Selasa, 10 September 2024
TERESA HANYA JALANKAN TUGAS
Saya hanya jalankan tugas, kata Teresa Kok
AHLI Parlimen Seputeh Teresa Kok, yang mencetuskan kontroversi berhubung kenyataannya mengenai pensijilan halal mandatori untuk restoran dan perniagaan makanan, berkata beliau tidak pernah berniat untuk menentang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Kok berkata dia hanya menjalankan tugasnya sebagai ahli parlimen yang dipilih dan menafikan tidak menghormati Islam.
“Saya tidak mempersoalkan pensijilan halal, Jakim atau tidak menghormati hak Islam. Saya mempunyai tanggungjawab untuk menyuarakan kebimbangan rakyat kita yang berbilang kaum.
“Malah, saya konsisten dalam perkara ini kerana saya sering mempertahankan piawaian jabatan untuk pensijilan sebagai ‘antara yang tertinggi di dunia’,” kata Kok selepas kenyataannya direkodkan oleh polis di Bukit Aman.
Beliau turut menjawab kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang berkata adalah lebih baik ahli parlimen DAP itu mengelak daripada membuat kenyataan yang tidak perlu.
Kok berkata beliau tidak berpeluang untuk membincangkan perkara itu secara dalaman kerana cadangan itu dikemukakan dalam forum terbuka oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Mohd Na’im Mokhtar.
Na’im pada sidang media semasa Persidangan Antarabangsa Mengenai Undang-undang Keluarga 2024 pada 5 September membangkitkan cadangan pensijilan halal mandatori bagi perniagaan makanan, termasuk bagi mereka yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol.
Kok berkata mewajibkan pensijilan halal boleh menjadi beban tambahan kepada perniagaan, selain menghalang kebebasan memilih pengguna.
Beliau juga berkata perniagaan yang lebih kecil, termasuk “ribuan pengusaha restoran kecil Melayu” akan mendapati ia membebankan kerana keperluan itu akan meningkatkan kos pentadbiran mereka.
Beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya manakala Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menggesa Kok menarik balik kenyataannya dan menuduh ahli parlimen itu menyentuh sensitiviti 3R (bangsa, agama dan raja).
Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Salleh, menggelar Kok “Nyonya tua” dan berkata kerajaan harus menampal “logo tidak halal” di dahinya.
Sementara itu, ahli parlimen Syahredzan Johan dan Ramkarpal Singh, yang mewakili Kok, berkata polis mengambil masa dua jam untuk merekodkan kenyataannya.
Syahredzan memberitahu pemberita, siasatan berhubung kenyataan Kok itu dijalankan mengikut Seksyen 298 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata kenyataan Kok mengenai pensijilan halal tidak seharusnya dikategorikan sebagai isu 3R.
Lim berkata pihak lain juga telah mengulas mengenai perkara itu, yang pertama kali dibangkitkan oleh Na’im.
“Ini bukan isu 3R, seperti yang didakwa oleh pihak tertentu,” kata Lim kepada pemberita di luar ibu pejabat polis Bukit Aman.
“Individu dari semua lapisan masyarakat, sama ada Islam atau bukan Islam, turut menyatakan pandangan mereka.”
Lim berkata Kok hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai ahli parlimen dipilih yang ditugaskan untuk menyuarakan kebimbangan pengundinya.
“Ahli Parlimen perlu diberi ruang untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pengundi mereka.” – 10 September, 2024.
WOIT
KAH KAH KAH
HANYA JALANKAN
TUGAS
AMIN
HAL 3R INI
JADI SENJATA
PAKATAN
AMIN
SELAIN DARI
AKTA
HASUTAN 1948
3R JUGA DIGUNA
UNTUK TUTUP
SUARA RAKYAT
AMIN
KHALAS
TERESA TAK PERLU RISAU
Kertas siasatan Teresa Kok dirujuk kepada AGC dalam tempoh dua hari
KUALA LUMPUR – Kertas siasatan membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung kenyataan mengenai isu sijil halal akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), dalam minggu ini.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Razarudin Husain ketika dihubungi hari ini.
“Kertas siasatan akan dilengkapkan dan dalam tempoh dua hari akan dimajukan kepada Pejabat AGC untuk pandangan dan cadangan.
“ Kita juga akan panggil saksi yang ada kepentingan dalam siasatan ini,” katanya secara ringkas hari ini.
Mengulas lanjut dalam perkembangan sama, beliau berkata setakat jam 12 tengahari tadi polis telah menerima sebanyak 50 laporan berkaitan isu Teresa Kok di seluruh negara.
Tambahnya, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 298 dan 504(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdahulu, Teresa hadir ke Bukit Aman sekitar jam 9.42 pagi ditemani peguamnya Syahredzan Johan yang juga Ahli Parlimen Bangi.
Pemimpin DAP itu selesai dirakam keterangan hampir sejam setengah oleh pegawai penyiasat dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas(USJT) D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman hari ini.
Beliau kemudian dilihat beredar meninggalkan premis ibu pejabat PDRM jam 12 tengahari tadi.
TERESA TAK
PERLU RISAU
KAH KAH KAH
INI TEATER
INI WAYANG
AMIN
ZAHID 47 DAKWAAN
SEDANG BICARA
BOLEH DNAA
KAH KAH KAH
TERESA PUNYA
KES
SAP SAP SUI
KAH KAH KAH
KHALAS
PENGUNDI PAKATAN HARAPAN MULA MENYESAL
PENGUNDI
PAKATAN HARAPAN
MULA MENYESAL
AMIN
Unknown commented on
"HALAL"
Yg patut kena siasat ialah menteri agama bukan yb t. kok. Yg saya tgk cerdik ialah yb hassan karim kah kah. Yg lain2, yb kerajaan atau pembangkang, main cakap ikut suka jer. Hampeh. Aku undi dia org la dulu huhu.
GADUH BEREBUT KUASA
GADUH
BEREBUT KUASA
AMIN
Unknown commented on
"UMNO DAP MULA GADUH"
Ini gaduh wayang gambar, ready action acting ini lakonan semenjak dapat undi, nanti cium peluk tidur sebantal kerana kuasa, kerana jawatan kerana pangkat semua biasa diatur, jadi sebagai pengajaran kita semua, tak ada seekor boleh dipercayai, semua ketahui hal ini, tak kiralah siapa, yang berjubah yang bertongkat yang berjanggut yang berzikir zakar, semuanya menunggu peluang masuk dalam arena kuasa,
nanti dua kali lima saja, terbaik jangan bagi semuanya menang kuat sangat sudah, biar ada campur biar ada gabungan biar ada pakatan semuanya kena akur kepada undang-undang perlembagaan supaya tidak ada mencuri merasuah komisen projek semuanya kah kah kah
AL-FATIHAH RAJA PETRA
Raja Petra, pengulas politik paling lantang, meninggal dunia
Raja Petra Kamarudin, pengkritik kerajaan yang keluar meninggalkan negara bagi mengelak tangkapan lebih sedekad lalu, meninggal dunia pada usia 74 tahun.
Beliau yang terkenal dengan panggilan RPK meninggalkan legasi penulisan dan ulasan politik yang mewarnai wacana politik negara selama lebih dua dekad.
Sehingga ke akhir hayatnya, beliau mengendalikan Malaysia Today, antara laman web yang disekat kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim disebabkan kritikan terhadap pentadbirannya.
RPK yang merupakan kerabat diraja Selangor ialah anak saudara kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Pada 2010, beliau meninggalkan Malaysia selepas mendengar khabar angin akan ditangkap sekali lagi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Sejak itu, RPK menetap di Manchester, di mana undang-undang British membenarkan orang sepertinya yang dilahirkan di UK sebelum merdeka untuk bermastautin di negara itu.
RPK pernah dipenjarakan dua kali di bawah ISA, kali pertama ketika era reformasi yang menyaksikan beliau memainkan peranan penting mendukung gerakan Anwar.
Meskipun pada awalnya menjadi penyokong tegar Anwar, RPK - seperti ramai individu lain yang pernah bersama pemimpin PKR itu - kemudian menjadi antara pengkritiknya yang paling lantang.
Sejak laman web dan akaun Facebook beliau disekat kerajaan Anwar, RPK giat memuat naik video di pelbagai platform, mengulas pelbagai isu semasa Malaysia.
Antara ulasan terakhir beliau ialah mengenai peringatan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini untuk menarik balik gelaran dan anugerah persekutuan daripada mereka yang terlibat dalam jenayah atau disabitkan kesalahan jenayah.
Dalam temu bual bersama MalaysiaNow tahun lepas, RPK menyelar Anwar kerana menyekat kebebasan bersuara.
Menurutnya, laman webnya pernah disekat di bawah beberapa pentadbiran, termasuk Abdullah Ahmad Badawi, Najib Razak dan Ismail Sabri Yaakob.
Bagaimanapun, RPK berkata beliau tidak pernah disekat oleh pentadbiran Dr Mahathir Mohamad, meskipun lantang mengkritik pemimpin veteran itu.
RPK berkata laman webnya juga tidak disekat semasa Muhyiddin Yassin mengambil alih kerajaan.
"Nampaknya kerajaan sekarang tidak menghormati kebebasan, terutama sekali kebebasan bersuara.
“Dan orang yang paling bermusuh dengan kebebasan bersuara ialah Fahmi," katanya merujuk Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
SUARA
RAJA PETRA
BERSAMA SUARA
RAKYAT BANGUN
BERJUANG
MENENGAK
KEADILAN
AMIN
UMNO TERUS TIBAI DAP
Jangan cabar hak umat Islam - Exco Pemuda UMNO
SHAH ALAM : Tindakan Ketua Pemuda DAP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen mengkritik Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, dalam isu pensijilan halal adalah satu penghinaan kepada sensitiviti agama dan umat Islam di negara ini.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO , Fariz Hazurin Ismail berkata, Dr Muhamad Akmal mengambil tindakan tepat apabila menempelak Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang biadab mempertikaikan usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung proses pensijilan halal.
Malah, katanya tindakan pemimpin DAP itu jelas melanggar teras kepercayaan dan amalan umat Islam.
"Teresa tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan agama yang tidak ada kena-mengena dengannya, lebih-lebih lagi apabila kenyataan itu jelas menghina dan mencabar maruah serta sensitiviti umat Islam.
"Kritikan Kelvin pula bukti bahawa beliau sama sekali gagal memahami atau menghormati kepentingan dan hakikat isu halal yang suci bagi umat Islam di Malaysia ini!
"Tindakan Yang Berhormat Dr Muhamad Akmal menegur Teresa bukan saja wajar, malah perlu dipuji kerana beliau tegas mempertahankan hak dan kepentingan agama Islam serta majoriti rakyat negara ini.
"Kita tidak perlukan pemimpin yang seperti Kelvin, yang hanya tahu membela pihak yang terang-terangan mencemarkan dan memperlekehkan urusan agama Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Fariz Hazurin yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang berkata, seandainya bahasa Dr Muhamad Akmal dilihat keras, itu kerana beliau berani mempertahankan prinsip yang seharusnya tidak boleh dikompromi.
"Teresa dan mereka yang seangkatan dengannya perlu sedar, jangan sekali-kali mencabar kesucian dan hak umat Islam.
"Ini kerana ia hanya akan membawa kepada perpecahan dan ketegangan yang boleh menggugat kestabilan serta keharmonian negara kita yang tercinta ini," katanya.
Sebelum ini, dilaporkan Teresa dalam satu kenyataan di media sosial menyatakan pelaksanaan pensijilan halal harus bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan secara paksa.
Reaksi kepada kenyataan itu, Dr Muhammad Akmal menempelak tindakan Teresa.
Beliau menyifatkan Teresa sebagai 'nyonya tua' dan meminta kerajaan menyediakan logo tidak halal untuk ditampal di dahi pemimpin itu.
Kelvin menganggap kenyataan Dr Muhamad Akmal itu biadab kerana mengeluarkan kenyataan yang bersifat seksis dan misoginis terhadap Teresa.
Beliau berkata, Dr Muhamad Akmal seharusnya menentangnya dengan fakta dan hujah dan bukan mengejek panggilan nama pemimpin lain.
WOIT
PEMUDA UMNO
JELAS TAK SOKONG
ZAHID YANG
PRO DAP
AMIN
SIJIL HALAL
INI AKAN NAIKKAN
SAHAM UMNO
KAH KAH KAH
AMIN
AHLI UMNO
SERANG DAP
SAMA SEPERTI
AHLI UMNO
SERANG ZAHID
KHALAS
TENAGA KERJA WAJIB PROFESIONAL
TENAGA KERJA
WAJIB
PROFESIONAL
AMIN
Unknown commented on
"SEMPADAN KITA BOCOR"
Kalau kita tunding jari, empat jari runding balik kepada kita, terlalu ramai terlalu banyak dimanjakan dinaungi dibela disayangi atas nama ketuanan atas nama bangsa agama sehingga hancur semuanya, sepatutnya buang kerja terus, baru akan ada rasa takut, cari orang asli bekerja jaga sempadan, cari orang Iban jaga kawasan,
cari orang Sabah jaga laut, kerja dia orang pandai buat, bukan cari petani di KL suruh tanam padi di Kedah kah kah kah cari orang yang boleh kerja bukan semua boleh, yang ada semua jenama cari makan kah kah kah cakap betul sudah buat betul betul sudah tak minat lebih tak minta lebih kan kah kah kah
KAPITALIS IALAH PERANG
SELAGI KAPTALIS
WUJUD SELAGI
ITU [ERANG ADA
KHALAS
Unknown commented on
"HIZBULLAH TERUS
MENYERANG"
Kalau TT tak cakap ramai dah lupa ada perang berlaku sekarang, semua sibuk dengan kerja masing-masing, inilah dunia semua kejar duit anak bini pun boleh lupa kalau cari duit, semuanya kerana kelangsungan hidup kah kah kah
HALAL
HALAL
SELASA 19 SEPTEMBER 2024
ISU SIJIL HALAL INI
TERUS HEBOH
PERKARA INI
BARU MUNCUL
ZAMAN GUA MEMBESAR
TAKDA PUN KES INI
INI MUNCUL BILA RAMAI
NAK CARI MAKAN JUAL AGAMA
AJARAN ISLAM APA YANG HARAM
SENDIRI MAKAN
SENDIRI TANGGUNG
KITA MASUK KUBUR SORANG SORANG
BUKAN BERKUMPULAN
LU - LU PUNYA HAL
GUA - GUA PUNYA HAL
PASAL APA LU MAHU IKUT GUA
PASAL APA GUA MESTI IKUT LU
NANTI APAKAH JAKIM
AKAN PEREKSA DAPUR KITA
AKAN PEREKSA KUALI KITA
AKAN PEREKSA PETI SEJUK KITA
ADA BABI DALAM PETI SEJUK KE?
KALAU ADA ORANG
TAK NAK PERGI SYURGA
BOLEH KE TIDAK
SAJE NAK TANYA
AMIN
ISRAEL
SYRIA TELAH DI BOM
OLEH ISRAEL
25 MATI
DILAPOR SENJATA
DI BEKAL OLEH BLACKROCKS
AMERIKA
SELASA INI
TRUMP DAN KAMALA
AKAN BERDEBAT DI TV
DUA BAKAL CALON PRESIDEN
AKAN KEMUKA DASAR MASING MASING
SUDAN
PERANG SAUDARA BERTERUSAN
BERATUS RIBU MATI KELAPARAN
MUSEUM NEGARA
DI PECAH DAN DI ROMPAK
EROPAH
SEKOLAH DIBUKA
MINGGU DEPAN
BANYAK SEKOLAH
HARAMKAN TALIPON BIMBIT
INDONESIA
PRESIDEN JOKOWI
PINDAH KE NUSANTARA
IBU KOTA INDONESIA BARU
HARI INI
BANGLADESH
RAKYAT BANGLADESH
MAHU SHEIKH HASINA
DI BAWA PULANG DARI INDIA
UNTUK DI DAKWA
UKRAINE
EROPAH MENUDUH
IRAN MEMBEKALKAN
SENJATA PELURU BERPANDU
UNTUK RUSIA
HOKKIEN
PAGI INI KERING CERAH SEGAR
KL & KL SENTRAL BERKABUS
MATA HARI BELUM BERSINAR
LANGIT TERPENCAR PENCAR
ADA BIRU ADA BERAWAN PUTIH
MESIN POTONG RUMPUT
MASIH DI DENGAR
TAPI SUARA TERKUKUR
DISANA SINIR
HARI INI GUA RASA
AKAN PANAS
TAK TAK MENJALAR
DI TEMPAT BIASA
MENUNGGU CAHAYA
MALAM BERANGIN
PASTI SANTAI ENAK
SEPERTI KEMARIN
BRO
SENYUM
SENYUM PAGI
SELASA
BRO
JADIKAN BERANI
TEMAN HIDUP LU
BRO
LU BUAT APA PUN
BUAT BERSUNGGUH
SUNGGUH
BRO
JIKA LU LAKUKAN
ITU SELALU
MAKA ITULAH
YANG LU DAPAT
BRO
BAHAGIA IALAH
BILA APA YANG LU FIKIR
APA YANG LU KATA
DAN APA YANG LU BUAT
BERJALAN SELARAS
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERKERJA