Selasa, 17 September 2024

SELAT KRA AKAN DIBUAT


TERUSAN KRA

AMAT BAIK UNTUK KITA
PERTAMA INI TANDA SEMPADAN
YANG JELAS BUMI MELAYU
DENGAN BUMI SIAM

EMPAT WILAYAH MELAYU
BUMI PATANI
YANG KINI BERJUANG
UNTUK MERDEKA
AKAN MENJADIKAN INI
ARAS TANDA PEMISAH

KEDUA
SELAT MELAKA
AKAN KURANG KAPAL
TIDAK  MENJADI LALUAN
KAPAL TERSIBUK DAN TERPADAT
DALAM DUNNIA

KETIGA
LAUT SELAT MELAKA
TIDAK SEKOTOR SEKARANG
MAKA BATU 8
TELUK KEMANG
AKAN MENJADI TEMPAT 
MANDIAN SEKALI LAGI
AMIN

WAJIB SOKONG KENYATAAN ANWAR IBRAHIM


KITA SEMUA WAJIB

SOKONG DASAR

KEDAULATAN 

NEGARA

AMIN

KITA SEMUA

WAJIB SOKONG

KENYATAAN PM

ANWAR IBRAHIM

AMIN

INI SUDAH BERAT - ISMAIL SABRI PUN MULA BERSUARA


INI SUDAH BERAT

AMIN

ISMAIL SABRI PUN

MULA BERSUARA

AMIN

SAPA AHLI FREEMASON DALAM KERAJAAN ?


Saifuddin

 Nasution ‘serang’

Hadi Awang, 

bidas

  Muktamar Pas
PUTRAJAYA — Menteri Dalam Negeri  Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Muktamar Tahunan Ke-70 Pas, sebagai kemuncak politik kebencian yang membiakkan budaya fitnah, mencerca dan memaki hamun dalam Pas di bawah kepemimpinan  Abdul Hadi Awang

Katanya, Pas di bawah pimpinan Abdul Hadi sudah menyimpang jauh daripada perjuangan asal yang diasaskan tokoh terdahulu dan menyifatkan di bawah kepemimpinan sekarang, Pas mengalami kemerosotan dan Ahli Parlimen Marang itu sinonim dengan politik kebencian serta menyemarakkan fenomena takfir di negara ini.

“Lidahnya tidak letih mencaci-cerca saingannya dan sangat liberal menggunakan label kafir, nifaq, ejen Barat, Freemason dan lain-lain lagi terhadap mereka yang tidak disukainya.

Cacian, kebencian dan angan-angan inilah yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi mereka pada Muktamar itu.

“Sementara Rasulullah mewujudkan Piagam Madinah untuk menyatukan semua penduduk Madinah dan mengisytiharkan yang Islam dan bukan Islam sebagai satu ummah, Abdul Hadi sentiasa bertindak sebaliknya dengan melaga-lagakan antara rakyat pelbagai kaum dan agama.

“Sementara Rasulullah menyampaikan risalahnya dengan mau’idzah dan hikmah, Abdul Hadi didorongi kebencian dan kemarahan serta membudayakan caci cerca, herdik mengherdik dan memaki hamun di dalam Pas,” kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) itu dalam satu kenyataan hari ini.

Saifuddin berkata, umat Islam di Malaysia menghadapi pelbagai masalah seperti penagihan dadah, keganasan domestik, rasuah, kemiskinan dan antara yang paling ramai dijangkiti HIV, namun Pas dan Abdul Hadi ketandusan idea dalam isu mendesak itu, sebaliknya lebih fokus dan berangan-angan ingin merampas kuasa kerajaan dan mengabaikan agenda hudud yang dilaung sebagai prinsip Pas.

“Adakah ahli PAS sedar bahawa di sebalik hujah disaluti Al-Quran dan hadis adalah sikap dan tindak tanduk yang sebenarnya menyeleweng daripada ajaran Islam?

“Adakah pengikut dan pemimpin Pas sedar bahawa nilai, pendirian, risalah dan pendekatan mereka semakin menyerupai golongan Khawarij dan Abdul Hadi bertanggungjawab sepenuhnya menyemai nilai dan amalan ini sejak 40 tahun dahulu?” katanya dalam kenyataan tiga muka surat itu.

Saifuddin Nasution berkata, pemimpin Pas sering mendakwa diri sebagai ulama yang mengemudi kerajaan hidayah namun semasa Pas dalam kerajaan Persekutuan pada 2020 hingga 2022, tiada usaha yang diambil untuk mengharamkan arak dan perjudian di negara ini.

“Ini membuktikan Pas sebenarnya lompong dan ketandusan idea dalam memimpin dan membangunkan negara. Kegagalan ini jelas apabila rakyat terpaksa memulakan Kempen Bendera Putih untuk membantu sesama sendiri (ketika pandemik Covid-19),” katanya.

Beliau berkata walaupun Pas sering mengkritik Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan  Anwar Ibrahim, perjuangan kerajaan tidak akan terhenti dan akan terus berusaha meningkatkan ekonomi negara demi membantu rakyat dan ia terbukti membuahkan hasil.

“Kita harus mengelakkan retorik yang memecah belah dan mengutamakan dialog konstruktif untuk menangani cabaran negara.

“Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, kenyataan perlu berdasarkan fakta dan membawa perpaduan, bukan perpecahan. Kita juga harus kritis dalam menilai penggunaan agama, membezakan antara kepentingan politik dan kebaikan ummah secara tulen,” katanya.— BebasNews

    WOIT

SATU MASA

DULU SAIFUDIN

INI AHLI PAS

AMIN

PASTI DIA TAHU

CARA TAKTIK

PAS

KAH KAH KAH 

 SAPA AHLI

 FREEMASON 

DI MALAYSIA? 

JENG JENG JENG

KHALAS


SEMENJAK BILA ROTI JADI HARAM ?


Tanda halal di Roti Ikhwan tidak sah – JAKIM

KUALA LUMPUR – Produk roti keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menerusi hantaran di laman Facebook JAKIM, semakan yang dilakukan melalui Portal Halal Malaysia mendapati produk itu tiada SPHM yang sah.

“Perbuatan ini telah melanggar Akta Perihal Dagangan 2011 di bawah perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“Kesalahan tersebut menyatakan semua makanan dan barang tidak boleh diperihalkan sebagai halal dengan cara lain untuk menunjukkan makanan atau barangan itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam Islam melainkan diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa; dan ditandakan dengan logo sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah tersebut,” katanya.

Susulan itu, JAKIM telah pun berhubung dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri untuk menjalankan tindakan segera.

“Sekiranya kami dapati berlaku penyalahgunaan sijil atau logo halal pada produk, pihak syarikat boleh dikenakan tindakan di bawah akta yang disebutkan.

“Melainkan ia diperakui halal oleh pihak berkuasa dan ditandakan halal dengan logo sebagaimana yang dinyatakan,” tambahnya.

Sebelum ini, Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) di media sosial telah memuat naik hantaran yang mempersoalkan kesahihah logo halal JAKIM yang terpampang di produk roti syarikat itu.

Mereka yang mempunyai sebarang aduan berkaitan penyalahgunaan logo halal atau pemalsuan sijil pengesahan halal boleh menghantar emel rasmi kepada pr_halal@islam.gov.my untuk tindakan selanjutnya. –

SEMENJAK BILA

ROTI JADI HARAM

KAH KAH KAH 

INDUSTRI

KELUAR LESEN

HALAL HARAM INI

DAPAT SIJIL

HALAL DARI SIAPA?

AMIN

SIAPA YANG

HALALKAN

INDUSTRI  HALAL

HARAM JAKIM INI

DAPAT SIJIL

HALAL DARI SAPA?

AMIN

KAHALAS

BANJIR DATANG LAGI


Banjir terburuk selepas 2 tahun, tak sempat selamatkan barang – Mangsa

NIBONG TEBAL – “Tak sangka air naik terlalu cepat sehingga kami tidak sempat selamatkan apa-apa kecuali nyawa,” ujar Zaitun Pin, mangsa banjir di Kampung Sungai Kechil di sini hari ini.

Suri rumah berusia 63 tahun itu mendakwa kawasan perumahan itu tidak dinaiki air sejak dua tahun lalu menyebabkan mereka tidak melakukan sebarang persediaan meskipun hujan lebat sejak 5.20 pagi tadi.

“Saya sedar hujan lebat ketika melakukan persediaan nasi lemak untuk jualan di gerai yang diusahakan anak.

“Bagaimanapun, pukul 9 pagi tiba-tiba air mula naik dan kurang 15 minit sudah sampai paras pinggang sekali gus menyebabkan kami tidak sempat menyelamatkan apa-apa pun termasuk dokumen peribadi.

“Banjir sekelip mata ini berpunca daripada air dari Bukit 300 yang terletak berhampiran kawasan ini, kalau tidak memang dah dua tahun sini tak banjir,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Sementara itu, Muhammad Faris Hassan, 28, berkata, hampir keseluruhan perabot dan perkakas elektrik rumah mertuanya rosak ditenggelami air banjir.
.
“Ketika kejadian terdapat lima individu dalam rumah termasuk anak, isteri serta ibu mertua saya dan pada saat itu kami hanya pastikan keselamatan anak-anak dengan menempatkan mereka di tingkat atas rumah.

“Air dalam rumah kami paras pinggang jadi memang tak sempat selamatkan apa-apa dan kini mengharapkan hujan berenti untuk membersihkan rumah,” katanya.

Air naik mendadak dalam tempoh kurang 15 minit menyebabkan penduduk tidak sempat selamatkan barang dalam rumah masing-masing.

Terdahulu, kira-kira 200 buah rumah dalam Parlimen Nibong Tebal terjejas akibat banjir.

Antara kawasan terlibat ialah Taman Cenderawasih, Kampung Sungai Kechil, Kampung Besar, Kampung Sungai Udang dan Taman Nibong Tebal. – 

NANTI AKAN

BERLAKU BANJIR

DI WILAYAH

DI KAMPONG

DI TAMAN YANG

BELUM PERNAH

ADA BANJIR

AMIN

INI TANDA

IKLIM BERUBAH

AMIN

INI TANDA

MALAPETAKA 

IKLIM SAMPAI

KHALAS

HARAMKAN JUGA COKE MEKDONAL PEPSI !!!


HARAMKAN JUGA

COKE PEPSI

MEKDONAL

KENTAKI

SEMUA TIDAK BAIK

UNTUK KESEHATAN

KHALAS

AJARAN KARUT DARI USTAD



AJARAN KARUT

DARI USTAD

AMIN

panglimo potaseh commented on 
"HARI MALAYSIA - 
KITA MENUJU NEGARA MAJU"

DEB hanchur .. W2020 pun hanchur .. sekarang nak menuju jadi negara maju plak. Selagi kita idop cara berkasta, tukang Punahsihat (TaT) hanye berlegar tentang syurge, isap tetek bidadari, liwat, berselubung ala Toliban jgn lah mimpi nak jadi maju. Pi belajar dgn Korea gimana mereka yg dulu duduk bawah Malaysia skrg dah top 5. Hyundai mrk menguasai USA .. Proton kita mane ..


Unknown commented on 
"TUTUP KASINO - 
INI DASAR NEGARA ATAU 
AGENDA KEMPEN"

Saja nak tanya sedikit boleh? Kelantan berapa tahun dah perintah? Ada 30 tahun? Sudah buat hudud atau tidak? Negeri 95 peratus orang kita sama bangsa sama agama kenapa tak buat? Memang kedai Toto tak ada sebabnya tak ramai pelanggan pun kah kah kah memang sah agama sejak dahulu kala menjadi permainan untuk berkuasa, memang ramai takut memang ramai gusar bukan orang bukan lain tetapi orang bangsa agama sendiri lagi takut, 

sebab Tok Aji ikut belaka, makan kena serbu, tidur hotel kena serbu, tengok wayang serbu juga, lepak serbu lagi semuanya berubah mengikut dasar orang yang mengatur undang undang sendiri atas nama mereka kefahaman tafsiran mimpi indah mereka dan memaksa semuanya menjadi penghuni kah kah kah

SIAPA BERI ANUGERAH INI ?


TERLALU AWAL

BERI ANUGERAH

BELUM HABIS

SATU PENGGAL

AMIN

BERHATI HATI

AMIN




SIJAIL HAHAL - ZAHID MAHU UNDI CHINA


 SIJIL HALAL

KAH KAH KAH

ZAHID MAHU UNDI

CHINA

AMIN

HUJAN PETANG ?


HUJAN 

AKAN TURUN?

JAM 1.30 PETANG
LANGIT MAKIN GELAP
ANGIN MULA BERTIUP
APAKAH HUJAN LEBAT
AKAN TURUN ?

PAS TOLAK ZAHID KERANA ZAHID ADA 47 KES



DNAA punca Pas tidak mahu Zahid – Tuan Ibrahim
TEMERLOH – Pas kekal dengan pendirian hanya mahu menjalinkan kerjasama dengan UMNO tanpa  Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan, ini kerana kes mahkamah melibatkan Presiden UMNO itu berstatus dilepas tanpa dibebaskan (DNAA).


“Sekiranya ada bukti maka beliau masih boleh disabitkan kesalahan. Bagi kita (Pas) beliau masih ada elemen tersebut.

“Ini kerana dari segi undang-undang, kes berkenaan masih boleh dibawa ke mahkamah semula.

“(Ketika mahkamah memutuskan DNAA), Ahmad Zahid tidak melalui proses perbicaraan dan mahkamah memutuskan beliau tidak bersalah, sebaliknya pendakwaan dihentikan pihak pendakwaraya,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata demikian semasa sidang media selepas sesi penggulungan Muktamar Pas ke-70 di Kompleks Al-Makmur di Kerdau hari ini.

Hadir sama Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangan Pas Pusat Ahmad Fadhli Shaari.

Tegas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Cheka situasi membabitkan Ahamad Zahid itu berbeza dengan status kes bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.

”Bezanya Zahid dihentikan pendakwaan, (manakala) pendakwaan terhadap Muhyiddin diteruskan, (cuma) belum ada prima facie, belum ada keputusan mahkamah terhadap beliau.

“Jadi, situasi mereka berbeza.

“Bagi kita kalau mahkamah putuskan (Ahmad Zahid) tidak ada kes maka OK (untuk teruskan kerjasama,” tambahnya.

Terdahulu Naib Presiden UMNO  Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan Presiden Pas tidak ikhlas untuk menjalinkan semula kerjasama antara parti itu dengan UMNO.

Beliau mendakwa kenyataan yang dibuat Abdul Hadi hanya demi kepentingan parti Pas kerana ingin bersama UMNO tetapi mengetepikan Presidennya, Ahmad Zahid.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menambah, agenda penyatuan ummah yang dicadangkan oleh Pas bukan hanya melibatkan UMNO.

Tetapi ia juga melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) serta semua pihak termasuk penganut agama lain.

Bagaimanapun menurut beliau, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menekankan, parti Islam itu menolak untuk menjalin kerjasama dengan golongan ekstrimis.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, sudah 13 kali PAS mengadakan kerjasama politik  dengan pelbagai parti termasuk dengan Barisan Nasional (BN).

”Ini bermakna gagasan kita adalah penyatuan ummah dalam kerangka yang besar melibatkan semua pihak yang sanggup bersama.

”Pengalaman kita di Malaysia, tidak ada parti yang ada pengalaman kerjasama politik sebesar Pas.

“Jadi kita bersedia (untuk menjalinkan kerjasama) asalkan ia selari dengan prinsip dan gagasan yang didukungi Pas.

“Jika mereka sanggup patuhi (prinsip-prinsip digariskan Pas), kita akan teruskan kerjasama,” katanya lagi.- 

ZAHID JADI

PENGHALANG

PENYATUAN

ISLAM MELAYU

AMIN

TAPI ZAHID

JUGA MEMBANTU

PAKATAN

DAPAT SOKONGAN

MELAYU DAN

BUKAN MELAYU

AMIN

SEBAGAI STRATIJI

ZAHID WAJIB

TERUS MEMIMPIN

GEROMBOLAN

KHALAS

GAZA - PERANG BERJANGKA PANJANG



Ketua Hamas bersedia untuk 'perang yang panjang' di Gaza

GAZA: Ketua Hamas, Yahya Sinwar, menegaskan pejuang Palestin mempunyai sumber untuk meneruskan perjuangan menentang Israel dengan sokongan sekutu serantau yang disokong Iran, selepas hampir setahun perang di Gaza.

"Kami sudah mempersiapkan diri untuk berlawan dalam perang yang panjang ini sehingga matlamat kami tercapai iaitu negara palestin yang berdaulat, bebas daripada campur tangan Israel.

"Kumpulan yang bersekutu dengan Iran di Gaza dan tempat lain di rantau ini juga berupaya 'mematahkan kehendak politik musuh' selepas lebih 11 bulan perang.

"Usaha gabungan kami dengan Houthi di Yaman dan kumpulan di Lubnan serta Iraq akan mematahkan musuh ini (Israel), mengalahkannya," katanya yang menggantikan Ismail Haniyeh bulan lalu.

Sementara itu, dalam pertempuran terbaharu semalam, sekurang-kurangnya 24 orang maut dalam serangan yang dinafikan dilakukan oleh Israel.

Ia berlaku ketika Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, memberi amaran bahawa potensi untuk menghentikan pertempuran dengan Hizbullah di Lubnan semakin malap, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai kemusnahan serantau yang lebih luas.

Gallant mendakwa kemungkinan untuk perjanjian tidak akan berhasil kerana Hizbullah terus mengikat dirinya dengan Hamas, ketika pertemuannya dengan wakil Amerika Syarikat (AS), Amos Hochstein.

Malah, beliau juga menyatakan bahawa serangan Hamas pada 7 Oktober lalu hingga mencetuskan perang 'tidak lagi wujud' sebagai formasi tentera di Gaza.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memberitahu Hochstein bahawa beliau mahu melihat 'perubahan asas' berhubung keselamatan di sempadan utara negara, bagi membolehkan penduduk di sana kembali ke rumah masing-masing.

Perang Gaza telah menarik sekutu Hamas yang disokong Iran di seluruh Asia barat termasuk Hizbullah di Lubnan dan Houthi di Yaman, di mana serangan maritimnya mengganggu perkapalan global melalui laluan air penting di Yaman.

Dalam ucapan di televisyen, pemimpin pemberontak Abdul Malik al-Huthi berkata, operasi mereka akan diteruskan selagi pencerobohan dan pengepungan ke atas Gaza berterusan.

Pada masa sama, serangan terbaharu Israel di kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza menyebabkan 10 mangsa terbunuh dan 15 cedera manakala mereka yang terselamat berusa mengalihkan sisa runtuhan mencari serpihan selepas mogok di kem pelarian Nuseirat.

Pertahanan Awam Gaza berkata enam rakyat Palestin terbunuh dalam serangan di Bandar Gaza, dan perkhidmatan kecemasan kemudian melaporkan enam lagi kematian di kawasan tengah dan utara.

Perang Gaza telah menarik sekutu Hamas yang disokong Iran di seluruh Timur Tengah, termasuk Hizbullah di Lubnan dan Huthi, yang serangan maritimnya telah mengganggu perkapalan global melalui laluan air penting di Yaman. - AFP

ALANG ALANG

BERPERANG

BIAR SAMPAI

MENANG

AMIN

SEMANGAT

MELAWAN JANGAN

DI PATAHKAN

AMIN

KHALAS

TRUMP BAHAYA UNTUK PEMILIK INDUSTRI SENJATA


TRUMP BAHAYA

UNTUK PEMILIK

INDUSTRI SENJATA

AMIN

Unknown commented on
 "TRUMP KENA 
TEMBAK SEKALI LAGI"

Daulah terpendam Amerika tidak mahu Donald Trump menjadi Presiden itu saja, semua kerja jahat sudahpun dilalui sini sama juga, ada daulah menjaga orang tertentu kerana mereka saja mampu kah kah kah