Kenali Robin Hood
Oleh A Kadir Jasin
IZINKAN saya mencadangkan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, supaya dengan segera menjadikan cerita Robin Hood bacaan wajib di sekolah-sekolah.
2. Menteri Pendidikan Tinggi, (sahabat saya) Zambry Abdul Kadir pun boleh juga menggalakkan penuntut institusi pengajian tinggi awam dan swasta membaca cerita rakyat Inggeris itu.
3. Manakala stesen televisyen awam dan swasta pula boleh menayangkan semula versi terbaik filem Robin Hood.
4. Bukan apa, kalau orang ramai dan rakyat jelata tidak tahu cerita Robin Hood maka sia-sialah penafian Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang beliau bukan Robin Hood.
5. Lagipun membaca adalah amalan beliau. Selalu dalam ucapannya, beliau memetik daripada buku-buku yang dibacanya. Pasal membaca ini, saya sokong beliau 100 peratus.
6. Pada 1 November lalu, media massa arus perdana memetik beliau menafikan yang beliau bertindak macam Robin Hood. Ini berikutan dakwaan beliau ‘mencuri’ daripada orang kaya untuk diberikan kepada orang miskin menerusi rasionalisasi subsidi.
7. Andaian beliau bertindak seakan-akan Robin Hood tercetus dalam polemik subsidi bersasar bahan bakar di mana pengguna berpendapatan tinggi (T20) dan “maha kaya” kena bayar harga pasaran manakala golongan M40 dan B40 terus menikmati subsidi.
8. Pada mulanya label “maha kaya” itu beliau gunakan terhadap musuh-musuh politik yang beliau tuduh rasuah.
9. Setelah dua tahun masih belum ada bukti kukuh bagi menghadapkan musuh “maha kaya” tersebut ke mahkamah atas tuduhan rasuah. Sementara itu, label “maha kaya” merebak ke dalam bahas sosio-ekonomi.
10. Ini menyebabkan orang yang faham cerita Robin Hood dan “class war” menuduh beliau “mencuri” daripada orang kaya untuk diberikan kepada orang miskin.
11. Dalam cerita rakyat Inggeris Zaman Pertengahan (Middle Ages) itu, seorang “outlaw” (penjahat) bernama Robin Hood menyamun orang kaya yang kejam dan membahagikan hasilnya di kalangan orang miskin.
12. Perdana Menteri terpaksa membuat penafian itu kerana tindak-tanduk beliau mengenai isu “maha kaya” ini semakin kelihatan seolah-olah beliau sedang melancarkan perang kelas terhadap orang kaya dan T20 sedangkan golongan inilah yang menyemarakkan ekonomi dan membayar paling banyak cukai.
13. Realitinya, dengan segala gaji, elaun dan pelepasan cukai, Perdana Menteri dan anggota kabinetnya pun tergolong dalam kelompok T20 malah mungkin juga T15.
14. Demikian jugalah teras dasar ekonomi kerajaan Malaysia Madani pimpinan beliau yang jelas pro-perniagaan dan pro-pasaran terbuka.
Sekian.
Terima kasih.
nuar ni robin hood jahat.. dia tambah cukai rakyat.. yang senang kroni2 dia je
BalasPadamreformasi sakau sembang 47 kes bebas DNAA & saham Mahb blackrock bila nak CANCEL? ptptn & pengajian free ketimbang!!!
BalasPadamcepat pantas patut jangan tunggu lama lama lari lari di ulanggg cepat cabut lari kahkahkah sakau bebas DNAA
BalasPadamSapa cakap dia Robin hood? Dia Hobin butt....hahaha
BalasPadamNak tanya siapa miskin di negara ini? Beribu orang luar masuk setiap hari mencari peluang kehidupan kita pulak asyik miskin papa kedana betul ke semua cerita ini? Peminta sedekah pun ada yang pakai kereta woit, inikan pulak orang sihat tubuh badan, sihat walafiat tetapi harapkan bantuan setiap masa, bukan kah ianya membawa kerosakan kepada ekonomi kita? Setiap hari kena hulur bantuan kah kah kah kepada yang cacat kudung mata buta pekak faham juga tetapi yang yang sempurna lagi jadi malas kah kah kah
BalasPadam