Khamis, 1 Ogos 2024

BELAJAR DARI ZIONIS ISRAEL


TENTERA LAUT KITA

BELAJAR

 DARI ZIONIS ISRAEL

AMIN

INI ARAHAN SAPA

ARAHAN ANWAR KE?

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KHALAS

TOLAK BLACK ROCK


KEMATIAN 

ISMAIL HANIYEH DAN PENYELESAIAN

 KEPADA ISU PALESTIN


Ketika kita warga dunia berkabung kerana kematian pemimpin Palestin Ismail Haniyeh maka Kita mayarakat Dunia juga bertanggungjawab melaksanakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (ICJ) di Heauge, Belanda baru-baru ini.

2.Ini penting semoga kematian Ismail Haniyeh, tiga anak lelakinya dan empat cucunya serta lebih 39,000 rakyat Palestin di Gaza yang dibunuh oleh regim zionist Israel tidak sia-sia.

3.ICJ memutuskan bahawa rakyat Palestin berhak hidup dalam sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

4.ICJ juga memutuskan bahawa penjajahan Israel ke atas bumi Palestin termasuk Gaza dan Tebing Barat adalah haram kerana melanggar undang-undang antarabangsa.

5.Selanjutnya ICJ mengisytiharkan bahawa Israel mesti segera keluar dari bumi Palestin.

6.ICJ juga memutuskan bahawa regim Israel telah melakukan pembunuhan beramai-ramai atau genocide ke atas rakyat Palestin di Gaza.

7.Dalam hubungan ini saya menyeru Kerajaan Malaysia khususnya supaya menggerakan inisiatif dinamik diplomatik antarabangsanya ke arah kemerdekaan sebuah negara Palestin yang berdaulat.

8.Sebagai simbol solidariti dengan ribuan rakyat dan pejuang-pejuang Palestin yang telah terkorban dibom dan diserang oleh regim zionist Israel maka saya berpendapat bahawa Malaysia wajib menghentikan sebarang bentuk kerjasama secara langsung atau tidak langsung dengan entiti-entiti yang berkait rapat dengan regim zionist Israel seperti konglomarat pelaburan antarabangsa yang bernama BlackRock.

9.Justeru itu dalam masa masyarakat Malaysia berkabung dan bersedih dengan gugurnya Ismail Haniyeh maka adalah wajar Malaysia membatalkan penjualan sebahagian besar saham MAHB sebuah syarikat strategik negara kita kepada Global Infracture Partners (GIP) yang dikuasai oleh BlackRock.

Hassan Abdul Karim 
Ahli Parlimen Pasir Gudang 
01 Ogos 2024

ANWAR MEROSAKKAN BADAN KEHAKIMAN NEGARA


Sumber: Terrirudin tiada dalam senarai calon Hakim Besar Malaya dicadang Maimun kepada Anwar


Ura-ura Anwar Ibrahim bakal melantik Peguam Negara Ahmad Terrirudin Salleh sebagai hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Besar Malaya semakin menimbulkan keresahan dalam kalangan perundangan dan badan kehakiman, mengulangi kebimbangan sama yang dizahirkan Majlis Raja-Raja tidak lama dahulu mengenai kuasa perdana menteri melantik hakim kanan.

Sumber yang boleh dipercayai mendedahkan kepada MalaysiaNow bahawa Terrirudin tidak termasuk dalam senarai nama disyorkan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat kepada Anwar untuk mengisi jawatan Hakim Besar Malaya.

Jawatan itu dikosongkan selepas persaraan Zabidin Diah pada 29 Februari.

Tengku Maimun difahamkan telah mengesyorkan senarai nama kepada Anwar, mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, di mana pelantikan ke jawatan tertinggi kehakiman selain ketua hakim hendaklah dirunding bersama ketua hakim.

Perkara 122B juga menyatakan bahawa hanya selepas proses tersebut, perdana menteri boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong, yang seterusnya akan bermesyuarat dengan Majlis Raja-Raja.

Seorang pegawai di Jabatan Perdana Menteri enggan mengulas mengenai perkara itu, sebaliknya berkata kerajaan tidak terikat dengan cadangan ketua hakim.

Pendirian itu jauh berbeza daripada janji Anwar untuk tidak terlibat dalam pelantikan hakim, hanya beberapa bulan selepas menjadi PM.

"Kita lihat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ada perubahan dan dalam pelantikan badan kehakiman umpamanya, saya belum pernah campur satu pelantikan pun. Saya ikut proses Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) dan kemudian Ketua Hakim Negara mengemukakan (nama) dan saya terima," katanya dipetik dalam temu bual dengan RTM pada Januari 2023.

Alasan yang mengatakan bahawa perdana menteri tidak terikat dengan nasihat CJ tidak disenangi beberapa hakim kanan, di sebalik ingatan mengenai campur tangan kerajaan dalam badan kehakiman selama beberapa dekad.

"Itulah yang menjadi kebimbangan utama sekarang ini. Terdapat kebimbangan akan berulangnya campur tangan eksekutif dalam badan kehakiman," kata sumber dari badan kehakiman, bercakap kepada MalaysiaNow dengan syarat namanya tidak disiarkan.

"Apabila tiada satu nama pun yang dikemukakan olehnya (ketua hakim)diterima, itu seolah-olah sia-sia sahaja proses rundingan seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan," tambah sumber itu.

Rancangan untuk mengangkat Teriruddin sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, disusuli dengan pelantikan sebagai Hakim Besar Malaya, dikritik pelbagai pihak dalam profesion perundangan, termasuk bekas timbalan menteri undang-undang dan reformasi institusi, Ramkarpal Singh.

"Melantik orang luar ke salah satu jawatan kehakiman paling kanan negara sudah tentu akan langkah ke belakang dan menggambarkan tahap komitmen kerajaan terhadap pembaharuan kehakiman," kata Ramkarpal, yang tidak dilantik semula berikutan rombakan Kabinet akhir tahun lalu.

Kebimbangan raja-raja Melayu 

Seminggu selepas Anwar dilantik sebagai perdana menteri, Majlis Raja-Raja menyuarakan kebimbangan mengenai kuasa luas yang ada pada perdana menteri dalam pelantikan hakim.

Raja-raja Melayu mencadangkan perdana menteri tidak lagi diberikan kuasa melantik lima wakil dalam Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), iaitu badan yang bertanggungjawab mengesyorkan nama untuk lantikan hakim kanan mahkamah.

Empat daripada sembilan anggota JAC adalah hakim kanan, manakala lima lagi dilantik oleh perdana menteri.

"Untuk memastikan JAC bebas dalam melaksanakan tanggungjawab, Beta mencadangkan agar pelantikan lima ahli-ahli JAC tidak dibuat oleh perdana menteri. 

"Sebaliknya ia diberi kepada beberapa institusi lain seperti Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-Undang Sabah, Persatuan Peguambela Sarawak dan Jawatankuasa Pemilih Parlimen," menurut kenyataan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada November 2022.

Beberapa bulan kemudian, Anwar berikrar mempertahankan kebebasan badan kehakiman.

"Sebagai Perdana Menteri, saya bukan sahaja tidak mencampuri walau sedikit pun kuasa badan kehakiman, malah saya akan mempertahankan, walau apa cara sekalipun, kebebasan badan kehakiman," katanya pada Perhimpunan Agung Persatuan Undang-undang Asean tahun lepas.

Kebebasan badan kehakiman berulang kali diselitkan dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH) selama beberapa dekad.

Pada 2018, gabungan itu berjanji memastikan pelantikan hakim berdasarkan merit dan pengalaman, serta menghapuskan kuasa perdana menteri dalam mempengaruhi pelantikan hakim.

“Pelantikan Ketua Hakim Negara dan presiden Mahkamah Rayuan melalui jalan belakang seperti yang diamalkan oleh Umno dan Barisan Nasional, akan dihentikan serta merta,” kata manifesto PH pada pilihan raya umum ke-14.

Janji serupa diulangi pada pilihan raya umum yang lalu.

"Harapan akan terus mempertahankan integriti sistem pentadbiran Malaysia dengan mengehadkan kuasa badan eksekutif, menjamin kebebasan institusi perundangan, dan menyusun semula aturan politik negara," kata gabungan itu.


NEGARA KITA

MAKIN ROSAK

AMIN

AZAM BAKI

KEPALA SPRM

DULU KENA

TERAJANG

SEKARANG DIPELOK

AMIN

KINI ANWAR LANTIK

ORANG DIA

JADI HAKIM

AMIN

APA NAK JADI

TANAH AIR

KITA INI

AMIN

SEMAKIN MENJADI

NEGARA DILUAR

TABII

KHALAS

ISRAEL DAN MALAYSIA BERLATIH SAMA


WAJIB DIKETAHUI

MALAYSIA SEDANG

MENJALANKAN

LATIHAN 

PERANG LAUT

BERSAMA 

TENTERA LAUT

ISRAEL

AMIN

Kira-kira 29 negara, 40 kapal permukaan, tiga kapal selam, 14 tentera darat negara, lebih 150 pesawat dan lebih 25,000 kakitangan akan berlatih dan beroperasi di dalam dan sekitar Kepulauan Hawaii semasa latihan itu, yang berlangsung sehingga Ogos.

BERITA KARUT !!!


INI CONTOH

BERITA KARUT

AMIN

KENAPA NAMA

DATUK INI TAK

DI UMUM ?

AMIN

KENAPA NAMA

SYARIKAT INI

TIDAK DISEBUT ?

AMIN

KALAU NAK BANTU

ORANG RAMAI 

NAMA NAMA INI

WAJIB DIKETAHUI

KHALAS

ANWAR REMBAT AWAL


ANWAR DAH

REMBAT AWAL

KAH KAH KAH

TAK CAYA TANYA

MURAD DARI

 BANK NEGARA

KHALAS

Rank&File commented on
 "ANWAR KERJA 
TAK BERGAJI !!!"

Sebelum kena terajang oleh PM4 dia kan menteri kewangan. Gaji dan !!! masa tu berapa bilion dia dapat sampai ke cucu cicit pun cak beh liau. Tak caya tanyalah Murad orang nombor 2 BNM masa tu yang laporannya masih NFA

BERSUARA DAN TERUS LAWAN


BERSUARA  DAN

TERUS LAWAN

AMIN

Unknown commented on 
"BERCAKAP PERLU LESEN"

dulu sunaknonlah yg cakap janji mcm2 skrg sebaliknya nk kawal nk berlesen sebab nk lama berkuasa sebenarnya kahkahkah teruskan bersuara &, lwn


Unknown commented on 
"ANWAR TINDAS KITA LAWAN"
macam2 sekatan kawalan terhadap rakyat beralasan utk negara madanon kahkahkah jgn terpedaya tertipu lwn utk kebaikan negara

ISMAIL HANIYEH DI BUNUH DENGAN ROKET PELURU BERPANDU


ISMAIL HANIYEH

DIBUNUH DENGAN

ROKET PELURU

BERPANDU

AMIN

TERUSKAN BOIKOT MEKDONAL


Bahang boikot McDonald's turut dirasai di Perancis


Jualan McDonald's yang terkesan akibat kempen global memboikot kepentingan Amerika Syarikat sejak tercetusnya perang di Gaza turut memberi kesan kepada perniagaan syarikat makanan segera itu di Perancis.

CEO McDonald's Chris Kempczinski dilaporkan mengaitkan perkembangan itu dengan populasi minoriti Islam yang besar di negara itu, yang kini menjadi tuan rumah sukan Olimpik.

Kempczinski berkata jualan antarabangsa mencatatkan peratusan kejatuhan jualan yang paling besar pada 1.3% susulan peperangan di Gaza di samping kemerosotan jualan di China.

"Perancis adalah satu daripada pasaran yang mempunyai jumlah umat Islam yang lebih tinggi," Kempczinski dipetik fortune.com.
 
"Dan apabila anda mengambil kira Timur Tengah, impak yang kita lihat di Perancis lebih besar berbanding pasaran lain kerana populasi itu.

"Jadi ada banyak perkara yang sedang dilihat oleh pasukan kami mengenai bagaimana kami ingin menceritakan kisah kami daripada sudut pemasaran di peringkat tempatan," katanya.

McDonald's menjadi sasaran pada awal perang di Gaza apabila McDonald's di Israel bertindak menyokong regim Zionis itu dengan membekalkan makanan kepada tentera yang menyertai pengeboman di Gaza, yang setakat ini mengorbankan hampir 40,000 orang, kebanyakannya kanak-kanak dan orang awam.

McDonald's dilaporkan akan meneruskan bantuan kepada francais di bawahnya sepanjang konflik di Gaza berlangsung, termasuk pengecualian bayaran royalti dan penangguhan kutipan tunai untuk sesetengah pemilik rangkaian di Timur Tengah.

"Syarikat sedang memantau situasi yang sedang berubah, yang dijangka berterusan membawa impak negatif kepada jualan dan keuntungan selagi perang berterusan," katanya.

Tindakan pemulauan terhadap jenama-jenama yang dilihat bersekongkol dengan kezaliman Israel diterajui oleh Boycott, Divestment and Sanctions (BDS), pergerakan global yang menggesa pengguna di seluruh dunia memboikot beberapa syarikat yang dilihat mempromosi agenda politik Israel dan Barat.

McDonald's di Malaysia turut terkena tempias kemarahan umat Islam yang memboikot restoran di samping pelbagai restoran makanan segera yang lain.

Antara yang mengalami kerugian ialah Starbucks, selain KFC yang terpaksa memberhentikan kira-kira 100 cawangan di seluruh negara.

Gerbang Alaf Sdn Bhd, syarikat yang memegang lesen francais McDonald's di Malaysia, dilaporkan mahu menyaman pergerakan BDS Malaysia, namun membatalkan tindakan itu susulan proses mediasi dengan kumpulan tersebut.

ASKAR ISREAL

YANG BUNUH

PALESTIN DAPAT

BURGER PERCUMA

DARI MEKDONAL

AMIN

BURGER SEDEKAH

KERANA BERJAYA

MEMBUNUH WARGA

GAZA

AMIN

KOMANDER HIZBULLAH DI BUNUH ZIONIS



Komander Hizbullah terkorban dalam serangan Israel
BEIRUT: Kumpulan Hizbullah meratapi kematian komander tertingginya, Fuad Shukr, yang mayatnya ditemui di bawah runtuhan bangunan akibat serangan oleh tentera Israel di selatan Beirut.

Fuad akan dikebumikan hari ini dan pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah akan berucap di pengebumiannya untuk menggariskan kedudukan pergerakan itu.

"Fuad mati syahid dalam perjalanan ke Baitulmaqdis", kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Selasa lalu, serangan ke atas pinggir bandar Beirut, membunuh lima orang awam termasuk tiga wanita dan dua kanak-kanak serta mencederakan puluhan lain.

Agensi berita IRNA Iran berkata, Penasihat Tentera Iran, Milad Bidi turut meninggal dunia.

Ia diikuti dengan satu lagi serangan semalam, di Tehran yang membunuh pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa perang Gaza akan meluas.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengecam kedua-dua serangan itu sebagai peningkatan berbahaya ketika semua usaha sepatutnya membawa kepada gencatan senjata di Gaza."

Jurucakap Hal Ehwal Luar Iran, Nasser Kanani berkata, serangan di Beirut adalah 'tindakan jenayah' yang patut mendapat kecaman hebat daripada komuniti antarabangsa.

"Israel hanya menambah kebencian global... terhadap diri sendiri dan menggali kuburnya sendiri," tambahnya.

Amerika Syarikat (AS) berkata, serangan ke atas Tehran dan Beirut tidak membantu ketegangan serantau.

Di Israel, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, memuji pembunuhan Fuad, dengan mengatakan mereka memberi pukulan hebat kepada musuh-musuhnya.

"Kita sudah menyelesaikan 'urusan' dengan Mohsen, dan kami akan menyelesaikan 'urusan' dengan sesiapa sahaja yang membahayakan kita," kata Netanyahu.

Israel menuduh Fuad mendalangi serangan roket di Dataran Tinggi Golan yang mengorbankan 12 kanak-kanak di bandar Arab, Druze.

Terdahulu, sumber Hizbullah berkata, mayat Fuad ditemui di bawah runtuhan sebuah bangunan yang menjadi sasaran serangan Israel.

Hizbullah menafikan bertanggungjawab ke atas serangan roket pada Sabtu lalu, walaupun kumpulan itu mengakui melalukan beberapa serangan ke atas kedudukan tentera Israel pada hari yang sama.

Tentera Israel menyifatkan Fuad sebagai 'komander tentera paling kanan' Hizbullah dan 'orang kanan' kepada Nasrallah.

Sementara itu, Air France dan syarikat penerbangan tambang rendah Transavia France berkata, mereka menangguhkan penerbangan antara Paris dan Beirut sehingga hujung minggu ini.

Switzerland menggesa warganya meninggalkan Lubnan, sementara Jabatan Negara AS mengeluarkan amaran supaya warganya tidak melancong ke Lubnan. - AFP

AL- FATIHAH

PROJEK

MELEBARKAN

PERANG

AMIN

TUNGGU DAN LIHAT

APA TERJADI

AMINI

BLACKROCK ADA PERANGKAP ?


APA PERANGKAP

BLACKROCK

HINGGA ANWAR

JUAL 39 AIRPORT?

JENG JENG JENG

AMIN

GUNA MEDIA SOSIAL TIBAI ANWAR


GUNA

MEDIA SOSIAL

UNTUK

TIBAI ANWAR

KHALAS

Unknown commented on 
"SATU LAGI PROJEK
 MENGOLAH PERSETUJUAN"

Media sosial terlalu kuasa, sampai penguasa kecut, ada baiya jual teh tepi jalan dapat perhatian Bill Gates, buat lagak lagak ngeri sikit, teknologi terkini semuanya orang lain usahakan, 

kita suka menumpang tetapi cakap banyak pulak siang malam kah kah kah tak apa asal baik boleh ikut, jangan ikut songsang belakang pusing sudah kah kah kah kaki tumpang memang lagak lebih sendiri tak mampu tapi ego fuyoo kah kah kah

ANWAR NAIK HELIKOPTER SAPA BAYAR


ANWAR NAIK

HELIKOPTER

SAPA BAYAR ?

AMIN

Unknown commented on 
"ANWAR KERJA
 TAK BERGAJI !!!"

Semuanya suci murni, memang dasar budaya free tumpang kaki kedai kopi, ramai sudah golongan begitu dari atas sampai bawah, diasuh dididik begitu sejak awal zaman merdeka, perlukan bantuan perlukan kontrak perlukan bimbingan sampai lah negara ke tahap getir, isu tetap sama, miskin tetap miskin, kaya tetap lagi kaya, ini lumrah dunia, 

kalau semua jadi kaya apa perlu ada pada bantuan, sudah nampak tangan menadah berubah menjadi tangan melawan, selagi tak dapat lawan lawan lawan kah kah kah, kalau kira balik kos jet helikopter kereta hotel makan minum lain lain tak payah gaji pun kira terbaik lah, semuanya wayang tinggi belaka kah kah kah

ISMAIL HANIYEH


ISMAIL HANIYEH

KHAMIS 1 OGOS 2024
KITA DAN DUNIA HEBOH
PASAL ISMAIL HANIYEH
KENA BUNUH

YANG BUNUH  PEMIMPIN HAMAS INI
IALAH ZIONIS ISRAEL
YANG BEKAL SENJATA
YANG BEKAL BOM
YANG BEKAL PELURU
YANG BEKAL SENAPANG
YANG BEKAL PISTOL
PADA ZIONIS ISREAL
IALAH BLACKROCK

BLACKROCK
SYARIKAT ZIONIS
AKAN BELI 39 AIRPOT KITA

SAPA YANG JUAL
30 AIRPORT KITA?
JENG JENG JENG

YANG JUAL
HARTA 39 AIRPOT KITA
 PADA BLACKROCK
IALAH ANWAR IBRAHIM

WOIT
BUKAN KAH ANWAR IBRAHIM
KLIM DIA KAWAN BAIK
DENGAN ISMAIL HANIYEH
JENG JENG JENG
KALAU KAWAN BAIK
KENAPA JUAL AIRPOT KITA
PADA PEMBUNUH
ISMAIL HANIYEH

ADA APA APA KE?
JENG JENG JENG

IRAN 
NEGARA INI BERJANJI
AKAN MEMBALAS
TERHADAP PEMBUNUHAN
ISMAIL HANIYEH

AMERIKA
KAMALA HARRIS CABAR
DONALD TRUMP
UNTUK BERDEBAT

VENEZEULA
DEMO TERUS BERLAKU
PIHAK PEMBANGKANG
YANG KALAH TIDAK MAHU
MENERIMA KEPUTUSAN
PILIHAN RAYA

INDIA
DI KERALA TANAH RUNTUH
MECABUT NYAWA
166 ORANG
200 ORANG MASIH HILANG
BELUM DITEMUI
HUJAN LEBAT TURUN
24 JAM MEMBAWA
MALAPETAKA

SIAM
SATU LAGI AKTIVIS SIAM
DI PENJARA 2 TAHUN
KERANA MENGHINA
RAJA

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
LANGIT BIRU
KL & KL SENTRAL BERJEREBU

TERKUKUR BERLAGU
DALAM SAWAH RUMPUT
TIONG BISING DI SANA SINI
WARGA ASAL MENYALAK

AH!
PAGI YANG INDAH
CAHAYA MATAHARI DIRASA PANAS
CAHAYA INI BAIK
BAWA MASUK VITAMIN D 
KE DALAM BADAN
MOLEK UNTUK TIDUR NYENYAK

HARI INI 
AKAN PANAS HINGGA
 KE MALAM
MALAM JUGA MUNGKIN PANAS

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI KHAMIS

NAIK KERETA API DUDUK DI GERABAK
DUDUK DISEBELAH TIMBUN BULUH
DUNIA MENUNGGU PERANG  MEREBAK
WAJIB BERSEDIA EKONOMI RUNTUH

CARI JORAN PASANG KAIL
IKAN PUYU LAWAN POLONG
JIKA IRAN SERANG ISRAEL
AMERIKA AKAN DATANG MENOLONG

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA