Selasa, 26 November 2024

GAJI 10 RIBU DOLAR SEBULAN - PERLU LULUS HANYA SPM

 


39 warga asing termasuk rakyat Malaysia mangsa pemerdagangan manusia larikan diri dari Myanmar

BANGKOK: Seramai 39 warga asing melarikan diri dari sindiket penipuan dalam talian di Myanmar dan menyeberang sempadan ke Thailand, di mana pihak berkuasa sedang berusaha mengenal pasti mangsa pemerdagangan manusia, kata polis kepada AFP hari ini.

Sindiket penipuan berkembang pesat di kawasan sempadan Myanmar, membabitkan warga asing yang sering diperdagangkan dan dipaksa bekerja, menipu sesama rakyat mereka dalam industri yang menurut penganalisis bernilai berbilion dolar.

Warg asing dari Sri Lanka, Nepal, Malaysia, dan Russia itu menyeberang ke wilayah Tak di Thailand, menurut ketua polis di bandar Mae Sot.

Mereka melarikan diri dari Myawaddy, yang terletak tidak jauh dari sempadan, kata Kolonel Pittayakorn Petcharat kepada AFP.

Myawaddy dikuasai oleh militan yang bersekutu dengan tentera dan juga pusat pengeluaran dadah serta penipuan dalam talian, menurut pemerhati.

Kedutaan Sri Lanka di Bangkok sudah meminta bantuan pihak berkuasa Thailand selepas dimaklumkan bahawa 32 warganya terperangkap di Myanmar, kata Petcharat.

Lima warga Nepal, seorang Malaysia, dan seorang Russia juga berada dalam kumpulan yang melarikan diri dan tiba di Thailand.

AFP sudah menghubungi kedutaan empat negara berkenaan untuk mendapatkan komen.

Kumpulan itu menyeberang ke Thailand malam tadi, kata seorang anggota pasukan keselamatan di Mae Sot yang meminta untuk tidak dikenali ketika bercakap dengan media.

Pegawai imigresen sedang berusaha mengenal pasti kemungkinan mangsa pemerdagangan manusia, kata Petcharat.

Media tempatan Thailand melaporkan bahawa kumpulan itu bertindak balas terhadap iklan di media sosial yang menjanjikan pekerjaan bergaji tinggi tetapi kemudiannya dipaksa bekerja dalam keadaan yang sangat berat di pusat penipuan.

Beberapa pekerja Sri Lanka kemudiannya berjaya menghubungi kedutaan mereka.

Sempadan utara Myanmar dengan China sebelum ini adalah pusat sindiket penipuan dalam talian, yang sering dikendalikan oleh militan yang bersekutu dengan junta yang memerintah.

Namun, serangan besar-besaran oleh pakatan pemberontak etnik pada tahun lalu telah menutup banyak pusat penipuan berkenaan.

Lebih daripada 40,000 orang yang disyaki terbabit dalam penipuan siber di Myanmar telah diserahkan kepada China pada 2023, kata media Beijing tahun ini.

Media tempatan Myanmar melaporkan bahawa ketua penipuan yang melarikan diri dari serangan itu telah membuka pusat penipuan baru di selatan, sepanjang sempadan dengan Thailand.

Pada Disember tahun lalu, ketua junta Myanmar dan pegawai tentera Thailand sudah bersetuju untuk bersama-sama membasmi perjudian dan penipuan dalam talian di kawasan sekitar Myawaddy", menurut media negara Myanmar. - AFP

TAMAK BODOH

GAJI 10 RIBU

DOLAR SEBULAN

AMIN

TAK PERLU IJAZAH

HANYA PERLU

LULUS SPM

KAH KAH KAH

PADAN MUKA

TAK SEDAR DIRI

AMIN

KHALAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan