Sabtu, 9 November 2024

KOREA UTARA MULA MENYERANG



Korea Utara lancar serangan sekat GPS, jejaskan navigasi laut, penerbangan

SEOUL: Korea Selatan mendakwa Korea Utara melancarkan serangan menyekat gelombang sistem penentu arah global (GPS), yang mengganggu navigasi kapal laut dan penerbangan pesawat.

Tindakan itu menjejaskan operasi puluhan kapal laut dan pesawat awam di Korea Selatan, yang melaporkan gangguan terhadap sistem GPS masing-masing.

Tuduhan gangguan itu timbul minggu lalu, selepas Korea Utara menguji pelancaran peluru berpandu antara benua (ICBM) yang sangat maju lagi berkuasa, model sama yang dihantar ke Russia untuk digunakan dalam perang dengan Ukraine.

Korea Selatan pula melancarkan peluru berpandu balistiknya sendiri ke laut semalam sebagai satu demonstrasi kekuatan bagi menunjukkan tekadnya untuk bertindak balas terhadap 'sebarang provokasi' dari Korea Utara.

"Korea Utara melakukan provokasi gangguan GPS di Haeju dan Kaesong semalam serta hari ini (8-9 November)," kata ketua bersama staf tentera Seoul dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, puluhan kapal dan pesawat awam mengalami gangguan operasi akibat serangan terbabit.

Tentera memberi amaran kepada kapal dan pesawat yang beroperasi di Laut Kuning supaya berhati-hati terhadap serangan seperti itu.

"Kami secara tegas mendesak Korea Utara untuk segera menghentikan provokasi GPSnya dan memberi amaran bahawa ia bertanggungjawab atas sebarang musibah yang timbul akibat perkara ini," katanya dalam kenyataan itu.

Ketegangan di Semenanjung Korea berada pada tahap tertinggi sejak beberapa tahun lalu, dengan Korea Utara melancarkan pelbagai peluru berpandu balistik yang melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Korea Utara juga adalah antara negara yang paling lantang menyokong serangan Russia di Ukraine.

Seoul dan Barat sudah lama menuduh Pyongyang membekalkan peluru artileri dan peluru berpandu kepada Moscow bagi digunakan di Ukraine.

Tuduhan terbaru, berdasarkan laporan perisikan, menunjukkan Korea Utara menghantar sekitar 10,000 tentera ke Russia, yang menunjukkan pembabitan lebih mendalam dalam konflik berkenaan sehingga mencetuskan kemarahan di Seoul, Kyiv dan Barat.

Korea Selatan, yang juga antara negara pengeksport senjata utama, mempunyai dasar yang sudah lama dipegang untuk tidak membekalkan senjata kepada negara-negara yang sedang berperang.

Namun, Presiden Yoon Suk-yeol berkata minggu ini bahawa Seoul kini tidak menolak kemungkinan untuk membekalkan senjata secara langsung kepada Ukraine, berikutan sokongan ketenteraan Pyongyang kepada Moscow.

Semalam, Pejabat Presiden Seoul menyatakan bahawa serangan siber oleh kumpulan penggodam pro-Russia terhadap Korea Selatan sudah meningkat susulan penghantaran tentera Korea Utara untuk perang Russia di Ukraine. - AFP

INI LANGKAH

KOREA UTARA

AMIN

HANGATKAN LAGI

BENUA ASIA

AMIN

SELAGI AMERIKA

ADA DI KOREA

SELAGI ITU

BAHAYA PERANG

WUJUD

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan