Jumaat, 28 Jun 2024
PETANDA AMAT BAIK
Polis nasihat orang ramai tidak sertai protes di Putrajaya Sabtu ini
ORANG ramai dinasihatkan tidak menyertai himpunan anti kerajaan Anwar Ibrahim yang dijadualkan diadakan di tempat letak kereta awam di depan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, Sabtu ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata perhimpunan dijadualkan itu tidak mendapat kebenaran Perbadanan Putrajaya (PPj) selaku pemilik lokasi berhimpun.
Katanya, orang ramai dinasihati tidak terlibat dengan sebarang perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menghadiri acara itu.
“Walaupun polis menerima surat makluman daripada penganjur pada 14 Jun untuk mengadakan himpunan itu, tetapi kebenaran tidak diberikan oleh pemilik tempat.
“Pemilik tempat (Perbadanan Putrajaya) tidak membenarkan himpunan diadakan di situ dan kami menasihatkan penganjur yang dikenali sebagai Demi Negara, untuk tidak meneruskan acara itu,” katanya pada sidang media di ibu pejabat polis daerah Brickfields hari ini.
Beliau berkata polis juga mengesan video yang tular di TikTok menjemput orang ramai menyertai himpunan itu.
“Setakat ini, 85 laporan polis berkait perhimpunan ini diterima, susulan video tular berdurasi tiga minit 41 saat di aplikasi TikTok memaparkan diskusi mengajak orang ramai menyertai perhimpunan.”
Sehubungan itu, polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sementara itu, penganjur himpunan anti kerajaan Anwar itu berkata ia akan meneruskan himpunan itu walaupun polis menganggap ia “haram”.
Peguam Parti Pejuang Tanahair, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili penganjur himpinan “Demo Rakyat Lawan Anwar’’ itu berkata peserta dilindungi oleh Akta Himpunan Aman 2012.
Beliau berkata himpunan yang diadakan untuk meluahkan pandangan kritikal dibenarkan dalam proses undang-undang.
“Ia dijamin dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
“Kami ucapkan terima kasih kepada polis kerana membantu dalam proses permohonan itu, tetapi tanggungjawab itu tidak terhenti di situ, mereka perlu bantu ketika protes itu,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur.
Himpunan itu dijadualkan pada Sabtu bermula 4 petang hingga 6.45 petang di tempat letak kenderaan awam bertentangan kediaman rasmi perdana menteri di Kompleks Seri Perdana.
Penunjuk perasaan diminta memakai baju hitam. – 27 Jun, 2024.
TERIMA KASIH
ABANG POLIS
AMIN
INI CARA POLIS
BANTU IKLANKAN
DEMO RAKYAT
AMIN
BILA ADA
PENGUMUMAN
DARI POLIS MAKA
MAKIN RAMAI
RAKYAT TAHU
AMIN
KHALAS
BILA MUSUH MEMBALAS
Pengulas politik heret kerajaan ke mahkamah selepas akaun TikTok disekat
Seorang pengulas media sosial popular telah memfailkan semakan kehakiman terhadap kerajaan bagi mencabar sekatan akaun TikToknya, dalam tindakan terbaru terhadap langkah Putrajaya memadam kandungan dalam talian yang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Na'im Brundage, yang aktif memuat naik klip-klip pendek mempersoalkan tindak tanduk kerajaan dalam bentuk sindiran dan teguran, menamakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kerajaan Malaysia dalam permohonannya.
"Tindakan semakan kehakiman ini bukan sahaja bertujuan untuk membatalkan sekatan terhadap akaun-akaun TikTok saya, tetapi juga untuk memastikan SKMM menghentikan sebarang tindakan yang bercanggah dengan hak kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan," kata Na'im dalam satu kenyataan.
"Kebebasan bersuara ialah hak asasi yang harus dihormati dan dilindungi, dan tindakan pihak berkuasa menyekat suara-suara di media sosial tidak boleh diterima."
Statistik dikeluarkan baru-baru ini menunjukkan kerajaan Malaysia antara pihak paling banyak memohon TikTok untuk menyekat kandungan.
Na'im beberapa kali terpaksa membuka akaun TikTok baharu selepas akaunnya dipadamkan setiap kali memuat naik kandungan mengkritik kerajaan.
Sebelum ini, Putrajaya mengakui MCMC meminta penyedia platform seperti TikTok untuk memadamkan video.
Sejak mengambil alih kuasa pada November 2022, kerajaan campuran pimpinan Anwar mengancam TikTok kerana tidak senang dengan penggunaan meluasnya oleh penyokong pembangkang.
MalaysiaNow sebelum ini melaporkan ramai pempengaruh yang mengkritik kerajaan seperti Ratu Naga dan YB Viral juga telah dipadamkan akaun TikTok mereka.
Sekatan berleluasa kandungan kritik kerajaan dan juga portal berita menyebabkan Malaysia jatuh 34 anak tangga, ditempatkan di kedudukan ke-107 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia tahun ini.
BRO
TAHNIAH !!!
AMIN
BILA MUSUH
MENEKAN
BILA MUSUH
MENANGKIS
ITU PERKARA BAIK
AMIN
MAKNANYA APA
YANG KITA LAKUKAN
BERKESAN DAN
MENAKUTKAN MUSUH
AMIN
JIKA MUSUH
TAK AMBIL POT
ITU MAKNANYA
APA YANG KITA
BUAT SIA SIA
TAK MENGANCAM
MUSUH
AMIN
ATAU KITA DAH
SEBARIS DGN MUSUH
AMIN
KHALAS
PAKAI TALIPON TAHUDI
PAKAI TALIPON
TAK SAMA DGN
JUAL LAPANGAN
TERBANG PADA
SYARIKAT
ZIONIS YAHUDI
KHALAS
Unknown commented on
"HEBAT - TAK CAYA TUHAN"
Kah kah MU sembang kuat MU pun pakai telephone Yahudi jugak woit, MU jenama hipokrit jugak, pakai internet pakai peralatan sama, pakaian cara Arab boleh tak ? Tak payah pakai seluar dalam' kah kah kah
KERAJAAN NAIK KAN CUKAI - RAKYAT TURUN KE JALAN RAYA
KERAJAAN
NAIK KAN CUKAI
RAKYAT TURUN
KE JALAN RAYA
KHALAS
KAPIR BUAT BAIK TAK PERLU JANJI BIDADARI
KAPIR BUAT BAIK
TAK PERLU JANJI
BIDADARI
KHALAS
panglimo potaseh commented on
"HEBAT - TAK CAYA TUHAN"
Norway .. negara kapir lahanat .. mereka anggap dunia ni syurga. Jadi Norway bentuk negara nye mcm syurge utk semua rakyat nye.
Hasil minyak nye (yg sama tong nye dgn kita) di tarok dlm dana rakyat .. semua rakyat dapat melahap hasil minyak .. semua rakyat nye kaya. Minyak kita hanya di lahap oleh Lembu2 Kenyang .. LEMBU2 KENYANG.
ANWAR TIPU MUHYIDIN
Adakah Anwar bohong di Parlimen, Muhyiddin persoal dakwaan Hamas 'tiada masalah' dengan firma terkait Israel
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin mempersoalkan dakwaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kononnya pergerakan Hamas tidak mempunyai masalah dengan Malaysia berurusan dengan syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel.
Bekas perdana menteri itu merujuk kepada jawapan Anwar di Dewan Rakyat, di mana beliau menyifatkan mereka yang menggesa kerajaan membatalkan perjanjian dengan semua syarikat yang berdepan tuduhan bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai Israel sebagai "lebih Hamas daripada Hamas".
“Bunyi sedaplah, bagi orang dengar seronok, kita ni hebat pejuang. Tapi sebenarnya tidak realistik.
"Saya bincang dengan pimpinan Hamas, tidak berbangkit pun," kata Anwar pada Selasa ketika mempertahankan keputusannya membenarkan syarikat milik pengurus dana kontroversi BlackRock menyertai konsortium menguruskan lapangan terbang di Malaysia.
Muhyiddin merujuk kepada kenyataan dikeluarkan Hamas beberapa jam selepas jawapan Anwar, di mana kumpulan itu menyeru negara-negara Islam untuk meneruskan boikot syarikat yang terlibat dalam jenayah perang Israel.
"Dia kata Hamas tak ada masalah pun. Selepas itu Hamas keluar kenyataan menyokong semua tindakan memboikot Israel.
"Adakah perdana menteri berbohong di Parlimen?" soal Muhyiddin.
Kenyataan dikeluarkan Hamas pada awal Rabu menggesa negara-negara Islam meneruskan boikot ekonomi dan politik terhadap Israel dan semua pihak yang menyokongnya, dan menyifatkan kempen global setakat ini telah mencapai "kejayaan penting dalam menjejaskan ekonomi entiti itu, mengasingkannya, dan memadamkan legitimasinya".
Ia berkata usaha boikot merupakan sebahagian daripada kaedah "penentangan komprehensif terhadap Zionis".
“Hamas juga mengesahkan ini merupakan pendiriannya yang tegas dan strategik yang tidak berubah, lebih-lebih lagi ketika pencerobohan kejam dan pembunuhan beramai-ramai setiap hari yang dilakukan terhadap rakyat kami di Semenanjung Gaza.
"Kami menggesa rakyat di negara Arab dan Islam serta rakyat merdeka seluruh dunia untuk menyokong semua usaha ke arah pemulauan dan pengasingan entiti ini dan penyokongnya," kata kenyataan itu.
Anwar ketika ini melawan tekanan yang semakin meningkat untuk membatalkan perjanjian yang akan menyaksikan Global Infrastructure Partners (GIP) milik BlackRock membeli 30% kepentingan dalam sebuah konsortium menguruskan Malaysia Airports Holdings (MAHB), bersama-sama Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dua entiti di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan yang diterajui beliau sendiri.
Langkah itu mencetuskan bantahan pemimpin masyarakat sivil dan kumpulan pro-Palestin yang menuntut kerajaan membatalkan perjanjian itu memandangkan BlackRock berdepan tuduhan bersubahat dalam kempen pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza, yang setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 35,000 orang.
Minggu lalu, sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menamakan BlackRock bersama puluhan syarikat, pengeluar senjata dan institusi kewangan, memberi amaran kepada mereka supaya tidak terlibat dalam membekalkan senjata kepada Israel kerana tindakan itu menunjukkan keterlibatan dalam jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai.
“Syarikat-syarikat ini, dengan menghantar senjata, alat ganti, komponen dan peluru kepada tentera Israel, berisiko terlibat dalam pelanggaran serius hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” menurut kenyataan dikeluarkan lebih 30 pakar dan pegawai PBB diketuai Robert McCorquodale, ahli Kumpulan Kerja PBB mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia.
Isu BlackRock dilihat antara cabaran utama Anwar sejak dilantik sebagai perdana menteri, di sebalik tuduhan beliau lebih mesra dengan Amerika Syarikat dan Israel berdasarkan kenyataan lampau, termasuk wawancaranya dengan Wall Street Journal pada 2012 yang memetiknya sebagai berkata akan "menyokong usaha mempertahankan keselamatan Israel"
WOIT
MALIKUL
BUAT MACAM
TAK KENAL
SAPA ANWAR
KAH KAH KAH
MUHYIDIN SEBAGAI
BEKAS PM BOLEH
TALIPONE
ISMAIL HANIYEH
TANYA PERKARA INI
AMIN
WAKIL HAMAS
DI KL BOLEH
BERI BANTUAN
AMIN
KEMUDIAN
BERI TAHU
RAKYAT APA
ISMAIL KATA
AMIN
KHALAS
DUNIA MAKIAN PANAS - PERANG BERTERUSAN
Hampir 5 bilion penduduk dunia terjejas akibat panas melampau
LONDON: Hampir lima bilion penduduk dunia mengalami haba melampau akibat perubahan iklim dari 16 hingga 24 Jun, menurut Climate Central.
Akibat perubahan iklim disebabkan pelepasan pembakaran petrol, gas dan arang batu, 619 juta orang di India dan 579 juta orang di China terdedah kepada haba melampau, menurut sebuah organisasi bukan untung yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Suhu panas melampau menjejaskan 231 juta orang di Indonesia, 206 juta di Nigeria, 176 juta di Brazil, 171 juta di Bangladesh, 165 juta di AS, 152 juta di Eropah, 123 juta di Mexico, 121 juta di Ethiopia, dan 103 juta di Mesir .
Sekurang-kurangnya 1,300 jemaah haji meninggal dunia di Arab Saudi akibat panas melampau.
DUNIA KITA
MAKIN PANAS
AMIN
POLITIK DUNIA
MAKIN PANAS
AMIN
PERANG DUNIA
MAKIN HAMPIR
AMIN
KHALAS
DEMO RAKYAT LAWAN ANWAR
Demo Rakyat
Lawan Anwar
Round 1
Tetap Diteruskan
Seperti Yang
Dirancang!
Hari ini jelas dan nyata Anwar Ibrahim telah menggunakan PDRM dan Perbadanan Putrajaya untuk menghalang Rakyat dari bangkit bersuara. Kami menerima surat dari Perbadanan Putrajaya membawa alasan Demo Rakyat Lawan Anwar “tidak diluluskan” dibuat di lokasi itu kerana ada kerja penyelenggaraan dan baik pulih. PDRM pula mengatakan Demo Rakyat Lawan Anwar tidak mendapat kebenaran pemilik tempat berhimpun.
Hello! Pemilik tempat kita bakal berhimpun itu adalah Rakyat! Perbadanan Putrajaya adalah agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan yang diamanahkan untuk mengurus. Berani betul Anwar menggunakan agensi Kerajaan untuk menghalang hak Rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kami telah membalas surat Perbadanan Putrajaya dan memberitahu mereka bahawa kami tetap akan berhimpun di lokasi yang ditetapkan itu.
Kepada rakan-rakan sekalian, jangan takut! Kita ada barisan peguam yang sudah bersedia untuk berkhidmat untuk memastikan hak kita untuk berdemo tidak dicabul oleh Anwar. Kami cadangkan:
- masuk ke channel Telegram Rakyat Lawan Anwar t.me/rakyatlawananwar untuk maklumat terkini;
- atau hubungi Team Demi Negara di 019-6841654 atau 011-28563817.
Jangan lupa semua pakai baju hitam kita turun Demo Rakyat Lawan Anwar. 29 Jun 2024 (Sabtu, Pukul 4.00 petang ke 7.00 petang) di Tempat Letak Kereta Awam hadapan Kompleks Seri Perdana, Jalan P10/8, Presint 10, Putrajaya.
Aidil Yunus aka YB Viral –
Ketua Penggerak Demi Negara
27/06/24
TERUSKAN BOIKOY
TERUSKAN
BOIKOT
AMIN
abu qassim commented on
"SAPA SAKIT OTAK ?"
KAH KAH KAH
Bahlol bin tolol...
Bongok bin tongok..
Dh koba an..
Yg marin nyor kontrak biar la deh .
Ni cito kontrak baru yg lum sain..
Tk ghoti bahso ko..
Kep efci pn tutup dek kono boikot..
Mekdi pn dh tk laku..
Apo ko jadah eh dogey yo amek..
Ni kono turun reramai kek jalan rayo nih .
Biar turun tiap² minggu..
Turun smpai dio phm yg ramai yg tknk subhat dgn zionis tu .
Cakap baik² tknk donga ..
Poodah... Tiu na ma..
KAH KAH KAH
TELOR
TELOR
JUMAAT 28 JUN 2024
HEBOH HARGA TELOR
DAH REDA
TAPI CERITA TELOR ANWAR
MASIH BERLIGAR
NAK SELAMATKAN 30 RINGGIT
KENA MAKAN 1000 BIJI TELOR
SEHARI KENA MAKAN
30 BIJI
KAH KAH KAH
KES TELOR ANWAR
TURUN 3 SEN INI
JADI LAWAK NEGARA
INI MACAM PRESIDEN BIDEN
UMUMKAN BURGER
DI AMERIKA TURUN
HARGA 30 SEN
KAH KAH KAH
KITA TUNGGU
BILA RON95 AKAN NAIK
INI PASTI LAGI MENJERAT
APAKAH PULA CERITA
BARU NAK DIBUAT
MUNGKIN CERITA
KANG KONG TURUN HARGA
UNTUK MENGOLAH PERSETUJUAN
DISEL GUNA SELUDUP
DISEL GUNA PENDATANG ASING
APAKAH KALI INI
LAGI BANYSK OPERASII
TANGKAP BANGLA
TUDUH BANGLA
MINUM MINYAK RON95
KAH KAH KAH
FRANCE
PARTY NATIONAL RALLY
GARIS EKSTREM KANAN
MULA KLIM
AKAN DAPAT MAJORITI
UKRAINE
RUSIA BERJAYA MARA
ZELENSKIY KATA
TEKANAN TERHADAP RUSIA
BELUM MENGCUKUPI
AMERIKA
KHAMIS MALAM DI AMERIKA
TRUMP DAN BIDEN
AKAN BERDEBAT DI TV
CHINA
DUA BEKAS MENTERI PERTAHANAN
TELAH LESAP DARI RADAR MEDIA
DILAPOR DIBUANG
DARI PARTI KOMUNIS
KERANA RASUAH
ISRAEL
BERI LEBANON AMARAN
AKAN DI MUSNAH
SAMPAI KE TAHAP
ZAMAN BATU
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATAHARI DAH BERSINAR
LANGIT KELABU
KL & KL SENTRAL BERJEREBU
TERKUKUR BERSUARA KUAT
WARGA ASLI MENYALAK
DALAM PADANG RUMPUT
KEDENGARAN SUARA PIPIT
YANG RAMAI
POHON ARA SUNYI
TAK DA KELIHATAN SAPA PUN
HARI INI
AKAN PANAS
MUNGKIN HUJAN PETANG
MALAM JADI SEJUK
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI JUMAAT
BRO
KESEHATAN BAIK
ADALAH KEKAYAAN
BRO
JIKA ADA PAGAR
ANTARA RUMAH JIRAN
TANDA TTANGGA
YANG BAIK
BRO
KALAU LU NAK BELAJAR
CARI SOSOK YANG BERPEGALAMAN
BUKAN. SOSOK
YANG BEPELAJRAN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT