Sabtu, 21 September 2024
MALAPETAKA IKLIM
Perubahan iklim punca ancaman Aedes serius
KUALA LUMPUR: Demam denggi yang menjadi ancaman kesihatan negara sejak berdekad-dekad lalu, kini semakin serius akibat perubahan iklim.
Peningkatan suhu mempengaruhi pembiakan nyamuk Aedes aegypti sehingga mengakibatkan kawasan yang dahulunya bebas denggi, kini terancam dengan serius.
Di Semenanjung, purata suhu menunjukkan peningkatan 0.24 darjah Celsius per dekad dengan purata suhu bulanan di pada Mei 2024 ialah 28.8 darjah Celsius, berbanding purata suhu bulanan pada Mei 1974, iaitu 50 tahun lalu ialah 26.6 darjah Celsius.
Keadaan ini memberi kesan serius terhadap pembiakan nyamuk, terutama spesies seperti Aedes aegypti dan Anopheles.
Selain Aedes, penyakit bawaan nyamuk seperti chikungunya dan Zika serta malaria juga dilihat begitu membimbangkan kesihatan rakyat negara ini.
Pensyarah Kanan Jabatan Parasitologi dan Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Vinoth Kumarasamy, berkata kesan perubahan iklim di negara sudah menambah kerumitan dalam usaha mengawal penyebaran virus itu.
Katanya, peningkatan suhu, pola hujan yang tidak menentu dan tempoh musim monsun yang lebih panjang menjadikan keadaan yang sesuai untuk pembiakan nyamuk.
Keadaan itu sekali gus meningkatkan kawasan penyebaran nyamuk dengan kawasan yang dulu bebas dengan penyakit bawaan serangga itu, kini mula berdepan ancaman seperti di kawasan tanah tinggi.
"Suhu yang lebih panas membolehkan nyamuk membiak di tempat yang sebelumnya terlalu sejuk untuk kitaran hidup mereka.
"Sebagai contoh, kawasan pergunungan yang sebelum ini selamat daripada denggi kini mengalami peningkatan kes jangkitan.
"Perubahan iklim juga mengakibatkan taburan hujan yang tidak menentu dengan banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan bandar. Banjir ini meninggalkan kawasan air bertakung yang menjadi tempat pembiakan untuk nyamuk Aedes.
"Ini menyumbang kepada peningkatan mendadak dalam kes denggi, terutama di bandar besar. Data Kementerian Kesihatan (KKM) sendiri menyaksikan peningkatan kes denggi yang besar selaras dengan fenomena cuaca ekstrem," katanya kepada BH.
Perhebat kempen kesedaran
Mengulas lanjut, Dr Vinoth berkata, Malaysia memerlukan langkah pengawalan yang lebih canggih dan segera dalam usaha mendepani penyakit bawaan nyamuk yang meningkat akibat perubahan iklim.
"Perubahan iklim di negara ini bukan lagi isu masa depan, tetapi sedang berlaku sekarang. Penyesuaian strategi kawalan penyakit bawaan nyamuk, seperti kempen kesedaran yang lebih kerap dan penggunaan teknologi pemantauan vektor yang lebih canggih, perlu dilakukan segera.
"Perubahan iklim dan penyakit bawaan nyamuk cabaran berterusan yang memerlukan pendekatan jangka panjang, kerjasama di antara agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat untuk mengawal penyebaran penyakit dan melindungi kesihatan rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia juga boleh membantu mengurangkan pembiakan nyamuk dan meminimumkan risiko jangkitan penyakit bawaan nyamuk, sekali gus menyumbang kepada usaha bersama dalam memerangi ancaman yang semakin meningkat akibat perubahan iklim.
Sementara itu, Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan di Amerika Syarikat (AS) menyatakan, suhu memainkan peranan penting dalam penghantaran arbovirus (virus bawaan serangga) disebabkan oleh corak pada fisiologi nyamuk, yang mempengaruhi kadar perkembangan dan kematian dalam nyamuk Aedes.
Katanya, suhu turut mengawal pengeraman virus dalam vektor nyamuk, dengan suhu panas optimum akan mengurangkan tempoh inkubasi.
"Peningkatan hujan boleh meningkatkan populasi vektor disebabkan oleh banyaknya bekas yang dipenuhi hujan di sekitar kediaman, tetapi keadaan kemarau dan kekurangan air juga boleh meningkatkan populasi vektor sekiranya, orang ramai mula menyimpan air dalam bekas di sekitar rumah.
"Kajian juga menunjukkan jangkitan virus denggi berlaku secara optimum pada suhu 28.1 darjah Celcius bagi nyamuk Ae. aegypti, dan 26.4 darjah Celcius bagi nyamuk Ae. albopictus," katanya.
Sementara, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata jumlah kes demam denggi bulan lalu sebanyak 94,807 kes berbanding 78,277 kes bagi tempoh sama 2023.
Katanya, terdapat 84 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 55 kematian bagi tempoh sama pada 2023.
SATU LAGI
MALAPETAKA
IKLIM
AMIN
NYAMUK MEMBIAK
VIRUS MEMBIAK
AMIN
BERSEDIA DENGAN
SERANGAN BARU
AMIN
KHALAS
DAP KINI MUSUH MELAYU ?
DAP kini mendominasi UMNO, dakwa Pas Johor
KLUANG – DAP kini didakwa berjaya mendominasi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menerusi jalinan kerjasama politik yang dibentuk.
Yang Dipertua Pas Johor, Abdullah Husin berkata, keadaan tersebut menyebabkan UMNO terpaksa membela DAP dalam beberapa isu sebelum ini.
“DAP kini mendominasi PH termasuk UMNO dan BN. Jadi apa yang mereka boleh buat.
“ Zahid Hamidi pun bela mereka baru-baru ini, inilah yang berlaku dan bagi kita, kita mesti mempertahankan kesatuan umat Islam ini.
“Perpaduan rakyat bermula daripada orang Malayu dan Islam,” katanya berucap dalam ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mesjid Lama, Kampung Melayu di sini malam tadi.
Turut hadir Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Mohamed Azmin Ali.
Sementara itu, Mohamed Azmin berkata, undi anak muda penting dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu memberitahu, ini kerana bilangan pengundi muda dalam PRK DUN Mahkota besar jumlahnya.
“Kalau kita lihat data dan statistik, daripada 66,318 pengundi di DUN Mahkota, seramai 30,395 adalah anak muda, hampir 50 peratus (pengundi DUN Mahkota) adalah anak muda.
“Mengikut pecahan pula, terdapat 9,526 pengundi muda berusia 18 hingga 25 tahun iaitu lepasan sekolah menengah termasuk yang masuk universiti,” katanya.
Tambah beliau, seramai 20,869 pula mereka yang berusia antara 26 hingga 40 tahun.
PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.
BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, bagi mempertahankan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) yang lepas manakala PN meletakkan bekas pemain bola sepak Johor Mohamad Haizan Jaafar, 61, sebagai calon.
Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.
Hari pengundian akan berlangsung 28 September ini manakala 24 September sebagai hari undi awal.-
DAP KINI
JADI MUSUH
MELAYU?
AMIN
KEMBALI SEJARAH
DAP LAHIR DARI
PAP
AMIN
PAP ADALAH
LEE KUAN YEW
KHALAS
AIR LAUT BERTAMBAH
Air pasang besar setinggi 5.8 meter landa Sabak Bernam
KUALA LUMPUR- Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM) Sabak Bernam melaporkan air pasang besar telah mula naik pada ketinggian 5.8 meter pada jam 5.30 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sabak Bernam, APMM dalam kenyataan berkata, susulan itu terdapat beberapa kawasan telah dinaiki air kira-kira dua kaki (0.61 meter) pada jam 6.51 pagi.
Katanya, pemantauan dilakukan di mukim Sungai Panjang yang melibatkan Bagan Sekinchan dan Pantai Batu 23.
Menurut kenyataan itu paras air laut di Pantai Batu 23 pada jam 7.20 pagi adalah tinggi menyebabkan air melimpah ditambah dengan cuaca gerimis.
Bagaimanapun, tiada rumah atau penduduk di kedua-dua kawasan berkenaan yang terjejas disebabkan fenomena itu, setakat ini.
Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan air mulai surut jam 8 pagi tadi.
Bagaimanapun, berhubung kejadian ban benteng pecah di kawasan tapak Projek Hakisan Pengukuhan Benteng Sg Apong, Benteng Kepah dan Sungai Lang, JPS memberitahu, tindakan segera akan diambil oleh pihak kontraktor.
Terdahulu, warga net berkongsi kejadian ban benteng pecah disebabkan fenomena air pasang besar yang mengakibatkan limpahan air laut di sekitar tapak projek berkenaan.
BILA GLACIER
CAIR AIR LAUT
BEERTAMBAH
AMIN
PROJEK TAMBAK
LAUT ADALH
BANGANG
AMIN
SEMUA WILAYAH
RENDAH DI PESISIR
LAUT AKAN TERIMA
AKIBAT
AMIN
INI HANYA
PERMULAAN
KHALAS
UKRAINE TUNGGU MASA
Russia dakwa berjaya tembak jatuh 101 dron Ukraine
MOSCOW: Kementerian Pertahanan Russia mendakwa pihaknya berjaya menembak jatuh sebanyak 101 dron daripada Ukraine.
Katanya, bagaimanapun tiada korban nyawa dilaporkan di kawasan kejadian dan kerosakan adalah terhad.
"Sebanyak 101 dron daripada Ukraine telah dimusnahkan dan dipintas oleh sistem pertahanan udara yang bertugas.
"53 dron ditembak jatuh di wilayah Bryansk, manakala 18 dron ditembak jatuh di Krasnodar berdekatan dengan Crimea, semenanjung Laut Hitam Ukraine yang diambil alih oleh Russia pada tahun 2014," katanya.
Gabenor Krasnodar, Veniamin Kondratyev, berkata serpihan daripada sebuah dron telah menyebabkan kebakaran sebelum ia merebak ke objek letupan di daerah Tikhoretsky.
"Penduduk telah dipindahkan, bagaimanapun tiada korban jiwa dilaporkan," katanya.
Baru-baru ini, Russia mengumumkan bahawa mereka telah menembak jatuh dron Ukraine hampir setiap hari sebagai tindak balas kepada apa yang dikatakan Ukraine sebagai serangan balas dendam terhadap serangan Russia pada Februari 2022. - AFP
UKRAINE HANYA
TUNGGU MASA
UNTUK ANGKAT
TANGAN
AMIN
KHALAS
BERTUGAS UNTUK PBB
ATM BERTUGAS
BERSAMA UNTUK
BANGSA BANGSA
BERSATU
AMIN
Unknown commented on
"PASAL APA SOLDADU
KITA DI LIBANON DI SERANG ?"
Apa tujuan hantar tentera?
Kenapa mesti masuk campur hal ehwal negara orang?
KES PUKUL OKU - BILA NAK DAKWA?
Peguam bidas kenyataan 'semberono' Anwar pertahan ketiadaan tindakan selepas 115 hari pemandu pekak ditumbuk
Peguam hak asasi manusia mengecam kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang cuba mempertahankan kegagalan pihak berkuasa membawa pertuduhan terhadap individu yang menyerang seorang pemandu e-hailing kurang upaya empat bulan lalu, walaupun insiden itu dirakam dengan jelas oleh kamera dashcam.
Lawyers for Liberty (LFL) mempersoalkan kenyataan "semberono" Anwar yang mengatakan siasatan serangan ke atas pemandu Grab, Ong Ing Keong "mengambil masa" dan "masih belum ditutup", sambil mengingatkan perdana menteri bahawa kes tersebut tidak rumit dan mempunyai bukti yang jelas.
"Ini bukan kes pembunuhan yang rumit atau skandal kewangan besar yang memerlukan banyak masa. Anwar nampaknya tidak mempunyai jawapan, tetapi hanya mengelak," kata jurucakap LFL Zaid Malek, yang juga peguam mewakili Ong.
Zaid mengingatkan Anwar bahawa polis telah melengkapkan siasatan dan kertas siasatan sudah dihantar kepada Peguam Negara.
"Respons Anwar ini berlawanan dengan tadbir urus baik dan gagal memberikan penjelasan kepada orang ramai mengapa kes serangan yang begitu mudah tidak disusuli pendakwaan terhadap pegawai polis yang disyaki itu walaupun 115 hari telah berlalu. Suspek juga dikenal pasti polis dan serangan itu telah dirakam," katanya.
Bercakap kepada pemberita hari ini, Anwar mempertahankan kelewatan membawa pertuduhan ke atas orang yang menyerang Ong.
"Kita sebuah negara yang mengamalkan hukum, segala tindakan mesti berlandaskan fakta, bukti yang jelas. Setelah selesai polis siasat, kes akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk putuskan mana-mana pihak didakwa atau tidak, dan ini semuanya mesti berdasarkan fakta," katanya.
Kenyataan tersebut dua minggu selepas kira-kira 200 organisasi dan aktivis mewakili orang kurang upaya, pertubuhan hak asasi, ahli akademik dan pemandu e-hailing menggesa perdana menteri campur tangan bagi memastikan keadilan bagi Ong, yang diserang pada 28 Mei di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Rakaman dashcam kejadian itu menunjukkan Ong menunggu penumpangnya di luar Hotel St Regis apabila didatangi seorang lelaki yang memarahinya dan mengarahkannya mengalihkan kereta bagi memberi laluan kepada rombongan pemangku sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atau TMJ.
Ong yang pekak kemudian menurunkan cermin keretanya untuk bercakap dengan seorang dipercayai pegawai polis, sebelum lelaki itu tiba-tiba bertindak menumbuk mukanya.
Ong menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur selepas mengalami lebam pada bibir menyebabkan kesukaran untuk makan.
Kemarahan awam meningkat selepas pendedahan bahawa seorang "wakil istana" telah cuba memujuk Ong menarik balik laporan polis yang dibuat di balai polis Brickfields.
Ong turut menolak dakwaan Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa, bahawa dia menarik balik laporan polisnya kerana menganggap insiden itu "salah faham".
Ong sebaliknya mendedahkan seorang pegawai polis memberinya pilihan sama ada menerima sejumlah wang daripada wakil istana, atau telefonnya dirampas jika kes itu dibawa ke mahkamah.
Zaid berkata rakyat sewajarnya bimbang apabila pengiring polis yang menyerang Ong masih tidak dihadapkan ke mahkamah.
Beliau membuat perbandingan dengan pertuduhan dan sabitan yang dikenakan pada kadar yang "pantas" dalam kes melibatkan pengkritik kerajaan.
"Kenapa tidak begitu dalam kes Ong Ing Keong?" soalnya.
"Bagaimana PM terdetik meminta orang ramai mengelak daripada membuat spekulasi mengenai perkara itu, sedangkan tiada dakwaan dibuat walaupun wujud bukti jelas.
- Iklan -
"PM gagal memahami betapa kegagalan membawa pertuduhan itu memberikan kesan besar kepada keyakinan orang awam terhadap sistem keadilan kita. Respons semberono beliau hanya menimbulkan lebih banyak persoalan," tambahnya.
Zaid berkata, sebagai ketua kerajaan, Anwar bertanggungjawab memastikan kedaulatan undang-undang.
"Keadilan tidak berfungsi secara tertutup, dan oleh itu orang ramai berhak memantau tindak tanduk pihak berkuasa dan kerajaan. Kebimbangan orang ramai terhadap kelewatan kes serangan Ong Ing Keong tidak boleh dianggap sebagai ketidaksabaran semata-mata; ia adalah luahan rasa tidak puas hati terhadap sistem keadilan dan sama ada undang-undang dipakai sama rata atau tidak, tanpa rasa takut atau pilih kasih," kata Zaid, sambil menambah bahawa siasatan juga mesti menumpukan dakwaan polis membiarkan wakil istana menekan Ong menarik balik laporannya.
MAT LEBONG
JADI
MAT PUTAR
JADI
MAT SCAMMER
KAH KAH KAH
SEKARANG
JADI
MAT SEMBERONO
KAH KAH KAH
KHALAS
GANJA UNTUK KESEHATAN
Thailand usul undang-undang kawal selia ganja
BANGKOK: Thailand mengusulkan Rang Undang-undang (RUU) baharu untuk mengawal selia industri ganja dan mengehadkan penggunaan ganja hanya untuk tujuan kesihatan dan perubatan.
Ia usaha terbaharu untuk mengekang penggunaannya secara rekreasi selepas beberapa pusingan U dibuat terhadap dasar sebelum ini.
Di bawah deraf RUU itu, ganja atau ekstraknya akan dibenarkan untuk rawatan perubatan dan penyelidikan oleh agensi negeri, selain penggunaannya dalam produk herba, makanan dan kosmetik.
RUU baharu itu diterbitkan Kementerian Kesihatan Awam awal minggu ini , hanya beberapa hari selepas pentadbiran baharu Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra, menerajui pentadbiran.
Deraf RUU itu kelihatannya mengambil sikap lebih lembut berbanding usaha kerajaan terdahulu dalam mengawal selia industri berkenaan.
RUU terbaharu tidak lagi mengandungi klausa yang secara jelas melarang penggunaan ganja untuk tujuan rekreasi, yang dicadangkan dalam deraf terdahulu oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri, Srettha Thavisin.
Ia juga bermakna kerajaan baharu sudah mengenepikan tawaran untuk mengklasifikasikan semula bahan itu sebagai narkotik.
Namun, sesiapa yang mengambil ganja atau ekstraknya untuk kegunaan yang tidak dinyatakan dalam RUU akan berdepan denda sehingga 60,000 baht (RM7,601).
Penjual ganja atau produknya untuk kegunaan yang tidak dinyatakan di bawah undang-undang pula bakal menghadapi hukuman penjara maksimum setahun atau denda 100,000 baht (RM12,670) atau kedua-duanya.
Peraturan sedemikian sekali gus menghalang penggunaan ganja secara bebas di Thailand, negara pertama di Asia yang menyahjenayahkan tumbuhan itu pada 2022.
Kelompangan undang-undang mengakibatkan lebih 9,400 premis perniagaan ganja dibuka di seluruh negara, dengan banyak bertumpu di kawasan pelancongan dan daerah perniagaan yang popular di Bangkok.
Deraf RUU itu juga memerlukan peraturan pelesenan lebih ketat mengenai penanaman, penjualan, eksport dan import kanabis.
Penanam semasa, pembekal atau perniagaan berkaitan dikehendaki memiliki atau memohon lesen atau permit baru atau menghadapi hukuman penjara atau denda yang tinggi.
Biarpun RUU membuka laluan lebih baik untuk industri ganja, ia masih menimbulkan cabaran pematuhan bagi penanam, premis perniagaan dan sejumlah besar firma agro pengguna yang sudah pun muncul di seluruh Thailand.
Mereka menjual segala-galanya daripada tunas kanabis kepada ekstrak minyak dan gula-gula, yang mana mengikut undang-undang semasa, mesti mengandungi tidak lebih daripada 0.2 peratus tetrahydrocannabinol, iaitu sebatian psikoaktif yang memberikan sensasi tinggi.
Kementerian Kesihatan masih boleh membuat perubahan kepada undang-undang sebelum dirujuk ke Kabinet, yang kemudiannya akan dibentang ke Parlimen untuk kelulusan. - AGENSI
UNDANG UNDANG
BARU UNTUK
KAWAL GANJA
AMIN
KITA WAJIB
IKUT CARA SIAM
AMIN
AWASI PERANGAI MANUSIA
AWASI
PERANGAI
MENUSIA
AMIN
Unknown commented on
"RIBUT LANGGAR POKOK DURIAN"
Inilah perangai manusia, apabila untung berjuta senyap menyap sunyi sepi, apabila rugi sekali kerana malapetaka cuaca malapetaka alam terus bising minta satu dunia satu negara simpati, kalau minta kurang harga sikit dia hantar ke Singapura kerana untung lebih kah kah kah bukan semua tetapi kebanyakan begitulah
Unknown commented on
"BUKA RESTORAN DI JORDAN"
Apabila taksub sangat manusia lupa akal lupa akidah lupa peraturan lupa segala ajaran inilah sedang berlaku kepada puak-puak ekstrem pelampau sekarang kah kah kah
BANJIR
BANJIR
SABTU 21 SEPTEMBER 2024
BANJIR SAMPAI LAGI
KITA TAK ADA PILIHAN
KITA WAJIB TERIMA
DAN BUAT PERSEDIAAN
SABAN TAHUN
BANJIR AKAN SAMPAI
KALAU TAK DI UTARA
SELATAN KENA SERANG
ATAU
KELANTAN TENGGELAM
GANU BANJIR
INI WATAK BUMI KITA
SEKARANG INI
KITA HANYA WAJIB
BUAT PERSEDIAAN
KITA MASIH GAGAL
UNTUK MENGUBAH
CARA HIDUP KITA
YANG MEMUSNAHKAN
IKLIM DAN CUACA
AMIN
SIAM
UNDANG UNDANG BARU
HAL GANJA AKAN DI LULUS
DI PARLIMEN
UNTUK MEMASTIKAN GANJA
TIDAK
DI SALAH GUNA
TAIWAN
PAGER YANG MELETUP
WALKIE TALKIE YANG MELETUP
DI KATAKAN DI BELI
DARI SYARIKAT TAIWAM
LEBANON
SEORANG PEMIMPIN TERTINGGI
HIZBULLAH GUGUR
DALAM SERANG BOM ISRAEL
SRI LANGKA
PILIHANRAYA PRESIDEN
SEDANG BERJALAN HARI INI
TIGA BERTANDING UNTUK
KERUSI PRESIDEN
HOKKIEN
PAGI INI RENYAI BASAH
LECAH DI SANA SINI
HA HA
TAPI SUARA TERKUKUR
MASIH DI DENGAR
KL & KL SENTRAL
BERKABUS
LANGIT KELAM PUCAT
GUA RASA MATAHARI
AKAN MUNCUL BAWA PANAS
JAP LAGI
GUA NAK KE PASAR
NAK LIHAT APAKAH
BUAH MANGGIS MASIH ADA
BRO
SENYUM
MARI SENYUM
DIPAGI SABTU
BRO
ORANG YANG PALING BAHAGIA
ADALAH ORANG
YANG MERASA CUKUP
BRO
LU TAK BOLEH UBAH
ARAH ANGIN
TAPI LU BOLEH UBAH
LAYAR LU
BRO
PERRUBAHAN
TIDAK AKAN DATANG
JIKA KITA MENUNGGU ORANG LAIN
ATAU MASA LAIN
AMIN
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI