Rabu, 31 Julai 2024
SULTAN KITA SUDAH SEDAR
Sultan Pahang bimbang tanah ‘dijajah’ warga asing
KUANTAN- Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita apabila tanah di negeri ini mula ‘dijajah’ pendatang asing secara terang-terangan.
Baginda bertitah, keadaan itu berlaku kerana kurang integriti.
Al-Sultan mengambil contoh tanah-tanah di Cameron Highlands yang dahulunya dipajak dan disewa kepada petani serta pengusaha, kini telah disewakan kepada warga asing.
“Demi mengikut nafsu dan mementingkan wang ringgit, kita sanggup menggadai integriti dan membiarkan tanah di negeri ini ‘diratah’ oleh bukan pemiliknya.
Al-Sultan Abdullah bertitah sedemikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-65 Sultan Pahang di Balai Mahkota Istana Abdulaziz di sini pada Selasa.
Dalam istiadat itu, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendahului senarai 24 penerima dan baginda dikurniakan darjah kebesaran Peringkat Pertama Sri Setia Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (SAAS) diikuti Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Al-Sultan Abdullah juga memerintahkan kerajaan negeri memantau aktiviti tersebut dan mengambil tindakan penguatkuasaan tegas.
“Tiada kompromi terhadap isu seperti ini daripada beta. Jangan sesekali gelap mata dengan wang ringgit dan kesenangan dunia yang sementara.
“Laksanakanlah amanah yang diberi ini dengan penuh integriti dan ingatlah! setiap kerja buat dan tanggungjawab kita akan dipersoalkan kelak,” titah baginda. –
TUANKU BUKAN
TANAH SAJA
DI JAJAH
AMIN
ADA 1.2 JUTA
WARGA
CHINA MERAH
DAH MASUK
TAK KELUAR
AMIN
MASUK SEBAGAI
PELANCUNG
APAKAH NANTI
AKAN JADI
ASKAR PADA
CHINA MERAH ?
AMIN
KHALAS
ANGIN PERANG SEDANG DI BAKAR
ANGIN PERANG YANG SEDANG DIBAKAR
AMERIKA DAN ISRAEL
1. Pembunuhan Ismail Haniyeh, pemimpin HAMAS, adalah akibat dan kemuncak dari sokongan berterusan AS dan sekutu barat terhadap tindakan agresif Israel dan terorisme antarabangsa.
2. Beberapa hari yang lalu, ketua teroris Israel, Benjamin Netanyahu, menerima sambutan meriah ketika berucap di Kongres AS. Bukan sahaja AS dan negara barat memberikan senjata paling canggih dan mesin pembunuhan untuk memusnahkan Gaza, sokongan "tidak bermoral" yang diberikan kepada Israel sangat memperkuat pembunuhan antarabangsa.
3. Beberapa bulan yang lalu, mereka membunuh 2 diplomat Iran di Syria, dan sekarang mereka membunuh pemimpin HAMAS di tengah-tengah bandar Iran. Bukan sahaja Israel melakukan Genosida di Gaza di medan pembunuhan yang luas.
4. Laporan terbaru PBB oleh Pelapor Khas PBB, Encik Balakrishnan Rajagopal, menyatakan adanya "Domicide" - pemusnahan habitat manusia yang sesuai untuk penghuni untuk mendomestikasi di persekitaran tersebut. Ini serupa dengan apa yang dilakukan oleh Tentera AS di Vietnam dengan kimia beracun agen Orange yang meracuni lingkungan sehingga tidak layak untuk tempat tinggal manusia atau tanaman ..
5. Gaza kini dipenuhi penyakit maut termasuk polio yang disebabkan oleh Israel dan AS.
6. AS yang suka mencetus perang dan hidup dari industri senjata besar-besarannya sedang bersiap untuk satu lagi perang terbuka di Timur Tengah selepas Ukraine.
7. Taiwan adalah sasaran lain AS untuk destabilisasi di Asia untuk memprovokasi perang dengan China.
8. Langkah-langkah ini menunjukkan keputusaan dan ketidakstabilan dalam kepemimpinan AS dan sekutu baratnya, yang berusaha keras untuk mempertahankan dominasi unipolar mereka di tengah perubahan geopolitik global.
9. Dalam menghadapi kebangkitan negara-negara baru yang sedang muncul, adalah penting bagi masyarakat antarabangsa untuk mengejar diplomasi dan dialog yang konstruktif, daripada mengikuti jalan peperangan yang hanya akan membawa penderitaan kepada manusia.
10. Negara-negara di Selatan dan sekutunya perlu bekerjasama dengan Negara China dan Rusia untuk mempromosikan keamanan dan kestabilan global serta memastikan bahawa aspirasi mereka diakui dalam struktur kuasa global yang baru'- multi polar dan bukan lagi Uni polar yang di ketuai Amerika dan barat pelopor budaya kolonial.
Raja Bahrin Shah
Biro Antarabangsa Amanah.
BLACKROCK LETUPKAN PERIGI DI GAZA
Tentera Israel letupkan 30 telaga air di Gaza
GAZA: Tentera Zionis Israel yang mendapat berkalan senjata dari Blackrock telah meletupkan lebih 30 telaga air di Gaza bulan ini, sekali gus memusnahkan sumber bekalan air kepada penduduk Gaza, menurut seorang Pegawai Majlis Perbandaran.
Tindakan itu menambahkan trauma penduduk yang sebelum ini mengalami serangan udara sehingga menjadikan sebahagian besar kawasan Palestin sebagai kawasan tandus yang dilanda krisis kemanusiaan.
Perbuatan itu dilihat sebagai strategi regim Zionis menjejaskan sumber bekalan makanan dan minuman bagi menggunakan 'kebuluran sebagai senjata perang' terhadap penduduk Palestin.
Ketua Rangkaian Air di Majlis Perbandaran Khan Younis, Salama Shurab, berkata telaga berkenaan dimusnahkan oleh tentera Israel antara 18 hingga 27 Julai lalu di bandar selatan Rafah dan Khan Younis.
Tentera Israel tidak memberikan maklum balas terhadap tuduhan bahawa tenteranya memusnahkan telaga berkenaan.
Susulan tindakan itu, penduduk di Gaza kini bukan hanya berdepan dengan bahaya pengeboman Israel atau pertempuran di darat yang menjadikan kehidupan bagi warga Palestin sangat sukar.
Sebaliknya, ia juga menyebabkan penduduk Gaza menghadapi kesukaran untuk mendapatkan keperluan asas seperti air untuk diminum, memasak atau mencuci.
Orang ramai menggali telaga di kawasan tandus berhampiran laut di mana pengeboman memaksa mereka berpindah atau bergantung pada air paip masin dari satu-satunya akuifer Gaza, yang kini sudah tercemar dengan air laut dan kumbahan.
Kanak-kanak berjalan jauh untuk beratur di tempat pengumpulan air sementara dan selalunya tidak cukup kuat untuk membawa bekas yang diisi dengan mengheretnya pulang di atas papan kayu.
Kota Gaza kehilangan hampir semua keupayaan untuk menghasilkan air dengan 88 peratus telaga air dan 100 peratus kilang desalinasi rosak atau musnah, menurut laporan terkini dari Oxfam.
Sebelum telaga itu dimusnahkan, rakyat Palestin sudah pun menghadapi krisis air yang serius serta kekurangan makanan, bahan api, dan ubat-ubatan.
Keadaan itu menambah kesengsaraan yang dihadapi akibat perang Gaza, yang kini sudah memasuki bulan ke 10.
PROJEK ZIONIS
IALAH MEMBUNUH
MENGHAPUSKAN
SEMUA RAKYAT
PALESTIN
AMIN
ISRAEL DAPAT
SENJATA DARI
BLACKROCK
AMIN
ANWAR IBRAHIM
MAHU JUAL 39
AIRPORT KITA
KPD BLACKROCK
AMIN
APAKAH INI TANDA
ANWAR IBRAHIM
SOKONG ZIONIS
ATAU
SOKONG PALESTIN?
AMIN
KHALAS
ANWAR KLIM DIA KAWAN ISMAIL HANIYEH
ANWAR KLIM
DIA KAWAN
ISMAIL HANIYEH
ISMAIL HANIYEH
PEMIMPIN HAMAS INI
TELAH DI BUNUH DI TEHRAN
HARI INI
AL-- FATIHAH
SENJATA YANG MEMBUNUH
ISMAIL HANIYEH
DI BEKALKAN OLEH BLACKROCK
SYARIKAT ZIONIS
PEMBEKAL SENJATA
TERBESAR KEPADA ISREAL
ANWAR KLIM
DIA KAWAN ISMAIL HANIYEH
TAPI RAKYAT BERTANYA
KALAU KAWAN
KENAPA JUAL 39 LAPANGAN TERBANG MALAYSIA
KEPADA BLACKROCK
BUKANKAH
SENJATA DARI BLACKROCK INI
YANG BUNUH ISMAIL HANIYEH
DAN BUNUH WARGA PALESTIN
AMIN
KHALAS
UCAPAN DARI KAWAN ISMAIL HANIYEH
AL-FATIHAH
Saya masih terperanjat dan sedih dengan berita kepergian sahabat saya, Ismail Haniyeh.
Beliau tidak hanya seorang sahabat yang dekat, tetapi juga seorang pemimpin yang gigih berjuang untuk kesejahteraan dan kebebasan rakyat Palestine di bawah tekanan dan kezaliman yang berterusan oleh Israel.
Almarhum telah mengabdikan hidupnya untuk memperjuangkan hak asasi dan keadilan bagi rakyatnya, sering kali menghadapi cabaran yang luar biasa dengan keberanian dan keteguhan hati.
Kesyahidannya meninggalkan kekosongan besar, tetapi semangat perjuangannya akan terus membara dalam setiap daripada kita yang mendambakan keadilan dan perdamaian.
Kami semua akan mengingati bakti beliau dengan semangat yang tak pernah luntur dan terus menerus mengecam tindakan tidak adil yang dilakukan oleh Israel.
Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan keluarga serta para pejuang Palestine terus diberi kekuatan untuk melalui masa duka ini.
Al-Fatihah.
https://www.facebook.com/share/p/1iFMAZxUTRKkaK3b/?mibextid=oFDknk
ISMAIL HANIYEH SAHID
APAKAH
ANWAR IBRAHIM
MASIH MAHU
MENJUALKAN
39 AIRPORT KITA
KEPADA
BLACKROCK
SYARIKAT
ZIONIS PEMBEKAL
SENJATA
PEMBUNUH
ISMAIL HANIYEH
AMIN
BLACKROCK DAN RABBI DARI NEW YORK
BLACKROCK
DAN RABBI
DARI NEW YORK
Penjualan 39 lapangan terbang milik rakyat Malaysia ini kepada Blackrock terus jadi perbualan nasional.
Aku balik kampung – ke Jelebu - hujung minggu yang lalu. Balik kampung untuk melawat dua kakak – Kak Ngah yang tua dan Kak Lang yang muda. Mereka sudah melintasi 80 tahun.
Aku juga berniat hendak menerangkan kepada mereka kenapa polis , mata-mata dan pegawai SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia ) datang masuk menggeledah ke flet aku.
Berita mata-mata , polis dan pegawai SKMM menggeledah flet aku telah menular luas dalam media sosial.
Aku agak hairan - keluarga dan jiran semuanya tahu kes flet aku di geledah. Malah dua kakak aku yang masih menggunakan Nokia lama tergulung dalam generasi Gatek – gagap teknologi – turut sama tahu kes flet aku digeledah.
Kakak Lang bersurah - anak buah aku bergegas menalipon ke kampung bila berita dan gambar flet aku ini muncul dalam sosial media.
‘ Tok Cik kena tangkap ....’ Ini laporan anak buah aku kepada kakak aku yang tidak cekap dengan media sosial
Hebat peranan media sosial. Berita benar dan berita palsu muncul seiring dengan pantas. Berita bertokoh tambah dan ditaburi aji-no-moto untuk keenakan halwa telinga.
Yang sahih – rumah di geledah. Yang palsu aku ditangkap.
Untuk keluarga aku - Hishamuddin Rais di tangkap ini bukan lagi satu berita yang memeranjatkan. Semenjak tahun 1974 lagi Hishamuddin Rais telah berkali-kali ditangkap. Bukan hanya di Malaysia. Aku pernah di tangkap di Australia, di Moscow dan di India.
‘ Ini mesti Blackrock....’ Suara Rosli menantu Kakak Lang aku. Dia ini Pak Tani kampung. Belum pun sempat aku menerangkan kenapa flet aku di geledah sosok ini telah membuat kenyataan.
Satu kenyataan yang bijak dan benar.
Aku faham dan sedar dari mana nama Blackrock ini muncul. Nama Blackrock ini dikenali oleh keluarga aku kerana satu klip video Hishamuddin Rais telah menular luas di media sosial tidak berapa lama dulu.
Klip video ini adalah kenyataan yang aku buat di hadapan Pejabat Anthony Loke Menteri Pengangkutan di Putrajaya.
Dalam klip ini aku menerangkan bahawa keputusan menjualkan 39 lapangan terbang milik Malaysia kepada Blackrock telah di buat oleh ‘ tiga malaon yang sama’ – Menteri Kewangan Anwar Ibrahim, Pengerusi Khazanah Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Penggunaan perkataan malaon ini meledakkan penularan klip video itu.
Mengikut Kak Ngah , selepas klip ini viral menular seorang jiran - anak dara dari belakang rumah - telah datang ke rumah pusaka kami untuk menayangkan klip ini kepada Kakak Ngah aku.
‘ Blackrock ni apo....’ Ini pertanyaan dari Kakak Ngah aku minggu lalu. Nama Blackrock muncul ketika kami sekeluarga berkumpul di meja menikmati makan tengah hari gulai ikan baung sungai masak lomak podeh.
‘ Blackrock ini syarikat Yahudi Zionis... komponi bosa...dari Amerika.... komponi ini buek senjato... senapang, peluru, bom dan kapal terobang yang bunuh Arab Palestin... tu sumo datang dari Blackrock....’ Aku menerangkan dalam lorat Jelebu dan meninggalkan lorat Kuala Lumpur aku.
‘ Pasal apo pulak dio datang ke Klumpo...’ Kakak Ngah aku bertanya dengar jujur.
‘Anwar Ibrahim ni... nak jual lapangan terbang .....airport kito pada Yahudi ni.... 39 buah airport kito di rembat oleh Yahudi ni....’ Aku menerangkan sambil menghasut.
‘ Kito nak pogi naik aji ambil kapal terobang kek mano nanti...’ Satu soalan jujur dari Orang Kampung yang tidak melupakan amalan Islam. Mereka bertanya sesudah Yahudi Zionis memiliki lapangan terbang kita bagaimana kita nak terbang ke Mekah.
‘ Nak poie Mokah kito naik kek KLIA.... tak berubah.... tapi KLIA bukan laie kito punyo ...pintu masuk rumah kito Yahudi Zionis jago....’ Aku menambah pencerahan.
‘ Polis ambik apo kek bilek kau....’ Kakak Lang bertanya.
‘ Tak jadi ... mulo nak rampeh komputa... lopeh tu tak jadi...’ Aku menerangkan.
Kemudian aku menerangkan dengan lebih jelas kenapa flet aku di geledah. Tujuannya SKMM, polis dan mata-mata di belakang penggeledahan ini bertujuan untuk memberi tekanan dan ingatan agar aku jangan menimbulkan isu Blackrock.
‘ Ini nak takut-takutkan.... nak ancam sapo yang buek cerito Yahudi Zionis Blackrock masuk Malaysia...boli airport...’ Aku memperkukuh hujah.
‘ Apo kau tulis... cerito apo... ‘ Kak Lang bertanya.
Lalu aku menerangkan yang di soal siasat oleh Polis ialah tulisan Tamrin Ghaffar. Isi tulisan ini ialah bertanya apakah Anwar Ibrahim sakit dan di hinggapi oleh virus HIV. Tulisan Tamrin ini masuk dalam blog Tukar Tiub yang aku kendalikan.
‘ Tulisan Tamrin ni... hanya helah... tulisan ini dah keluar lama.....’ Aku menjelaskan.
‘ Blackrocklaaa..... Esey dah cakap ni sumo pasal Blackrock....tak nak orang kampung tau... cerito Yahudi... ‘ Rosli memperkuatkan hujah.
Ini kesah aku di kampung pada hari Ahad.
Pada pagi Senin aku meredah ke Putrajaya. Ada seminar tentang Palestin di Yayasan Perdana. Ini kali pertama aku masuk ke Dewan Yayasan Perdana.
Pagi Senin itu ada lebih 200 sosok yang prihatin terhadap Palestin telah duduk dalam dewan.
Aku tertarik untuk datang kerana ada seorang Rabbi dari New York yang akan menyampaikan kertas kerja. Dalam hidup aku inilah kali pertama aku akan mendengar khutbah dari seorang Rabbi.
Tetapi Yahudi ini bukan satu yang baru untuk aku. Kenalan baik aku - Susan dan Deidre - dua beradik kembar - dari Sydney Australia berketurunan Yahudi. Mister Diamond tukang masak di restoran aku bekerja di Soho London juga Yahudi.
Ketika ditahun akhir di sekolah filem di Univercity Westminster aku pernah membuat dokumentari pendek sebagai latihan tentang NGO Yahudi dari Utara London.
Malah aku pernah berpacar dengan seorang Minah Yahudi.
Rabbi yang menarik perhatian aku datang dari New York . Nama dia Yisroel Dovid Weiss. Sosok ini seorang Yahudi Amerika, aktivis, dan jurucakap kumpulan agama Yahudi dari mazhab Neturei Karta.
Aku pernah melihat wajah Rabbi ini dalam YouTube. Rabbi Weiss dari Neturei Karta ini selalu turun berdemo di New York. Mereka menyokong perjuangan rakyat Palestin. Mereka bersuara menentang pembunuhan di Gaza. Mereka menuntut gencatan senjata dan perdamaian.
Yahudi dari mazhab Neturei Karta jelas menentang Zionis dan menentang Israel. Kumpulan ini mahu negara Israel yang mereka anggap haram di mansuhkan.
Di pagi itu di Yayasan Perdana aku diberi pencerahan dari segi sudut pandangan Neturei Karta oleh Rabbi Weiss. Untuk mazhab ini Israel tidak perlu wujud.
Mereka menolak - two state solution.
‘ ... not until the arrival of Messiah..... Zionis is not Judaisam ....no two state ssolution...’ Ini kata-kata seorang Rabbi atau dalam budaya Melayu Rabbi Weiss ini ialah seorang ulama Yahudi.
Pagi itu Rabbi ini dengan panjang lebar telah menerangkan perbezaan antara Zionis dan Yahudi. Menurut Rabbi Weiss adalah salah untuk menganggap bahawa Zionis itu ada berkait dengan agama Yahudi.
‘ Zionism is a secular nationalist movement... Netanyahu is not religious....’ Rabbi Weiss menayangkan kepada khalayak satu gambar sejarah pengumuman Israel ditubuhkan pada tahun 1948 oleh David Ben-Gurion.
Dalam gambar ini tidak ada Jantan Yahudi yang memakai kippah atau kopiah. Mereka dalam gambar itu bukan mewakili agama Yahudi. Mereka nasionalis sekular.
Apa yang mencerahkan diri aku pada pagi itu ialah penolakan ulama Yahudi terhadap Zionis dan Israel. Rabbi Weiss meminta agar kita jangan kaitkan agama Yahudi dengan apa yang berlaku di Palestin dan Gaza.
Kemudian majlis mendengar penyampaian dari Profesor Nazari Ismail. Sosok ini memimpin gerakan BDS – (Boycott Divestment Sanction) di Malaysia. BDS ini sebuah NGO antarabangsa yang menganjurkan gerakan boikot pelaburan dan perniagaan dengan Israel.
Sosok ilmuwan ini menerangkan kenapa Malaysia wajib ikut sama dalam kempen boikot ini. Prof Nazari memberi pencerahan tentang beberapa jenis boikot.
Boikot McDonald itu boikot jenis organik. Orang Malaysia sendiri melakukan kerana mereka melihat soldadu Israel mendapat burger percuma dari McDonald.
Manakala syarikat Sime Darby Malaysia di minta memberhentikan membeli jentolak dari syarikat Caterpillar . Jentolak Caterpillar dilaporkan telah digunakan di Gaza pada permulaan perang terbaharu, selepas 7 Oktober.
Pada Disember 2023, tentera Israel dituduh menggunakan jentolak Caterpillar untuk menanam orang awam yang masih hidup di luar Hospital Kamal Adwan di Beit Lahiya di Gaza.
‘ Blackrock.... Blackrock...’
Profesor Nazari memandang ke arah aku. Dia tidak ada pilihan. Dia terus menerangkan kepada khalayak niat Anwar Ibrahim mahu menjualkan syarikat MAHB kepada Blackrock.
Aku yang tidak berpuas hati masih mahu memanjangkan wacana pagi itu dengan agenda Blackrock.
Ketika masa soal jawab dimulakan akulah yang pertama bangun dan bersuara.
‘ Apa niat kerajaan Malaysia mahu menjualkan 39 lapangan terbang kita kepada Blackrock .. syarikat pembekal senjata dalam Perang Gaza....dan diberi monopoli selam 46 tahun.... apa akan jadi dengan keselamatan negara kita.... sesiapa saja boleh menjawab soalan saya ini...’
Rais Yatim bekas Menteri Luar yang juga penyampai kertas kerja menjawab. Rais Yatim yang fasih dalam bahas Inggeris dan Melayu berkata dia juga sangsi akan niat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rais Yatim mahu Blackrock ini terus dibincangkan oleh orang ramai.
Profesor Nazari menjawab sekali lagi. Kali ini sosok ini mempertikaikan fikrah dan niat kerajaan Madani.
Soalan aku pada pagi Senin itu tentang Blackrock bukan untuk pencerahan diri aku. Aku tahu akan implikasi dan geopolitik Blackrock. Aku tahu ada udang di sebalik batu Blackrock.
Tujuan aku menjerit dan bertanya untuk pencerahan orang ramai kerana ketika aku bertanya dan menjerit Astro dan Al-Jazeera sedang merakam dan membuat siaran terus menerus.
Hari ini aku akan terus menjerit dan melaungkan akan bahaya menjual 39 lapangan terbang kita kepada Blackrock.
Seperti kata Rabbi Weiss ‘... jangan sokong Israel.... jangan meniaga dengan Israel.... sokong perjuangan Palestin...’
Mustahil masih ada yang tidak faham duduk perkara Blackrock ini. Rabbi Yahudi pun tidak sokong Blackrock mengapa Anwar Ibrahim yang klim baik dengan Ismail Haniyeh pemimpin Hamas sanggup menjual pintu negara kita kepada Zionis. Amin. (TT)
TULISAN INI JUGA
DSIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIA NOW. COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2024/07/30/blackrock-dan-rabbi-yahudi-dari-new-york