Khamis, 21 November 2024

TURKI ANGGOTA NATO MULA LAWAN AMERIKA



Keputusan AS benarkan Ukraine guna peluru berpandu kesilapan besar - Erdogan

ISTANBUL: Tindakan Washington membenarkan Ukraine menggunakan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS) terhadap sasaran tentera di Russia adalah 'kesilapan besar' yang boleh membawa dunia ke ambang perang besar, kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam kenyataan hari ini.

Langkah membenarkan Kyiv menggunakan peluru berpandu ATACMS jarak jauh yang kuat ini mewakili perubahan besar dalam dasar AS, mencetuskan tindak balas marah dari Moscow yang pada Selasa mengembangkan skop penggunaan senjata nuklearnya sebagai amaran jelas kepada Ukraine dan Barat.

"Langkah oleh (Presiden AS Joe) Biden ini bukan sahaja akan memburukkan konflik, tetapi akan membawa kepada reaksi yang lebih besar dari Russia... (dan) mungkin membawa rantau ini dan dunia ke ambang perang baru yang besar," kata Presiden Turkiye itu kepada wartawan dalam penerbangan pulang dari Sidang Kemuncak G20 di Rio.

Keputusan AS ini boleh disifatkan sebagai langkah untuk memarakkan lagi api peperangan, memastikan ia tidak berakhir dan bahkan merebak," katanya.

Katanya, dekri (perintah) yang ditandatangani Presiden Russia, Vladimir Putin pada Selasa membenarkan Moscow melancarkan tindak balas nuklear jika diserang dengan serangan udara besar-besaran, walaupun hanya dengan senjata konvensional.

"Kesilapan kecil yang dibuat berdasarkan kesilapan besar ini... seperti membaling tong api ke dalam api, jadi saya nasihatkan semua orang untuk berhati-hati," katanya.

Turkiye, yang menjalin hubungan mesra dengan dua jiran Laut Hitam itu membekalkan Ukraine dengan dron tetapi enggan menyertai sekatan Barat ke atas Moscow.

Pindaan dasar nuklear Russia itu dengan cepat dikutuk oleh Washington, Brussels dan London sebagai 'tidak bertanggungjawab' dan Erdogan berkata langkah itu harus disemak oleh negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

"Langkah yang diambil oleh Russia harus dipertimbangkan oleh pihak berkuasa NATO dan juga perlu dikaji semula," katanya dalam sidang media di Rio pada Selasa.

"Russia mempunyai kekuatan dan langkah untuk melindungi dirinya, dalam cara yang sama, negara-negara NATO juga harus mengambil langkah untuk melindungi diri kita," tambahnya.

Presiden Russia menggunakan retorik nuklear sepanjang konflik ini tetapi semakin agresif sejak tahun lalu, menarik diri daripada perjanjian larangan ujian nuklear dan perjanjian pengurangan senjata utama dengan AS. - AFP

TABIK HORMAT

PADA TURKI

AMIN

TABIK HORMAT

PADA EDORGAN

AMIN

PUTUS HUBUNGAN

DENGAN ISRAEL

AMIN

LARANG RUANG

UDARA TURKI

DI GUNA PESAWAT

ISRAEL

AMIN

KINI LAWAN

AMERIKA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan