Jumaat, 19 Januari 2024
APA DAH JADI ?
“Kartel perolehan”: TLDM sahkan SPRM panggil anggota, ambil dokumen
KUANTAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan beberapa anggotanya telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung siasatan “kartel perolehan” melibatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah kem bernilai lebih RM9 juta.
Panglima TLDM Laksamana Abdul Rahman Ayob berkata SPRM juga telah mengambil beberapa dokumen bagi membantu siasatan kes yang difahamkan membabitkan projek pada tahun lepas, dan beliau menegaskan TLDM memberikan kerjasama penuh kepada siasatan terbabit.
“Biar mereka (SPRM) teruskan kerja dan kita tunggu sehingga keputusan siasatan nanti. TLDM tidak berkompromi dengan mana-mana anggotanya yang terlibat dengan salah laku dan mereka seharusnya sedar tindakan yang akan dihadapi jika melakukan kesalahan,” katanya.
Abdul Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Upacara Penamaan dan Pentauliahan Patrol Craft (PC) TLDM iaitu KD Sri Sabah dan KD Sri Sarawak di jeti Pangkalan TLDM Tanjung Gelang di sini hari ini.
Ketika ditanya jika TLDM akan melakukan siasatan dalaman berhubung perkara itu, Abdul Rahman berkata pihaknya akan menunggu laporan daripada SPRM terlebih dahulu sebelum memutuskan perkara berkenaan.
Semalam, SPRM mengesahkan penahanan tiga lelaki berumur antara 28 hingga 47 tahun di Pejabat SPRM Johor untuk membantu siasatan melibatkan kesalahan tuntutan palsu dan menjadi dalang “kartel perolehan” kepada 13 syarikat pembekal yang menguruskan kerja pembinaan di kem berkenaan.
Pembayaran penuh bagi projek itu difahamkan telah dibuat, namun pembinaan masih belum siap dengan sempurna.
Terdahulu, Mahkamah Majistret Johor Bahru di Johor hari ini membenarkan permohonan reman tiga lelaki berkenaan selama tujuh hari hingga 25 Jan ini bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
— BERNAMA
APA DAH JADI
DGN MALAYSIA
AMIN
KE DARAT
DI ROGOL POLIS
AMIN
KE LAUT
DI RASUAH OLEH
ASKAR LAUT
KAH KAH KAH
NEGARA ROSAK
MULA DENGAN
PEMIMPIN
KHALAS
LAGI KES POLIS JAHAT
Inspektor polis antara 7 ditahan, disyaki larikan lelaki Bangladesh
SEORANG inspektor polis antara tujuh individu ditahan disyaki terlibat melarikan seorang lelaki warga Bangladesh dari sebuah rumah di Seremban pada 10 Januari lepas.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Arifai Tarawe berkata penahanan dilakukan selepas polis menerima laporan daripada abang mangsa yang berusia 32 tahun, kira-kira 1 pagi pada hari sama dengan menyatakan adiknya yang berumur 27 tahun dikurung oleh sekumpulan lelaki di sebuah rumah di daerah ini.
“Mangsa yang merupakan pekerja kontrak pendawaian elektrik dikatakan berhutang dengan seorang daripada lelaki berkenaan dan diarah supaya membayar hutang berjumlah RM25,000 atau akan dipukul.
“Polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Mambau dan berjaya menyelamatkan mangsa pada 10.30 malam, keesokan harinya,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan tiga lelaki tempatan dan tiga lelaki warga Bangladesh berusia antara 31 hingga 57 tahun dan kemudiannya mendedahkan penglibatan seorang inspektor polis dalam kejadian itu.
Arifai berkata pegawai polis berusia 57 tahun itu kemudian ditahan di Perak, kira-kira 11.15 pagi pada 12 Januari.
Kesemua lelaki terbabit direman hingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, katanya. – Bernama, 18 Januari, 2024.
PDRM
WAJIB
CERMIN DIRI
AMIN
LAKUKAN REFORM
DGN RADIKAL
AMIN
UBAH CARA
REKRUT
AMIN
SEBELUM MELARAT
LINTAH MASUK
KE BONTOT
KHALAS
HENTIKAN TEBANG BALAK
Pembalakan cemari bekalan air di Kedah, kata pemerhati
AKTIVITI pembalakan di Ulu Muda, Kedah berpotensi mencemarkan takungan Tasik Muda yang membekalkan air ke Kedah dan Pulau Pinang, kata pemerhati alam sekitar Rimba Watch.
Rimba Watch dalam satu kenyataan berkata penemuan ini dibuat melalui imejan satelit kawasan itu.
Tasik Muda merupakan tadahan air utama di Kedah yang mengawal aliran air ke alur masuk Sungai Dua yang membekalkan 80% air Pulau Pinang.
“Siasatan kami menemukan imej satelit yang menunjukkan sungai Ulu Muda mengalir melalui kawasan pembalakan dan kemudian memendapkan lumpur ke dalam takungan.
“Kami membangkitkan kebimbangan kami bahawa pembalakan ini diperakui sebagai ‘mampan’ dan menyeru kerajaan Kedah untuk menyiasat dan menjelaskan isu ini,” kata Rimba Watch.
Rimba Watch juga menyatakan bahawa perlindungan kawasan tadahan turut menjadi topik pertikaian dalam isu air Kedah/Pulau Pinang.
Pulau Pinang telah lama menyeru agar pembalakan dihentikan di kawasan Ulu Muda namun Kedah menyatakan bahawa ia akan kehilangan hasil negeri jika pembalakan dihentikan, dan terus membenarkan aktiviti pembalakan di negeri itu.– 19 Januari, 2024.
WOIT NUSI
HANG CAKAP
BERDEKAH DEKAH
AMIN
HENTIKAN
TEBANG BALAK
AMIN
SUSAH NAK
MANDI JUNUB
KAH KAH KAH
KHALAS
AIR MADANI BUKAN AIR MANI
AIR MADANI
BUKAN
AIR MANI
KAH KAH KAH
AMIN
"KEM HEZBULLAH
DI BOM ZIONIS"
Semua negeri minta tarif air naik – PM
Alasan banganggg...!! Tidak membantu sama sekali kesusahan Rakyat...
Bangangggg....!!
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Putrajaya bersetuju supaya taraf air domestik di Semenanjung dan Labuan dinaikkan kepada purata 22 sen selepas mendapat permintaan daripada semua kerajaan negeri.
Saya ulangggg
Tidak membantu sama sekali kesusahan Rakyat
Banganggg...!!
DONALD J. TRUMP PRESIDEN KE 47 ?
DONALD J. TRUMP PRESIDEN KE 47 ?
Pada 15 Januari 2024 Donald Trump 77 tahun menang dalam pemilihan calon Parti Republikan di Iowa. Ini pemilihan pertama. Dalam sistem politik Amerika ahli-ahli parti berhak menentukan siapa calon parti mereka. Setiap negeri ahli parti akan berpeluang memilih bakal calon Presiden.
Sistem ini dianggap demokratik. Sistem ini memberi peluang ahli parti di akar umbi untuk membuat pilihan.
Tahun 2024 ini Parti Republikan mengajukan 7 calon Presiden termasuk Nikki Haley bekas wakil Amerika di PBB. Juga pendatang baru keturunan India Vivek Ramaswarmy.
Joe Biden dari Demokrat akan mempertahankan kerusi Presiden. Dua sosok baru setakat ini – Marainne Williamson dan Dean Philips telah mengajukan nama masing-masing untuk calon Parti Demokrat.
Selain dari dua parti ini pemilihan tahun 2024 ini juga memunculkan tiga sosok dari Parti Bebas. Seorang intelektual berkulit hitam Cornel West, Robert F Kennedy Jr - anak buah kepada arwah John F Kennedy dan Jill Stein.
Apa yang menarik perhatian dunia kali ini ialah sosok ahli perniagaan, bekas Presiden ke 45 Amerika : Donald J Trump.
Apakah pada 14 November 2024 nama Trump akan tersenarai sebagai calon Presiden untuk diundi pada 15 November 2024. Apakah esoknya Sabtu 16 November 2024 dunia akan menerima Trump sekali lagi sebagai Presiden Amerika ke 47 ?
Satu dunia sedang bertanya hal ini.
Jika pemilihan Presiden dilakukan minggu ini saya amat yakin – malah saya berani bertaruh - Donald Trump akan menang.
Apa yang berlaku di Iowa adalah bukti kekuatan Trump - di mana Trump telah mendapat 51% undian. Manakala yang lain mendapat di bawah 20%. Malah Vivek Ramaswarmy terus menarik diri dari bertanding dan memberikan sokongan kepada Trump.
Pungutan demi pungutan suara dan banci demi banci yang dijalankan oleh pelbagai media terus menunjukkan bahawa rakyat Amerika mahu Trump dilantik sekali lagi untuk menjadi Presiden.
Apakah Trump akan dipilih sekali lagi untuk bertanding ?
Sabar dulu. Sosok bernama Trump in tidak mudah untuk ke Rumah Putih walau pun pada ketika ini tidak ada sosok lain yang popular seperti Trump di Amerika.
Ada projek sedang diatur dengan licik untuk memastikan Trump akan gagal.
Sebelum kita memahami siapa yang sedang berusaha untuk menggagalkan Trump mari kita fahami kenapa Trump ini popular.
Kenapa rakyat Amerika suka Trump. Mengapa pengundi akan memilih Trump. Apa dasar Trump yang menjerut hari warga Amerika. Dan siapa musuh dan seteru ketat Trump yang akan menggagalkan Trump untuk kembali kali ke dua ke Rumah Putih. Amin.
Trump seorang ahli perniagaan yang berjaya. Sebagai ahli perniagaan yang kaya raya Trump melalui jalan gelap dan jalan terang yang dilalui oleh semua ahli perniagaan. Tunggang langgang dan putar belit ahli perniagaan bukan satu yang asing.
Trump bukan dari kelas elit politik Amerika seperti Kennedy atau Bush. Trump bukan lulusan Havard atau Yale. Dia belajar di Wharton School of the University of Pennsylvania, menamatkan pengajian pada Mei 1968 dengan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang ekonomi.
Kenapa Trump disukai oleh rakyat Amerika? Siapa penyokong Trump ?
Kali pertama Trump bertanding dan berjaya jadi Presiden pada tahu 2016 calon lawan ialah Hillary Clinton. Minah bekas Setiausaha Negara Amerika dan juga bekas First Lady telah menyifatkan penyokong Trump sebagai ‘ deplorable – Mat Lekeh ‘.
"Basket of deplorables" ialah kata-kata ucapan kempen 2016 yang disampaikan oleh calon Demokrat Hillary Clinton. Dia menggunakan konsep Mat Lekeh itu untuk menggambarkan "separuh" penyokong Donald Trump adalah rasis, seksis, homophobic, xenophobic, Islamophobic.
Memang benar ramai penyokong Trump memiliki pandangan ini. Sebenarnya penyokong Hillary juga menghayati pandangan yang sama. Bezanya penyokong Hillary ada kelas. Cakap berlapik. Bahasa halus. Manakala penyokong Trump tidak memiliki kelas – kasar , jujur dan terbuka.
Rata-rata Mat Lekeh penyokong Trump dari kelas bawahan. Kumpulan kulit putih dari kelas buruh dan pekerja yang selama ini tertinggal dalam gelombang menuju dan mencari Americam Dream – Mimpi Amerika – untuk berjaya dan kaya raya.
Trump mendapat sokongan kuat dari Pak Tani Amerika yang duduk di kampung di luar bandar.. Juga dari kumpulan masyarakat Hispanik. Sokongan juga datang dari gulungan konservatif kelas pertengahan yang melihat negara mereka sedang nazak bermasalah.
Gulungan kelas bawahan berkulit putih melihat Trump berupaya mengubah keadaan. Penyokong Trump ini tidak melihat Washington DC sebagai wilayah yang mereka fahami. Mereka melihat elit politik dan elit ekonomi Amerika sebagai musuh.
Mereka melihat ‘ the ruling class ‘ sebagai musuh abadi mereka. Kelas yang menyusahkan mereka bernafas.
Kempen MAGA – Make America Great Again – amat berjaya. Slogan ini mengusik hati naluri kelas bawahan kulit putih. Kumpulan ini tidak melihat dasar dari Washington atau suara dari Rumah Putih akan dapat membantu mereka yang sedang di pukul hanyut oleh badai ekonomi.
Mereka merasa pelik kenapa Amerika memberi dana berbilion dolar kepada Ukraine walhal jalan dan jambatan depan rumah mereka hampir rahai.
Trump berkempen melaungkan : kita akan baiki jambatan, kita akan baiki jalan – kita akan jadikan Amerika seperti satu ketika dulu.
Suara Trump ini mengingatkan mereka kembali kepada tahun 60’an dimana ekonomi Amerika menjana ekonomi dunia.
Nada dan isi kempen Trump ini menjerut hati kaum tertindas. Kaum buruh, kaum tani, peniaga kecil dan generasi muda yang tidak ada kerja menerima slogan MAGA ini. Setiap ceramah politik mereka akan melaungkan – Amerika ! Amerika ! Amerika!
Terselit nasionalisma disini. Justeru untuk mereka Trump adalah Mahadi yang selama ini mereka nanti-nantikan.
Ketika Trump di Rumah Putih dia telah secara jujur berkata
‘ stesen CNN adalah penipu...’ Trump menuduh media arus perdana memutar belitkan berita.
‘ stesen CNN adalah penipu...’ Trump menuduh media arus perdana memutar belitkan berita.
Trump telah menggelodak kelas bawahan kulit putih dan membawa mereka untuk jadi berani melawan elit politik dan elit ekonomi yang selama ini mendominasi Washington DC.
Trump menyifatkan Washington DC sebagai ‘ swamps – paya kotor ‘ yang perlu dibersihkan.
Kata-kata dan ucapan seperti ini menakutkan elit politik dan elit ekonomi di Amerika.
Semangat Make America Great Again disadur pula dengan slogan : tutup sempadan dari penceroboh luar.
Amerika negara ekonomi terbesar dalam dunia masih menjadi tarikan pendatang haram dan pendatang halal. The American Dream masih bersinar untuk menjadi tarikan.
Trump dalam ucapan berkempen berkata : Pendatang haram akan dihalau keluar. Pagar akan didirikan di sempadan Mexico.
Nada dan suara anti pendatang ini mendapat sambutan hangat dari warga Amerika.
Presiden Biden yang dilihat lok lak dan lembik dalam hal pendatang haram ini. Justeru Biden sedang menjadi ulam kepada Trump.
Kempen anti pendatang haram ini cukup popular. Dengan satu isu ini Trump tidak perlu bersurah tentang dasar luar atau dasar ekonomi untuk mengaut undi.
Presiden Biden yang dilihat nyanyuk bukan saja oleh musuh politik malah dalam Parti Demokrat sendiri mereka merasa gusar dan cemas bila melihat Biden sering tersasul ketika berucap. Biden terjatuh di tangga kapal terbang.. Biden hilang arah tuju di atas podium ceramah.
Keadaan Biden seperti ini menakut elit politik dan elit ekonomi di Washington DC. Justeru Trump wajib di halang dari bertanding melawan Biden. Jika Trump lawan Biden maka Biden akan masuk ke dalam bakul sampah sejarah. Amin.
Projek memusnahkan Trump ini bermula pada tahun 2016 lagi. Trump yang menjadi Presiden dilihat tidak mengikut skrip yang dilakar oleh elit politik dan elit ekonomi Amerika.
Kritikan Trump terhadap NATO, ketika menjadi Presiden menakutkan Industri Senjata. Trump secara jujur mahu mengurangkan saluran dana Amerika kepada NATO. Trump mencadangkan anggota NATO perlu meningkat sumbangan mereka.
Tentang Perang Ukraine : Saya kenal baik dengan Putin. Saya kenal baik dengan Zelensky. Saya akan panggil mereka berdua masuk bilik dan selesaikan masalah.
Tentang Perang Gaza : Jika saya Presiden Amerika perang ini tidak akan terjadi. Tidak akan berlaku.
Kenyataan seperti ini memberi gambaran bahawa Amerika di bawah Trump tidak memilih perang sebagai dasar luar negara. Ucapan Trump ini membawa makna Amerika perlu mengurangkan dana untuk persenjataan.
Justeru Industri Senjata berpendapat Trump wajib dihalang dari masuk ke Rumah Putih sekali lagi. Maka - daulah terpendam – deep state – sedang berusaha sedaya upaya untuk menghalang Trump kembali ke Rumah Putih.
Ketika Trump menjadi Presiden dia telah mendapat dua kali percubaan untuk dipecat. Trump difitnah mendapat sokongan dari Putin dan Rusia untuk menang mengalahkan Hillary. Dua kali projek pecat Trump gagal meleset.
Belum pernah terjadi dalam sejarah Amerika bekas Presiden di hadapkan dakwaan jenayah. Presiden Nixon yang licik dan jahat hanya berhadapan dengan kes politik.
Tidak dengan Trump.
Bekas Presiden Donald J. Trump di dakwa di Georgia berkaitan tuduhan bahawa dia cuba menumbangkan pilihan raya presiden 2020. Ini bermakna Trump kini berdepan empat kes jenayah yang berasingan.
Secara keseluruhan, Trump menghadapi 91 pertuduhan jenayah, didakwa dengan pelbagai jenayah: cuba menumbangkan demokrasi, mempertaruhkan rahsia keselamatan negara dan memalsukan rekod perniagaan berkaitan dengan pembayaran wang senyap kepada pelakon filem porno. Amin
Semua ini adalah jalan berperlembagaan dan dilihat halal untuk memastikan Trump tidak akan disenaraikan sebagai calon presiden. Semua ini diatur dan di rancang oleh daulah terpendam dengan menggunakan sistem mahkamah.
Projek halang Trump kembali berkuasa di teruskan lagi:
Pertama, Mahkamah Agung Colorado memutuskan bahawa bekas Presiden Donald Trump tidak layak bertanding untuk jawatan lamanya di negeri itu. Kemudian, Maine membuat perintah yang sama.
Kedua-dua keputusan adalah bersejarah. Mahkamah Colorado adalah mahkamah pertama yang memohon kepada calon presiden larangan perlembagaan yang jarang digunakan terhadap mereka yang "terlibat dalam pemberontakan."
Apa yang memeranjatkan pemerhati dan penganalisa politik – setiap kali Trump di dakwa atau di bawa ke mahkamah – suhu popular Trump naik. Rakyat melihat Trump di zalimi oleh kelas pemerintah.
Pada 6 Januari 2021 beribu Mat Lekeh telah keluar berdemo dan menceroboh ke dalam Bangunan Capitol. Ini kerana mereka percaya Trump telah menang.
Pada Januari 2025 atau pada November 2024 Mat Lekeh akan keluar lagi. Jika dulu mereka di tuduh bawa senjata kali ini besar kemungkinan Mat Lekeh akan bersenjata.
Persoalan hakiki hari ini apakah ada kemungkinan jika Trump di gagalkan dari bertanding menjadi calon Presiden 2024 maka pemberontakan bersenjata akan berlaku di Amerika ? Amin. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
THE MALAYSIAN INSIGHT. COM
NETANYAHU TOLAK BIDEN
Netanyahu secara terbuka tolak desakan AS
PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberitahu Amerika Syarikat beliau menentang penubuhan sebuah negara Palestin sebaik sahaja konflik di Gaza berakhir.
Dalam satu sidang akhbar, Netanyahu berikrar untuk meneruskan serangan di Gaza sehingga menang sepenuhnya: pemusnahan Hamas dan pembebasan tebusan Israel, sambil menambah ia boleh mengambil masa “berbulan-bulan lagi”, lapor BBC.
Dengan hampir 25,000 rakyat Palestin terbunuh di Gaza dan 85% daripada penduduk di kawasan itu kehilangan tempat tinggal, Israel berada di bawah tekanan kuat untuk mengekang serangannya dan terlibat dalam perbincangan bermakna bagi menamatkan perang.
Sekutu Israel, termasuk AS - dan banyak musuhnya - menggesa kebangkitan semula “penyelesaian dua negara” yang telah lama tidak aktif, yang mana pada masa depan, negara Palestin akan duduk bersebelahan dengan negara Israel.
Ramai berharap krisis semasa boleh memaksa pihak yang bertelagah kembali kepada diplomasi, sebagai satu-satunya alternatif yang berdaya maju kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan. Namun komen daripada Netanyahu menunjukkan niat sebaliknya.
Semasa sidang akhbar pada Khamis, beliau berkata Israel mesti mempunyai kawalan keselamatan ke atas semua tanah di barat Sungai Jordan, yang akan merangkumi wilayah mana-mana negara Palestin masa depan.
“Ini adalah syarat yang perlu, dan ia bercanggah dengan idea kedaulatan (Palestin). Apa yang perlu dilakukan? Saya memberitahu kebenaran ini kepada rakan-rakan Amerika kita, dan saya juga menghentikan percubaan untuk mengenakan realiti kepada kita yang akan membahayakan keselamatan Israel, ” katanya.
Sejak serangan 7 Oktober Hamas membunuh kira-kira 1,300 warga Israel dan menjadikan kira-kira 240 tebusan - AS telah menyokong haknya untuk mempertahankan diri.
Namun apabila jumlah kematian di Gaza telah meningkat, dan serangan berleluasa daripada Israel, pihak Barat telah menyeru agar Israel menghentikannya.
White House berulang kali cuba mempengaruhi dasar ketenteraan Israel dan menyeru penyelesaian dua negara, dengan peranan sebagai Pihak Berkuasa Palestin dalam pasca konflik Gaza. – 19 Januari, 2024.
WOIT
PLO KENA TIPU
PERJANJIAN
OSLO TIPU
KAH KAH KAH
AL- FATAH
BELOT
AMIN
GARIS HAMAS
TEPAT
AMIN
KHALAS
AMARAN BANJIR !!!
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pahang dan Johor hingga Sabtu
JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan tahap waspada di Pahang dan Johor sehingga Sabtu ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan di Pahang dijangka melibatkan kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Johor lokaliti yang tersenarai adalah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dijangka di Sarawak sehingga esok melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah. – Bernama, 18 Januari, 2024.
WAJIB IKUT
ARAHAN
AMIN
BERJAGA
BERAWAS
AMIN
JUDI HALAL BILA DISAMAK
JUDI HALAL
BILA DISAMAK
AMIN
Unknown commented on
"JUDI INI
HALAL KE HARAM ?"
Kalau warna hijau kalau ada logo bulan kalau samak dengan air suci semuanya halal, tak ada yang tidak halal kecuali halal belaka kah kah kah kalau haram pun boleh dianggap halal kerana otak beku orang-orang kita sudah melampaui takat minus kah kah kah terlalu sejuk dan beku sampailah tidak berfungsi lagi kah kah kah
LEBAI GOOGLE NABI BARU
LEBAI GOOGLE
NABI BARU
AMIN
Unknown commented on
"KIRA BIJIK KELENTIT"
Kita biji ini tak payah jadi pakar pun, budak sekolah rendah pun dah pandai zaman ini, semuanya ada dalam handphone Bro, google ciptaan kafir ini akan mengajar segala ilmu duniawi kepada umat kita, samada mahu terima atau tidak saja, apapun PM tak mahu gaji lagi, semua tanggung beres,
semua diperolehi secara cepat mudah pantas selagi pegang jawatan, kalau sampai Sg buloh entahlah masih dapat atau tidak? Banduan ada hak untuk jimak atau tidak? Siapakah boleh terangkan? Ustaz Azhar Idrus boleh? Kah kah kah
JENAYAH
JENAYAH
JUMAAT 19 JANUARI 2024
HEBOH HEBOH HEBOH
JENAYAH JENAYAH JENAYAH
POLIS ROMPAK
POLIS ROGOL
SUAMI BUNUH ISTERI
ISTERI BUNUH ANAK
HAKIM AMBIL RASUAH
DUIT ZAKAT DI KELEPET
AYAH ROGOL ANAK
GURU SUTUT MURID
BERITA MACAM INI
MAKIN BANYAK
MAKIN RAMAI
APAKAH PABRIK MASYARAKAT KITA
DAH MULA TERBARAI
DAH MULA GOYAH
USTAD YOU TUBE
PENJUAL AGAMA
MAKIN RAMAI
TAPI
KITA MAKIN TERBARAI
APAKAH SEBENARNYA
SEMUA INI DARI DULU
MEMANG BANYAK BERLAKU
HANYA KALI INI
KITA DI BERI TAHU
JADI HEBOH
KERANA ADA INTERNET ?
JENG JENG JENG
HARAMKAN INTERNET
JENG JENG JENG
KAH KAH KAH
AMERIKA
WOW KALI INI
AMERIKA MAHU SELESAI
KES PALESTIN
DIRIKAN NEGARA PALESTIN
ISRAEL
GILA GILA TOLAK
ARAHAN AMERIKA UNTUK
BERDAMAI DAN DIRIKAN
NEGARA PALESTIN
BELANDA
MAHKAMAH DUNIA
MASIH BERSIDANG
DI LAPORKAN SEBELUM 5 FEB
AKAN ADA KEPUTUSAN SEMENTARA
BICARA KES ISRAEL
AMBIL MASA BERTAHUN
YAMAN
PASOKAN HOUTI SERANG
LAGI KAPAL DI LAUT MERAH
AMERIKA BOM YAMAN
UNTUK KALI KE LIMA
HOKKIEN
SEJUK CERAH SEGAR
MATA HARI TAK ADA
LANGIT DAN AWAN CERAH
BUMI BASAH
BUNGA BUNGA
BERKEMBANG
CENGKERIK BERSIMPONI
RUMPUT BERGERAK
PIPIT SEDANG BERTENGEK
TIONG BERSUARA
TEKUKUR BERLAGU TAK BERHENTI
HARI INI AKAN PANAS
GUA NAK PERGI CHOW KITA
SEKEJAP LAGI
RUNTIN SABTU TUKAR JUMAAT
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT JUMAAT
DENGAN SENYUMAN
ANAK SEKOLAH BUDAK BAIK
DUDUK BAWAH POKOK SENA
HARGA AIR TELAH NAIK
HARGA LETERIK MACAM MANA
BURUNG BELATUK BURUNG SERINDIT
CARI MAKAN BIJI BAYAM
AYAM KUNYIT 20 RINGGIT
SAMA HARGA AYAM SIAM
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT