Sabtu, 2 November 2024

TENGAH TENGAH ISRAEL DI SERANG


Serangan roket rosakkan rumah, cederakan penduduk di tengah Israel

BAITULMAQDIS: Serangan roket mencederakan beberapa individu dekat bandar Tira di tengah Isreal, awal pagi tadi.

Menurut Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Israel yang dikenali sebagai Magden David Adom (MDA) hari ini, tujuh mangsa dikejarkan ke hospital kerana mengalami cedera tahap sederhana dan ringan.

Ia termasuk seorang lelaki berusia sekitar 20 tahun yang cedera kerana terkena serpihan.

Menerusi hantaran di platform X, MDA turut berkongsi gambar dan video yang menunjukkan sebuah bangunan musnah teruk termasuk kelihatan ramai penyelamat 'berkerumun' di tempat kejadian.

Satu video diterbitkan stesen video tentera Israel, Galatz, di platform X, pula memaparkan satu letupan besar.

Menerusi kenyataan di aplikasi Telegram, tentera Israel memaklumkan yang mereka mengesan tiga peluru berpandu dilancarkan dari Lubnan ke arah tengah Israel.

Rejim Zionis mengesahkan yang mereka berjaya memintas beberapa peluru berpandu berkenaan.

Tira, sebuah bandar yang didominasi penduduk Arab terletak kira-kira 25 kilometer (km) dari timur laut Tel Aviv dan berada berhampiran sempadan dengan Tebing Barat yang diduduki.

Perang Israel-Palestin di Semenanjung Gaza masih berlarutan sehingga sekarang sejak 7 Oktober tahun lalu, merebak ke Lubnan di mana rejim Zionis bertindak melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap Hizbullah, sekutu Hamas.

Menurut angka rasmi Israel, sekurang-kurangnya 63 warganya terbunuh sejak perang antara Hizbullah meletus Oktober tahun lalu.

Kelmarin, tembakan roket dari Lubnan membunuh tujuh orang termasuk empat petani Thailand di Metula dekat utara Israel.

Berdasarkan angka Kementerian Kesihatan Palestin yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serangan menggila Israel terhadap bumi Gaza menyaksikan seramai 43,163 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakan orang awam. - AFP



SERANG JANGAN

TAK SERANG

AMIN

ORANG SIAM

PUN ADA BANTU

ISRAEL

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan