaya ia dapat menjadi pengajaran pada masa akan datang.

“Sama ada Fashion Valet ataupun Nafas jika ada salah laku yang wujud maka jangan biarkan waima seorang pun terlepas dari kartel-kartel yang menelan duit rakyat ini!!!,” tegas beliau dalam hantaran di media sosialnya.

Akmal turut menyambut baik arahan tegasi Anwar yang mahu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin lalu, Kementerian Kewangan memaklumkan, Khazanah Nasional dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah menjual hasil saham mereka dalam FV kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.

Hasil penjualan saham tersebut bagaimanapun membuatkan Khazanah dan PNB hanya memperolehi RM3.1 juta.

Pada 31 Oktober lalu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengarahkan Khazanah, PNB dan FashionValet memberikan penjelasan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dialami dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLiC) itu dalam FashionValet.

Khazanah menjelaskan tindakan menjual kepentingan dalam FashionValet, setelah pelaburan awal sebanyak RM27 juta (S$8.17 juta) pada tahun 2018 bagi memacu syarikat e-dagang fesyen tempatan itu.

Menurut Khazanah, penjualan itu bagi mengalihkan pemilikan kepada pihak baharu yang berupaya memacu syarikat ke arah trajektori pertumbuhan sejajar dengan tempoh pegangan pelaburan yang telah mencapai matlamat.

Sementara itu, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam kenyataan pada 1 November  menegaskan, pelaburan dibuat menggunakan dana proprietari PNB dan bukan dana amanah saham di bawah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang dilanggan oleh orang awam.

“Walaupun kesal dengan kerugian yang dialami sebanyak RM18.7 juta (S$5.6 juta) selepas menerima hasil jualan sebanyak RM1.3 juta (S$393,417), tetapi ini harus dilihat dalam konteks aset pelaburan bernilai RM337 bilion (S$102 bilion) yang diuruskan oleh PNB dan RM16.4 bilion (S$4.9 bilion) dalam pendapatan pelaburan yang dijana selepas mengambil kira kerugian pada TK23,” jelas kenyataan itu.

Berikutan polemik isu ini, usahawan fesyen, Vivy Yusof dan suaminya Fadzaruddin Shah Anuar memohon maaf dan akan melepaskan jawatan mereka dalam platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta (S$13.5 juta) yang dialami Khazanah dan PNB dalam FashionValet.

WOIT

APAKAH 

FASHION VELVET

AKAN TERLEPAS?

JENG JENG JENG

PASAI TOWKAY

INI KENAL BAIK

DENGAN

ANWAR IBRAHIM

JENG JENG JENG

KITA NANTI

DAN LIHAT

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

  1. Padan Minah Koya mengamuk kerana Boss dia, Jemin Semburit dah kena checkmate kes Pasir dan kes Fashioned Valet.

    Lateefah Koya dah join BERSATUdgn Jemin Semburit, Geng Kartel dan Geng Atok Saka.

    Abang Lateefah adalah Koya MalaysiaNow, Kilang Fitnah PN yg dibiayai Jemin Semburit.

    Sekarang Jemin dah kena checkmate oleh SPRM Kes Pasir dan Kes Fashion Valet yang berlaku tahun 2018 Atok Saka PM7 dan Blue Eye Boy Jemin Semburit Menteri Ekonomi dan BOD Khazanah.

    Atok Saka dan Jemin ada shares dalam Fashion Valet.

    Lateefah adalah Boss SPRM lantikan Atok Saka masa ini nak tibai PMX.

    Menyesal hidung kepek suruh buat RCI Baja kerana semua Geng SAKAW PN terlibat.
    Kat Parlimen, sibotak Kiandee dan TALIBAN Reshuah sembang kari.
    MOA Baja memang tempat mainan Mail Blur, PM Tepi Boss hidung kepek.
    Mail Blur pun ada kes dulu diMOA yg Bekas KSU kena nyak arahan tak bertulis dia.
    Reply

    https://secure.gravatar.com/avatar/fa6969afc7a1123bcfded8c91fd4d275?s=64&d=mm&r=g
    Anonymous
    3 November 2024 5:34 pm

    Reply to Anonymous
    Yg Fashoin Valet kes tahun 2018 Atok Saka PM7 dan Jemin Semburit Menteri Ekonomi Blue-Eyed Boy Atok Saka upah tikam PMX Presiden PKR.
    Jemin BOD Khazanah.
    Atok Saka dan Jemin
    Semburit ada Share dalam Velvet House.
    Lagi mampuih tubuh RCI siasat Atok Saka dan Jemin,
    https://wrlr.blogspot.com/2024/11/azmin-atuk-terkantoi-rahsia-besar.html
    Reply

    https://secure.gravatar.com/avatar/3d725f4ce801cbb786798765f930afbf?s=64&d=mm&r=g

    BalasPadam