Sabtu, 4 Mei 2024
PANAS PERMULAAN
Cuaca panas: KKM pertimbang tutup sekolah
PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas di beberapa negeri sejak akhir-akhir ini.
Bagaimanapun, KKM perlu membuat penelitian dan memperhalusi perkara itu dengan cermat sebelum sebarang pengumuman dibuat, kata Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.
“Jangan khuatir, jika perlu kita akan segera buat pengumuman,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), di sini pada hari inI.
Menurut Dzulkefly, pada masa ini KKM kekal dengan prosedur operasi standard (SOP) yang menyarankan agar sekolah tidak menganjurkan sebarang aktiviti di luar bilik darjah sekiranya suhu cuaca melebihi 35°C selama tiga hari berturut-turut.
“Saya sangat menganjurkan Kementerian Pendidikan atau guru besar supaya tidak mengizinkan pelajar buat aktiviti di luar.
“Itu sangat mustahak kerana kita tidak mahu saksikan kejadian sebelum ini berlaku,” ujarnya.
Cuaca panas luar biasa ketika ini melanda Kelantan, Perlis dan Kedah dan dijangka berlarutan selama dua bulan lagi.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad sebelum ini berkata, cuaca panas melibatkan dua aspek iaitu fenomena El Nino yang bermula sejak tahun lepas, selain faktor perubahan iklim.
Dalam perkembangan berkaitan, Dr Dzulkefly berkata, orang ramai turut disaran agar memberi perhatian terhadap kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan berkaitan cuaca panas.
Sementara itu, kKetika mengulas mengenai kekurangan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di hospital-hospital daerah, Dr Dzulkefly berkata, KKM akan mengumumkan satu rancangan pelaksanaan dalam masa terdekat.
Katanya, satu mesyuarat tergempar dengan pengurusan tertinggi kementerian akan berlangsung pada malam ini untuk menangani perkara itu.
Pada 26 April lepas, Dr Dzulkefly dilapor mengarahkan pengurusan KKM di peringkat pusat dan negeri untuk meneliti isu bebanan tugas di hospital serta penilaian semula tindakan yang telah dibuat membabitkan penempatan dan cara kerja PPS.
PANAS HASIL
PERBUATAN
MANUSIA
AMIN
PEMBAKARAN
TENAGA FOSSIL
MINYAK KERETA
AMIN
INI HANYA
PANAS
PERMULAN
AMIN
KHALAS
SETANYAHU AKAN DI TANGKAP ?
Israel bimbang rancangan ICC untuk waran tangkap pemimpin politik, tentera
TEL AVIV – Para pegawai Israel semakin bimbang tentang rancangan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mendapatkan waran tangkap pemimpin tentera dan politik mereka kerana melakukan jenayah perang.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu boleh menjadi antara yang dicadangkan oleh ICC.
ICC, yang berpangkalan di The Hague, telah menyiasat tindakan Israel di wilayah yang diduduki di Palestin sejak tiga tahun lalu, dan baru-baru siasatan juga dilakukan ke atas Hamas.
Mahkamah ini mempunyai kuasa untuk mendakwa dan membicarakan individu bagi melakukan jenayah paling serius di bawah undang-undang antarabangsa.
Sebelum ini ICC telah mengeluarkan waran tangkap ke atas beberapa pemimpin dunia termasuk Vladimir Putin dari Rusia, Muammar Gaddafi dari Libya, dan panglima perang Uganda Joseph Kony.
Netanyahu telah menyifatkan prospek tokoh kanan Israel menyertai senarai orang yang dikehendaki sebagai keterlaluan, sambil menuduh ICC cuba melumpuhkan keupayaan Israel untuk mempertahankan diri.
Walaupun ICC belum mengesahkan dakwaan Israel, tetapi lawatan Ketua Pendakwaraya Karim Khan KC ke Israel dan Tebing Barat yang diduduki Disember lalu membawa mesej yang jelas.
Peguam British itu melawat tapak serangan Hamas di perkampungan Israel berdekatan dengan pagar Gaza, yang ditembusi oleh lelaki bersenjata pimpinan Hamas pada 7 Oktober 2023.
Dia juga bertemu dengan pemimpin politik, dan pergi ke Ramallah untuk bercakap dengan keluarga mangsa Palestin tentang pengalaman mereka di Gaza dan Tebing Barat.
Karim telah mengutuk keganasan yang dialami oleh orang awam di kedua-dua pihak, dan berjanji untuk menyiasat.
“Semua pihak yang terlibat mesti mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Jika anda tidak berbuat demikian, jangan merungut apabila pejabat saya dikehendaki bertindak,” katanya dalam satu kenyataan ketika itu.
Karim berkata serangan 7 Oktober 2023, yang mana lelaki bersenjata pimpinan Hamas membunuh kira-kira 1,200 orang, kebanyakannya orang awam, dan merampas 253 tebusan, menurut jumlah Israel – mewakili “beberapa jenayah antarabangsa paling serius yang mengejutkan hati nurani manusia, jenayah yang ICC ditubuhkan untuk menangani”.
Dalam kes Israel, kebimbangannya adalah dua kali ganda apabila menekankan kewajipan untuk menjalankan operasi ketenteraannya di Gaza mengikut “parameter undang-undang yang jelas yang mengawal konflik bersenjata”.
Israel telah dituduh gagal melindungi orang awam dengan secukupnya semasa pengebomannya selama berbulan-bulan, walaupun ia menegaskan ia mengambil semua langkah yang perlu untuk mengelak kemalangan jiwa.
Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas di wilayah itu berkata, lebih 34,500 orang telah terbunuh di sana sejak perang bermula, dan ramai daripada jumlah itu adalah kanak-kanak.
Israel bukan ahli ICC dan ia mengatakan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa ke atasnya namun mahkamah telah memutuskan bahawa sejak 2015 ia sebenarnya mempunyai bidang kuasa ke atas Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Gaza selepas Palestin meratifikasi perjanjian penubuhannya, Statut Rom, sebagai negara Palestin. – Agensi
TANGKAP
SETANYAHU
AMIN
KES BUNUH
KANAK KANAK
DAN WANITA
AMIN
JADIKAN
SETANYAHU
CONTOH AGAR
YANG LAIN TAKUT
KHALAS
SEMUA AGAMA ADALAH SAMA
MUNGKIN
KITA BELUM
DI DUGA
AMIN
YANG PASTI
SEMUA AGAMA
ADALAH SAMA
KHALAS
Unknown commented on
"MAHADANON LEBIH ZALIM DARI MAHAFIRAUN"
Kalau TT jadi PM, munkin TT Akan lakukan Yang paling zalim lagi mengatasi semua jezaliman.
KAPAL ISRAEL MASUK MALAYSIA
KAPAL ISRAEL
MASUK
MALAYSIA
KHALAS
"KAPAL ISRAEL
DI PERLABUHAN KLANG ?"
masa larang buat heboh di media.. macam tak kenal nuar.. kah kah kah
LAGI KES BLOOMBERG
LAGI KES
BLOOMBERG
SABTU 4 MEI 3026
PETANG INI ADA DEMO
LAWAN AMERIKA
SOKONG PALESTIN
BERITA TERSEBAR
ADA SATU KAPAL ISRAEL
BAWA KONTENA TELAH
BERLABUH DI PERLABUHAN KLANG
DULU SYARIKAT ISREAL
TELAH DIHARAMKAN MASUK
KE MALAYSIA
KALI INI TAK TAHU
MACAM MANA BOLEH MASUK
AJENSI BERITA BLOOMBERG
ADALAH SARANG FITNAH
AJENSI INI
BUAT LAPORAN YANG
PM ANWAR NAN BUKA
SATU LAGI KASINO
DI FOREST CITY
INI MENURUT ANWAR
BERITA FITNAH
AJENSI INI ADA
PEJABAT DI KLCC
ADA WARTAWAN BEKERJA DISINI
BUAT FITNAH KERING
ROSAKKAN IMEJ PM ANWAR
SEBAGI PEJUANG ISLAM
BERITA PALSU
ADA KASINON
JENG JENG JENG
SOALAN
MENGAPA TAK SAMAN
BLOOMBERG ?
AMIN
UK
PILIHAN RAYA MAJLIS TEMPATAN
HASILNYA
AKAN MENGKUBURKAN
RISHI SUNAK
GAZA
PBB BERPENDAPAT
JIKA RAFAH DISERANG
INI ADALAH MEMBANTAI
WARGA PALESTIN
NIGER
RUSIA AMBIL ALIH
LAPANGAN TERBANG ASKAR
YANG
DULUNYA AMERIKA DUDUK
TURKI
MENAMATKAN SEMUA
HUBUNGAN PERNIAGAAN
DENGAN ISRAEL
COLOMBIA
AKAN PUTUS SEMUA
HUBUNGAN DIPLOMTIK
DENGAN ISRAEL
KERANA. GENOSIDE
HOKKIEN
PAGI INI BASAH SEGAR
RENYAI RENYAI DI PAGI HARI
MATA HARI TAK NAMPAK
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS
LANGIT KELAM
TERKUKUR GUMBIRA
TAPI PELIK BUMI BASAH
CENGKERIK SENYAP
WARGA ASLI
BISING MENYALAK
ENTAH SAPA MASUK
KAWASAN MEREKA
HARI INI AKAN PANAS
KETIKA GUA MENGETIK
DAH MULA CERAH
PETANG INI ADA DEMO
JAM 2 DI HADAPAN
KEDUTAAN AMERIKA
KONSEP : BAJU RAYA
AMIN
BRO
SENYUM
DI PAGI CUTI
BRO
TEST KAWAN LU
LU BERI CERITA BOHONG
KALAU CERITA TAK MEREBAK
LU BARU BERI BERITA SAHIH
BRO
KALAU SABTU INI
SERONOK
AWAS
SENIN MUNGKIN PALAT
BRO
MAT BEBAL
SENANG BERBOHONG
TAPI HANYA MAT PUTAR
YANG BIJAK MENIPU
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI