Rabu, 27 November 2024

PENDATANG HARAM AGENDA NASIONAL



Flat Pandan Mewah digempur imigresen, 119 PATI ditahan

AMPANG – Enam Flat Pandan Mewah, di Ampang Jaya yang menjadi ‘lubuk penempatan warga asing’ digempur dalam Operasi Penguatkuasaan Imigresen petang tadi.

Dalam operasi secara besar -besaran bermula jam 6 petang itu, seramai 119 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairul Aminus Kamaruddin berkata, serbuan dijalankan susulan laporan media berhubung kebanjiran warga asing dengan enam blok diperiksa.

“Kita telah memeriksa seramai 400 warga asing yang terdiri daripada usia dua tahun hingga 55 tahun namun hanya 119 warga asing ditahn.

“Ia melibatkan warga Myanmar iaitu 71 lelaki dan 18 perempuan, Bangladesh (14 lelaki), Nepal (8 lelaki), India (4 lelaki) dan Indonesia (3 lelaki dan seorang perempuan).

“Mereka ditahan ini berumur 18 hingga 50 tahun dan akan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Semenyih untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.




Penduduk tempatan resah, Pandan Mewah jadi perkampungan warga asing

AMPANG – “Sini bukan lagi Pandan Mewah, tapi jadi Pandan Warga Asing’, itu luahan penduduk tempatan yang tidak senang dengan kebanjiran warga Rohingya, Bangladesh, Myanmar, dan Indonesia di kawasan itu sejak sekian lama.

Tinjauan mendapati, enam daripada 12 blok perumahan murah di kawasan itu dihuni warga asing yang tidak diketahui status mereka termasuk dalam kalangan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).

Secara mata kasar, jumlah mereka cukup ramai di kawasan ini kerana mereka ini berada di mana-mana di kawasan ini sehingga ‘menenggelamkan’ penduduk tempatan.

Tinjauan selama seminggu di kawasan ini mendapati mereka bukan sahaja menyewa di sini bahkan  turut menjalankan perniagaan kedai-kedai runcit.

Bukan sahaja di kedai runcit, bahkan, mereka bebas membuka meja dan menjadi penjaja secara terang-terangan

Hal ini menimbulkan persoalan dalam kalangan penduduk setempat kerana pejabat Majlis Perbandaran Ampang Jaya tidak kurang dua kilometer dari kawasan ini.

PENDATANG

HARAM

AKAN MENJADI

AGENDA NASIONAL

UNTUK PRU16

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan