Ahad, 3 Mac 2024
DUIT MENGALIR KE LUAR NEGARA
Polis kesan transaksi wang mencurigakan bernilai RM3.8 bilion ke 43 negara
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima maklumat dan mengesan transaksi pemindahan wang ke luar negara secara mencurigakan melibatkan nilai kira-kira RM3.8 bilion membabitkan sindiket penipuan pelaburan dalam talian dari 2021 hingga penghujung 2023 di negara ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan mendapati transaksi berkenaan melibatkan akaun keldai 15 syarikat perdagangan yang berdaftar di Malaysia.
“Manakala polis juga mendapati kesemua wang yang terlibat dalam pemindahan ke luar negara itu disyaki adalah hasil kegiatan penipuan pelaburan membabitkan mangsa di dalam negara.
“Siasatan lanjut polis juga mendapati syarikat-syarikat tersebut telah digunakan oleh sindiket penipuan untuk membuka akaun bank bagi tujuan menyalurkan wang hasil penipuan ke 43 negara di seluruh dunia,” katanya dalam majlis Pelancaran Semak Mule 2.0 di Pusat Beli Belah Mid Valley Bangsar hari ini.
Tambah Ramli, berdasarkan kajian yang dijalankan JSJK juga mendapati wujud trend pendaftaran syarikat dan pembukaan akaun bank atas nama syarikat dengan tujuan untuk dijadikan sebagai keldai akaun untuk penipuan pelaburan oleh sindiket.
Justeru katanya, taktik itu menjadi pilihan kerana ia membolehkan transaksi kewangan dilakukan secara lebih kerap dan melibatkan jumlah amaun kewangan yang lebih besar.
“Jadi selain daripada akaun keldai individu kini wujud pula akaun keldai syarikat yang memberi ancaman kewangan yang lebih besar kerana transaksi yang bertopengkan syarikat melibatkan jumlah wang yang boleh mencecah billion ringgit.
“Dalam perkara ini, kita juga mendapati modus operandi sindiket itu adalah membuka akaun bank atas nama individu iaitu menyasarkan setiausaha sesebuah syarikat yang akan dijadikan keldai akaun bagi transaksi wang penipuan pelaburan oleh scammer.
“Dalam hal ini kelebihan teknologi digital dalam era siber ini yang memudahkan pendaftaran syarikat disalahgunakan oleh scammer yang kadang-kadang tidak mempunyai latar belakang dan kewangan yang kukuh.
“Ia mengakibatkan sebarang transaksi kewangan dalam jumlah besar berlaku dengan begitu mudah dengan negara-negara luar dan terlepas seolah menunjukkan ia transaksi yang genuine (sah), legitimate (sahih) dan dibolehkan.
‘Saya bagi contoh, ada satu syarikat elektronik dikesan memindahkan RM1.9 bilion menerusi akaun keldai sebelum penyiasatan kami dengan rakan-rakan sejawatan di luar negara dilaksanakan.
“Tetapi ia bukan sebegitu mudah prosesnya untuk mereka mendapatkan suspek dan juga syarikat itu kerana mereka dikawal dengan undang-undang domestik di sana,” ujarnya.
Malah, katanya, proses menjejaki dan mengembalikan wang mangsa kerugian penipuan juga rumit dan bukan semudah yang disangka sejurus menerima laporan polis tentang penipuan itu.
Beliau juga mengakui terdapat juga ahli lembaga pengarah yang tidak menyedari mereka juga terheret dalam keldai akaun syarikat mereka oleh sindiket.
“Justeru, dalam satu lagi perkembangan baharu kita sedang menyemak satu negara di benua Asia yang mana kebanyakan syarikat itu didapati ditutup selepas selesai menerima transaksi wang sepenuhnya oleh sindiket.
“Hampir 90 peratus syarikat itu ditutup yang mana siasatan mendapati ia hanya syarikat biasa yang hanya dibuka keldai akaun bagi tujuan penipuan sahaja,” katanya. – MalaysiaGazette
APA MAKNA
BERITA INI ?
AMIN
MAKNANYA RAMAI
KITA BANGANG
BODOH NAK
CEPAT KAYA
AMIN
TAK SEDAR SEMUA
KENA TIPU
AMIN
YANG PERLU
DI LAKUKAN IALAH
PENERANGAN
JANGAN TAMAK
NAK CEPAT KAYA
AMIN
KHALAS
BERAPA PERATUS HARTA MILIK BUMIPUTERA ?
Syaratkan semua pasar raya jual 30 peratus produk bumiputera – Ameer Mydin
PUTRAJAYA – Ekonomi masyarakat bumiputera boleh maju dan berdaya saing sekiranya semua pasar raya di negara ini disyaratkan 30 peratus daripada barang yang dijual merupakan keluaran Indusri Kecil dan Serderhana (IKS) Bumiputera.
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin berkata, syarat tersebut perlu juga dikuatkuasakan terhadap pasar raya asing.
Bercakap pada sesi rumusan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024, Ameer Ali turut mencadangkan agar 70 peratus bantuan kemanusiaan yang disumbangkan oleh agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengutamakan keluaran syarikat tempatan.
“”Tak payah utamakan jenama asing sebab barang kita setaraf malah ada yang lebih baik daripada keluaran multinational.
“Lupakan barangan luar utamakan barangan Malaysia, barangan bumiputera. Saya fikir tak guna kita belanja berjuta ringgit nak tolong Melayu buat kilang. Mereka tak perlukan bantuan itu.
“Mereka perlukan pertolongan untuk barangan yang dihasilkan dijual. Apabila barangan mereka dapat dijual dalam jumlah yang besar, mereka akan menjadi kuat. Bila mereka kuat baru mereka boleh eksport,” katanya.
Menurut Ameer Ali, jenama bumiputera perlu diperkukuh di dalam negara sebelum meneroka ke pasaran luar.
Tambah beliau kebanyakan jenama asing berjaya di pasaran luar selepas mereka berjaya mengukuhkan jenama di negeri asal masing-masing.
Beliau yang merupakan pengerusi kluster indusri halal turut mencadangkan 10 jenis produk yang perlu diberi tumpuan bagi pasaran halal iaitu biskut, santan, mi, mi segera, sardin, susu segar, krimer, ayam dan sabun.-MalaysiaGazette
DASAR EKONOMI
BARU LEPAS MEI13
BUMIPUTRA WAJIB
MILIK 30% HARTA
NEGARA
AMIN
BERAPA KEKAYAAN
NEGARA MILIK
BUMIPUTERA
SEKARANG?
AMIN
SOALAN WAJIB
DI TANYA DAN WAJIB
DI JAWAB
AMIN
HIMPUNAN MEGA AMAN
Himpunan Mega Demi Palestin berlangsung aman - Polis
KUALA LUMPUR - Himpunan Mega Demi Palestin yang diadakan di sekitar ibu negara petang ini berlangsung dengan aman, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid.
Beliau berkata, tiada insiden tidak diingini berlaku sepanjang perarakan himpunan berkenaan yang bermula di hadapan Menara Tabung Haji di Jalan Tun Razak dan berakhir di Padang Merbok di Jalan Parlimen.
"Polis menempatkan anggota secukupnya bagi mengawal keadaan semasa perhimpunan berkenaan dan sehingga peserta himpunan bersurai pada 6 petang tadi, tiada apa-apa insiden tidak diingini berlaku,” katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.
Dianggarkan 1,000 peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang dan usia menyertai himpunan bermula 2 petang, bergerak melalui beberapa jalan utama di ibu kota antaranya Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Ampang dan Bulatan Dato Onn.
Tinjauan di lokasi perhimpunan mendapati orang ramai melaungkan slogan antaranya #demipalestin, #fromrivertheseaPalestinewillbefree dan #ceasefire bagi menyatakan sokongan terhadap Palestin dan mengutuk kekejaman pemerintahan negara Israel.
Kibaran bendera Palestin, sepanduk plakad seperti #freepalestin dan #gencatansenjata serta laungan ‘bebaskan Palestin’ bergema sepanjang jalan menuju ke Padang Merbok.
Seorang daripada peserta perhimpunan dikenali sebagai Aziz Abdul Rahman, 55, berkata penyertaannya dalam perhimpunan itu sebagai tanda protes kepada kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
Katanya, ia adalah platform terbaik untuk menyatakan bantahan kepada sokongan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terus melakukan pembunuhan terutama kanak-kanak, wanita dan warga emas.
Bagi Adriana Ahmad, 31, perhimpunan itu bukan hanya menggambarkan kedudukan Malaysia yang terus menyokong Palestin tetapi ia merupakan suara umat Islam di seluruh dunia menentang penindasan terhadap rakyat Palestin. - Bernama
P
JIKA TIDAK
DI GANGGU
SEMUA BERJALAN
BAIK
AMIN
RAJA BERPERLEMBAGAAN
RAJA NEGARA
KAPIR ADALAH
RAJA
BERPELEMBAGAAN
BUKAN RAJA
KUMPUL HARTA
KHALAS
Unknown commented on
"BILA BIK MAMA
MASUK PENJARA"
Norway ade Raja jugak
Raja Norway selamat jalani prosedur implan jantung...
Skg Raja Norway Ada di spital Langkawi
Raja Norway akan diterbangkan ke Norway dengan pesawat dlm tempoh beberapa Hari lagi
Raja Malaysia ade jet peribadi
Raja Norway tak Kan tak Ada jet peribadi
Tanya aje... Jangan marah hahah
Kah kah kah
KHALAS
NAK TERAJANG MULA DARI SEKARANG
NAK TERAJANG
MULA DARI
SEKARANG TANPA
PA CHU CHENG
AMIN
"ANWAR KAKI PUTAR
DI TIBAI LAGI"
Memburu sambil Pha Chu Cheng...!?
Rakyat sedang tunggu reaction dan action. Rakyat sedang menilai memerhati dan menunggu. Rakyat tak bangang dan rakyat tak bodoh hokeeeyy..!!
Rakyat tak ada masa nak memburu, malah nak memburit pun tak cukup masa sebab rakyat buat dua atau tiga jenis kerja sehari.. kikikiki..!!
Masa Kasi lingkup kan terus kesemua barua DAP@ LeeKwanYew sudah tiba...Next PRU Kasi lingkup semua barua barua ini...Helok kasi lingkup semua...!! Buat semak kayangan ni
Memburu sambil Pha Chu Cheng... Bodo ooohh bodo ... Kah kah kah
#MelayuDahKenaJual
ISRAEL BUNUH TAWANAN SENDIRI
Jumlah tahanan musuh dibunuh tentera Israel ‘mungkin melebihi 70 orang’ – Abu Obeida
BEIRUT – Serangan udara dilakukan Israel telah membunuh tujuh warganya yang ditahan pejuang Palestin.
Jurucakap briged al-Qassam, Abu Obeida berkata, sebelum ini pihaknya telah mengumumkan terdapat gangguan komunikasi antara pejuangnya yang mengawal sekumpulan tahanan Israel di jalur Gaza.
“Kami (mengesyaki) bahawa beberapa tahanan terbunuh akibat serangan udara Zionis.
“Selepas pemeriksaan terperinci, kami mengesahkan beberapa pejuang kami syahid dan kematian tujuh tahanan musuh di sektor itu akibat serangan udara Zionis,” katanya.
Beliau turut mendedahkan nama tiga tahanan yang dibunuh tentera Israel, selain tiga warga emas yang ditahan yang diumumkan pada pengumuman sebelum ini pada 23 Disember lalu.
Abu Obeida menambah, pihaknya akan mendedahkan nama baki empat tahanan yang mati selepas identiti mereka dikenal pasti.
Sementara itu itu, beliau berkata, jumlah ‘tahanan musuh’ yang dibunuh tentera penceroboh Israel ‘mungkin melebihi 70 orang’.
“Sepanjang masa, kami memelihara nyawa tahanan. Bagaimanapun, terbukti kepimpinan musuh cuba menghapuskan isu ini dengan membunuh tahanan (Israel),” ujarnya.
Abu Obeida mengesahkan pihaknya akan melakukan pertukaran tahanan Palestin dengan tahanan Israel pada jumlah yang sama, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Sejurus selepas kenyataan Abu Obeida dikeluarkan, briged al-Qassam menyiarkan rakaman tiga tahanan dengan tetera perkataan dalam tiga bahasa, iaitu Arabb, Inggeris dan Hebrew berbunyi: “Kami cuba menhgekalkan mereka hidup, tetapi (Benjamin) Netanyahu mahu membunuh mereka. Semua tujuh (tahanan) dibunuh oleh senjata IDF (tentera Israel),”.
Sementara itu, poster briged al-Qasaam memaparkan Perdana Menteri Israel itu memangkah gambar ‘rakannya’ Yoram Itak Metzger dengan pen merah.
“Netanyahu meninggalkan rakannya berseorangan untuk menghadapi takdir tanpe menyelamatkan mereka,” katanya.
Walaupun pejuang Palestin melakukan persediaaan bagi memastikan tahanannya selamat, namun politik Israel dan pemerintah tentera dilaporkan memberi tumpuan untuk menghapuskan sebarang tahanan yang tidak dapat diselamatkan.
Ia dipercayai selari dengan usaha pihak berkuasa Israel untuk mengurangkan beban yang perlu ditanggung dalam perbincangan pertukaran tahanan yang dijangka dilakukan menerusi orang tengah. – Agensi
ISRAEL BUNUH
TAWANAN SENDIRI
KERANA TAK MAHU
TAWANAN JADI
AJEN TEBUSAN
AMIN
KODE HANIBAL
DASAR ISRAEL
JIKA DI TAWAN
BUNUH DULU
SEBELUM JADI
UMPAN UNTUK
DI PAU
AMIN
10 RIBU TURUN - MASIH KECIL
1O RIBU
TURUN
AMIN
MASIH KECIL
AMIN
Unknown commented on
"SABTU JAM 2 PETANG"
Betul ke ratusan turun bukan ribuan atau jutaan? Inilah kerja yang dihasilkan apabila orang-orang kita songlap duit derma beli emas, sokongan kurang kerana melukakan hati lembu kah kah kah
BILA BIK MAMA MASUK PENJARA
BILA BIK MAMA
MASUK PENJARA
WARDER & CIK GU
SAKT JANTUNG
KHALAS
"ROSMAH DAPAT DNAA ?"
Den terpanggil utk bagi komen bab kak mah ni tt. Kalau la kak mah ni kono penjagho, buleh tak tt bayangkan cemano nasib wadar² dlm tu? Buleh tt ghasokan tak cemano stress eh diorg nnt nak menjago kak mah kek dalam tu. Kalau kek luar maso bebas ni pun muko eh dah bongih cegitu, apotah laie bilo kek dalam.
Mau copek wadar² dlm tu dapek ponyakit jantung sudah eh, sobab menahan goram dongan pangai dan perintah kak mah. Pondapat den la tt, dari kito buek wadar² tu sensagho.. elok la kak mah ni di boghi hukuman tahanan dlm ghumah ajo.
Tak buleh keluar tunjuk muko. Ghumah eh kan bosa, apodohal bona. Ghaso nak mkn kek paul.. oda ajo la fudpanda. Kughong dio dlm ghumah selamo 25 tahun, pakaikan golang karan tu. Lobih ajo 20 meter luar umh, biar dio tekolojat kono karan.. abih cito. Dari kito buek wadar² kojo tersikso cegitu. Apo pondapat tt? Kah kah kah kah...
HIMPUNAN MEGA
HIMPUNAN MEGA
AHAD 3 MAC 2024
HIMPUNAN MEGA SELESAI
10 RIBU TURUN BERARAK
DARI BANGUNAN TABUNG HAJI
KE KEDUTAAN AMERIKA
PUSING KE PADANG MERBUK
JUMLAH YANG TURUN MEMBANGGAKAN
TAPI KITA MASIH COROT
BERBANDING
DARI JAKARTA
DARI LONDON
DARI MELBOURNE
DARI NEW YORK
DARI WAHINGTON DC
WAJIB DISUSUN
SATU LAGI
BIAR SEJUTA DI JALAN RAYA
WALAU APA PUN
KITA BANGGA PERTAMA KALI
KAMI BENYUSUN
PROTEST JALAN RAYA
BERARAK JAUH
INI BUDAYA POLITIK BARU
ILMU POLITIK
UNTUK DIAMALKAN
BILA BERHADAPAN DENGAN
KERAJAAN ZAMIN
TAHNIAH PADA YANG TURUN
YANG TAK TURUN
CUBA LAGI
JUMAAT AKHIR BULAN PUASA
ADLAH HARI AL- QUDS SEDUNIA
MARI BERSAMA
AMIN
GAZA
DILAPOR AKAN ADA
GENCATAN SENJATA
SELAMA 6 MINGGU
KITA TENGOK DAN LIHAT
UKRAINE
ZELENSKY MINTA
SENJATA PELURU BERPANDU
JARAK JAUH
DAN JET PEJUANG
AMERIKA
TRUMP MENANG
PEMILIHAN PARTI DI MICHIGAN
PASTI TRUMP AKAN JADI CALON
PARTI REPUBLIKAN
PRU 2024
HOKKIEN
HARI INI CERAH
MATAHARI TAK KELIHATAN
PETANG KELMARIN HUJAN
LANGIT BERAWAN PUTIH
LANGIT BIRU TERSOROK
YANG GUA DENGAR
PAGI INI
TUK TUK TUK
YANG LAIN MASIH TIDUR
HARI INI AKAN PANAS
GUA NAK SANTAI
LETIH BERJALAN HAMPIR
7 KM
NASIB BAIK ADA AIR KETUM
AMIN
BRO
SENYUM
KITA SAMBUT AHAD
DENGAN SENYUMAN
MAT REMPIT DIBAWA KE RUMAH PASUNG
MOTORSIKAL BANYAK DICURI HILANG
HIMPUNAN MEGA DAH BERLANGSUNG
YANG TAK TURUN KE MANA HILANG
JANGAN BENCI JANGAN DILUDAH
TEGOH SEMANGAT KERASKAN HATI
SOKONG PALESTIN AMAT MUDAH
KE JALAN RAYA SEBAGAI BUKTI
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI