Ahad, 24 November 2024

TOWKAY TAJA LAWATAN



‘Isu kos lawatan

PM riuh, sakau

berbilion ringgit 

senyap’

Anwar Ibrahim menempelak pembangkang dan para laskar siber mereka yang menggembar gemburkan kononnya kos lawatan PM keluar negara tidak telus dan didakwa dibiayai pihak tertentu.

Menurut Anwar, rakyat tidak wajar melayan pendapat picisan seperti itu kerana puak sama berdiam diri menghadapi dakwaan penyelewengan berbilion ringgit yang dilakukan pemimpin pembangkang dan penasihat gabungan pembangkang.

“Kita tidak terlalu sangat (perlu) melayani karenah picisan dan kenyataan hambar. Ia tidak membantu.

“Saya baru ini ke lima negara memakai pesawat MAS dengan belanja tentu tinggi. Jadi kita anjurkan syarikat swasta yang ada potensi sama ada melabur, sedang melabur seperti Proton, Petronas, syarikat semikonduktor dan lain lain, mereka menyertai rombongan dan membayar kos. Itu pun jadi salah.

“Kalau kita layan sangat … yang curi, rompak, sakau itu dipuja … tetapi yang kita jalankan program secara bersih dicerca. Ini kita katakan zaman edan, separuh gila,” katanya pada Sesi TownHall di Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) dan Konvensyen Nasional Refomasi Perkhidmatan Awam 2024, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang mendakwa kos lawatan PM ke China, Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil dibiayai pihak tertentu dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melakukan siasatan.

Terdapat juga yang mendakwa lawatan itu membazir tanpa mengambil kira nilai pelaburan yang dibawa pulang ke Malaysia melebihi RM12 bilion.
— BebasNews 

SETUJU

SOKONG 

KAH KAH KAH

BILA NAK DAKWA

PAK SAKAU

BERNAMA ZAHID

KAH KAH KAH 

KENAPA SENYAP 

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan