Ahad, 1 September 2024
PANGKALAN ASKAR AMERIKA DI SYRIA DISERANG GERILA
PANGKALAN ASKAR
AMERIKA DI SYRIA
DISERANG GERILA
KHALAS
SABAH TERUS MENUNTUT
Segera tunaikan hak Sabah, kata Warisan
WARISAN yang berpusat di Sabah mahu Kerajaan Persekutuan segera melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63.
Ketua Penerangan parti tersebut Azis Jamman dalam satu kenyataan berkata tidak seharusnya ada sebarang kelewatan lagi dalam pelaksanaan janji hak di bawah MA63 yang merupakan asas kepada penubuhan Malaysia.
“Saya percaya dengan penuh keyakinan hak Sabah mesti ditunaikan tanpa sebarang kelewatan.
“MA63 ditandatangani, dipersetujui dan dimeterai pada 1963 oleh pemimpin Sabah, Sarawak, (Singapura ketika itu) dan Malaya yang membawa kepada penubuhan Malaysia.
“Melaksanakan MA63 adalah kewajipan perlembagaan dan oleh itu tidak memerlukan pertimbangan lanjut. Sudah tiba masa untuk melaksanakannya,” katanya.
Azis yang merupakan bekas timbalan menteri dalam negeri juga mengingatkan pemimpin bahawa perjanjian tersebut bukan hanya mengenai pemberian khas 40% kepada negeri tetapi juga merangkumi peruntukan dana antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri melalui senarai Persekutuan, senarai negeri dan senarai serentak yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Senarai-senarai ini tertanam dalam Perlembagaan dan direka untuk memastikan keperluan nasional dan tempatan dibiayai dengan sewajarnya sambil menghormati autonomi dan pertimbangan khas bagi negeri-negeri yang berbeza khususnya Sabah dan Sarawak.
“Adalah penting untuk memenuhi dan menghormati apa yang tertanam dalam Perlembagaan Malaysia.
“Tiada lagi jawatankuasa, tiada lagi perbincangan, tiada lagi rundingan dan tiada lagi mesyuarat,” katanya.
Bekas ahli Parlimen Sepanggar itu juga menyeru agar semua rakyat Sabah bersatu di belakang tuntutan agar Kerajaan Persekutuan memenuhi dan melaksanakan MA63. – 1 September, 2024.
SABAH TERUS
MENUNTUT MA63
JENG JENG JENG
WOIT
TAK JELAS
APA DIA MA63
AMIN
SILA TULIS APA
DIA SATU PERSATU
AMIN
KHALAS
BLACKROCK TERUS BEKAL SENJATA UNTUK ISRAEL
88 peratus wilayah Gaza kini dikuasai Israel
GAZA: Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mendedahkan lebih 88 peratus wilayah Gaza kini ditawan Israel dengan 2.3 juta penduduk sukar mencari tempat perlindungan setelah tentera rejim mengarahkan pemindahan serta-merta.
Menurut agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, hakikat itu menyaksikan hanya tinggal 12 peratus kawasan untuk mangsa perang mencari tempat selamat, namun tiada kawasan diisytiharkan sebagai selamat.
Pemangku Pengarah OCHA, Joyce Msuya berkata, orang awam sendiri tidak tahu di mana mereka boleh berlindung apabila pasukan pertahanan Israel (IDF) mengeluarkan arahan perpindahan.
Katanya dalam satu taklimat kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC), arahan perpindahan yang dikeluarkan tanpa mengira masa sebenarnya melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa sehingga mendorong semua berfikir bahawa tiada lagi sifat kemanusiaan di Gaza.
Kenyataan Msuya itu dibuat selepas PBB terpaksa menghentikan pergerakan bantuan kakitangannya di Gaza Isnin lalu berikutan arahan pemindahan baharu Israel di kawasan Deir Al-Balah, yang menjadi pusat operasi OCHA.
Beliau juga mempersoalkan dimanakah nilai kemanusian Israel selepas pasukan bantuan antarabangsa itu sukar menjalankan operasi bantuan di Gaza ekoran serangan berterusan daripada tentera Israel.
Msuya berkata, keadaan yang tidak menentu di Gaza menyebabkan pasukannya gagal merancang jadual perjalanan dalam tempoh 24 jam kerana tidak pasti dengan jenis bantuan yang dimiliki, bila mereka akan memperolehnya atau di mana mereka perlu menghantarnya.
Beliau berkata, keadaan di Gaza begitu menghibakan, di mana orang awam sering kelaparan, dahaga dan sakit.
Selain itu, mereka juga tiada tempat tinggal sehingga apa yang ditanggung itu sangat menyayat hati.
Perang dilancarkan Israel terhadap pejuang Hamas sejak Oktober tahun lalu mengakibatkan lebih 40,000 kematian penduduk Palestin, namun sehingga kini rundingan gencatan senjata masih menemui jalan buntu. - AFP
HAMAS KINI BERGERILA DI TEBING BARAT
Tiga polis Israel terbunuh di Tebing Barat
TEHRAN- Tiga anggota polis Israel terbunuh manakala beberapa lagi cedera ditembak tentera Hamas di bandar al-Khalil di selatan Tebing Barat.
Menurut laporan berita IRNA, dalam operasi pada Ahad itu, pejuang-pejuang Hamas mensasarkan sebuah kenderaan di al-Khalil.
Dalam pada itu, radio Israel melaporkan, operasi tembakan Hamas turut dilaksanakan di pintu masuk selatan Tebing Barat iaitu berhampiran Sungai Jordan.
Operasi-operasi yang dijalankan berhampiran dua kawasan pendudukan Israel itu merupakan mesej jelas pejuang Hamas bahawa mereka akan terus berperang selagi rejim Israel tidak menghentikan keganasan terhadap rakyat Palestin, katanya dalam kenyataan.
Sejak perang Gaza Oktober lepas, sekurang-kurangnya 40,700 rakyat Palestin yang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh.- Agensi
AL-FATIHAH IALAH PEMBUKAAN
AL-FATIHAH
IALAH
PEMBUKAAN
AMIN
Unknown commented on
"AL-FATIHAH"
lubang ini lagi ganas dari kepala air.. jasad hilang terus
MENTERI TERKAMBUS RAKYAT SELAMAT
MENTERI
TERKAMBUS
RAKYAT SELAMAT
AMIN
Unknown commented on
"KUALA LUBANG SELAMAT ?"
Tunggu malaon Zaliha ini terjerlus terjun ke dalam lubang. Selepas 140hari dia tersangkut dalam lubang tu baru dia akan confirm kan kepada pemberita yang KL ini tidak selamat. Amin.
APA GUNA PERPADUAN ?
Jangan timbulkan isu perkauman di media sosial, kata kata Tiong
SEMUA pihak disarankan agar tidak mencetuskan isu di media sosial yang boleh menyebabkan salah faham dan merosakkan perpaduan serta keharmonian kaum di negara ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Tiong King Sing.
Beliau berkata demikian selepas timbul kritikan terhadap sebuah video tular dalam talian yang mempromosikan pelancongan Melaka yang didakwa memfokuskan kepada elemen etnik tertentu.
Tiong berkata semakan oleh kementerian mendapati video tersebut dihasilkan oleh sebuah stesen televisyen di China untuk mempromosikan pelancongan Melaka kepada rakyat republik itu sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kita jangan mencipta isu yang tidak perlu. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu belajar untuk memelihara keharmonian dan perpaduan kerana ini adalah aspek yang paling penting untuk negara kita.
“Perdana menteri juga berusaha keras (untuk mengekalkan keharmonian) jadi beliau berharap kita dapat bersatu tanpa mengira bangsa atau agama,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Bernama. – 1 September, 2024.
KENAPA TAK
BOLEH ?
AMIN
NAK BIARKAN
PENDATANG
AMBIL ALIH
TANAH MELAYU
AMIN
PERPADUAN
NAK BUAT APA?
AMIN
NAK BIARKAN
CUKONG TERUS
KAYA RAYA
AMIN
KHALAS
CACAR BEROK PASTI SAMPAI
Singapura selaras persediaan hadapi ancaman mpox
SINGAPURA: Menteri Kesihatan, Ong Ye Kung, dijangka mempengerusikan sidang media minggu depan untuk memberi maklumat terkini mengenai kesiapsiagaan Singapura menghadapi wabak mpox.
Terdapat 13 kes mpox dilaporkan di Singapura setakat 2024, menurut buletin penyakit berjangkit mingguan Kementerian Kesihatan yang diterbitkan pada 29 Ogos, termasuk tujuh kes yang dilaporkan di negara itu pada 2023.
Mpox, dahulunya dikenali sebagai cacar monyet, menyebabkan simptom seperti selesema dan lepuhan pada kulit seperti bisul yang dipenuhi nanah, pada badan.
Sub-varian baharu, klad I, membimbangkan pakar kesihatan global kerana keupayaannya merebak dengan mudah melalui hubungan rapat dan peribadi.
Pada 17 Ogos lalu. Ye Kung berkata, wabak mpox di Afrika dan tempat-tempat lain adalah sangat membimbangkan, sekali gus memaksa Singapura menjangkakan ketibaan virus itu.
Beliau berkata, risiko semasa wabak itu di Asia dan Singapura dari Afrika adalah rendah kerana tiada penerbangan terus ke kawasan terjejas di benua itu.
Virus itu bagaimanapun menyaksikan lonjakan pesat di beberapa negara Afrika, dijangka merebak ke Asia Barat dan Eropah, di mana Singapura mempunyai penerbangan transit.
Pada 14 Ogos lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global buat kali kedua dalam tempoh dua tahun.
Wabak semasa di Republik Demokratik Congo (DRC) menyaksikan 27,000 kes dan lebih 1,100 kematian sejak Januari 2023.
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kemunculan kumpulan baru mpox, penularan pesat di timur DRC dan laporan kes di beberapa negara jiran adalah sangat membimbangkan.
Bulan lalu, lebih daripada 100 kes subvarian baharu yang disahkan oleh makmal dilaporkan di empat negara berdekatan DRC yang tidak pernah melaporkan penyakit terbabit sebelum ini iaitu Burundi, Kenya, Rwanda dan Uganda. - AGENSI
CACAR BEROK
INI PASTI SAMPAI
KE MALAYSIA
AMIN
PERSEDIAAN
WAJIB DIATUR
DARI AWAL
AMIN
INI PROJEK NAK
KURANGKAN
PENDUDUK DUNIA
AMIN
WAJIB SEDAR
DAN WASPADA
AMIN
KHALAS
ANJING MILIK SIAPA?
PERTANYAAN
PERLU DIJAWAB
DALAM DOA QUNUT
NAZILAH
ANJING ITU ANJING
SIAPA?
AMIN
KHALAS
Unknown commented on
"ANJING DALAM
DOA QUNUT NAZILAH
INI ANJING SIAPA?"
Dia nak bela anjing kah, dia nak bela harimau kah, dia nak bela ular kah, dia punya suka lah, apa lu orang susah, ada dia minta lu bagi makan kah? Ada dia minta sumbangan kah?
Semuanya sibuk nak jaga bontot orang, bontot sendiri penuh tahi woit kah kah kah hipokrit ini semakin ramai, semakin meningkat kerana fikiran buntu, semuanya kurniaan Tuhan, Tuhan apa kepercayaan masing-masing, jadi jangan sibuk bab orang lain, sibuk pasal diri sendiri dahulu boleh tak? Kah kah kah
ANWAR PERLU PAS UNTUK DAPAT UNDI MELAYU
ANWAR PERLU PAS
UNTUK DAPAT
UNDI MELAYU
AMIN
politikgilababi commented on
"PAS TOLAK ANWAR IBRAHIM"
TT...hang juga yg dok ajaq kami jgn percaya cakap² org² politik dan terma² politik yg depa dok kata...sebabnya selalu apa depa cakap berlawanan, klu tolak bermakna tarik. Maknanya Anwar akan tarik PAS lah kan? kan? kan? kan? hang cakap mai betoi betoi TT
GANJA
GANJA
AHAD 1 SEPTEMBER 2024
MINNGU LALU KITA BACA
BERITA YASIN KENA HUKUM
PENJARA SEUMUR HIDUP
DAN 16 SEBATAN ROTAN
GUA AGAK TEPERANJAT
ATAS HUKUM INI
GUA RASA KERAS DAN BERAT
TAPI GUA BUKAN
TERDIDIK DALAM ILMU HUKUM
GUA PERNAH MASUK PENJARA
TAK LAMA HANYA DUA TAHUN
AMAT MEMBOSANKAN
SEUMUR HIDUP ?
BERAPA TAHU?
GUA TAK PERNAH
DI HUKUM ROTAN
TAPI GUA ADA TENGOK
BANDUAN KENA ROTAN
DALAM PENJARA TAIPING
BANDUAN INI TUNJUK
PADA GUA BEKAS KENA ROTAN
PARUT TIMBUL DI PUNGGUNG
LEPAS KENA ROTAN
3 & 4 BULAN TIDUR MENANGKUP
BILA LUKA ROTAN DAH SEMBUH
BARU ROTAN SEKALI LAGI
GANJA INI DIJENAYAHKAN
OLEH INGGERIS
BUDAYA MELAYU DAH LAMA
HIDUP BERSAMA GANJA
PENJAJAH INGGERIS
MAHU KITA REHAT
BUKAN DENGAN GANJA
TAPI DENGAN BEER
PENJAJAH MENDIRIKAN
KILANG BEER
KALAU SEMUA ISAP GANJA
SAPA NAK MINUM BEER
GUA HARAP YASIN
BUAT RAYUAN
GUA SIMPATI
KERANA ITU GUA KEMPEN
NAK BEBASKAN GANJA
NAK BEBASKAN KETUM
DARI HUKUMAN
BAGINDA QUEEN
AMIN
POLAND
DILAPOR LEBIH DARI
66 RIBU SOLDADU RUSIA
MATI DALAM PERANG UKRAINE
AMERIKA
KEMALA HARIS
AKAN TERUS MEMBEKAL SENJATA
PADA ISRAEL
SENJATA BUATAN AMERIKA
DARI SYARIKAT BLACKROCK
UK
KUMPULAN KUGIRAN OASIS
AKAN BERKUMPUL
DAN BUAT KONSERT SEKALI LAGI
RIBUAN CUBA MENDAPTKAN TIKET
HARGA TIKET NAIK
DARI 200 NAIK KE 700 POUND
HINGGA KE 9,000 POUND
SEMUA TIKET UNTUK
14 KONSERT TERJUAL
INDONESIA
PRESIDEN JOKOWI
TANGGUH SEKALI LAGI
IBU KOTA JAKARTA
PINDAH KE NUSANTARA
BANGLADESH
52 TERKORBAN
21 MAYAT HAMPIR REPUT
DI TEMUI
HOKKIEN
PAGI INI DI PINTU MASUK
2 MESIN PEMOTONG RUMPUT
MENDOMINASI
TAK DENGAR APA PUN
MATA HARI DAH KELUAR CANTIK
K & KL SENTRAL BERKABUS
UJAN KEMARIN
LANGIT SEBELAH SHAH ALAM
BIRU BERAWAN PUTIH
ARAH SUNGAI BESI PUCAT
MACAM MASIH ADA LAGI
AIR NAK TURUN
GUA RASA HARI INI
AKAN PANAS HINGGA
KE PETANG
BRO
SENYUM
SENYUM
SAMBUT PAGI AHAD
BRO
LU JANGAN LUPA
TARIKH HARI JADI AWEK LU
TAPI JANGAN SEBUT UMURNYA
BRO
JANGAN MENGGORENG APA APA
JIKA LU
BERBOGEL DI DAPUR
BRO
JANGAN JADI PAK TURUT
JANGAN JADI PAK ANGGUK
JADI DIRI LU SENDIRI
BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI