Rabu, 6 Mac 2024

MADANI BUKAN SUP TULANG BABI


WAJIB DITERANGAKN

SAJELAS MUNGKIN

MADANI BUKAN

SUP TULANG BABI

KHALAS

TUAN GURU HADI TAK FAHAM MADANI



Kerajaan Madani 

ibarat burung tiong,

 hanya banyak

 bercakap – 

Abdul Hadi
KUALA LUMPUR – Pas menyifatkan kerajaan Malaysia Madani sebagai burung tiong yang lebih banyak bercakap daripada mengambil tindakan.

Presidennya,  Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan pimpinan  Anwar Ibrahim dilihat tidak adil dalam memberi peruntukan kepada negeri-negeri pembangkang.

“Apa makna tidak tahu (Kerajaan Madani) ini burung tiong, burung kakak tua, walaupun (burung) kakak tua, tetapi tidak faham apa yang dia cakap, kita tidak mahu orang nombor satu cakap Madani. Apa madani tidak tahu.


“Ini kita kena sedar termasuklah adil itu kepada Ahli Parlimen negeri-negeri semuanya, tidak kira sokong kerajaan atau pembangkang, mesti diberi peruntukan ini maksud adil kerana bila kita pungut cukai, pungut semua, cukai makanan yang kita makan, diambil cukai hasil diambil semua benda prinsipal yang jelas,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sesi perbahasan usul menjunjung kasih keatas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut sinis dengan kenyataan-kenyataan Anwar mengenai kemasukan pelabur-pelabur asing ke negara ini.

Jelas Abdul Hadi, beliau tidak nampak terdapat pelabur yang sudah melabur di negara ini.

“Banyak pelabur nak datang tapi tak datang-datang, ini masalah prinsipalnya tidak adil, negara kita dikitraf sedang membangun.

“Sepatutnya jadi negara maju, negara kita banyak hasil, hasil pertanian, kemajuan manusia, tenaga manusia kita ada pakar-pakar, tidak memberi apa-apa makna, ini masalah yang kita hadapi dan tanggungjawab ini,” jelas Abdul Hadi. 

WOIT

TUAN GURU HADI

TAK FAHAM

KAH KAH KAH

MADANI INI

BUKAN MONEY

KAH KAH KAH

MADANAI BUKAN

AIR MANI

KAH KAH KAH

MADANI

DAH JADI

MAHAL DAH NI

KAH KAH KAH

AMIN

ISLAM JADI ALAT UNTUK MENIPU



SC serbu syarikat pelaburan disyaki tipu duit selepas aduan MHO
KUALA LUMPUR – Tindakan pantas Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mendapat pujian Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO) selepas menyerbu premis sebuah syarikat pelaburan di Rawang yang kononnya berasaskan Islamik semalam.

Menurut Setiausaha Agung MHO,  Hishamuddin Hashim, pihaknya sebelum ini sudah membawa isu tersebut dengan kehadiran lebih 500 mangsa penipuan membuat aduan dan laporan kepada Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan (NFCC).

Ini selepas mendakwa tiada tindakan diambil pihak berkuasa ke atas tiga syarikat pelaburan.

Semalam, SC telah merampas dokumen untuk siasatan sekiranya wujud pelanggaran termasuk mempromosi dan memasarkan Saham Keutamaan Boleh Tebus Islam RAB (RPS-i) tanpa lesen serta menawarkan RPS-i kepada pelabur runcit tanpa prospektus.

Difahamkan siasatan akan dilakukan mengikut Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Kata Hishamuddin, isu itu bukanlah sesuatu yang baharu malah ada syarikat yang menggunakan nama-nama individu terkenal untuk terus kebal dan beroperasi walaupun menipu mangsa jutaan ringgit.

“Alhamdulilah bila kita tengok pihak berwajib teliti isu yang dibawakan oleh MHO dan terus bertindak apabila siasatan sememangnya menjurus kepada penipuan dan pelanggaran undang-undang. Serbuan semalam di Rawang oleh SC sesuatu yang amat melegakan rata-rata mangsa.

“Ramai sudah menjadi mangsa dan ke hulu ke hilir memohon bantuan pihak berwajib sedangkan dalangnya terus kebal dan licik. Tapi kini tidak lagi kerana apabila diteliti kes-kes ini bukanlah rekaan sememangnya mangsa yang benar-benar ditipu terutamanya golongan warga emas dan pertengahan.

“Kita ucapkan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga, harapnya akan ada tindakan-tindakan seperti ini supaya sindiket penipuan ini akan menghentikan operasi mereka daripada ramai terus menjadi mangsa,” katanya dalam satu kenyatan.

Sebelum ini juga, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman dalam kenyataan pada 20 Disember lalu mengesahkan menerima 547 laporan berhubung kes penipuan pelaburan oleh tiga syarikat pelaburan.

Pengarah JSJK  Ramli Mohamed Yoosuf dilaporkan berkata, semua laporan itu merujuk kepada tiga syarikat pelaburan dengan 62 kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. –

PERNIAGAAN

PALING TUA

DALAM DUNIA

AMIN

MENIAGA 

JUAL AGAMA

AMIN

GUNA TOPENG

AGAMA

KHALAS

MUALAF LEBIH ALIM DARI TOK IMAM


MUALAF LEBIH

ALIM DARI

TOK IMAM

KAH KAH KAH

AMIN


Unknown commented on 
"SUP BABI MADANI"

Kadangkala yang baru masuk lebih hebat lebih menonjol lebih power nak jadi bangsa baru kerana ada kemudahan ada peluang ada cara buat duit, sebab itu ramai masuk, bukan sebab ilmiah bukan pasal tak percaya Tuhan mereka yang asal, kah kah kah DKK sudah diketahui sejak zaman berzaman kerajaan Melayu Melaka lagi, ramai tumpang masuk walaupun tak faham walau tak erti apa makna masuk Islam, 

janji dapat nikmat bersama kaum kerabatku Sultan naungan power naungan kuasa naungan ekonomi semuanya sekali untung, pandai lah puak puak ini sebelum ini pernah makan babi darah ada DNA babi boleh saja buat dialysis cuci darah samak dengan pasir berdengung kah kah kah

MENIPU DAN TERTIPU


PENGUNDI TERTIPU

ATAU

ANWAR MENIPU ?

AMIN

KABEL DI POTONG INERNET TERGANGGU


Empat kabel telekomunikasi di Laut Merah telah “dipotong

LONDON – Empat kabel telekomunikasi di dasar Laut Merah telah dipotong dan menjejaskan 25 peratus trafik internet.

Menurut The Times of Israel, Firma Hong Kong yang mengendalikan kabel berkenaan HGC Global Communications mengesahkan perkara tersebut dua hari lalu.

Syarikat itu berkata, ia sedang mengambil langkah untuk mengurangkan kerosakan, termasuk mengubah laluan lalu lintas di seluruh dunia dan mengedarkan trafik lain melalui 11 kabel yang masih boleh beroperasi di Laut Merah.

Firma itu berkata, pelanggan di Timur Tengah meminta “pilihan penghalaan semula kontingensi dari rangkaian Hong Kong ke arah Barat.”

Sementara itu BBC melaporkan, pemotongan kabel komunikasi dasar laut menjejaskan 25 peratus trafik data yang mengalir antara Asia dan Eropah.

HGC Global Communications yang berpangkalan di Hong Kong berkata ia telah mengambil langkah untuk mengubah laluan lalu lintas selepas empat daripada 15 kabel itu terputus baru-baru ini.

Punca kepada pemotongan kabel itu masih belum jelas, bagaimanapun seorang pegawai Amerika Syarikart berkata mereka cuba menyiasat sama ada kabel itu dipotong dengan sengaja atau tersangkut oleh sauh.

Bulan lalu, kerajaan Yaman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa memberi amaran bahawa pergerakan Houthi yang bersimpati dengan pembunuhan beramai-ramai di Gaza mungkin mensabotaj kabel dasar laut selain menyerang kapal di laut.

Houthi – yang menguasai sebahagian besar pantai Laut Merah Yaman barat – menafikan minggu lalu bahawa mereka telah menyasarkan kabel dan menyalahkan serangan tentera AS dan Britain atas sebarang kerosakan kepada mereka.

Menurut Houthi, serangan mereka adalah menunjukkan sokongan kepada rakyat Palestin dalam peperangan antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza yang telah membunuh lebih 30,000 rakyat Palestin. – 
:

PERANG TAK HENTI

KINI KABEL TALIPON

DALAM LAUT

 DI POTONG

AMIN

APA LAGI

AKAN TERJADI

AMIN

INTERNET PASTI

TERGANGGU

AMIN

KHALAS

KAPAL PERANG AMERIKA DISERANG TENTERA YAMAN


DUA KAPAL PERANG

AMERIKA DISERANG

TENTERA YAMAN

KHALAS

SATU. LAGI KEJAYAAN KERAJAAN MADANI LAWAN RASUAH



Isa Samad lepas, bebas 9 tuduhan rasuah RM3 juta

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan bekas Pengerusi FELDA,  Mohd Isa Abdul Samad atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pembelian hotel di Sarawak.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S M Komathy Suppiah, membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan Mohd Isa, 75, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi mendapati Mohd Isa, bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh FELDA.


TAHNIAH

KERAJAAN 

MADANI

AMIN

SATU LAGI BUKTI

KEJAYAAN 

MELAWAN RASUAH

AMIN

KHALAS

PM WAJIB TEGUR MENTERI KEWANGAN



Laporan Audit: Felda rugi RM1 bilion, PR1MA hadapi masalah bayar balik sukuk

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai penyata kewangan Agensi Persekutuan 2022 menunjukkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengalami kerugian bersih berjumlah RM1.005 bilion.

Dalam laporan itu, Felda didapati mempunyai kedudukan tunai dan kesetaraan tunai yang rendah berbanding kerugian dengan nilai RM0.808 bilion berakhir 31 Disember tahun 2022.

“Geran Kerajaan yang diterima oleh FELDA pada tahun 2022 berjumlah RM0.214 bilion (2021: RM0.342 bilion). FELDA bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan persekutuan untuk menampung kos operasi dan liabiliti.

“FELDA mempunyai komitmen yang tinggi untuk melunaskan pembiayaan yang diterima sehingga tempoh matang. FELDA memperoleh pinjaman daripada institusi kewangan berjumlah RM7.973 bilion dan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM0.686 bilion,” kata laporan berkenaan.

Malah Felda mempunyai komitmen bayaran balik Kemudahan Pembiayaan Tawarruq kepada sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan) sejumlah RM50 juta setahun bagi tempoh lima tahun mulai tahun 2024.

“Baki bayaran balik berjumlah RM2.595 bilion perlu dibuat mengikut jadual dalam tempoh 15 tahun mulai tahun 2029,” jelas laporan berkenaan.

Dalam pada itu, Laporan Ketua Audit Negara tersebut juga mengkategorikan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) akan menghadapi masalah untuk membuat bayaran balik sukuknya.

Dalam laporan muka surat 22 daripada 106 muka surat itu, PR1MA dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.

“Kedudukan Tunai dan Kesetaraan Tunai PR1MA adalah sejumlah RM0.428 bilion.

“Baki pinjaman sukuk berjumlah RM3.792 bilion perlu dilunaskan hingga tahun 2027 termasuk Sukuk Tranche 2 berjumlah RM1.750 bilion yang akan matang pada bulan Oktober 2024. Keadaan ini menunjukkan PR1MA mempunyai komitmen bayaran balik sukuk yang tinggi hingga tahun 2027,” kata laporan berkenaan.

Satu lagi agensi kerajaan iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pula menghadapi rizab yang negatif.

Laporan berkenaan berkata LTAT menghadapi rizab negatif berjumlah Rm0.388 pada tahun 2022.

“LTAT tidak membuat penjejasan nilai terhadap pelaburan dalam syarikat subsidiari berjumlah RM0.812 bilion, iaitu Boustead Holdings Berhad berjumlah RM0.768 bilion dan Pharmaniaga Berhad berjumlah RM0.044 bilion.

“Perkara ini menyebabkan untung bersih dan pelaburan dalam syarikat subsidiari terlebih nyata berjumlah RM0.812 bilion.

“LTAT telah merekodkan keuntungan bukan tunai sebanyak RM0.189 bilion yang telah digunakan sebagai asas untuk pembayaran dividen tahun 2022 kepada pencarum,” kata LKAN lagi. – 


WOIT

KAH KAH KAH

INI BERAT

AMIN

MASANYA DAH

TIBA PM WAJIB

TEGUR MENTERI

KEWANGAN

AMIN

JUGA PM WAJIB

TANYA MENTERI

APA TERJADI

PADA FELDA

AMIN

JANGAN LUPA 

PUNAHSEHAT PM

JUGA WAJIB

DI TANYA

KAH KAH KAH

KHALAS

ISA SAMAD DNAA ?


Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad hari ini

PUTRAJAYA – Rayuan bekas Pengerusi Felda,  Mohd Isa terhadap sabitan hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta atas kesalahan rasuah akan diketahui hari ini.

Tiga panel hakim dipengerusikan oleh  Vazeer Alam Mydin Meera bersama-sama  Ahmad Zaidi Ibrahim dan  S M Komathy Suppiah dijangka membuat keputusan itu pada jam 9 pagi.

Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan disabitkan salah oleh Mahkamah Tinggi atas sembilan pertuduhan rasuah sebanyak RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh Felda.

Ketika kesalahan itu dilakukan pada Julai 2014 hingga Disember 2015, Mohd Isa masih lagi berjawatan Pengerusi Felda.

Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu,  Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan hukuman penjara 54 tahun serta denda RM15.45 juta.


Mahkamah juga menetapkan tambahan penjara 18 tahun lagi jika beliau gagal membayar denda tersebut.

Namun Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun apabila mahkamah memerintahkan semua hukuman penjara itu berjalan serentak.

Ketika membuat rayuan, peguam bela Mohd Isa mendakwa anak guamnya perlu dilepas dan dibebaskan kerana tidak ada sebarang bukti beliau telah menerima wang rasuah itu.

Tetapi Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz yang menolak perkara itu berkata, walaupun tidak secara langsung namun Mohd Isa telah menerima wang itu melalui bekas pembantunya, Muhammad Zahid Arip Zahid.

Katanya, bayaran itu dilakukan supaya Mohd Isa tidak menggunakan pengaruhnya untuk membatal atau menangguhkan pembayaran bagi pengambilalihan hotel tersebut. -


WOIT

APAKAH AKAN

DIBERI DNAA ?

KAH KAH KAH

ISA SAMAD

SATU BUKTI

KERAJAAN 

MADANON

LAWAN RASUAH

AMIN

KHALAS

PENDATANG HARAM BOLEH PULANG KE NEGARA ASAL


PENDATANG HARAM

BOLEH PULANG 

KE NEGARA ASAL

AMIN

HOT HOT HOT - TERR NOWW


HOT HOT HOT

TERKINI TERNOWW

AMIN


Keputusan rayuan kes rasuah Isa Samad hari ini

PROJEK NAIKKAN NILAI RINGGIT


PROJEK NAIKKAN

NILAI RINGGIT

BERJAYA KAH ?

AMIN

Unknown commented on 
"GUA GAGAL DALAM 
HAL REFUGEE"

KWSP terpaksa membawa pulang dana dari luar negeri untuk menyokong nilai ringgit.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyifatkan nilai ringgit pada masa ini berada di bawah nilai sebenar, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn.

Mengulas aliran dana itu, Ahmad Zulqarnain enggan mengulas mengenainya kerana perkara itu adalah sulit.

Tidak dinafikan tukaran asing adalah antara faktor yang dipertimbangkan dalam membuat keputusan untuk membeli atau menjual aset.

Terkini...!!!

Tukar Papua New Guinea KINA kepada MYR pada kadar tukaran mata wang sebenar Hari Ini..

Jumlah 1,000 PGK Ditukarkan kepada
1,256.58 MYR

MYR1.00000 PGK = 1.25658 MYR
Mid-market exchange rate at 18:21

Helok matawang Kina berbanding Hengget Hari ini...

Kah kah kah

Minggu ni papa poie Ostolia , balik Ostolia nanti papa umum negara ostolia bersetuju dan diluluskan untuk pelaburan sebanyak 100 billion Dollar Ostolia .... Kah kah kah ...

Maka naik mengila lah walaun guling guling atas jalan raya...kikik

Tunggu masa saja Papangang akan menjarah rizab Bank Negara Malaysia, Khazanah dan Petronas yang ditinggalkan kerajaan terdahulu... Tungguuuu

Nahhh atas sanun fakta hengget banding Kina Papua New Guinea kah kah kah...!!

Walaun sklian sila tepokkkk

Kah kah Kan kah

PERSIDANGAN ASEAN - AUSTRALIA


BUKAN LARI

ADA PERSIDANGAN

ASEAN - AUSTRALIA

AMIN


Unknown commented on

 "CHINA MERAH KLIM
 LAUT SUNDA HINGGA KE SABAH"
Sidang parliament Baru mula... Papangang pulak lari ke Ostolia...
Pasai apa papangang lari ke Ostolia
Sebab pembangkang sedang tibai papangang Kaw Kaw dalam Dewan
Pasai apa papangang kena tibai
Pasai "hang tak reti jaga negeri ini..!!"
KHALAS

 

PALESTIN


PALESTIN

RABU 6 MAC 2024
PUASA LAGI BERAPA  HARI ?

LAGI LIMA HARI
KITA MASUK BULAN PUASA
BULAN YANG PALING MENARIK
UNTUK  DIRAYAKAN
OLEH SEMUA
PENGANUT ISLAM BUDAYA

PAGI KELMARIN
GUA PULANG KE JELEBU
TAK JAUH HANYA
1 JAM 30 MINIT
DARI PINTU KE PINTU

ADA LEBUHRAYA LEKAS
IKUT KAJANG TERUS
KE SIMPANG BUKIT TANGGA
MASUK KE JELEBU
TAK PERLU KE SEREMBAN

MASUK WILAYAH KAMPONG
GUA NAMPAK BANYAK
RUMAH PASANG BENDERA PALESTIN
BELUM PERNAH GUA LIHAT
KESEDARAN  SEPERTI INI

DULU PASANG BENDERA
PARTI POLITIK
SEKARANG BENDERA PALESTIN
INILAH BUKTI
PERJUANGAN ADIL RAKYAT PALESTIN
MENUSUK JIWA
MELAYU ISLAM
AMIN

HAITI
PRESIDEN HAITI
NAK PULANG DARI LAWATAN
LUAR NEGARA
PESAWAT TAK DAPAT BERLABUH
NEGARA KINI DIAMBIL ALIH
OLEH SAMSENG

GAZA
PERJANJIAN GENCATAN SENJATA
MASIH BELUM WUJUD
APA YANG MENGHALANG ?
JENG JENG. ENG

NEW YORK PBB
LAPORAN PBB KELUAR
TAHANAN PERANG ISRAEL
DI SEKSA DAN  DI CABULI

ISREAL
MASIH MELARANG
BANTUAN MAKANAN UBATAN
MASUH DARI RAFAH
KE SELATAN GAZA

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU BERAWAN  PUTIH
PANAS YANG MENJANJIKAN

AGAK SUNYI PAGI INI
TERTIBA
DI BELUKAR TEPI BUKIT
MURAI BERKICAU
MENJADIKAN PAGI INI INDAH
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT RABU
SEBLUM PUASA

BRO
YAKINLAH MASA ITU
BOLEH MENGUBAT

BRO
BERAT LU JANGAN
MELEBIHI BERAT
PETI SEJUK LU

BRO
DIWAKTU MALAM TERLENTANG
DI PADANG
DAN LIHAT BINTANG

BRO
JANGAN LAYAN
SURAT BERANTAI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
BULAN PUASA