Selasa, 12 November 2024

MALAYSIA WAJIB IKUT GARIS TEPAT INDONESIA




Indonesia kekal pendirian tidak iktiraf tuntutan China ke atas Laut China Selatan

JAKARTA: Indonesia hari ini menegaskan pihaknya tidak mengiktiraf tuntutan China ke atas Laut China Selatan meskipun menandatangani perjanjian pembangunan maritim bersama Beijing.

Kementerian Luar Indonesia berulang kali mendakwa republik itu bukan negara penuntut di Laut China Selatan dan ia tidak mempunyai bidang kuasa bertindih dengan China.

Jakarta hari ini menegaskan yang kedudukannya tidak berubah sambil menambah perjanjian itu tidak akan memberi kesan kepada hak kedaulatannya.

"Indonesia mengulangi pendirian bahawa tuntutan (China) itu tidak mempunyai asas undang-undang antarabangsa.

"Perkongsian ini tidak menjejaskan kedaulatan, hak kedaulatan atau bidang kuasa Indonesia di Laut Natuna Utara," katanya.

Tiada reaksi segera daripada Kementerian Luar China berhubung penegasan yang dibuat oleh Indonesia soal Laut China Selatan.

Garisan berbentuk U China adalah berdasarkan peta lamanya, bermula dari tengah Vietnam sehingga ke perairan di luar Pulau Natuna Indonesia, merangkumi Kawasan maritim seluas 1,000 kilometer (km) di selatan Pulau Hainan, China.

Ia melintasi zon ekonomi eksklusif (ZEE) Brunei, Malaysia, Filipina dan Vietnam, serta dikawal kapal pengawal pantai China yang didakwa negara jirannya sebagai pencerobohan dan cubaan mengganggu aktiviti tenaga dan perikanan.

Namun, China akan memberi alasan bahawa kapal miliknya cuma menghalang pencerobohan pihak luar ke wilayahnya. - REUTERS


INI GARIS

TEPAT PENDIRIAN

INDONESIA

AMIN

MALAYSIA WAJIB

IKUT GARIS

INDONESIA

AMIN

MALAYSIA WAJIB

IKUT GARIS

FILIPINA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan