Jumaat, 24 Mei 2024

MALAON YANG SAMA

 

MALAON YG SAMA

KAH KAH KAH

KHALAS 

JAWAB JANGN TAK JAWAB


JAWAB JANGAN

TAK JAWAB

KAH KAH KAH

AMIN 

WAYANG PAK DALANG


Peluk pemimpin Hamas hanya wayang Anwar - Isham Rais


Tindakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bertemu pemimpin Hamas bertujuan untuk mengalih perhatian terhadap isu penjualan saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) kepada syarikat pro-Israel, dakwa aktivis politik, Hishamuddin Rais.

Malah Hishamuddin mendakwa tindakan Anwar bersalam dan 'memeluk' pemimpin Hamas, Ismael Haniyeh hanyalah sekadar 'wayang' bagi menutup isu perjanjian dengan Global Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah anak syarikat firma pelaburan pro-Israel, Blackrock.

"Blackrock jelas ialah (penyokong) zionis dan kita memberikan pelaburan kita (MAHB) kepada zionis.

"Jadi, (Anwar) tidak boleh kata - saya tidak tahu (latar belakang Blackrock). Tidak boleh kata - saya sudah 'berpeluk-peluk' dengan Ismael Haniyeh (pemimpin Hamas). Ini teater, ini wayang.

Wayang-wayang ini dipentaskan untuk (menutup) perjanjian dengan Blackrock. Kerana itu (perjanjian) ini harus dibatalkan," katanya pada sidang media selepas mengadakan protes di hadapan bangunan Kementerian Pengangkutan di Putrajaya, pagi tadi.

Terdahulu, sekumpulan aktivis anti-Israel berdemonstrasi di hadapan bangunan itu bagi membantah tawaran penjualan saham MAHB kepada GIP.

Dipimpin oleh Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), mereka turut menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Bahagian (Pentadbiran) Kementerian Pengangkutan Malaysia, Rosli Muhammad di Putrajaya.

Dalam memorandum berkenaan, SSP menuntut kerajaan menjawab isu berkaitan penjualan saham MAHB secara tuntas dan profesional.

Pada 17 Mei lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata laporan yang mengatakan bahawa 25 peratus baki saham MAHB akan dimiliki syarikat pro Zionis, adalah tidak berasas.

Katanya, dakwaan yang dibangkitkan pembangkang itu hanyalah semata-mata untuk melahirkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

“.. tiada yang positif daripada dia (pembangkang), hanya menghasut penuh dengan kebencian dan dengki. Segala kenyataan kita yang diakui oleh dunia termasuk pertemuan dengan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh tidak beri sesuatu yang positif kepadanya, yang dicari adalah fitnah dan hasutan," katanya.

Sebelum itu, Anwar bertemu dengan delegasi Hamas, yang diketuai oleh Ismail di luar lawatan rasmi tiga hari perdana menteri itu ke Qatar pada 13 Mei lalu.

Pada pertemuan itu, Anwar turut mengulangi komitmen Malaysia menyuarakan bantahan kepada komuniti antarabangsa dan menyeru agar serangan dihentikan selain menyediakan bantuan kemanusiaan, perubatan dan pendidikan kepada mangsa perang.

Boikot kerajaan

Sementara itu, Ketua Penerangan Pejuang Muhammad Rafique Rashid Ali meminta kerajaan menetapkan pendirian mereka dalam perjuangan konflik Palestin-Israel.

Katanya, kerajaan dan rakyat Malaysia perlu melakukan tindakan seiring dengan janji yang dibuat untuk menyokong dan menyatakan solidariti kepada Palestin.

"Rakyat perlu menggesa kerajaan 'to walk the talk', kalau semua rakyat (boleh) menjalankan boikot serta bersatu dalam menyokong penderitaan rakyat Palestin. Maka, seharusnya, dalam perkara seperti (isu) Blackrock, kerajaan hari ini juga harus diboikot.

"Kita tidak mahu kerajaan hipokrit dan mahu kerajaan kotakan apa yang dijanjikan selama ini," katanya.

Tegasnya lagi, Blackrock merupakan pengeluar senjata serta pendukung utama ke atas kes genosida dan pembantaian yang sedang berlaku ke atas rakyat Palestin.

"Kadang-kadang kita ada pendapat berbeza dalam pelbagai perkara, tetapi dalam isu hak rakyat Palestin, kita mempunyai agenda yang sama," katanya lagi.

Presiden Gamis, Imran Sulaiman pula mempersoalkan kewajaran kerjasama dengan syarikat terkait zionis itu dan mendakwa normalisasi perjanjian tersebut tidak akan memberi justifikasi terhadap tindakan keganasan dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin.

"Adakah Malaysia mahu menjadi negara penyumbang kepada perang di Palestin? Saya rasa kita semua tak mahu menjadi penyumbang utama kepada kematian saudara-saudara kita (di Palestin)," katanya.

WOIT

WAYANG

PAK DALANG

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

HANG TUAH BUKAN MITOS


Kredibiliti kerajaan Melaka dipersoal selepas ketua menteri raikan kemunculan keris 'milik Hang Tuah'


Sebuah pameran anjuran kerajaan Melaka untuk meraikan Hang Tuah telah membuka kembali perdebatan lama mengenai kewujudan ikon pahlawan Melayu itu, selepas kemunculan dua keris yang didakwa miliknya. 

Bagaimanapun, pakar sejarah mempertikaikan kewujudan dua keris yang diserahkan kepada Ketua Menteri Ab Rauf Yusof baru-baru ini oleh seorang lelaki Indonesia yang mengaku waris Hang Tuah.

Ahmat Adam, yang mendalami kajian mengenai watak Hang Tuah, berkata sumber sejarah tidak pernah merakamkan mengenai senjata yang dikaitkan dengan mana-mana pahlawan silam Melayu.

Ahmat membidas dakwaan sekumpulan penyelidik yang terlibat dalam penganjuran sebuah pameran anjuran kerajaan Melaka pada bulan depan, di mana dua keris itu akan diperagakan, menyifatkan mereka "bukan sejarawan".

"Mereka penipu besar sejarah dan tak tahu kaedah menyelidiki dan menulis sejarah," katanya kepada MalaysiaNow.

Beliau mempersoalkan keperluan menghantar sekumpulan penyelidik ke Belanda di mana mereka mendakwa menemui naskhah tertua Hikayat Hang Tuah, karya yang selama ini menjadi sumber utama mengenai topik tersebut.

"Manuskrip sastera yang diheboh-hebohkan itu ada di perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tak perlu pergi ke Leiden, Belanda. Jangan membazirkan wang negara," kata Ahmat.

Pada 21 Mei, Rauf menerima dua keris daripada seorang individu yang mengaku waris ke-11 Hang Tuah, Tun Muhammad Amin Tun Ahmad dari Bintan, Indonesia.

Kedua-dua keris itu - dikenali sebagai Keris Sundang dan Keris Hukum - akan dipamerkan di Pameran Hang Tuah yang akan berlangsung selama sebulan pada Jun ini.

Ia susulan lawatan Rauf ke Belanda untuk melihat hasil penemuan sekumpulan penyelidik yang ditaja kerajaan Melaka untuk mengkaji dan membawa balik artifak berkaitan Hang Tuah.

Melaka, yang terkenal dalam sejarah sebagai sebuah pelabuhan pesat dan salah satu kesultanan Melayu terawal, pernah dijajah Portugis dan Belanda sebelum akhirnya jatuh ke tangan British.

Rauf berkata penyelidik dari Universiti Islam Melaka, Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia telah mengkaji pelbagai sumber mengenai Hang Tuah, sebagai penyediaan untuk pameran tersebut. 

Bagaimanapun Ahmat yang menerbitkan sekurang-kurangnya dua buku hasil kajiannya mengenai Hang Tuah, berkata nama "Hang Tuah" sendiri disalah baca, dan ungkapan sebenar adalah "Hang Tuha" atau "Hang Toh".

Menurut bukunya "Hikayat Hang Tuha", Hang Tuha merupakan gelaran dan bukan nama sebenar seorang laksamana, disebabkan pantang larang Melayu tidak membenarkan nama pembesar disebut kecuali nama gelarannya.

"Dalam ungkapan nama gelar Hang Tuha atau Hang Toh, ia adalah deskripsi bagi Laksamana Melaka yang namanya tidak diketahui," kata Ahmat, yang percaya watak Hang Tuah merupakan mitos semata-mata.

Bagi Ahmat, penulisan itu hanyalah sebuah novel dan bukan sumber sejarah, dan berkata sesiapa yang mendakwa ia sebagai sumber sejarah tidak membacanya secara tekun.

"Dalam novel itu nama raja Melaka ialah Sang Maniaka. Adiknya Sang Jaya Nantaka selepas merajuk dengan abangnya telah menjadi raja di Kalinga (India) dan mengambil nama Krishna Deva Raya di Vijayanagara. Inikah sumber sejarah yang sahih?" 

Kredibiliti kerajaan Melaka

Mohd Khairil Hisham, kurator Galeri Diraja Tuanku Ja'afar di Negeri Sembilan, berkata kredibiliti kerajaan Melaka berisiko tercalar sekiranya dakwaan tersebut tidak dapat dibuktikan.

"Setakat ini saya tidak mendengar apa-apa komentar daripada pakar sejarah Indonesia. Memang saya mendengar dakwaan bahawa individu yang mengaku waris itu berbohong."

Khairil berharap kerajaan Melaka bersikap terbuka dan memberi respons terhadap dakwaan itu. 

"Bukan hanya sekadar berdiam diri dan tidak menghiraukan rungutan dan pandangan masyarakat," katanya kepada MalaysiaNow.

Khairil berkata pasukan penyelidik harus membuktikan dakwaan lelaki Indonesia itu dan bersedia untuk dikritik jika gagal mengesahkannya.

"Keghairahan kerajaan Melaka boleh menyebabkan ada kemungkinan mana-mana pihak yang akan mengambil kesempatan," tambah Khairil yang pernah menghadiri sebuah seminar berkaitan pameran yang bakal diadakan.

Khairil menyifatkan seminar itu "satu pembaziran", dengan ketiadaan apa-apa maklumat baharu walaupun pasukan penyelidik dihantar ke Eropah.

"Hasil seminar ini menjadi kelam kabut apabila ketua menteri membuat dakwaan menemui Hikayat Hang Tuah tertua, bertarikh 1758 berada di Belanda."

Katanya, sebelum ini DBP telah pun menerbitkan transliterasi Hikayat Hang Tuah yang bertarikh 1758, hasil kerja Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh.


WOIT

HANG TUAH

BUKAN MITOS

AMIN

MEMANG ADA

AJI NO MOTO

AMIN

INI BIASA

DALAM HADIS

PUN ADA YG

DIANGGAP DAIF

AMIN

KHALAS

SATU LAGI PRK



ADUN Sungai Bakap meninggal dunia

GEORGE TOWN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini, hari ini.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Nibong Tebal dilaporkan menghembus nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSJ pada jam 1.38 tengah hari.

Perkara itu disahkan Setiausaha Pas negeri, Iszuree Ibrahim.

“Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Masjid Sungai Acheh jam 6 petang ini,” katanya ringkas.

MalaysiaGazette pada 1 Mei lalu melaporkan Nor Zamri ditidurkan selepas dimasukan ke HSJ akibat komplikasi bahagian perut.

Pada Pilihan Raya Negeri Ke-15, Ogos lalu, Nor Zamri menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. – MalaysiaGazette

SATU LAGI

DUGAAN

AMIN

BOLEHKAH PN

BERTAHAN?

JENG JENG JENG

AMIN

INI DUGAAN

SOKONGAN

MELAYU ISLAM

AMIN

KHALAS

PANAS BAWA MAUT



Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, hari ini.

Suhu dijangka semakin meningkat di tengah-tengah ramalan gelombang haba yang teruk.

Cuaca panas terik di utara negara itu menimbulkan kebimbangan ketika pilihan raya umum besar-besaran dan ibu negara, New Delhi akan mengundi pada Sabtu dalam suhu yang diramalkan sekitar 45 darjah Celsius.

Suhu musim panas di India sering memuncak pada Mei, namun saintis meramalkan lebih banyak hari akan berdepan gelombang haba, berbanding kebiasaan pada tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan lebih sedikit hujan petir bukan monsun dan fenomena cuaca El Nino yang aktif tetapi semakin lemah.

Media tempatan melaporkan, sekurang-kurangnya sembilan kematian di Rajasthan dipercayai berpunca daripada individu yang jatuh sakit ketika cuaca panas terik.

Pegawai pengurusan bencana negeri memberitahu Reuters, mereka masih belum dapat memastikan punca kematian kerana pemeriksaan perubatan tidak lengkap.

Berita itu datang selepas bandar Barmer di Rajasthan mendahului carta suhu minggu ini dengan rekod 48.8 darjah Celsius pada Khamis.

Pegawai cuaca memberi amaran mengenai keadaan daripada gelombang haba hingga gelombang haba teruk di banyak bahagian negeri itu serta di negeri utara Punjab dan Haryana.

Pegawai cuaca India menetapkan ambang gelombang haba pada suhu maksimum 40 darjah Celsius di dataran negara itu dan boleh melepasi sekurang-kurangnya 4.5 darjah Celsius daripada suhu maksimum biasa.

Sementara itu, di negeri selatan Kerala berlaku sebaliknya, apabila sekurang-kurangnya tujuh maut akibat hujan sebelum monsun yang kira-kira 18 peratus lebih lebat daripada biasa, membawa banjir yang mengganggu jadual penerbangan di beberapa kawasan. - REUTERS

MALAPETAKA 

IKLIM

AMIN

PANAS BAWA

MAUT

HUJAN BAWA

MAUT

AMIN

IKLIM DUNIA

MAKIN BAHAYA

KHALAS

BABAK SELINGAN TEATER BLACKROCK


BABAK SELINGAN

TEATER

 BLACKROCK

AMIN 

PANTUN BLACKROCK


PANTUN

BLACKROCK

AMIN 

Unknown commented on 
"TEATER BLACKROCK 
SEDANG DIPENTAS"

MOH PANTUN

BERPELUK SAKAN PRESIDEN HAMAS ISMAIL HANIYEH KATANYA
KEMAIN PELUK MESRA PAPANGANG DI QATAR SANA
RUPANYA WAYANG PAPA NAK GELI GELI KAN WALAUN SUMA
RUPANYA BLACKROCK DAH BELI KLIA SI GENOSID PALASTINA


ALAHAIII WAYANG PAPA NAK KENCING RAKYAT MALAYSIA

ANWAR BIKIN WAYANG DENGAN HAMAS



Peluk pemimpin Hamas hanya wayang Anwar - Isham Rais
Tindakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bertemu pemimpin Hamas bertujuan untuk mengalih perhatian terhadap isu penjualan saham Malaysia Airport Berhad (MAHB) kepada syarikat pro-Israel, dakwa aktivis politik, Hishamuddin Rais.

Malah Hishamuddin mendakwa tindakan Anwar bersalam dan 'memeluk' pemimpin Hamas, Ismael Haniyeh hanyalah sekadar 'wayang' bagi menutup isu perjanjian dengan Global Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah anak syarikat firma pelaburan pro-Israel, Blackrock.

"Blackrock jelas ialah (penyokong) zionis dan kita memberikan pelaburan kita (MAHB) kepada zionis.

"Jadi, (Anwar) tidak boleh kata - saya tidak tahu (latar belakang Blackrock). Tidak boleh kata - saya sudah 'berpeluk-peluk' dengan Ismael Haniyeh (pemimpin Hamas). Ini teater, ini wayang.

"Wayang-wayang ini dipentaskan untuk (menutup) perjanjian dengan Blackrock. Kerana itu (perjanjian) ini harus dibatalkan," katanya pada sidang media selepas mengadakan protes di hadapan bangunan Kementerian Pengangkutan di Putrajaya, pagi tadi.

Terdahulu, sekumpulan aktivis anti-Israel berdemonstrasi di hadapan bangunan itu bagi membantah tawaran penjualan saham MAHB kepada GIP.

Dipimpin oleh Sekretariat Solidariti Palestin (SSP), mereka turut menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Bahagian (Pentadbiran) Kementerian Pengangkutan Malaysia, Rosli Muhammad di Putrajaya.

Dalam memorandum berkenaan, SSP menuntut kerajaan menjawab isu berkaitan penjualan saham MAHB secara tuntas dan profesional.

Pada 17 Mei lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata laporan yang mengatakan bahawa 25 peratus baki saham MAHB akan dimiliki syarikat pro Zionis, adalah tidak berasas.

Katanya, dakwaan yang dibangkitkan pembangkang itu hanyalah semata-mata untuk melahirkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

“.. tiada yang positif daripada dia (pembangkang), hanya menghasut penuh dengan kebencian dan dengki. Segala kenyataan kita yang diakui oleh dunia termasuk pertemuan dengan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh tidak beri sesuatu yang positif kepadanya, yang dicari adalah fitnah dan hasutan," katanya.

Sebelum itu, Anwar bertemu dengan delegasi Hamas, yang diketuai oleh Ismail di luar lawatan rasmi tiga hari perdana menteri itu ke Qatar pada 13 Mei lalu.

Pada pertemuan itu, Anwar turut mengulangi komitmen Malaysia menyuarakan bantahan kepada komuniti antarabangsa dan menyeru agar serangan dihentikan selain menyediakan bantuan kemanusiaan, perubatan dan pendidikan kepada mangsa perang.

Boikot kerajaan

Sementara itu, Ketua Penerangan Pejuang Muhammad Rafique Rashid Ali meminta kerajaan menetapkan pendirian mereka dalam perjuangan konflik Palestin-Israel.

Katanya, kerajaan dan rakyat Malaysia perlu melakukan tindakan seiring dengan janji yang dibuat untuk menyokong dan menyatakan solidariti kepada Palestin.

"Rakyat perlu menggesa kerajaan 'to walk the talk', kalau semua rakyat (boleh) menjalankan boikot serta bersatu dalam menyokong penderitaan rakyat Palestin. Maka, seharusnya, dalam perkara seperti (isu) Blackrock, kerajaan hari ini juga harus diboikot.

"Kita tidak mahu kerajaan hipokrit dan mahu kerajaan kotakan apa yang dijanjikan selama ini," katanya.

Tegasnya lagi, Blackrock merupakan pengeluar senjata serta pendukung utama ke atas kes genosida dan pembantaian yang sedang berlaku ke atas rakyat Palestin.

"Kadang-kadang kita ada pendapat berbeza dalam pelbagai perkara, tetapi dalam isu hak rakyat Palestin, kita mempunyai agenda yang sama," katanya lagi.

Presiden Gamis, Imran Sulaiman pula mempersoalkan kewajaran kerjasama dengan syarikat terkait zionis itu dan mendakwa normalisasi perjanjian tersebut tidak akan memberi justifikasi terhadap tindakan keganasan dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin.

"Adakah Malaysia mahu menjadi negara penyumbang kepada perang di Palestin? Saya rasa kita semua tak mahu menjadi penyumbang utama kepada kematian saudara-saudara kita (di Palestin)," katanya.

TEATER DIPENTAS

NAK ALIH 

CERITA 

JUAL SAHAM

PADA ZIONIS

AMIN

KHALAS

SAMA 

PELAJAR UK BERDEMO DI GANASI



Polis Britain didakwa

 tahan pelajar tunjuk perasaan

 pro-Palestin 

di Universiti Oxford
OXFORD, ENGLAND: Polis Britain didakwa menahan sejumlah pelajar Universiti Oxford, selain bergelut dengan sebilangan lagi ketika tunjuk perasaan pro-Palestin diadakan di premis universiti berkenaan, semalam.

Kumpulan Tindakan Oxford Untuk Palestin (OA4P) mendakwa, pihak berkuasa universiti memanggil polis selepas pelajar memulakan bantahan di pejabat pentadbiran, sebagaimana tunjuk perasaan yang berlaku di kampus sekitar Britain, Amerika Syarikat (AS) dan tempat lain susulan konflik berdarah di Gaza.

Polis Thames Valley berkata, pihaknya sedia maklum mengenai insiden berkenaan dan akan memberikan maklumat kemudian.

Setakat ini, pihak universiti berkenaan tiada memberikan komen berhubung kejadian itu. Sebelum ini, universiti itu pernah dilaporkan berkata akan menghormati hak kebebasan bersuara dalam bentuk tunjuk perasaan secara aman.

Rakaman dikongsikan dalam media sosial oleh OA4P menunjukkan pertengkaran antara pegawai dengan pelajar yang duduk di atas jalan raya bagi menyekat sebuah van polis dikatakan membawa tahanan.

"Lepaskan mereka," laung penunjuk perasaan terbabit.

Penunjuk perasaan telah menggesa pihak universiti itu supaya tidak lagi terbabit dengan syarikat mempunyai hubungan dengan Israel yang sedang berperang di Semenanjung Gaza.

"Adalah jelas bahawa pihak pentadbiran lebih sanggup menahan, mendiamkan dan menyerang pelajarnya sendiri secara fizikal, berbanding bertindak terhadap isu genosid oleh Israel di Gaza," dakwa kumpulan itu dalam hantaran melalui X. - REUTERS

PELAJAR  DI UK

TERUS DIGANASI

AJEN ZIONIS

AMIN

KHALAS

MALAPETAKA IKLIM


MALAPETAKA

IKLIM

AMIN 

Unknown commented on
 "NAIK ANGIN"

Ramai ketawa. Aku berasa amat risau. Angin lintang dilangit. Macam terbang didalam ribut batu. ada tempat panas kering bersilih ganti hujan ribut tidak bermusim ini tanda perubahan iklim ekstrim.

WAYANG ARAHAN AMERIKA


WAYANG ARAHAN

AMERIKA

KHALAS

abu qassim commented on
 "ANWAR WAJIB JAWAB - 
JANGAN MAIN WAYANG"


KAH KAH KAH
Pak hassan buek² tk tahu lak..
Ni bkn wayang..
Ni titer bangsatwan..
Sapo tuan direktor eh..?
Dio kn pelakon jo...
Pelakon yg tolo eh dh kono gonggam..
Nk tahu sapo tn direktor eh?
CUI BONO la..
KAH KAH KAH