Jumaat, 3 Mei 2024
KAPAL ISRAEL DI PERLABUHAN KLANG ?
Kapal kargo milik Israel berlabuh di Pelabuhan Klang?
Sebuah kapal kargo milik syarikat Israel dikesan berlepas dari Malaysia minggu lalu, kurang lima bulan selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan semua kapal milik negara Zionis itu dilarang menggunakan pelabuhan di negara ini sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Semakan MalaysiaNow menggunakan Marine Traffic, aplikasi yang mengesan pergerakan perkapalan antarabangsa, mendapati kapal kargo ZIM Rotterdam yang dimiliki syarikat Israel Zim Integrated Shipping Services, berlabuh di Pelabuhan Klang pada 29 April lalu, sebelum berlepas sehari kemudian menuju ke Pelabuhan Shantou, China.
Zim Rotterdam, dengan nombor Organisasi Maritim Antarabangsa (IMO) 9398450, berlayar menggunakan bendera negara Afrika, Liberia.
Penemuan itu dijangka menimbulkan persoalan sama ada pihak berkuasa Malaysia gagal menguatkuasakan larangan serta merta dan kekal seperti yang diumum Anwar pada Disember lepas, tindakan yang turut dilaporkan media antarabangsa dan menerima pujian mereka yang bersimpati dengan perjuangan Palestin.
Susulan arahan tersebut, sebanyak 4,000 kontena milik syarikat berkenaan tersadai di beberapa pelabuhan di Malaysia terutamanya di Pelabuhan Klang.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata syarikat itu perlu menguruskan sendiri kontena miliknya menggunakan syarikat lain.
MalaysiaNow sedang cuba mendapatkan respons Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang serta pihak yang berkait termasuk Loke berhubung perkembangan terbaru ini.
Sementara itu, dalam reaksinya, bekas ketua pegawai eksekutif Majlis Getah Malaysia Nurul Islam Mohamed Yusoff menuntut penjelasan kerajaan mengenai perkembangan itu.
"Kerajaan Madani perlu jawab bagaimana dan kenapa kapal ini dibenarkan berlabuh," kata bekas pengarah pilihan raya Pemuda PAS itu dalam satu hantaran Facebook.
WOIT
BETUL KE
BERITA INI ?
AMIN
CAKAP BUKAN
MAIN HEBAT
TAPI BUAT LAIN
AMIN
KALAU HOUTHI
TAHU KAPAL INI
PASTI KENA DRONE
KAH KAH KAH
KHALAS
MADANON DAH JADI MAHADANON
Malaysia menjunam ke tempat 107 dalam penilaian pertama kebebasan media di bawah Anwar
Kedudukan Malaysia jatuh daripada 73 kepada 107 dalam Indeks Kebebasan Media 2024 yang menilai situasi media sejak pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan campuran Pakatan Harapan.
Laporan tahunan yang disediakan pemantau media global Reporters Without Borders (RSF) itu, yang menilai kebebasan media di 180 negara, turut meletakkan Malaysia pada 52.07 mata berbanding 62.83 mata pada tahun lalu.
Dalam kalangan negara jiran, Thailand menunjukkan peningkatan, naik ke tangga ke-87, menjadikannya negara dengan kebebasan media paling tinggi di rantau Asean.
Laporan terbaru itu berdasarkan penilaian landskap media sepanjang tahun 2023, tahun yang menyaksikan siri tindakan terhadap media dalam talian dan penulis blog, menjadikannya penilaian pertama mengenai kebebasan media di bawah kerajaan Anwar.
Malaysia sebelum ini mencapai kedudukan terbaik di tangga ke-73 untuk tahun 2022, berbanding 113 pada tahun sebelumnya, sekaligus berada di kedudukan tertinggi dalam kalangan negara Asean.
"Kerajaan mengenakan tekanan politik yang besar untuk menghalang media daripada menangani isu sensitif atau daripada mengkritik ahli politik dan pegawai kerajaan," kata RSF dalam nota ringkas yang disertakan bersama laporan indeks tersebut.
"Pihak berkuasa memburu wartawan penyiasatan, dan raja-raja adalah subjek yang sangat sensitif, begitu juga perbincangan mengenai kaum dan agama. Sebarang bentuk ulasan atau laporan yang dianggap kritikal terhadap raja boleh mengakibatkan pendakwaan, yang membawa kepada sikap menapis diri (self-censorship) yang meluas mengenai perkara itu," kata RSF dalam memberikan gambaran keseluruhan landskap media di Malaysia.
Laporan tersebut muncul ketika kerajaan terus menyekat portal berita dan blog di samping meminta platform media sosial menurunkan kandungan yang mengkritik kerajaan.
Awal tahun ini, Putrajaya mengakui meminta pengendali platform seperti TikTok untuk menurunkan video menerusi aduan SKMM.
Sebaik sahaja menubuhkan kerajaan pada November 2022, platform seperti TikTok diancam kerajaan kerana digunakan meluas oleh penyokong pembangkang.
Sejak memulakan tugas sebagai menteri yang bertanggungjawab hal internet, Fahmi Fadzil dikritik kerana tindakan menyekat laman berita.
Pada Jun tahun lalu, MalaysiaNow disekat selama 48 jam tanpa sebarang notis, mengundang kecaman pelbagai pihak.
Sementara itu, sekatan laman TV Pertiwi dan Utusan TV masih kekal, begitu juga blog yang dikendalikan bekas ahli parlimen Wee Choo Keong.
Tahun lalu, Wee diberi kebenaran untuk memfailkan semakan kehakiman terhadap SKMM kerana menyekat akses ke blognya.
RSF turut mengkritik tindakan kerajaan menyekat kebebasan bersuara.
"RSF sangat bimbang dengan gelombang sekatan oleh pihak berkuasa Malaysia ini, tanpa sebarang penjelasan atau tindakan undang-undang, terhadap laman berita yang mengkritik kerajaan," kata Pengarah Biro Asia-Pasifik RSF Cédric Alviani pada September lalu.
MADANON MAKIN
GANAS
AMIN
MADANON MAKIN
ZALIM
AMIN
MADANON LEBIH
ZALIM DARI
MAHAFIRAUN
AMIN
MADANON DAH
JADI MAHADANON
KHALAS
SEJARAH EL- NINO
SEJARAH
EL- NINO
AMIN
Unknown commented on
"PANAS MELANGGAR ASIA"
Mengikut rekod, El Nino pernah melanda Malaysia sebanyak 12 kali iaitu sejak 1951-1952 dan kejadian paling teruk ialah pada 1997-1998 dengan suhu tertinggi 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.
HAMAS MENGUBAH POLITIK DUNIA
HAMAS MENGUBAH
POLITIK DUNIA
Pada subuh Sabtu 7 Oktober gerila Briged Al-Qassam telah menyerang Israel. Tembok dan pagar pemisah di ceroboh. Pertempuran berlaku. Dilapur lebih 1200 warga Israel mati terbunuh. Lebih 200 di bawa pulang ke Gaza untuk jadi tebusan.
Pelbagai naratif muncul. Ada pemerhati politik anggap ini perancangan Netanyahu yang mahu perang bermula agar Hamas dapat dihapuskan. Naratif ini disokong oleh berita-berita kegagalan soldadu Israel menjaga sempadan.
Bukan saja soldadu Israel lewat sampai untuk menghalang Al-Qassam malah sistem leteronik pengawal sempadan gagal berfungsi. Ada sistem leteronik pemantau tercanggih rosak. Ada pegawai dan soldadu bertugas tidak berada di tempat kerja.
Justeru teori konspirasi - kerja orang dalam merebak. Hamas dipancing untuk menyerang. Perang di rancang untuk selesaikan masalah Hamas.
Teori ini diperkukuhkan bila mana satelah berperang lebih dari 5 bulan Kepala Risikan Israel meletak jawatan. Aharon Haliva meletak jawatan pada 22 April 2024 .Amin.
Walau apa pun teori – apa pun konspirasi – hakikatnya Hamas telah mengubah politik Timur Tengah. Hamas telah mengubah politik Eropah. Hamas telah mengubah politik Islam. Hamas telah mengubah politik Amerika.
Hamas berjaya mengubah politik dunia.
Ketika tulisan ini digarap lebih dari 50 buah kampus di Amerika sedang bergolak. Pelajar dan siswa telah bangun berdemo menyatakan sokongan mereka kepada perjuangan adil Palestin.
Siswa dan pelajar mogok meninggalkan kuliah. Mereka berkhemah dan menuntut pihak universiti membatalkan apa saja perjanjian dengan kerajaan Israel. Mereka menuntut Presiden Biden hentikan menghantar dana dan senjata kepada Israel.
Pelajar dan siswa Amerika mahu perang ditamatkan. Gencatan senjata serta merta. Israel di dakwa di Mahkamah Dunia kerana melakukan genosid.
Untuk saya – dari apa yang saya perhatikan – suasana kampus politik siswa di Amerika ini mengembalikan kepada suasana politik zaman 60’an.
Tahun 60’an kampus Amerika bergolak. Pertama dengan wujudnya kesedaran kulit hitam – Negro - yang melawan penindasan. Di zaman ini muncul Black Panther – gerakan anak muda Negro yang menuntut hak mereka.
Suasana ini ditambah rancak dan ditabur minyak oleh Perang Vietnam. Anak- anak muda yang cukup umur akan di paksa menjalani Khidmat Negara. Ini wajib untuk lelaki dewasa atas 18 tahun.
Anak muda hitam dan putih ini akan dihantar berperang ke Vietnam. Anak muda yang enggan mendaftar lari meninggal kan Amerika.
Mereka yang berani terus bangun melawan. Mereka membakar surat panggilan Khidmat Negara. Mereka di masukkan ke penjara kerana enggan jadi soldadu Perang Vietnam.
Dalam masa yang sama muncul gerakan radikal Black Panther - organisasi untuk anak muda berkulit hitam. Nama aktivis seperti Bobby Seal, Huey P Newton , Angela Davis dan Stokely Carmicheal menjadi rujukan perjuangan Negro kulit hitam di Amerika.
Untuk kulit putih nama seperti Tom Hayden muncul memimpin SDS (Student for Democratic Society )
Ketika ini Amerika ranum untuk revolusi. Gerakan radikal garis kiri merebak luas. Pada hemat saya tahun 2024 ini dunia melihat suasana politik radikal datang kembali.
Semua bermula di Universiti Columbia. Para pelajar telah mengambil langkah radikal meninggalkan kuliah. Berkhemah dan menjalan kuliah sendiri dengan mendengar kuliah tentang sejarah Palestin, Apartheid Afrika Selatan dan Vietnam.
Ketika saya menulis ini beratus-ratus pelajar telah di tahan. Mereka dituduh ganas, membuat onar dan membahayakan universiti. Polis dengan cota membelantan pelajar, menangkap dan meruntuhkan khemah mereka.
Tapi lagi di lawan lagi protes merebak. Perjuangan siswa dan pelajar ini makin mengampuh. Politik jalan raya kini sedang membakar kampus Amerika.
Satu perkara yang wajib di dakwat merahkan. Kalau tahun 60’an dulu gerakan pelajar bermula di Universiti Carlifornia Los Angles (UCLA ). Kali ini ianya bermula di universiti elit Columbia dan merebak ke Yale dan Havard.
Universiti elit ini adalah sarang akedemia pro-Zionis dan pro Israel. Universiti yang memiliki hubungan intim dari segi kerjasama penyelidikan dan juga pelaburan.
Pelaburan dan penyelidikan inilah yang para pelajar mahu di putuskan. Hentikan melabur dalam syarikat yang ada pertalian dengan Israel. Hentikan penyelidikan dalam hal teknologi senjata atau senjata biologi dengan Israel.
Seperti gerakan pelajar anti Perang Vietnam dulu – gerakan menyokong Palestin dan anti Israel hari ini cukup popular dikalangan siswa dan anak muda.
Di Paris agensi berita AP pada 30 April telah melapor kan : PARIS (AP) — French police removed dozens of students from the Sorbonne university after pro-Palestinian protesters occupied the main courtyard of the elite institution in Paris ....’
‘....Polis Perancis mengeluarkan berpuluh-puluh pelajar dari universiti Sorbonne selepas penunjuk perasaan pro-Palestin menduduki halaman utama institusi elit itu di Paris....’.
Universiti Sorbonne terletak dalam kota Paris. Selain d
ari universiti elit ianya memiliki sejarah gerakan pelajar yang maha hebat.
ari universiti elit ianya memiliki sejarah gerakan pelajar yang maha hebat.
Revolusi Pelajar – The Almost Revolution – tahun 1968 bersarang di Sorbonne . Presiden Charles de Gaulle (1890-1970) hampir dijatuhkan oleh gerakan pelajar yang bermula dari perkara kecil – hal dewan makan - hingga membawa kepada anti Perang Vietnam.
Tahun 2024 bila siswa di Sorbonne kembali bersuara maka akan gegak gempita seluruh Perancis.
Menyeberang ke Selat Inggeris para pelajar di UK telah sama turun ke jalan raya. Mengikut laporan akhbar The Independent pada 1Mei 2024 : Pelajar menyertai protes dan perkhemahan pro-Palestin di universiti di UK berikutan demonstrasi ganas di kampus di AS.
Demonstrasi berlaku di beberapa universiti termasuk Sheffield, Bristol, Leeds dan Newcastle, dan lain-lain dijangka menyertai mereka.
Protes itu berlaku berikutan pertempuran ganas di kampus Universiti California antara penunjuk perasaan pro-Palestin dan sekumpulan penunjuk perasaan pro Israel. Ini berlaku beberapa jam selepas polis menyerbu Universiti Columbia dan menahan berpuluh-puluh pelajar.
Apa yang jelas disini gerakan siswa dan pelajar ini sedang merebak ke seluruh dunia. Kita membaca berita kampus di Australia, di German dan di Jepun telah bergolak sama.
Hakikatnya suasana politik anti Perang Vietnam kembali menjana idealisme anak muda. Perang Vietnam kini diganti oleh Perang Gaza.
Apakah akan ada apa-apa perubahan hasil dari protes ini ?
Di Amerika Presiden Nixon (1913-1994) menang kali ke dua untuk menjadi Presiden ke 37 pada tahun 1974. Nixon berkempen dalam gelombang anti Perang Vietnam.
Persoalan timbul - apakah Presiden Biden akan menang untuk kali ke dua ketika berkempen dalam gelombang anti Israel, anti Perang Gaza dan pro Palestin ?
Ombak demo para pelajar ini pasti mempengaruhi suasana pemilihan Presiden dalam bulan November ini. Biden sedar isu Gaza sedang membakar politik domestik Amerika.
Tindak tanduk Netanyahu tidak di senangi oleh pengundi Amerika. Justeru Biden sedang meniti di atas pisau yang tajam. Biden tidak berupaya untuk tidak memberi dana dan senjata pada Israel. Dalam masa yang sama ombak anti Israel sedang mengampuh.
Ketika saya menggarap tulisan ini Donald Trump masih belum bersuara dalam hal gerakan pelajar ini. Apa pandangan bakal calon Presiden ini ? Apakah Trump akan mengutuk siswa dan pelajar yang berdemo atau mengambil jalan selamat mengambil jalan tidak bersuara?
Apabila Columbia, Yale dan Havard menjadi pencetus gerakan anti Israel ini bermakna satu perubahan hakiki telah berlaku di Amerika.
Universiti elit ini banyak mendapat wakaf dari orang kaya Yahudi. Apa akan terjadi jika dana dari wakaf ini dihentikan. Malah dilaporkan ada beberapa tenaga akademik dan pensyarah juga ikut terlibat sama berdemo dan di tangkap.
Suara para akademik lantang menerangkan menyokong Palestin bukan anti Semitik. Anti Perang Gaza bukan satu jenayah. Menyokong Palestin bukan salah tapi menjadi satu kewajipan.
Apa yang menarik ialah setia kawan yang padu diantara pelajar Yahudi yang turut sama berdemo menentang Israel. Ini fenomena baru – setia kawan dan solidariti antara pelajar Yahudi dengan pelajar Arab Palestin.
Pada ketika ini dunia sedang menunggu satu lagi perkembangan yang masih belum muncul secara ampuh. Dalam gerakan anti Perang Vietnam tahun 60’an kita terbaca Jane Fonda dari Holywood menjadi Hanoi Jane yang berkempen anti perang.
Jane Fonda dianggap sebagai pembelot kerana berucap dalam Radio Hanoi – radio Vietnam – menyeru soldadu Amerika untuk tidak memerangi Vietnam.
Kita juga mendengar Joan Baez dan Bob Dylan menyumbang suara dalam konsert anti perang. Kita terbaca arwah John Lennon ( 1940-1980) membuat lagu-lagu anti perang.
Hari ini seniman dan pelakon Holywood seperti Susan Serandon telah bersuara. Rogers Water dari kugiran Pink Floyd telah bersuara.
Tapi keterlibatan pemuzik , seniman dan pelakon masih belum mengampuh seperti di zaman anti Perang Vietnam.
Kalau dalam gerakan anti Perang Vietnam kita terbaca arwah Jean Paul Sartre (1905-1980) turun sama berdemo di kota Paris.
Dari Amerika kita juga terbaca tulisan dan ucapan Noam Chomsky – intelektual publik – yang juga sosok Yahudi - menghasut pelajar untuk turun berdemo.
Kali ini kita dengar suara dan komentar Norman Finkelstein – intelektual publik yang tersohor. Sosok ilmuwan ini adalah pakar Gaza. Seorang Yahudi dari keluarga yang menjadi mangsa genosid Hitler di German.
Hakikatnya suara pemikir, intelektual publik dan para akademik masih belum mencukupi. Amin.
Walau apa pun hakikatnya serangan Hamas pada subuh Sabtu 7 Oktober telah mengubah politik Amerika dan politik dunia.
Bagaimana dengan politik Arab Islam ? Apa perubahan yang dibawa Hamas ? Sila tunggu minggu depan. Amin. (TT)
MAJALAH BERSEJARAH
Penerbitan Reader's Digest dihentikan selepas 86 tahun
LONDON: Syarikat terbitan buku terkemuka, Reader's Digest menghentikan penerbitan selepas 86 tahun beroperasi berikutan tekanan kewangan.
Ketua Pengarangnya, Eva Mackevic membuat pengumuman itu petang semalam bahawa edisi British sudah 'tamat'.
Majalah ikonik itu, yang mengumpulkan wawancara dengan pemimpin dunia, pelakon legenda dan ikon muzik dalam hampir 1,200 terbitannya, akan 'berhenti dijual serta-merta'.
Katanya, syarikat itu tidak dapat menahan tekanan kewangan serta landskap penerbitan majalah semasa.
Penutupan itu berlaku 14 tahun selepas ia jatuh ke dalam pentadbiran kerana defisit dana pencen £125 juta (RM698.4 juta).
Majalah yang sedang bergelut itu diselamatkan oleh Better Captiol sebelum dijual semula pada 2014 kepada Mike Luckwell, yang memperoleh berjuta-juta daripada syarikat TV menyiarkan episod kartun terkenal, Bob the Builder.
Buku itu diasaskan di AS oleh pasangan suami isteri iaitu DeWitt Wallace Lila di ruang bawah tanah Greenwich Village pada 1922.
Idea itu datang kepada Wallace selepas dia mengalami kecederaan ketika Perang Dunia I dan melakukan kerja pengumpulan ratusan artikel ketika menjalani pemulihan.
Walaupun konsep itu ditolak oleh 18 syarikat, Wallace tetap meneruskannya dan ia menjadi popular.
Bilangan pembaca meningkat secara besar-besaran sepanjang dekad pertama penerbitannya, sehingga edisi antarabangsa pertama diterbitkan di United Kingdom pada 1938 di bawah moto 'Article of enduring interest'.
Menjelang awal 1960-an terdapat 23 juta orang membaca salah satu daripada 40 edisi antarabangsa yang berbeza, diterbitkan dalam 13 bahasa.
Majalah itu mempunyai sejarah berkempen yang panjang, seawal 1924 ia mencetak cerita yang mengaitkan penggunaan tembakau dengan kematian pramatang.
Subjek yang sering ditulis oleh majalah itu, terutamanya pada 1952 dengan artikel bertajuk 'Cancer By the Carton' yang membawa kepada penurunan terbesar perokok.
SATU SEJARAH
SATU BACAAN
AMIN
PALING POPULAR
RUANGAN KOMIDI
AMIN
MAJALAH RD
AKAN TERUS
DINGATI
AMIN
KHALAS
SAPA PUNYA KASINON
SAPA PUNYA
KASINON ?
AMIN
abu qassim commented on
"KASINON !!!"
Apo ko bangang bona..
Ni bukan hal nuar..
Ni nuar nak cover sultan..
Cikgu bard dah cuit namo sultan..
Nuar apo heran klu org nak tuduh dio...
Dio kan pokak dan tuli..
KAH KAH KAH
UMNO DEMANGAT 47
UMNO
SEMANGAT 47
KHALAS
"PENGUNDI UMNO LARI"
Kita melihat 47 kes yg dh ada prima facie x dteruskan walaupun 1 kes buang semua jdi rakyat perlu sedar andai Kita yg berstatus rakyat biasa ni tentu amat sakit utk menerima .X Kan 1kes x sangkut
Unknown commented on
"PENGUNDI UMNO LARI"
Kah kah kah pemimpin fikir periuk nasi sendiri lah, pemimpin tak ingat akar umbi, dia sedap jawatan lepas kes mahkamah, ahli terkubur begitu saja lah, apa saja tapi karma itu benar sekali, dulu dia orang buat kat orang lain,
bila berkuasa tak ingat orang bawahan sekarang sampai masa bayar sekali balik kah kah kah semua keluarga pemimpin mewah sekali sampai beras pun bagi hilang kah kah kah