Selasa, 9 April 2024

BERHATI HATI KETIKA BERAYA


BERHATI HATI

KETIKA BERAYA

PANAS MENDESING

AMIN

KES NAJIB - PENJARA DI RUMAH


WAJIB DENGAR

PENERANGAN DAN PENCERAHAN
DARI PEGUAM
TENTANG KES NAJIB NAK MINTA
DI TAHAN DI RUMAH
AMIN

PENGGANAS YAHUDI DI DAKWA JUMAAT INI


Shalom Avitan didakwa Jumaat ini


KUALA LUMPUR – Seorang warga Israel yang ditahan polis pada 27 Mac lalu  kerana memiliki enam pistol dan 200 peluru akan didakwa di mahkamah pada Jumaat ini.

Suspek Shalom Avitan, 38, yang juga memegang kewarganegraan Perancis itu akan dihadapkan dan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 12 April ini.

Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati  atau penjara seumur hidup dan sebatan.

Semalam, Ketua Polis Negara,  Razarudin Husain dalam sidang media mengesahkan lelaki warga Israel itu berkemungkinan akan didakwa dalam minggu ini juga.

Pada Isnin, sepasang suami isteri telah didakwa di Mahkamah Klang atas kesalahan memiliki senjata api dan membekalkannya kepada lelaki warga Israel.

Tertuduh, Sharifah Faraha Syed Husin yang berumur 41 tahun  didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) (FIPAA) kerana didakwa memiliki pistol itu.

Sementara itu, suaminya, Abdul Azim Mohd Yasin, 43, didakwa mengikut Seksyen 9 akta sama kerana bersubahat dengan Faraha apabila dia didakwa mengetahui pistol itu dalam pemilikannya.

Mengikut undang-undang itu, Abdul Azim dan Faraha berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat jika didapati bersalah.

Mereka juga tidak ditawarkan jaminan kerana kesalahan yang ditetapkan di bawah FIPA tidak boleh dijamin.

Hakim Sesyen, Sharifah Hascindie Syed Omar menetapkan 11 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Rentetan tangkapan suspek bersama senjata pada 27 Mac lalu, polis berjaya memberkas sepasang suami isteri tempatan berusia 42 dan 40 tahun disyaki membekalkan senjata api kepada suspek Israel itu.

Pasangan itu ditahan polis di sebuah Bazaar Ramadan di Kuala Selangor sebelum berjaya merampas sepucuk pistol di dalam kenderaan mereka jenis Honda Jazz di rumah mereka.

Hasil siasatan lanjut mendapati pasangan itu dipercayai membeli kesemua enam pistol dan peluru itu di negara jiran Thailand menggunakan mata wang kripto.

Setiap senjata itu dibeli dengan harga lebih RM10,000 sepucuk sebelum mengedarkannya kepada suspek Isrel itu di dalam negara ini.- 



INI KES MENARIK

BANYAK NAK TANYA

AMIN

DARI MANA PDRM

DAPAT CIUM

PENGGANAS INI

AMIN

SAPA PASANGAN

JUAL SENJATA ?

AMIN

HOTEL APA

DI AMPANG

AMIN

NAK BUNUH SAPA

KENAPA BANYAK

BELI PISTOL

AMIN

MACAM MANA

PENGGANAS INI

DPT KENAL PENJUAL

PISTOL

AMIN

SAPA NANTI

AKAN JADI PEGUAM

PENGGANAS INI

JENG JENG JENG

KHALAS

KES ENAM JAHANAM


Perikatan mahu saman 6 wakil rakyat Bersatu


PERIKATAN Nasional (PN) akan memohon kepada speaker Dewan Rakyat dan juga mengemukakan saman ke atas wakil rakyat Bersatu yang menyokong Anwar Ibrahim supaya mengosongkan kerusi.

Pemimpin gabungan itu, Takiyuddin Hassan berkata ia ekoran kejayaan Bersatu meminda perlembagaannya bagi melucutkan serta-merta keahlian wakil rakyat tersebut.

Jelas Takiyuddin, perlembagaan baru parti itu meluluskan tindakan memecat mana-mana wakil rakyat yang menunjukkan sokongan yang tidak sama dengan pendirian Bersatu.

“Dalam undang-undang lompat parti, mana-mana orang yang terpecat daripada parti, seseorang itu dianggap melompat parti dan mereka perlu mengosongkan kerusi,” katanya.

Takiyuddin memberitahu lidah parti PAS Harakah, enam ahli Parlimen dan seorang Adun Bersatu itu melakukan kesalahan kerana menyokong pihak lain.

Walaupun pindaan itu diluluskan lama selepas enam wakil rakyat terbabit menyokong Anwar, undang-undang tersebut tetap terpakai.

“Dalam keadaan begitu, kerusi-kerusi yang dimenangi mereka sebelum ini mengikut undang-undang perlu dikosongkan untuk diadakan PRK,” katanya.

Sementara itu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilaporkan menyebut, penguatkuasaan pindaan ke atas enam wakil rakyat berkenaan akan dilangsungkan selepas sambutan Aidilfitri.

Dua penyandang kerusi di Kelantan itu terdiri daripada Zahari Kechik (Jeli) dan Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang).

Empat lagi Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Terbaru, Adun Bersatu Abdul Rashid Asari (Selat Klang) di Selangor mengumumkan menyatakan sokongan ke atas Menteri Besar Selangor Amirudin Shari. – 7 April, 2024.

U

KES INI

AKAN DILAMBATKAN

KE SANA KE SINI

AMIN

LEBIH DARI 3 TAHUN

TAKDA PRK

KAH KAH KAH

MAKA SELAMAT

UBI MADANON

KHALAS

AP IMPOT UBI KAYU

 

SAPA AKAN DAPAT

AP IMPOT 

UBI KAYU

AMIN




UBI U - Padi hanya disebarkan ke Nusantara pada Abad Ke Tujoh.( Melalui Tamaddun Champa).Dulu orang Asal Semenanjong makan sagu. Eropah hanya mula mengenali ubi kentang pada Abad ke 16 dari Andes,Amerika Selatan melalui penaklokan dan penjajahan Sepanyol. 

Kentang pada awalnya makanan untok orang miskin...tak salah  Johari Abodo nak promote  alternatif kepada nasi...malangnya Pertanian Negara dah porak poranda.

Kerap menteri yang mediocre diberi portfolio pertanian. VISION tiada.Kerja tak leh. Kartel bermaharajalela. AP AP AP.Nak impot beras AP.Nak impot kobis AP...berchuchok tanam dianaktirikan. Nama Universiti Pertanian pun ditong sampahkan. Jahanam

JARI DAN MATA ANWAR IBRAHIM


JANGAN SEBAR

FITNAH

AMIN

INI JARI 

ANWAR IBRAHIM

KHALAS


INI MATA

ANWAR IBRAHIM

KHALAS





MASALAH BESAR SEDANG MELANDA


MASALAH BESAR

DI HADAPI NEGARA

AMIN

MACAM MANA 

NAK BEZA  

PENYAMUN ASLI

DENGAN

PENYAMUN 

BERUNIFORM

KHALAS

MENUNGGU IRAN BERTINDAK


MENUNGGU IRAN

KONSULATE IRAN DI DAMASCUS
DI BOM OLEH ZIONIS
11 GUGUR TERMASUK
SOLDADU TERPENTING

IRAN BERJANJI AKAN MEMBLAS

HARI INI DUNIA SEDANG MEUNGGU
APA TINDAKAN IRAN
AMIN

TAN SERI UBI KAYU


TAN SERI

UBI KAYU

KAH KAH KAH

AMIN

Rice commented on
 "POLITIKUS OTAK UBI KAYU"

https://youtu.be/s-M-olsLo-g?si=KRmvTJMgCr7mgpXT

Macamana boleh dapat Tan Sri?
Kalau tak salah org ni lah yg sama dgn Tan Sri Rahim dan Datuk Shazryl Eskay Tengok video

ADA APA TUJUH MEI


TUJUH MEI 2024


HARI SELASA 7 MEI 2024
ADA APA BRO ?

APA SPESIAL ?
APA  AKAN TERJADI ?

JENG JENG JENG
KAH KAH KAH
AMIN


BERJUTA BALIK KAMPUNG - CUACA MAKIN PANAS


BERJUTA BALIK

KAMPUNG DI INDON

AMIN

CUACA MAKIN PANAS

AMIN

OTAK UBI KAYU



'Tak masuk akal': Pakar persoal idea ganti beras dengan ubi kayu

Seorang pakar pertanian menolak cadangan menjadikan ubi kayu sebagai makanan alternatif sebagai penyelesaian kepada masalah bekalan beras, sambil menyifatkan ia bukti kegagalan pihak berkuasa.

Prof Fatimah Arshad yang pernah menganggotai Majlis Penasihat Pertanian Negara berkata sepatutnya masalah ketiadaan beras tempatan diatasi dahulu.

"Malaysia bukan tiada beras, tapi beras disorok dan dicampur supaya pengilang dapat untung besar. Mereka untung besar, rakyat kena makan ubi kayu?" katanya kepada MalaysiaNow.

Speaker Dewan Rakyat yang juga bekas ahli Parlimen PKR, Johari Abdul, baru-baru ini mengundang kecaman dan sindiran di media sosial ekoran cadangannya untuk menjadikan ubi kayu sebagai alternatif kepada nasi sehingga masalah bekalan beras dapat diatasi.

Johari berkata ubi kayu juga mengandungi karbohidrat, malah lebih sihat kerana kandungan gula yang rendah.

Cadangan itu diikuti dengan ledakan kritikan dan kecaman terhadap Johari, dengan pelbagai klip video menyindir pihak kerajaan.

Fatimah berkata ubi kayu mempunyai indeks glisemik yang lebih tinggi berbanding nasi. Indeks glisemik skala yang menentukan kedudukan secepat mana makanan yang mengandungi karbohidrat menyebabkan peningkatan gula darah seseorang individu.

Di samping itu, ubi kayu juga ada kesan sampingan seperti badan berangin (bloating), katanya.

Menurut laman Facebook advokasi kesihatan Public Health Malaysia, walaupun ubi kayu mempunyai khasiat seperti menguatkan tulang dan gigi, pengambilan berlebihan boleh menyebabkan penambahan berat badan dan risiko toksik sianida.

Malaysia berdepan masalah bekalan beras putih tempatan sejak tahun lalu, disebabkan bukan sahaja perubahan iklim dan kenaikan kos benih padi, tetapi juga tindakan orang tengah dan kartel menyimpan stok dan manipulasi harga.

Ekoran sekatan import beras dari India yang menyebabkan kenaikan harga beras import, bekalan beras putih tempatan yang lebih murah mula "hilang" di pasaran.

Malaysia menghasilkan kira-kira 60% daripada penggunaan beras domestik.

Sebelum ini, kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim mahu memperkenalkan pek 'Beras Madani' yang menggantikan semua varieti beras di pasaran. 

Cadangan itu bertujuan menghapuskan kegiatan pengilang mencampurkan varieti beras untuk dijual sebagai beras import bagi mendapatkan margin keuntungan yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, Fatimah berkata masalah beras tidak terletak pada jenis varieti, tetapi pada masalah bekalan yang berpunca daripada pengilang dan Padi Beras Nasional Berhad (Bernas), syarikat milik taikun Syed Mokhtar Al-Bukhary yang mempunyai monopoli mengimport beras.

"Lembaga Padi dan Beras Negara yang ditubuh sejak 1971 kemudian menjadi Bernas sudah jadi 'gergasi besar' sampai kerajaan takut hendak mengambil tindakan," katanya.

Fatimah berkata tidak sukar untuk mempersoalkan rasional cadangan Johari itu.

"Tanya Datuk-Datuk (orang berkuasa) itu, mahu atau tidak makan ubi kayu rebus tiga kali sehari?"

Penganalisis Anis Anwar Suhaimi berkata, cadangan menggantikan makanan ruji sesebuah masyarakat tidak masuk akal.

"Betapa pentingnya nasi dan beras dalam masyarakat juga dapat dilihat dalam simpulan bahasa Melayu di mana pintu rezeki itu juga dikatakan sebagai periuk nasi. Betapa sinonimnya nasi dengan rezeki," kata Anis, yang merupakan ketua penyelidik O2 Research Malaysia.

Tambahnya, kenyataan seperti Johari memperlihatkan betapa pemimpin di pihak kerajaan terpisah daripada realiti dan kesukaran rakyat.

JO BEDUL

INGAT DIA BIJAK

KAHA KAH KAH

RUPANYA

OTAQ UBI KAYU

 KENA

TIBAI KIRI KANAN

AMIN

LOKMAN ADAM

JANGAN TAYANG

PADA DUNIA

AMIN

KHALAS

REZEKI TURUN NAIK



Masalah ekonomi, hujan lebat jejas perniagaan bazar Ramadan

DENGAN tinggal dua hari sebelum berakhirnya bulan puasa tahun ini, peniaga bazar Ramadan di Kampung Baru, Kuala Lumpur terpaksa berdepan cabaran ekonomi dan cuaca yang sukar diramal.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight hujan lebat hampir setiap petang menyebabkan pelanggan tidak berkunjung ke bazar.

Tambahan lagi, mereka juga tidak dapat menaikkan harga kerana keadaan ekonomi negara yang teruk pada masa ini. Lebih parah lagi mereka terpaksa menambah kos dengan kenaikan harga bahan mentah.

Semua isu ini menyebabkan nilai jualan merosot berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Khairul Anuar Sapran, peniaga air di bazar Ramadan, menyifatkan tahun ini paling teruk sepanjang tiga tahun berniaga, dengan jualan merosot teruk.

Beliau bimbang tidak dapat mencapai sasaran jualan dan memberikan bonus Raya kepada pekerjanya kerana pencapaian perniagaan yang teruk.

“Saya fikir kita boleh berniaga dengan baik tahun ini tetapi harga bahan barang dan bahan mentah melonjak naik.

“Saya tidak rasa kami boleh capai sasaran jualan seperti tahun-tahun sebelum ini,” katanya, menambah jualan hanya cukup-cukup makan untuk menampung operasi harian dan gaji pekerja.

“Rasanya tidak dapatlah saya beri bonus Raya kepada pekerja tahun ini kerana perniagaan tidak begitu baik,” katanya.

Senasib dengan Khairul, penjual ayam goring dan makanan ringan di bazar sama, Hairuddin Heruman berkata harga lebih tinggi dan kekerapan hujan lebat menjejaskan jualannya.

Keadaan cuaca mengehadkan masa pelanggan di bazar, menyebabkan mereka tidak dapat melihat banyak gerai lain.

“Harga bahan mentah lebih mahal berbanding tahun sebelum ini tetapi saya tetap mengekalkan harga jualan mampu milik, kami tidak dapat naikkan harga mendadak.

“Selain itu, cuaca juga tidak menyebelahi kami tahun ini, kerana hujan lebat hampir setiap petang, menjejaskan waktu jualan terutama antara jam 4 petang hingga 7 malam.

“Kebanyakan pengunjung datang ke bazar pada hampir waktu berbuka kerana hujan lebat berterusan di ibu kota.

“Itu sebabnya mereka tidak dapat berjalan-jalan membeli dan melihat pilihan juadah, kerana mereka perlu cepat-cepat beli saja serba sedikit dan balik,” katanya yang berniaga di bazar itu sejak 10 tahun lalu.

Memberi makanan kepada golongan memerlukan

Seorang lagi peniaga bazar Ramadan, Mohd Nur Rafee berkata beliau menaruh harapan tinggi kerana perniagaan agak bagus pada dua minggu pertama.

Menjual pelbagai jenis minuman, peniaga berusia 24 tahun itu berkata jualan mulai merosot pada minggu ketiga dan hingga kini.

“Kebanyakan balang air kami hampir kosong pada dua minggu pertama, tetapi masuk minggu ketiga, kami perasan banyak yang tidak habis, menunjukkan jualan kami menurun,” katanya.

Rafee berkata biasanya jualan hariannya antara RM300-RM400 tetapi angka itu merosot hingga separuh pada minggu ketiga.

Rafee berkata daripada pemerhatiannya, golongan pelajar mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi.

“Saya rasa ini kerana mereka tidak ada pilihan, bukan seperti individu yang tinggal bersama keluarga yang boleh makan di rumah. Bagi pelajar, beli makanan di bazar adalah pilihan paling mudah,” katanya.

Noor Mariam, 21, yang berasal dari Sarawak, berniaga popiah basah dan kering. Katanya, perniagaannya biasa saja, dan dapat mencapai sasaran jualan hariannya.

“Perniagaan biasa saja tapi saya dapat capai sasaran jualan harian.

“Dana saya rasa, lokasi gerai saya juga memainkan peranan penting kerana ia betul-betul di pintu masuk, memudahkan pelanggan yang hendak cepat,” katanya kepada The Malaysian Insight, menambah ini kali pertama beliau berniaga di bazar itu.

Noor Mariam berkata beliau bersedia untuk berniaga lagi di bazar tahun depan.

Peniaga turut menolak kebimbangan berlaku pembaziran makanan berikutan jumlah jualan yang rendah.

Mereka berkata tahun ini, kumpulan persatuan sivil akan mengumpulkan lebihan makanan untuk diedarkan kepada golongan kurang mampu atau dihantar ke masjid.

Peniaga juga saling menggalakkan untuk mengamalkan kawalan jumlah makanan dan menawarkan saiz hidangan lebih kecil bagi mengurangkan pembaziran. – 8 April, 2024.



DI HARAPKAN

ADA UNTUNG

BELANJA RAYA

AMIN

REZEKI TAK

MENENTU MACAM

CUACA  HARI INI

AMIN

TAHUN DEPAN

KITA JUMPA LAGI

AMIN

KHALAS

KEBULURAN DI GAZA



UK beri amaran kebuluran di Gaza, hantar kapal tentera laut bawa bantuan

LONDON – Setiausaha Luar British mengeluarkan amaran pada Sabtu mengenai keadaan yang meruncing dan risiko sebenar kebuluran di Semenanjung Gaza sambil mengumumkan penghantaran sebuah kapal Tentera Laut Diraja untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan di rantau itu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kerajaan British mengumumkan satu pakej sokongan tentera dan orang awam untuk mewujudkan satu koridor bantuan maritim ke Gaza, termasuk penghantaran sebuah kapal Tentera Laut Diraja untuk menyertai misi menyelamatkan nyawa di timur Mediterranean.

“Kapal itu bersama bantuan UK (United Kindom) dan pakar British akan menyokong  penubuhan sebuah koridor maritim bantuan kemanusiaan antarabangsa dari Cyprus ke Gaza, disokong oleh ramai rakan kongsi daripada kerajaan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dijangka beroperasi pada awal Mei, menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan UK.

Bersama-sama kapal itu, Kementerian Luar telah memperuntukkan sehingga £9.7 juta (US$12.2 juta) untuk penyampaian bantuan termasuk kepakaran logistik dan sokongan peralatan kepada koridor berkenaan,  menurut laporan itu.

UK mengulangi gesaannya untuk jeda serta-merta atas faktor kemanusiaan membawa kepada satu gencatan senjata yang mapan dan berkata ini adalah cara terpantas membawa pulang tawanan dengan selamat dengan lebih banyak bantuan dapat dibawa masuk.

“Keadaan di Gaza meruncing dan kemungkinan kebuluran itu adalah nyata. Kami kekal komited untuk mendapatkan bantuan untuk disampaikan kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan, “ kata Setiuasaha Luar British David Cameron.

Menekankan akses kepada laluan darat kekal penting untuk menyampaikan bantuan itu, beliau mengalu-alukan pembukaan laluan Erez dan Pelabuhan Ashdod tetapi menambah terdapat keperluan untuk terus meneroka segala pilihan, termasuk laut dan udara bagi memberikan kelegaan kepada penderitaan golongan paling rentan di dunia itu.

“Warga Gaza sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang meruncing dan terdapat keperluan untuk memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka,” kata Cameron.

Lebih daripada 33,000 warga Palestin maut dan 75,577 cedera di Gaza selain daripada kemusnahan berskala besar kediaman dan infrastruktur serta kekurangan bekalan keperluan selepas diserang Israel sejak Oktober tahun lepas.

Israel didakwa melakukan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang memerintahkannya supaya mengambil lebih banyak tindakan bagi mengelakkan kebuluran di Gaza. – BERNAMA-ANADOLU

ZIONIS NAZI

MAHU BUNUH

SEMUA WARGA

PALESTIN

AMIN

DUNIA WAJIB

BERTINDAK

AMIN

AMERIKA & EROPAH

HENTI HANTAR

SENJATA PADA

ISRAEL

AMIN

KHALAS

DENGAR NASIHAT ABANG POLIS


DENGAR NASIHAT

ABANG POLIS AGAR

TAK KENA SCAM

KHALAS

TANGAN HELLBOI


TANGAN HELLBOI

AMIN


panglimo potaseh commented on 
"JANGAN SEBAR FITNAH"

Den poghatikan tangan PmX ni den teringat tangan HELLBOI .. tangan yang monontang kokojaman.

JUAL SEPETOL ALIH CERITA


JUAL SEPETOL

ALIH CERITA

BELI BARANG

 MAHAL

AMIN

Amier The Hero commented on 
"SUAMI ISTERI TALIBARUT 
PENGGANAS YAHUDI"

Pelik pun ado. Handal botul akak ni, jual senjato api. Tapi bilo pikir botul², takdo apo nak hairan pun kek malaysia ni. Ini sumo eh kisah² picisan utk alih pandangan masyarakat umum atas kecacatan mad dah ni. Alih dr turun eh nilai ringgit, alih kegagalan ekonomi, alih guno duit kwsp utk boli ringgit,

alih psl rogo brg² makanan melambong tinggi, alih psl pi em ado merc baru, alih psl banglo pi em di pajak.. pendekkan cito utk membangangkan rakyat laie la. Moh la kito balik ghayo tt, usah dilayan dah kisah² bangang ni sumo...