Jumaat, 19 Januari 2024

SELAMAT DAATANG PERANG DUNIA


SELAMAT DATANG

PERANG DUNIA

AMIN

KITA WUJUDKAN

DUNIA BARU

KHALAS

PLO KENA KENCING - PERJANJIAN OSLO SATU PENIPUAN


PLO KENA KENCING

PERJANJIAN OSLO

SATU PENIPUAN

KHALAS

APA DAH JADI ?


“Kartel perolehan”: TLDM sahkan SPRM panggil anggota, ambil dokumen

KUANTAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan beberapa anggotanya telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung siasatan “kartel perolehan” melibatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah kem bernilai lebih RM9 juta.

Panglima TLDM Laksamana Abdul Rahman Ayob berkata SPRM juga telah mengambil beberapa dokumen bagi membantu siasatan kes yang difahamkan membabitkan projek pada tahun lepas, dan beliau menegaskan TLDM memberikan kerjasama penuh kepada siasatan terbabit.

“Biar mereka (SPRM) teruskan kerja dan kita tunggu sehingga keputusan siasatan nanti. TLDM tidak berkompromi dengan mana-mana anggotanya yang terlibat dengan salah laku dan mereka seharusnya sedar tindakan yang akan dihadapi jika melakukan kesalahan,” katanya.

Abdul Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Upacara Penamaan dan Pentauliahan Patrol Craft (PC) TLDM iaitu KD Sri Sabah dan KD Sri Sarawak di jeti Pangkalan TLDM Tanjung Gelang di sini hari ini.

Ketika ditanya jika TLDM akan melakukan siasatan dalaman berhubung perkara itu, Abdul Rahman berkata pihaknya akan menunggu laporan daripada SPRM terlebih dahulu sebelum memutuskan perkara berkenaan.

Semalam, SPRM mengesahkan penahanan tiga lelaki berumur antara 28 hingga 47 tahun di Pejabat SPRM Johor untuk membantu siasatan melibatkan kesalahan tuntutan palsu dan menjadi dalang “kartel perolehan” kepada 13 syarikat pembekal yang menguruskan kerja pembinaan di kem berkenaan.

Pembayaran penuh bagi projek itu difahamkan telah dibuat, namun pembinaan masih belum siap dengan sempurna.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Johor Bahru di Johor hari ini membenarkan permohonan reman tiga lelaki berkenaan selama tujuh hari hingga 25 Jan ini bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
— BERNAMA


APA DAH JADI

DGN MALAYSIA

AMIN

KE DARAT

DI ROGOL POLIS

AMIN

KE LAUT 

DI RASUAH OLEH

ASKAR LAUT

KAH KAH KAH

NEGARA ROSAK

MULA DENGAN

PEMIMPIN

KHALAS

LAGI KES POLIS JAHAT


Inspektor polis antara 7 ditahan, disyaki larikan lelaki Bangladesh


SEORANG inspektor polis antara tujuh individu ditahan disyaki terlibat melarikan seorang lelaki warga Bangladesh dari sebuah rumah di Seremban pada 10 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Arifai Tarawe berkata penahanan dilakukan selepas polis menerima laporan daripada abang mangsa yang berusia 32 tahun, kira-kira 1 pagi pada hari sama dengan menyatakan adiknya yang berumur 27 tahun dikurung oleh sekumpulan lelaki di sebuah rumah di daerah ini.

“Mangsa yang merupakan pekerja kontrak pendawaian elektrik dikatakan berhutang dengan seorang daripada lelaki berkenaan dan diarah supaya membayar hutang berjumlah RM25,000 atau akan dipukul.

“Polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Mambau dan berjaya menyelamatkan mangsa pada 10.30 malam, keesokan harinya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan tiga lelaki tempatan dan tiga lelaki warga Bangladesh berusia antara 31 hingga 57 tahun dan kemudiannya mendedahkan penglibatan seorang inspektor polis dalam kejadian itu.

Arifai berkata pegawai polis berusia 57 tahun itu kemudian ditahan di Perak, kira-kira 11.15 pagi pada 12 Januari.

Kesemua lelaki terbabit direman hingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan, katanya. – Bernama, 18 Januari, 2024.

PDRM 

WAJIB 

CERMIN DIRI

AMIN

LAKUKAN REFORM

DGN RADIKAL

AMIN

UBAH CARA

REKRUT

AMIN

SEBELUM MELARAT

LINTAH MASUK

KE BONTOT

KHALAS

HENTIKAN TEBANG BALAK



Pembalakan cemari bekalan air di Kedah, kata pemerhati

AKTIVITI pembalakan di Ulu Muda, Kedah berpotensi mencemarkan takungan Tasik Muda yang membekalkan air ke Kedah dan Pulau Pinang, kata pemerhati alam sekitar Rimba Watch.

Rimba Watch dalam satu kenyataan berkata penemuan ini dibuat melalui imejan satelit kawasan itu.

Tasik Muda merupakan tadahan air utama di Kedah yang mengawal aliran air ke alur masuk Sungai Dua yang membekalkan 80% air Pulau Pinang.

“Siasatan kami menemukan imej satelit yang menunjukkan sungai Ulu Muda mengalir melalui kawasan pembalakan dan kemudian memendapkan lumpur ke dalam takungan.

“Kami membangkitkan kebimbangan kami bahawa pembalakan ini diperakui sebagai ‘mampan’ dan menyeru kerajaan Kedah untuk menyiasat dan menjelaskan isu ini,” kata Rimba Watch.

Rimba Watch juga menyatakan bahawa perlindungan kawasan tadahan turut menjadi topik pertikaian dalam isu air Kedah/Pulau Pinang.

Pulau Pinang telah lama menyeru agar pembalakan dihentikan di kawasan Ulu Muda namun Kedah menyatakan bahawa ia akan kehilangan hasil negeri jika pembalakan dihentikan, dan terus membenarkan aktiviti pembalakan di negeri itu.– 19 Januari, 2024.
 

WOIT NUSI

HANG CAKAP

BERDEKAH DEKAH

AMIN

HENTIKAN 

TEBANG BALAK

AMIN

SUSAH NAK

MANDI JUNUB

KAH KAH KAH

KHALAS

PERANG BESAR SEDANG DI RANCANG


PERANG BESAR

SEDANG

 DIRANCANG

KHALAS

AIR MADANI BUKAN AIR MANI



AIR MADANI

BUKAN

AIR MANI

KAH KAH KAH

AMIN 

Unknown commented on 
"KEM HEZBULLAH
 DI BOM ZIONIS"

Semua negeri minta tarif air naik – PM

Alasan banganggg...!! Tidak membantu sama sekali kesusahan Rakyat...

Bangangggg....!!

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Putrajaya bersetuju supaya taraf air domestik di Semenanjung dan Labuan dinaikkan kepada purata 22 sen selepas mendapat permintaan daripada semua kerajaan negeri.

Saya ulangggg

Tidak membantu sama sekali kesusahan Rakyat

Banganggg...!!

KEM HEZBULLAH DI BOM ZIONIS


KEM HEZBULLAH

DI BOM ZIONIS

AMIN 

DONALD J. TRUMP PRESIDEN KE 47 ?


DONALD J. TRUMP PRESIDEN KE 47 ?


Pada 15 Januari 2024  Donald Trump 77 tahun menang dalam pemilihan calon Parti Republikan di Iowa. Ini pemilihan pertama. Dalam sistem politik Amerika ahli-ahli parti berhak menentukan siapa calon parti mereka. Setiap negeri ahli parti akan berpeluang  memilih bakal calon  Presiden. 

Sistem ini dianggap demokratik. Sistem ini memberi peluang ahli parti di akar umbi untuk membuat pilihan.

Tahun 2024 ini Parti Republikan mengajukan 7 calon Presiden termasuk Nikki Haley bekas wakil Amerika di PBB. Juga pendatang baru keturunan India  Vivek Ramaswarmy.

Joe Biden dari Demokrat akan mempertahankan kerusi Presiden. Dua sosok baru setakat ini – Marainne Williamson dan Dean Philips telah mengajukan nama masing-masing untuk calon  Parti Demokrat.

Selain dari dua parti ini pemilihan tahun 2024 ini juga memunculkan tiga sosok dari Parti Bebas. Seorang intelektual berkulit hitam Cornel West, Robert F Kennedy Jr  - anak buah   kepada arwah John F Kennedy  dan Jill Stein.

Apa yang menarik perhatian dunia kali ini ialah sosok ahli perniagaan, bekas Presiden ke 45 Amerika : Donald J Trump.

Apakah pada 14 November 2024 nama Trump akan tersenarai sebagai calon Presiden untuk diundi pada 15 November 2024. Apakah esoknya Sabtu 16 November 2024 dunia akan menerima Trump sekali lagi sebagai Presiden Amerika ke 47 ?

Satu dunia sedang bertanya hal ini.

Jika pemilihan Presiden dilakukan minggu ini saya amat yakin – malah saya berani bertaruh  - Donald Trump akan menang. 

Apa yang berlaku di Iowa adalah bukti kekuatan Trump - di mana Trump telah mendapat  51% undian. Manakala yang lain mendapat di bawah 20%. Malah Vivek  Ramaswarmy terus menarik diri dari bertanding  dan memberikan sokongan kepada Trump.

Pungutan demi pungutan suara dan banci   demi banci yang dijalankan oleh pelbagai  media terus menunjukkan bahawa rakyat Amerika mahu Trump dilantik sekali lagi untuk menjadi Presiden.

Apakah Trump akan dipilih sekali lagi untuk bertanding ?

Sabar dulu. Sosok  bernama Trump in tidak  mudah untuk ke Rumah Putih walau pun pada ketika ini tidak ada sosok lain yang popular seperti Trump di Amerika.

Ada projek sedang diatur dengan licik untuk memastikan Trump akan gagal. 

Sebelum kita memahami siapa yang sedang berusaha untuk menggagalkan  Trump mari kita fahami kenapa Trump ini popular. 

Kenapa rakyat Amerika suka Trump. Mengapa pengundi akan memilih Trump. Apa dasar Trump yang menjerut hari warga Amerika.  Dan siapa musuh dan seteru ketat Trump yang akan menggagalkan Trump untuk kembali  kali ke dua ke Rumah Putih. Amin. 

Trump  seorang ahli perniagaan yang berjaya. Sebagai ahli perniagaan yang kaya raya Trump melalui jalan gelap dan jalan terang yang dilalui oleh semua ahli perniagaan. Tunggang langgang dan putar belit ahli perniagaan bukan satu yang asing. 

Trump bukan dari kelas elit politik Amerika seperti Kennedy atau Bush.   Trump bukan lulusan Havard atau Yale. Dia belajar di  Wharton School of the University of Pennsylvania, menamatkan pengajian pada Mei 1968 dengan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang ekonomi.

Kenapa Trump disukai oleh rakyat Amerika? Siapa penyokong Trump ?

Kali pertama Trump bertanding dan berjaya jadi Presiden pada tahu 2016 calon lawan ialah Hillary Clinton.   Minah bekas Setiausaha Negara Amerika dan juga  bekas First Lady telah menyifatkan penyokong Trump sebagai ‘ deplorable – Mat Lekeh ‘.

"Basket of deplorables" ialah kata-kata  ucapan kempen  2016 yang disampaikan oleh calon Demokrat Hillary Clinton. Dia menggunakan  konsep Mat Lekeh  itu untuk menggambarkan "separuh" penyokong  Donald Trump adalah rasis, seksis, homophobic, xenophobic, Islamophobic.

Memang benar ramai penyokong Trump memiliki pandangan ini. Sebenarnya penyokong Hillary juga menghayati pandangan yang sama. Bezanya penyokong Hillary ada kelas. Cakap berlapik. Bahasa halus. Manakala penyokong Trump tidak memiliki kelas – kasar , jujur  dan terbuka.

Rata-rata Mat Lekeh penyokong Trump dari kelas bawahan. Kumpulan kulit putih dari kelas buruh dan pekerja yang selama ini tertinggal dalam gelombang menuju dan mencari  Americam Dream – Mimpi Amerika – untuk berjaya dan kaya raya.

Trump mendapat sokongan kuat dari Pak Tani  Amerika yang duduk di kampung di luar bandar.. Juga dari kumpulan masyarakat Hispanik. Sokongan juga datang dari gulungan konservatif kelas pertengahan  yang  melihat negara mereka sedang nazak bermasalah.

Gulungan kelas bawahan berkulit putih melihat Trump berupaya mengubah  keadaan. Penyokong Trump  ini tidak melihat  Washington DC sebagai wilayah yang mereka fahami. Mereka melihat elit politik dan elit ekonomi Amerika sebagai musuh. 

Mereka melihat ‘ the ruling class ‘ sebagai musuh abadi mereka. Kelas yang  menyusahkan  mereka bernafas.

Kempen MAGA – Make America Great Again – amat berjaya.  Slogan ini mengusik hati naluri kelas bawahan kulit putih.  Kumpulan ini tidak melihat dasar dari Washington  atau suara dari Rumah Putih akan dapat membantu mereka yang sedang di pukul hanyut oleh badai ekonomi.

Mereka merasa pelik kenapa Amerika memberi dana berbilion dolar kepada Ukraine walhal jalan dan jambatan depan rumah mereka hampir rahai.

Trump berkempen melaungkan : kita akan baiki jambatan, kita akan baiki jalan – kita akan jadikan Amerika seperti satu ketika dulu.

Suara Trump ini mengingatkan  mereka kembali kepada tahun 60’an dimana ekonomi Amerika menjana ekonomi dunia.

Nada dan isi kempen  Trump ini menjerut hati kaum tertindas. Kaum buruh, kaum tani, peniaga kecil dan generasi muda yang tidak ada kerja menerima slogan MAGA ini.  Setiap ceramah politik mereka akan melaungkan – Amerika ! Amerika ! Amerika! 

Terselit nasionalisma disini. Justeru untuk mereka Trump adalah  Mahadi yang selama ini mereka nanti-nantikan.

Ketika Trump di Rumah Putih dia telah secara jujur berkata 
‘ stesen CNN adalah penipu...’ Trump menuduh media arus perdana memutar belitkan berita. 

Trump telah menggelodak kelas bawahan  kulit putih dan membawa mereka untuk jadi berani  melawan elit politik dan elit ekonomi yang selama ini mendominasi Washington DC.

Trump menyifatkan Washington DC sebagai ‘ swamps – paya kotor ‘ yang perlu dibersihkan.

Kata-kata dan ucapan seperti ini menakutkan elit politik dan elit ekonomi di Amerika.

Semangat Make America Great Again disadur pula dengan slogan : tutup sempadan dari penceroboh luar.

Amerika negara ekonomi terbesar dalam dunia masih menjadi tarikan pendatang haram dan pendatang halal. The American Dream masih bersinar untuk menjadi tarikan.

Trump dalam ucapan berkempen berkata : Pendatang  haram akan dihalau keluar. Pagar akan didirikan di sempadan Mexico. 
Nada dan suara anti pendatang  ini mendapat sambutan hangat dari warga  Amerika.

Presiden Biden yang dilihat lok lak dan lembik dalam hal  pendatang haram ini. Justeru Biden sedang menjadi ulam kepada Trump.

Kempen anti pendatang haram ini cukup popular. Dengan satu isu ini Trump tidak perlu bersurah tentang dasar luar atau dasar ekonomi untuk mengaut undi.

Presiden Biden yang dilihat nyanyuk bukan saja oleh musuh politik malah dalam Parti Demokrat sendiri mereka merasa gusar dan cemas bila melihat Biden sering tersasul ketika berucap. Biden terjatuh di tangga kapal terbang.. Biden hilang arah tuju di atas podium ceramah.

Keadaan Biden seperti ini   menakut elit politik dan elit ekonomi di Washington DC. Justeru Trump wajib di halang dari  bertanding melawan Biden. Jika Trump lawan Biden  maka Biden akan masuk ke dalam bakul sampah sejarah. Amin.

Projek memusnahkan Trump ini bermula pada tahun 2016 lagi.  Trump yang menjadi Presiden dilihat tidak mengikut skrip yang dilakar oleh elit politik dan elit ekonomi Amerika.

Kritikan Trump terhadap NATO, ketika menjadi Presiden menakutkan Industri Senjata. Trump secara jujur mahu mengurangkan saluran dana Amerika kepada NATO. Trump mencadangkan anggota NATO perlu  meningkat  sumbangan mereka.

Tentang Perang Ukraine : Saya kenal  baik dengan  Putin. Saya kenal baik dengan Zelensky. Saya akan panggil mereka berdua masuk bilik dan selesaikan masalah.

Tentang Perang Gaza : Jika saya Presiden Amerika perang ini tidak akan terjadi. Tidak akan berlaku. 

Kenyataan  seperti ini memberi gambaran bahawa Amerika di bawah Trump tidak memilih perang sebagai dasar  luar negara. Ucapan Trump ini membawa  makna Amerika perlu mengurangkan dana untuk persenjataan.

Justeru Industri Senjata berpendapat  Trump wajib dihalang dari masuk ke Rumah Putih  sekali lagi.  Maka - daulah terpendam – deep state – sedang berusaha sedaya upaya untuk menghalang Trump kembali ke Rumah Putih. 

Ketika Trump menjadi Presiden dia telah mendapat dua kali  percubaan untuk dipecat. Trump difitnah mendapat sokongan dari  Putin dan Rusia untuk menang mengalahkan Hillary. Dua kali projek pecat Trump gagal meleset.

Belum pernah  terjadi dalam sejarah Amerika bekas Presiden di hadapkan dakwaan jenayah. Presiden  Nixon yang licik dan jahat hanya berhadapan dengan kes politik.

Tidak dengan Trump.

Bekas Presiden Donald J. Trump di dakwa di  Georgia berkaitan tuduhan bahawa dia cuba menumbangkan pilihan raya presiden 2020. Ini bermakna Trump kini berdepan empat kes jenayah yang berasingan.

Secara keseluruhan, Trump menghadapi 91 pertuduhan jenayah, didakwa dengan pelbagai jenayah: cuba menumbangkan demokrasi, mempertaruhkan rahsia keselamatan negara dan memalsukan rekod perniagaan berkaitan dengan pembayaran wang senyap kepada pelakon  filem porno. Amin

Semua ini adalah jalan berperlembagaan dan dilihat halal untuk memastikan Trump tidak akan disenaraikan sebagai calon presiden. Semua ini diatur dan di rancang oleh daulah terpendam dengan menggunakan sistem mahkamah.

Projek halang Trump kembali berkuasa di teruskan lagi:

Pertama, Mahkamah Agung Colorado memutuskan bahawa bekas Presiden Donald Trump tidak layak bertanding untuk jawatan lamanya di negeri itu. Kemudian,  Maine membuat perintah  yang sama. 

Kedua-dua keputusan adalah bersejarah. Mahkamah Colorado adalah mahkamah pertama yang memohon kepada calon presiden larangan perlembagaan yang jarang digunakan terhadap mereka yang "terlibat dalam pemberontakan." 

Apa yang memeranjatkan pemerhati dan penganalisa politik – setiap kali Trump di dakwa atau di bawa ke  mahkamah – suhu popular Trump  naik. Rakyat melihat Trump di zalimi oleh  kelas pemerintah.

Pada 6 Januari 2021 beribu  Mat Lekeh telah keluar berdemo dan menceroboh ke dalam Bangunan Capitol. Ini kerana mereka percaya Trump telah menang.

Pada  Januari 2025 atau pada November 2024 Mat Lekeh akan keluar lagi. Jika dulu mereka di tuduh bawa senjata kali ini besar kemungkinan Mat Lekeh akan bersenjata.

Persoalan hakiki hari ini apakah ada kemungkinan jika Trump di gagalkan dari bertanding menjadi calon Presiden 2024 maka  pemberontakan bersenjata akan berlaku di Amerika ? Amin. (TT)

TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
THE MALAYSIAN INSIGHT. COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/480413



 

NETANYAHU TOLAK BIDEN




Netanyahu secara terbuka tolak desakan AS

PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberitahu Amerika Syarikat beliau menentang penubuhan sebuah negara Palestin sebaik sahaja konflik di Gaza berakhir.

Dalam satu sidang akhbar, Netanyahu berikrar untuk meneruskan serangan di Gaza sehingga menang sepenuhnya: pemusnahan Hamas dan pembebasan tebusan Israel, sambil menambah ia boleh mengambil masa “berbulan-bulan lagi”, lapor BBC.

Dengan hampir 25,000 rakyat Palestin terbunuh di Gaza dan 85% daripada penduduk di kawasan itu kehilangan tempat tinggal, Israel berada di bawah tekanan kuat untuk mengekang serangannya dan terlibat dalam perbincangan bermakna bagi menamatkan perang.

Sekutu Israel, termasuk AS - dan banyak musuhnya - menggesa kebangkitan semula “penyelesaian dua negara” yang telah lama tidak aktif, yang mana pada masa depan, negara Palestin akan duduk bersebelahan dengan negara Israel.

Ramai berharap krisis semasa boleh memaksa pihak yang bertelagah kembali kepada diplomasi, sebagai satu-satunya alternatif yang berdaya maju kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan. Namun komen daripada  Netanyahu menunjukkan niat sebaliknya.

Semasa sidang akhbar pada Khamis, beliau berkata Israel mesti mempunyai kawalan keselamatan ke atas semua tanah di barat Sungai Jordan, yang akan merangkumi wilayah mana-mana negara Palestin masa depan.

“Ini adalah syarat yang perlu, dan ia bercanggah dengan idea kedaulatan (Palestin). Apa yang perlu dilakukan? Saya memberitahu kebenaran ini kepada rakan-rakan Amerika kita, dan saya juga menghentikan percubaan untuk mengenakan realiti kepada kita yang akan membahayakan keselamatan Israel, ” katanya.

Sejak serangan 7 Oktober  Hamas membunuh kira-kira 1,300 warga Israel dan menjadikan kira-kira 240 tebusan - AS telah menyokong haknya untuk mempertahankan diri.

Namun apabila jumlah kematian di Gaza telah meningkat, dan serangan berleluasa daripada Israel, pihak Barat telah menyeru agar Israel menghentikannya.

White House berulang kali cuba mempengaruhi dasar ketenteraan Israel  dan menyeru penyelesaian dua negara, dengan peranan sebagai Pihak Berkuasa Palestin dalam pasca konflik Gaza. – 19 Januari, 2024.

WOIT

PLO KENA TIPU

PERJANJIAN

OSLO TIPU

KAH KAH KAH

AL- FATAH 

BELOT

AMIN

GARIS HAMAS

TEPAT 

AMIN

KHALAS

AMARAN BANJIR !!!


Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pahang dan Johor hingga Sabtu

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran jangkaan hujan berterusan tahap waspada di Pahang dan Johor sehingga Sabtu ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan berterusan di Pahang dijangka melibatkan kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Johor lokaliti yang tersenarai adalah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dijangka di Sarawak sehingga esok melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah. – Bernama, 18 Januari, 2024.

WAJIB IKUT

ARAHAN

AMIN

BERJAGA

BERAWAS

AMIN

YAMAN TAK AMBIK POT


YAAN TAK AMBIK POT

KAH KAH KAH

AMIN 

JUDI HALAL BILA DISAMAK


JUDI HALAL

BILA DISAMAK

AMIN 


Unknown commented on 
"JUDI INI 
HALAL KE HARAM ?"

Kalau warna hijau kalau ada logo bulan kalau samak dengan air suci semuanya halal, tak ada yang tidak halal kecuali halal belaka kah kah kah kalau haram pun boleh dianggap halal kerana otak beku orang-orang kita sudah melampaui takat minus kah kah kah terlalu sejuk dan beku sampailah tidak berfungsi lagi kah kah kah

LEBAI GOOGLE NABI BARU


LEBAI GOOGLE

NABI BARU

AMIN

Unknown commented on 
"KIRA BIJIK KELENTIT"

Kita biji ini tak payah jadi pakar pun, budak sekolah rendah pun dah pandai zaman ini, semuanya ada dalam handphone Bro, google ciptaan kafir ini akan mengajar segala ilmu duniawi kepada umat kita, samada mahu terima atau tidak saja, apapun PM tak mahu gaji lagi, semua tanggung beres, 

semua diperolehi secara cepat mudah pantas selagi pegang jawatan, kalau sampai Sg buloh entahlah masih dapat atau tidak? Banduan ada hak untuk jimak atau tidak? Siapakah boleh terangkan? Ustaz Azhar Idrus boleh? Kah kah kah


 

JENAYAH


JENAYAH 

JUMAAT 19 JANUARI 2024
HEBOH HEBOH HEBOH
JENAYAH JENAYAH JENAYAH

POLIS ROMPAK
POLIS ROGOL
SUAMI BUNUH ISTERI
ISTERI BUNUH ANAK

HAKIM AMBIL RASUAH
DUIT ZAKAT DI KELEPET
AYAH ROGOL ANAK
GURU SUTUT MURID

BERITA MACAM INI
MAKIN BANYAK
MAKIN RAMAI

APAKAH PABRIK MASYARAKAT KITA
DAH MULA TERBARAI
DAH MULA GOYAH

USTAD YOU TUBE
PENJUAL AGAMA
MAKIN RAMAI
TAPI
KITA MAKIN TERBARAI

APAKAH SEBENARNYA
SEMUA  INI DARI DULU
MEMANG BANYAK BERLAKU
HANYA KALI INI
KITA DI BERI TAHU
JADI HEBOH
KERANA ADA INTERNET ?
JENG JENG JENG
HARAMKAN INTERNET
JENG JENG JENG
KAH KAH KAH

AMERIKA
WOW KALI INI
AMERIKA MAHU SELESAI
KES PALESTIN
DIRIKAN NEGARA PALESTIN

ISRAEL
GILA GILA TOLAK
ARAHAN AMERIKA UNTUK
BERDAMAI DAN DIRIKAN
NEGARA PALESTIN

BELANDA
MAHKAMAH DUNIA 
MASIH BERSIDANG
DI LAPORKAN SEBELUM 5 FEB
AKAN ADA KEPUTUSAN SEMENTARA
BICARA KES ISRAEL
AMBIL MASA BERTAHUN

YAMAN
PASOKAN HOUTI SERANG
LAGI KAPAL DI LAUT MERAH
AMERIKA BOM YAMAN
UNTUK KALI KE LIMA

HOKKIEN
SEJUK CERAH SEGAR
MATA HARI TAK ADA
LANGIT DAN AWAN CERAH

BUMI BASAH
BUNGA BUNGA
 BERKEMBANG

CENGKERIK BERSIMPONI
RUMPUT BERGERAK
PIPIT SEDANG BERTENGEK
TIONG BERSUARA
TEKUKUR BERLAGU TAK BERHENTI

HARI INI AKAN PANAS
GUA NAK PERGI CHOW KITA
SEKEJAP LAGI
RUNTIN SABTU TUKAR JUMAAT

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT JUMAAT
DENGAN SENYUMAN

ANAK SEKOLAH BUDAK BAIK
DUDUK BAWAH POKOK SENA
HARGA AIR TELAH NAIK
HARGA LETERIK MACAM MANA

BURUNG BELATUK BURUNG SERINDIT
CARI MAKAN BIJI BAYAM
AYAM KUNYIT 20 RINGGIT
SAMA HARGA AYAM SIAM

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERJUMAAT