Selasa, 5 November 2024

KERAJAAN MADANI MAKIN ZALIM




Kumpulan OKU 

kecewa tiada 

ketelusan identiti polis

 dituduh serang 

pemandu pekak,

 mahu kes dikaji semula
Sebuah kumpulan advokasi untuk masyarakat pekak melahirkan rasa kecewa dengan kes melibatkan seorang pegawai polis yang menyerang pemandu e-hailing pekak Ong Ing Keong, dan menggesa pihak berkuasa menyemak semula kes tersebut di sebalik keraguan mengenai ketelusan dalam proses mahkamah.

Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Pekak Malaysia, atau DAWN, antara kumpulan yang lantang berkempen menuntut keadilan sejak insiden itu Mei lalu, berkata Ong tidak pernah dimaklumkan secara langsung mengenai identiti Taufik Ismail, pegawai polis berusia 32 tahun yang dinamakan sebagai orang tertuduh atas kertas pertuduhan.

Menurutnya, dengan menyorok identiti lelaki itu, yang dilihat sentiasa dilindungi beberapa pegawai sepanjang kehadirannya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam, ia menimbulkan persoalan serius mengenai kewibawaan perbicaraan tersebut.


"Mengapa identiti penyerang dilindungi? Mengapa kes itu diselesaikan dengan tergesa-gesa? Ketiadaan ketelusan ini mencetuskan kebimbangan bahawa segelintir pihak atau individu mungkin kebal daripada akauntabiliti kerana kedudukan mereka," kata kumpulan itu.

"Adakah Taufik Ismail sememangnya individu yang ditunjukkan dalam rakaman CCTV kejadian di Hotel St Regis itu?"

DAWN berkata tanpa pengesahan daripada Ong atau peguamnya, tidak dapat disahkan sama ada individu betul telah didakwa.

"Jika pihak berkuasa yakin dengan identiti ini, mengapa Ong tidak dimaklumkan secara langsung?"

"Keadilan mesti dilihat dilaksanakan, dan kami menyeru akauntabiliti yang lebih teguh, perlindungan yang sebenar, dan layanan yang saksama kepada semua rakyat, terutama mereka dari komuniti yang terdedah," tambahnya.

Semalam, Taufik, seorang pegawai polis yang merupakan sebahagian daripada rombongan pemangku sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atau TMJ, terlepas daripada hukuman penjara selepas mengaku bersalah menyerang Ong pada 28 Mei, dalam kes yang telah mencetuskan perdebatan mengenai kedaulatan undang-undang.

Sebaliknya, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan denda RM1,000 ke atas Taufik, keputusan yang mengundang kritikan peguam Ong, Zaid Malek.

Zaid membandingkannya dengan hukuman penjara terhadap Abdul Rahim Noor pada 2000, selepas bekas ketua polis negara itu mengaku bersalah menyerang Anwar Ibrahim pada 1998.

Beliau memetik alasan Mahkamah Rayuan memenjarakan Rahim walaupun dia mengaku bersalah, di mana ia menegaskan isyarat perlu dihantar bahawa undang-undang tidak membenarkan pegawai polis menyerang orang awam dan bahawa "hukuman pemenjaraan perlu dikenakan, walaupun pesalah kali pertama".

DAWN berkata "hukuman yang terlalu ringan" semalam menghantar mesej tolak ansur kepada keganasan oleh pihak yang ditugaskan melindungi orang awam.

"Selama lima bulan, Ong dan masyarakat pekak menunggu, mengharapkan sistem keadilan akan memberikan pertimbangan yang adil dan saksama. Bagaimanapun, keputusan itu menyebabkan mereka merasakan diabaikan, tidak dihormati, dan tidak mendapat pembelaan oleh mereka yang sepatutnya menegakkan keadilan."

Ia berkata Ong mengalami tekanan jiwa sepanjang lima bulan pihak berkuasa gagal membawa penyerang ke muka pengadilan walaupun wujud bukti video.

"Keputusan mahkamah gagal mengambil kira kesan jangka panjang ke atasnya dan daya tahan yang ditunjukkan oleh golongan pekak, orang kurang upaya dan masyarakat di luar sana yang menyokong Ong.

"Hukuman ringan ini membayangkan bahawa kemudaratan dilakukan pihak berkuasa terhadap rakyat boleh saja diabaikan dengan mudah, menetapkan duluan yang berbahaya yang membolehkan penyalahgunaan selanjutnya tanpa balasan."

Taufik didakwa menyerang Ong pada 28 Mei, kejadian yang dirakam oleh kamera dashcam Ong.

Video tersebut menunjukkan Ong menunggu penumpangnya di luar Hotel St Regis di Kuala Lumpur apabila didatangi seorang lelaki yang memarahinya dan mengarahkannya mengalihkan kereta bagi memberi laluan kepada rombongan TMJ.

Ong kemudian menurunkan cermin keretanya untuk bercakap dengan lelaki itu, yang tiba-tiba bertindak menumbuk mukanya.

Dia menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur selepas mengalami lebam pada bibir menyebabkan kesukaran untuk makan.

Kemarahan awam meningkat selepas pendedahan bahawa seorang "wakil istana" telah cuba memujuk Ong menarik balik laporan polis yang dibuat di balai polis Brickfields.

Ong turut menolak dakwaan Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, bahawa dia menarik balik laporan polisnya kerana menganggap insiden itu "salah faham".

Sebaliknya, dia mendedahkan seorang pegawai polis memberinya pilihan sama ada menerima sejumlah wang daripada wakil istana, atau telefonnya dirampas jika kes itu dibawa ke mahkamah.

Kelewatan pihak berkuasa membawa pertuduhan turut dikecam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang mempersoalkan sikap membisu Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.

WOIT

INILAH NAMANYA

KERAJAAN

MADANI

KAH KAH KAH

MAKIN ZALIM

MAKIN GAGAL

AMIN

CAKAP BERDEGAR

BERAK ATAS PAGAR

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan