Khamis, 22 Februari 2024

CHINA MULA MENYERANG MALAYSIA !!!


AWAS !!!

CHINA MERAH DAH

MULA MENYERANG

MALAYSIA

KHALAS

BERITA PALSU



K’jaan tak faham peranan Majlis Media, tegur Sivarasa

Pertindihan dua kod etika kewartawanan tidak mencerminkan pemahaman kerajaan yang jelas terhadap peranan Majlis Media, kata bekas timbalan menteri PKR.

Sivarasa Rasiah berkata tidak sepatutnya ada dua kod berbeza antara yang dikeluarkan kerajaan dan Majlis Media.

“Hanya satu (diperlukan) yang secara logiknya tentulah oleh Majlis Media,” kata bekas anggota parlimen tiga penggal itu.

Sivarasa berkata demikian sebagai mengulas pengenalan kod etika itu kelmarin yang menjadi punca kuasa kerajaan membatalkan kad perakuan media pihak yang melanggarnya.

Kod yang dilancarkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil itu dikemas kini daripada versi 1989 yang diperkenalkan oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI), NGO yang terkenal dengan penganjuran hadiah kewartawanannya.

Setakat ini, ia mendapat maklum balas negatif daripada kumpulan pelobi kebebasan media Gerakan Media Merdeka (Geramm), kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) serta wartawan veteran A Kadir Jasin.

Geramm antaranya berkata media harus bebas dari campur tangan kerajaan supaya dapat berfungsi sebagai pemantau kepada kekuasaan serta menyediakan rakyat dengan pelbagai sudut pandang.

Sementara itu, menulis di media sosial, Sivarasa berkata kod itu sepatutnya disusun oleh Majlis Media sebagai badan bebas. 

Dia yang juga seorang peguam justeru menggesa kerajaan mempercepatkan penubuhan Majlis Media.

Fahmi semalam berkata draf Rang Undang-undang (RUU) Majlis Media akan dibentangkan di sidang Parlimen pada Jun depan.


SEMUA INI

BERNIAT NAK

KAWAL KONTROL

AMIN

KONON NAK KAWAL

BERITA PALSU

AMIN

SEBENARNYA BERITA

 KUTUK

KERAJAAN

YANG NAK

DI KONTROL

AMIN

DALAM ERA

INTERNET BERITA

PALSU PERKARA

BIASA

AMIN

MALAH PARA

MENTERI KERAJAAN

TIAP HARI SEBAR

BERITA PALSUC

 SECARA RESMI

AMIN

TUJUAN UNTUK

TERUS BERKUASA

AMIN

TAI CHI DAN SILAT DARI BANK NEGARA


Paras semasa ringgit tak cerminkan prospek positif ekonomi Malaysia - Gabenor BNM



KUALA LUMPUR: Prestasi ringgit sejak kebelakangan ini, sama seperti mata wang serantau lain telah dipengaruhi oleh beberapa faktor luaran, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM),  Abdul Rasheed Ghaffour.

Beliau berkata, sebahagian daripada faktor ini termasuk pelarasan pasaran kepada perubahan jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kebimbangan geopolitik dan ketidaktentuan yang menyelubungi prospek ekonomi China.

"BNM berpandangan bahawa paras semasa ringgit tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia menuju ke hadapan," katanya dalam satu kenyataan.

Gabenor bank pusat itu berkata, pertumbuhan pada 2024 akan dipacu oleh peningkatan dalam permintaan luar dan perbelanjaan domestik yang kukuh.

Beliau menambah, unjuran terbaharu Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) adalah perdagangan global akan meningkat daripada 0.4 peratus pada 2023 kepada 3.3 peratus pada 2024.

Bagi Malaysia, katanya eksport telah menunjukkan peningkatan yang stabil sejak suku keempat 2023, malah eksport bagi Januari 2024 yang baru dikeluarkan telah menjadi positif apabila berkembang sebanyak 8.7 peratus.

"Sektor pelancongan telah pulih dengan kukuh dengan ketibaan pelancong pada 2024 dijangka mengatasi paras prapandemik seramai 26 juta orang.

"Momentum pelaburan telah meningkat dengan pelaksanaan projek-projek yang diluluskan dalam kedua-dua sektor awam dan swasta.

"Mencerminkan perkembangan positif ini dan komitmen kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan berstruktur serta jangkaan penurunan kadar faedah di ekonomi maju, kebanyakan penganalisis mengunjurkan ringgit akan meningkat tahun ini," katanya.

Nilai ringgit terus mencatat penurunan ketara hari ini apabila mencecah paras RM4.795 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Pada sekitar jam 5 petang ini, ringgit berada di paras 4.795 susut 0.41 peratus berbanding penutup semalam.

Jika disingkap semula, mata wang negara mencapai paras terendah dalam sejarah iaitu RM4.88 pada Januari 1998 iaitu ketika kemuncak Krisis Kewangan Asia.

Paras terbaharu hari ini juga mengatasi paras terendah harian yang dicatat pada 23 Oktober 2023 lalu iaitu 4.7925.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, berdasarkan analisis teknikal, ringgit telah pun melepasi paras rintangan iaitu RM4.7958.

"Kita sedia maklum bahawa trend mata wang banyak dipengaruhi oleh faktor luaran. Terbaharu, bank pusat China telahpun mengurangkan kadar faedah mereka sebanyak 25 mata asas dan ia melebihi jangkaan penganalisis ekonomi. Situasi ini sudah pasti akan melemahkan mata wang yuan.

"Ringgit pula dilihat kaitan ketara dengan mata wang yuan. Maka sebarang pergerakan yuan sudah pasti akan memberi kesan kepada ringgit. Persoalannya, apa yang harus dilakukan oleh pembuat dasar?

"Persoalan ini tidak semudah yang disangka dan jalan penyelesaiannya juga tidak boleh disamakan seperti yang pernah dilaksanakan pada tahun 1998," katanya kepada BH.

Beliau menambah, umum mengetahui bahawa pasaran modal Malaysia begitu terbuka kepada pelabur asing, susulan itu mereka bebas memiliki saham dan bon yang diterbitkan di Malaysia.

Berdasarkan data terkini, nisbah milikan asing dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelabuaran Kerajaan (GII) telahpun merosot ke paras 33.8 peratus dan 9.3 peratus setakat Januari 2023.

Ini berbanding 36.6 peratus dan 10.2 peratus yang dicatatkan pada Julai tahun lalu.

"Ada pelbagai sebab milikan asing berkurangan. Salah satunya adalah pulangan pelaburan yang lebih tinggi di AS berdasarkan perbezaan kadar faedah iaitu 'Fed Fund Rate' berada pada paras 5.50 peratus berbanding OPR 3.0 peratus.

"Namun, penyelesaian isu kelemahan ringgit melalui kenaikan OPR adalah tidak tepat kerana ia boleh melemahkan ekonomi domestik.

"Justeru apakah jalannya? Jalan terbaik adalah dengan menunjukkan bahawa reformasi dasar ekonomi sedang dijalankan dan pelaksanaannya mengikut jadual yang ditetapkan," katanya.

Selain itu, katanya, perubahan dasar perlu berlaku secara beransur-ansur dan tidak mendadak.

"Kemudian, komunikasi kepada rakyat, pelabur dan pengusaha perlu dijalankan supaya mereka mendapat gambaran sebenar apa yang ingin dicapai.

"Pendek kata, perlu konsisten dan realistik. Mungkin inilah caranya yang boleh menarik perhatian pelabur asing untuk membeli saham dan bon di Malaysia dan sekiranya ia berlaku secara berterusan maka ringgit bakal pulih dalam tempoh akan datang," katanya.

WOIT

INI TAI CHI

INI SILAT

AMIN

MAK CIK  KIAH

DARI SENALING

TAK FAHAM

KENAPA RINGGIT

MURAH

AMIN

GUA SENDIRI PUN

TAK FAHAM

WAT IS DE BEKOS

KAH KAH KAH 

PASAI NEGERI LAIN 

DI ASEAN SEMUA OK

JENG JENG JENG

KHALAS

TURUN BERDEMO !!!



Israel ugut hantar tentera

 ke Rafah
GAZA: Israel melancarkan serangan udara ke atas Rafah, selepas mengancam untuk menghantar tenteranya ke bandar yang menjadi tempat perlindungan kira-kira 1.4 juta rakyat Palestin.

Kuasa global yang cuba merencana cara untuk menamatkan perang Israel-Palestin atau sekadar mengisytiharkan gencatan senjata, setakat ini masih menemui jalan buntu.

Bagaimanapun, utusan Amerika Syarikat (AS) yang dijangka tiba di Israel hari ini, dijangkan akan berusaha mencapai perjanjian gencatan senjata.

Kebimbangan antarabangsa juga meningkat susulan jumlah kematian orang awam yang tinggi dan krisis kemanusiaan buruk yang dicetuskan perang yang bermula 7 Oktober lalu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mengulangi amaran sama, susulan agensi bantuan yang bernaung di bawahnya kini dilarang memasuki Rafah.

Kebimbangan masyarakat antarabangsa sejak beberapa minggu kebelakangan ini tertumpu di Rafah di mana lebih 1.4 juta pelarian berkumpul selepas terpaksa meninggalkan tempat tinggal mereka di kawasan lain di wilayah berkenaan.

Kini, mereka terpaksa hidup di tempat perlindungan yang penuh sesak, hanya dengan khemah sementara berbumbung plastik.

Rafah, bandar terakhir yang 'belum disentuh' oleh tentera darat Israel juga berfungsi sebagai pintu masuk utama melalui negara jiran Mesir untuk menyalurkan bekalan bantuan yang sangat diperlukan.

Israel memberi amaran akan meluaskan operasi ketenteraan daratnya ke Rafah jika Hamas tidak membebaskan saki baki tebusan yang ditahan di Gaza, menjelang ketibaan Ramadan bulan depan. - AFP



PROJEK HALAU

RAKYAT PALESTIN

TERUS BERJALAN

AMIN

SOKONGAN KITA

WAJID DITERUSKAN

AMIN

TURUN BERDEMO

TURUT BERDERMA

KHALAS

HUJAN PETANG SAMPAI


HUJAN PETANG

NAK MASUK JAM 6 PETANG
ANGIN MULA BERTIUB KENCANG
CUACA PANAS MULA BERUBAH
HUJAN LEBAT TURUN
GURUH DI SANA SINI

CUACA PANAS MENJADI SEJUK
MALAM INI JIKA TIDAK BERBAHANG
PASTILAH SANTAI DAN NYAMAN

TAPI JALAN PASTI JEM
SEPERTI PETANG KELMARIN
AMIN


BEBAL BUAT RINGGIT JATUH


BEBAL BUAT

RINGGIT JATUH

KHALAS


Unknown commented on 
"ANWAR WAJIB JELASKAN KENAPA RINGGIT JATUH DI PARLIMEN"

faktor luar = usd rate hike, perang, china,
faktor dalam = pmx bangang, menteri kewangan bebal, menteri ekonomi hilang buku formula.

by right.. kalau harga ayam mahal jangan makan ayam .. makan ringgit

TOK ARAB TIPU MELAYU


TOK ARAB

TIPU MELAYU

AMIN


Mo Izz Is
1d  · 
KAHKAHKAH
Tengok Cara Dia Alter Kening Dia pun Boleh Tau Penyangak...
Tumpang Glamor Nabi pula Tu..Arab Jibraok pun Melayu Suka!

SABTU MALAM


SABTU MALAM

JUMPA 

DI PASAR SENI

AMIN

JIKA TRUMP JADI PRESIDEN .....



JIKA TRUMP JADI

PRESIDEN PERANG

UKRAINE TAMAT

KHALAS

PARI GERKAN TABAI MADANI


Kerajaan perlu bertindak laksana strategi tangani kejatuhan ringgit – Wendy

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu bertindak dan melaksanakan strategi ampuh dalam menangani kejatuhan ringgit ketika ini.

Timbalan Setiusaha Agung Parti Gerakan Tanahair (Gerakan), Wendy Subramaniam berkata, langkah itu perlu bukan sahaja melibatkan dolar Amerika Syarikat tetapi mata wang asing yang lain juga termasuk ASEAN.

“Gerakan ingin mengingatkan Kerajaan Madani akan ceramah Anwar Ibrahim pada September 2022 yang menyelar Kerajaan Perikatan Nasional dengan mendakwa PN tidak pandai menjaga negara punca nilai matawang jatuh.

Anwar juga, katanya, mendakwa ringgit jatuh sebab tidak stabil, orang tak yakin dan pelabur tak masuk.

“Persoalannya sekarang, siapa yang tak pandai jaga nilai ringgit? PN atau PH,” soalnya menerusi kenyataan.

Wendy berkata, pada pandangannya, jika situasi tersebut berlaku kepada kerajaan sebelum ini, sudah pasti mereka yang kononnya ‘pakar formula ekonomi’ dan ‘pakar reformasi’ akan menjadi hero.

“Ketika jadi pembangkang, Anwar dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli antara individu yang sering menyerang dan menyalahkan kerajaan dan mengatakan ‘kalau tidak pandai menjaga negara lebih baik ikat Najib Razak daripada ikat mata wang’.

“Tetapi, apabila sudah menjadi kerajaan, beberapa bulan lalu kedua-dua pakar daripada Parti Keadilan Rakyat tersebut mula menyebut “kejatuhan nilai ringgit bukan sebab saya” dan “ringgit jatuh jangan hanya salahkan kerajaan”,” ujarnya.

Tambah beliau, meskipun faktor luar menjadi pemacu utama kepada kemerosotan ringgit namun tidak bermakna kerajaan tidak boleh membuat sesuatu bagi mengekang kejatuhan berterusan.


WOIT

ISU RINGGIT

JATUH NILAI INI

AKAN BERTERUSAN

AMIN

BELUM JUMPA

WAT IS DE BEKOS

DUIT JAD MURAH

KHALAS

RINGGIT AKAN JATUH LAGI






Jangan salah orang lain nilai ringgit rendah – Isham
KUALA LUMPUR – Kejatuhan nilai ringgit ke paras terendah dalam tempoh 26 tahun lalu berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ini bukan hanya disebabkan faktor luaran semata-mata.

Sebaliknya, ia turut didorong faktor dalaman serta bagaimana orang atau pelabur luar melihat kepada keadaan pengurusan ekonomi dalaman negara yang kucar-kacir, kata bekas Ahli Majlis Tertinggi Kerja (MKT) UMNO, Isham Jalil.

“Semalam kerajaan kata nilai ringgit lemah sebab faktor luaran. Jika ini betul-betul benar, nilai ringgit akan bercampur-campur berbanding matawang asing yang lain.

“Tetapi, fakta sebenar adalah nilai ringgit jatuh berbanding kebanyakan matawang negara lain dan terhempas ke paras terendah dalam 26 tahun berbanding US dollar

“Ringgit jatuh berbanding Euro, jatuh berbanding Pound, jatuh berbanding Australian dollar, jatuh berbanding New Zealand dollar, jatuh berbanding Singapore dollar, jatuh berbanding rupee, jatuh berbanding rupiah, dan lain-lain.

“Ini bukan sekadar faktor luaran, ini faktor dalaman, atau faktor bagaimana orang atau pelabur luar melihat kepada keadaan pengurusan ekonomi dalaman kita yang kucar-kacir,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Isham berkata, disebabkan itu juga tahap pelaburan asing langsung (FDI) ke Malaysia juga jatuh teruk dan merosot hampir separuh iaitu -47 peratus daripada RM74.5 billion kepada RM39.5 billion sepanjang setahun pentadbiran i Anwar Ibrahim.

“Berikut adalah prestasi ringgit sejak tahun 1990an sehingga hari ini. Data ini adalah purata nilai ringgit setiap bulan berbanding US dollar.

“Semakin tinggi harga ringgit berbanding 1 US dollar semakin lemah nilai ringgit. Melihat kepada data ini, nilai ringgit hari ini adalah terburuk dalam tiga dekad.

“Anwar dan menteri-menteri perlu jawab. Jangan salahkan orang lain,” ujarnya. – 

NILAI RINGGIT

AKAN TERUS JATUH

AMIN

WAT IS DE BEKOS

KAH KAH KAH

RAMAI KURANG

YAKIN DGN MADANI

AMIN

PELABURAN LUAR

BERBILION BILON

BAWA MASUK DUIT

KATA MADANON

AMIN

TAPI MENGAPA

TAK SAMPAI SAMPAI

KAH KAH KAH

AMIN

TAHNIAH - RINGGIT DAH KUKUH


RINGGIT

DAH KUKUH

AMIN

Unknown commented on 
"PERSOALAN NASIONAL"

berita cakap harini ringgit kukuh sibai.. woi tt hanat..bagi la sikit kredit dekat madanon.. semalam 4.80 harini 4.79.. kah kah kah

FORMULA RINGGIT


FORMULA RINGGIT

DAH ADA

AMIN

Unknown commented on 
"TOK ARAB JUAL AGAMA"

Tak payah ribut ribut formula hengget mengukuh dah jumpaaa..

Formula Hinggit Kukuh

RM = PIJI + PAPA ---- Pers (1)

RM = KENCING + LOKOS -- Pers (2)

Pers (1)= Pers (2)

PIJI + PAPA = KENCING + LOKOS

PANAS


PANAS


KHAMIS 22 FEBUARI 2024
KELMARIN PANAS TERIK
KEMUDIAN ANGIN KUAT
GURUH DISANA SINI
HUJAN TURUN LEBAT

INI WATAK EL NINO
TAHUN 2024 INI
DIRAMALKAN PANAS
INI AKAN LEBIH MEMBAHANG
DARI TAHUN LALU

DALAM MASA 5 TAHUN
JIKA UMAT MANUSIA
TIDAK BERUBAH GAYA HIDUP
MAKA MALAPETAKA IKLIM
AKAN MEMBAHAM
KITA SEMUA
AMIN

KES FBI
MENUDUH ADA WARGA KITA
JADI PENGGANAS
KERANA SOKONG HAMAS
INI SALAH
KERAJAAN MALAYSIA
TIDAK CAP HAMAS SEBAGAI
PENGGANAS
DASAR RESMI KITA IALAH
HAMAS SEBUAH PARTI POLITIK

JUSTERU DI PAU UMNO
DI MUKTAMAR PAS
WAKIL HAMAS ADA DI JEMPUT
DI HARI PEMBUKAAN
AMIN

UK
KERAJAAN SUNAK BERCADANG
UNTUK HENTIKAN JUAL SENJATA
PADA ISRAEL
JIKA RAFAH TERUS DI SERANG

SATELITE
ERS-2 MILIK EROPAH
TELAH JATUH KE BUMI
SATELAH 30 TAHUN DI UDARA

TAIWAN
KEADAAN TEGANG
KAPAL LAUT CHINA  MERAH
DI HAMBAT KELUAR
DARI PERAIRAN TAIWAN

HOKKIEN
PAGI INI  CERAH BASAH  
MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA LEMAH

ANGIN DAN HUJAN KELMARIN
MENGUGURKAN DAUN DAUN
MALAH ADA KAYU SEKAH
MENGHALANG JALAN

DI LERENG BUKIT
MURAI BERKICAU
MENJADIKAN PAGI INI
INDAH
YANG LAIN SENYAP
MUNGKIN MASIH SEJUK

HARI INI AKAN PANAS
LANGIT BIRU TERBENTANG INDAH
DENGAN  GUMPALAN AWAN
YANG MUNGKIN  MEMBAWA HUJAN PETANG

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT KHAMIS DENGAN
SENYUMAN

BRO
NAK BERJAYA
RANCANG DENGAN TUJUAN
BERSEDIA BETUL BETUL
JALANKAN DENGAN BETUL
BUAT TANPA HENTI

BRO
SANTUNI SEMUA ORANG
BERSOSIAL DENGAN SEMUA
KENAL BAIK DENGAN BEBERAPA
KAWAN BAIK DENGAN SORANG
MUSUH JANGAN DI CARI

BRO
ZIP MULUT
JANGAN TERLEPAS CAKAP
DAH TERLEPAS
TAK DAPAT DI TARIK

BRO
BUATLAH DUIT
SEBANYAK MUNGKIN
BERSEDEKAH LAH
SEBANYAK BOLEH
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHAMIS