Jumaat, 5 Januari 2024
ANWAR LUPA TUN TAIB MAHMUD
ANWAR ARAH
TANGKAP TUN DAIM
TANGKAP TUN MADEY
AMIN
TAPI
PASAL APA LUPA
TUN TAIB MAHMUD
KAH KAH KAH
KHALAS
APA RAJA PETRA BERLABON
RAJA PETRA
BERLABON
KALAU
LANGKAH DUBAI
GAGAL KERANA
YB UMNO BELOT
KAH KAH KAH
BELOT ATAU FULUS
KURANG DUA RINGGIT
KAH KAH KAH
AMIN
PROJEK HADI ADA KE TAK ADA ?
Perikatan tak amal budaya beli ahli Parlimen, kata Hadi
PERIKATAN Nasional (PN) mengamalkan politik demokrasi sebenar dan tidak memerlukan budaya membeli sokongan ahli Parlimen untuk mengguling kerajaan, kata Abdul Hadi Awang.
Presiden PAS itu berkata, dalam sistem demokrasi, perubahan dilakukan oleh rakyat secara langsung melalui pilihan raya atau wakil rakyat yang dipilih mengadakan undi tidak percaya di Parlimen atau menyatakan SD yang mencukupi jumlahnya.
“PAS dan rakan-rakan dalam PN memilih pendekatan mempertahankan kepercayaan rakyat secara langsung dan tidak langsung, tidak perlu kepada budaya ‘shopping’ ahli Parlimen dengan menggunakan duit yang banyak dan janji-janji, tetapi berpijak di bumi yang nyata mengamalkan politik demokrasi yang sebenar.
“Kami bergantung kepada rakyat dan pengorbanan mereka bersama PAS sejak penubuhannya sehingga kini,” katanya dalam satu catatan di Facebook hari ini.
Beliau mengulas dakwaan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Ismail Yusop minggu lalu, tentang usaha untuk menggulingkan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang dinamakan “Langkah Dubai”.
Langkah Dubai didalangi pemimpin PN dan pihak kerajaan perpaduan, dan satu pertemuan telah diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) hujung Disember lalu, dakwa Ismail.
Mengulas lanjut perkara itu, Hadi berkata beliau bersetuju dengan pandangan wartawan veteran usaha untuk menjatuhkan kerajaan mestilah datang daripada pihak yang mempunyai wang.
“Pihak kerajaan sekarang yang menguasai wang dan dapat mempengaruhi mereka yang mencari segala projek yang menghasilkan kewangan dengan cara yang paling mudah.
“Adapun pihak pembangkang pula disekat peruntukan yang wajib diberikan, bahkan dibekukan perjalanan kewangannya dan juga disita.
“Pada masa yang sama, pihak yang menyokong pihak pembangkang pula dilakukan sekatan dan disusahkan kerana dianggap menjadi pencabar paling bahaya terhadap kerajaan,” katanya. – 5 Januari, 2024.
WOIT
PROJEK HADI
BERJALAN TANPA
FULUS
KAH KAH KAH
BOLEH KAH
YB UMNO
BERGERAK
TANPA FULUS ?
KAH KAH KAH
MUSTAHIL YB UMNO
BERGERAK KERANA
NUSA & BANGSA
KAH KAH KAH
KHALAS
AKUAN BERSUMPAH DAH ADA !!!
Henti 'tebuk atap', jangan buang masa rakyat, gesa Zahid
HENTIKAN tindakan yang membuang masa rakyat dengan pelbagai langkah untuk membentuk kerajaan ‘tebuk atap’, tegas Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah itu berkata langkah ‘tebuk atap’ hanya akan mengalihkan perhatian rakyat daripada pelbagai manfaat yang diperoleh menerusi projek serta rancangan yang disusun oleh kerajaan Madani.
Bercakap dalam sidang media selepas Majlis Amanat Tahun 2024 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Putrajaya hari ini, Zahid berkata waktu berpolitik sewajarnya telah tamat dan pembangkang juga wajar bersama-sama memainkan peranan membina semula negara ini.
“Dalam tempoh empat tahun ini, kita sama-sama bina negara ini semula yang sudah rosak selama satu penggal…, apabila ada tiga perdana menteri dalam satu penggal yang mengetuai negara kita, tidak ada hasil yang baik untuk rakyat ketika itu,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan terdapat usaha mewujudkan kerajaan ‘tebuk atap’, antaranya menerusi apa yang dinamakan Langkah Dubai.
Langkah Dubai merujuk kepada pendedahan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Ismail Yusop Sabtu lepas, yang mendakwa kewujudan satu gerakan yang cuba menjatuhkan kerajaan timbul sewaktu percutian pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh dari pihak kerajaan di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.
Zahid seterusnya menegaskan bahawa akuan bersumpah tidak lagi sah atau relevan untuk melakukan gerakan ‘tebuk atap’ kerana adanya Akta Anti Lompat Parti atau Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663).
“Kini keputusan besar mesti dibuat oleh parti.. kalau mahu menukar (sokongan), ia mesti dibuat secara en bloc,” katanya.
Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022, yang mempunyai peruntukan melarang ahli Dewan Rakyat bertukar parti, berkuat kuasa pada 5 Oktober 2022 selepas diluluskan Dewan Rakyat pada 28 Julai tahun sama. – Bernama, 5 Januari, 2024.
BERITA DARI ZAHID
SAHKAN
LANGKAH DUBAI
WUJUD
AMIN
ANWAR CAKAP
HADI CAKAP
SANUSI CAKAP
SEMUA BERCAKAP
JENG JENG JENG
ZAHID CAKAP
AKUAN BERSUMPAH
TAK BOLEH PAKAI
JENG JENG JENG
INI MAKNANYA
SURAT SD INI
DAH WUJUD
JENG JENG JENG
WOIT
KALAU DAH ADA
NUMBO
PASAI APA TAK
GULING ???
NANTI SEMUA
KENA TANGKAP
KAH KAH KAH
NAK TUNGGU
APA LAGI
KAH KAH KAH
NAK TUNGGU
FULUS MASUK
KAH KAH KAH
AMIN
MASUKKAN DAIM KE DALAM JIL
MASUKKAN DAIM
KE DALAM JIL
AMIN
Unknown commented on
"CARA NAK PASTIKAN
DAIM MASUK JIL"
ni lebih kurang cara ISA tt kan ? cuma tak masuk kandang je.. kan ? kah kah kah
Unknown commented on
"CARA NAK PASTIKAN
DAIM MASUK JIL"
Lagi banyak peguam lagi banyak panjang cerita, cerita curi akhirnya hakim pun pening, nampak tak kalau yang kaya ini suka ambik peguam banyak, macam barisan peguam tersohor ada, tersihir ada, yang banyak berbohong ada, yang buta alam putar dunia akan ada, setiap kecil anak akan dijadikan isu,
Sehingga roboh kerajaan kah kah kah barisan peguam penipuan sama saja, sebab duit banyak, kalau Daim Zainuddin nak apalah setakat seekor peguam bayar dua juta, beribu berbaris nak jadi peguam Daim woit kah kah kah indera kayangan dengan biasa lain tarafnya kah kah kah ular mak cik pun lari masuk lubang tak keluar fatwa kebangsaan pulak nanti kah kah kah
Unknown commented on
"CARA NAK PASTIKAN
DAIM MASUK JIL"
aku rasa kalau kerajaan sekarang tumbang aku boleh jamin azam babki yang masuk jil dulu.. kah kah kah
JIKA ADA NUMBO JATUHKAN LAH !!!
LAGI LAGI
LANGKAH DUBAI
KAH KAH KAH
JATUHKAN JIKA
ADA NUMBO
KAH KAH KAH
KHALAS
SEMUA SELESAI -TUNGGU KEPUTUSAN PEGUAM NEGARA
SELESAI
DENGAN POLIS
SIASATAN DAN SOAL JAWAB
DENGAN PIHAK POLIS
TENTANG AKSI KEPONG SELESAI
SEMUA 15 SOSOK YANG DI PANGGIL
DAH DI AMBIL KENYATAAN BERTULIS
AMIN
KITA TUNGGU
POLIS AKAN HANTAR LAPORAN PADA
PEGUAM NEGARA
PEGUAM NEGARA
AKAN BACA SISATAN POLIS
DAN
AKAN BUAT KEPUTUSAN
JENG ENG JENG
ADA KES ?
KALAU ADA KES
KENA BICARA
ATAU
DNAA
KAH KAH KAH
AMIN
ISRAEL MAHU AMERIKA SERANG IRAN
ISRAEL MAHU
AMERIKA
SERANG IRAN
Perang Gaza a.k.a Nakba 2 yang bermula pada 7 Oktober 2023 masih diteruskan. Usaha warga dunia menuntut diadakan gencatan senjata gagal. Suara majoriti negara dalam dunia yang bersidang di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) tidak di pedulikan oleh Amerika dan Israel.
Kuasa veto Amerika menjadi tembok pendinding untuk Zionis Israel melakukan genocide. Pengeboman Gaza di teruskan.
Ini kerana Zionis Israel ada agenda yang lebih besar. Pertama Mengyahudikan seluruh Palestin. Kedua : memusnahkan Iran.
Dua projek ini ikat berikat. Untuk memahami dua projek ini mari kita semua kembali membaca sejarah.
Pada 17 September 1978 Perjanjian Camp David telah di tanda tangani oleh Presiden Mesir Anwar Sadat dengan Menachem Begin Perdana Menteri Israel. Saksi dan orang tengah ialah Presiden Amerika Jimmy Carter.
Mesir adalah negara Arab terkuat dan terbesar di bumi Arab. Perjanjian Camp David menjinak dan memandulkan Mesir.
Ini diikuti dengan Perjanjian Oslo pada 13 September 1993 yang di tanda tangani oleh Yasser Arafat dari Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dengan Perdana Menteri Israel Yitzak Rabin. Orang tengah ialah Bill Clinton Presiden Amerika.
Perjanjian Oslo adalah bukti pembelotan PLO. Perjanjian ini adalah usaha menjinakkan semua kumpulan gerila dan Fedayeen yang berpayung di bawah PLO. Al-Fatah yang mendominasi PLO melalui perjanjian Oslo bersedia menjadi mata-mata dan telinga Zionis Israel.
Semenjak kaum Zionis dan kaum Kristian Zionis di Eropah berjaya mewujudkan Israel pada tahun 1948 – perlawanan tidak berhenti. Konspirasi demi konspirasi di rancang untuk memusnahkan gerakan pembebasan Palestin. Semua gagal.
Pembelotan demi pembelotan berlaku di kalangan gerakan Pembebasan Palestin. Yang belot terus belot. Muncul yang baru meneruskan garis perjuangan. Pembelotan tidak berjaya memadam apa perjuangan.
Jika kita merujuk kembali kepada piagam PLO kita akan bertemu niat dan cita-cita PLO : untuk mendirikan sebuah negara Palestin yang sekular demokratik dimana Yahudi, Kristian dan Muslim boleh hidup bersama.
Jika kita kembali melihat garis perjuangan Al-Fatah kita akan berjumpa degan slogan – Thawra Hatta’l Nasr – Revolusi Hingga Menang. Bukan Revolusi Hingga Oslo.
Kita juga akan menemui bagaimana Piagam Al-Fatah dan PLO tidak mengiktiraf kewujudan Israel . Israel tidak di anggap negara hanya entiti.
Semua ini masuk bakul sampah apabila Perjanjian Oslo di tanda tangani oleh Yasser Arafat yang mewakili PLO. Dari Perjanjian Olso muncul apa yang kini dikenali sebagai Pihak Berkuasa Palestin yang klim mewakili rakyat Palestin.
Lembaga ini diberi dana dan di beri senjata oleh Amerika dan Kesatuan Eropah.
Tapi semangat juang Palestin tidak pernah pudar. Satelah pembelotan oleh Al-Fatah dan PLO muncul organisasi baru yang lebih militan dan lebih tersusun. Palestin masih lagi menjadi agenda utama di bumi Arab dan negara Islam. Palestin sesudah 7 Oktober 2023 membukan geo-politik baru.
Apa dia geo politik baru ini ?
Untuk memahami geo politik baru ini kita perlu melihat garis waktu.
Pada 1 April 1979 – negara feudal Iran menjadi Republik Islam Iran. Revolusi Iran sekali gus menghapuskan Raja Iran dan kaum kerabat feudal.
Kemunculan Iran sebagai Republik Islam membuka geo politik baru di Timur Tengah dan di pelbagai negara Islam. Pengaruh Iran dan kejayaan revolusi Iran menumbangkan Ahmad Reza Pahlevi memberi dampak dan pengaruh kepada gerakan Islam sedunia.
Iran di bawah Ayatollah Khomenei mengumumkan pada dunia bahawa Amerika ialah Setan Akhbar. Setan Akhbar ini musuh rakyat dunia. Garis politik Iran yang anti Amerika dan anti Israel mengubah politik Arab, politik Timur Tengah dan politik dunia.
Lalu Amerika melanggan Saddam Hussein. Pada 22 September 1980 – hingga 20 Ogos 1988 Iran di serang oleh Iraq. Ini projek awal untuk melemahkan Republik Islam yang baru muncul.
Projek ini gagal. Saddam sendiri menjadi mangsa Amerika. Yang lemah dan hancur ialah Iraq.
Sesudah Iraq hancur kaum Zionis masih melihat musuh agung mereka – Iran – tegak gagah berdiri. Lalu dijalankan kempen bahawa Iran memiliki niat untuk membuat senjata nuklear.
Sekali lagi sama seperti kes Saddam – senjata nuklear diolah untuk membuat persetujuan agar warga dunia bersetuju dan menghalalkan serangan ke atas Iran.
Sekatan ekonomi dilakukan ke atas Iran. Ekonomi Iran diganggu gugat. Ubatan dan barang keperluan harian lesap dari pasaran. Ini dengan harapan warga Iran akan marah. Diharapkan akan berlaku pemberontakan dalaman yang akan menjatuhkan kerajaan Republik Islam Iran.
Memang sahih lagi betul ekonomi Iran menjadi serik. Tetapi harga minyak dan gas naik berganda telah membantu Iran. Iran selamat dari sekatan ekonomi.
Bila krisis politik muncul di Syria – Israel, Amerika dan kaum Zionis telah masuk mengambil kesempatan. Perang saudara berlaku di Syria. Israel dan Amerika membantu musuh Syria.
Ketika ini muncul Iran sebagai kawan setia Syria. Projek Zionis untuk menghancurkan Syria gagal.
Ketika Israel menyerang Lebanon pada tahun 2006 Iran muncul sekali lagi sebagai kawan setia. Iran membantu dengan memberi dana dan juga mempersenjatai Lebanon.
Apa sebenarnya peranan Iran ?
Untuk ini mari kita lihat kembali Perang Vietnam ( 1954 -1974 ). Ini perang adil rakyat Vietnam menentang penjajahan Perancis. Bila Perancis kalah masuk penjajah baru bernama Amerika.
National Liberation Front of Vietnam (NLF) Gerakan Pembebasan Nasional Vietnam dengan garis politik angkat senjata telah melancarkan perang gerila terhadap Perancis dan kemudian terhadap Amerika.
NLF ini tidak akan berjaya mengalahkan Perancis dan Amerika tanpa sokongan China dan Rusia. Rusia dengan blok Sosialis Eropah Timur bersama China adalah negara yang mendukung perjuangan adil rakyat Vietnam dan juga rakyat Laos dan Kemboja.
Tanpa sokongan China dan Rusia perjuangan rakyat Indo China melawan imperialis Amerika pasti akan gagal.
Hari ini peranan Rusia dan China dalam Perang Indo China telah diambil alih oleh Republik Islam Iran. Dulu yang dimusuhi Perancis dan Amerika. Kini yang dimusuhi ialah Amerika dan Israel.
Iran kini menjadi pemain dan pengatur geo politik utama di Timur Tengah. Garis politik anti imperialis Amerika yang dipegang oleh Iran akan mengubah bukan sahaja politik Timur Tengah malah Iran kini dianggap satu kuasa baru dari Selatan.
Iran memberi dana dan senjata kepada Hezbolah di Lebanon, Hamas dan Islamik Jihad di Palestin dan Gerila Islam di Iraq. Iran juga membantu kerajaan Houthi di Yaman.
Jelas Iran kini adalah Rusia dan China untuk di Timur Tengah.
Justeru kaum Zionis berpendapat untuk Israel selamat Iran wajib di musnahkan. Inilah perancangan akhir kaum Zionis. Selagi Republik Islam Iran wujud Israel tidak akan selamat.
Iran bukan hanya menentang Zionis Israel. Iran menentang musuh dunia Setan Akhbar Amerika. Sikap anti Zionis dan anti imperialis Iran cukup jelas tanpa berselindung. Garis politik anti imperialis yang dipegang oleh Iran sedang mempengaruhi dunia.
Iran mahu memusnahkan entiti haram yang di panggil Israel. Iran mahu rakyat dunia sedar bahawa musuh utama mereka ialah imperialis Amerika.
Dasar anti imperialis Iran bukan retorik. Iran bukan sahaja memberi dana dan senjata malah Pasukan Pengawal Revolusi Iran di hantar untuk berperang sama di Yaman, di Syria dan di Lebanon.
Tanpa sokongan Pasukan Pengawal Revolusi Iran Presiden Bashar al-Assad telah lama bungkus. Iran dan Rusia memainkan peranan yang penting untuk menyelamatkan Bashar.
Justeru untuk Israel selamat Iran wajib di musnahkan. Projek memusnahkan Iran sendang berjalan.
Zionis Israel sedang merancang untuk menjerut Amerika. Israel mahu Iran di bom. Iran mahu Amerika mengebom Iran. Israel mahu Amerika menyerang Iran.
Apa yang berlaku di Beirut pada 2 Januari 2023 adalah sebahagian dari projek menjerut Amerika. Saleh al-Rouri pemimpin Kedua Hamas telah dibom mati ketika dia dalam pejabat di Beirut. Turut sama gugur beberapa kader penting dalam gerakan Hamas.
Ini satu provokasi.
Dari Beirut projek ini berpindah ke bandar Kerman di Iran. Pada 3 Januari 2024 dua bom meledak lepas satu satu di makam General Qassem Solemani. Lebih dari seratus orang gugur. Orang ramai sedang berkumpul memperingati ulang tahun ke empat kematian wira dari Pasukan Pengawal Revolusi Iran.
General Qassem telah dibunuh dengan serang drone atas arahan Presiden Trump. Sosok ini adalah pemikir dan perancang politik dan militer Iran yang penting.
Ledakan dua bom ini satu provokasi.
Provokasi apa?
Apa yang berlaku di Beirut dan di Kerman adalah rancangan Zionis Israel memancing agar Iran akan tergopoh gapah menyerang balas. Israel mahu Iran bertindak.
Bila Iran bertindak maka ini akan menjadi sebab musabab untuk Amerika menyerang Iran.
Apa yang berlaku di Beirut telah di akui oleh Israel. Apa yang berlaku di Kerman belum ada sesiapa yang mengakuinya. Tetapi Tehran telah menuduh Amerika dan Israel bertanggung jawab atas ledakan dua bom itu.
Sebelum berlaku dua provokasi ini pada Hari Krismas 25 Disember 2023 Israel telah membunuh seorang Jeneral. Sayyed Razi Mousavi di Damascus. Beliau dibunuh melalui serangan udara. Sosok ini ialah penasihat Pengawal Revolusi tentera Iran di Syria.
Minggu pertama tahun 2024 kini sedang membara di Timur Tengah. Dunia sedang menunggu apakah yang akan dilakukan oleh Hamas dan oleh Tehran.
Pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah berkata kumpulan mereka di Lebanon sedang bersedia dan tidak takut berperang. Ini ucapan pertama sejak pembunuhan Saleh al-Arouri.
Manakala Iran telah berjanji untuk membalas dendam terhadap pelaku letupan maut yang dilaporkan telah membunuh lebih 100 orang pada upacara ulang tahun keempat kematian komander Pasukan Quds Pengawal Revolusi Islam yang terkenal Mejar Jeneral Qassem Soleimani.
Apakah provokasi dan jerat yang dipasang oleh Zionis Israel ini akan membingkas ? Dunia dan kita sama-sama menunggu apa tindakan Iran dan Hamas.. Amin. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
THE MALAYSIAN INSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/478946
CARA NAK PASTIKAN DAIM MASUK JIL
Peguam tuduh SPRM nafi akses pelanggan dalam kes Daim
PEGUAM yang mewakili empat individu dalam siasatan terhadap bekas menteri kewangan Daim Zainuddin menuduh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan akses kepada pelanggan mereka.
Rajesh Nagarajan mendakwa SPRM berkelakuan zalim, menyalahi undang-undang dan dengan cara yang angkuh.
“Salah seorang peguam kami yang mewakili individu itu berada bersama pelanggan di bilik temu duga apabila pegawai SPRM bergegas masuk dan memaksa peguam itu keluar dari bilik itu.
“SPRM menghalang daripada mewakili dan menasihati pelanggan kami.
“Hak untuk mendapatkan perwakilan undang-undang apabila disoal oleh badan penguatkuasaan adalah asas kepada sistem keadilan jenayah kita. SPRM bertindak dengan cara yang menjijikkan,” kata Rajesh kepada The Malaysian Insight.
Rajesh berkata walaupun terdapat pengajaran daripada kes kematian Teoh Beng Hock dalam tahanan, SPRM terus menafikan akses kepada peguam bagi individu yang disoal siasat.
“Adalah jelas SPRM tidak belajar apa-apa daripada kesilapan mereka sebelum ini.
“Apabila ditanya siapa yang mengarahkan kami dikeluarkan dari bilik temu duga, pegawai SPRM mendakwa ia ‘arahan datang daripada pihak atasan’,” katanya.
Rajesh menjelaskan empat individu itu merupakan kakitangan pentadbiran Menara Ilham.
SPRM merampas Menara Ilham, sebuah bangunan 60 tingkat milik keluarga Daim pada 22 Disember sebagai sebahagian daripada siasatannya terhadap bekas menteri kewangan itu.
“Empat individu itu dipanggil untuk keterangan mereka direkodkan di bawah seksyen 30 Akta SPRM 2009,” katanya.
“Keempat-empat mereka sangat bekerjasama dan segera hadir ke ibu pejabat SPRM untuk direkodkan kenyataan walaupun diberi notis kurang 24 jam untuk berbuat demikian,” katanya sambil menambah suruhanjaya itu gagal memaklumkan kepada peguam atau individu tentang pertuduhan apa yang sedang mereka disiasat.
Rajesh berkata Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mesti bertanggungjawab sepenuhnya berkenaan hal berkenaan.
“Beliau harus menjelaskan ini melibatkan kepentingan awam dan integriti sistem keadilan jenayah.
“Kami seterusnya meminta kerajaan memberi jaminan badan penguatkuasa akan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan perwakilan undang-undang, nasihat dan bantuan,” katanya. – 4 Januari, 2024.