Ahad, 29 September 2024

IRAN BERSEDIA - KESELAMATAN PEMIMPIN DIKAWAL RAPI

IRAN BERSEDIA

KESELAMATAN

PEMIMPIN NEGARA

 DIKAWAL RAPI

AMIN

SABSIDI - DAH TERBALIK KOT !!!


DAH


TERBALIK KOT

AMIN

SEKARANG RAKYAT

BERI SABSIDI

PADA MADANI

AMIN

BERITA MENGOLAH PERSETUJUAN



 AWAS !!!

BILA ADA BERITA

MACAM INI TANDA

MINYAK NAK NAIK

AMIN

INI BERITA

MENGOLAH

PERSETUJUAN

KHALAS

ANWAR DIFITNAH DAN DIHINA LAGI




'Sudah dua kali' – Anwar berdepan gesaan saman Bloomberg selepas dituduh 'selamatkan' Farhash daripada siasatan rasuah


Gesaan semakin kedengaran agar Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengambil tindakan undang-undang terhadap Bloomberg bagi membersihkan namanya susulan berita kewangan itu sekali lagi membuat tuduhan terhadapnya, kali ini melibatkan salah guna kuasa, dakwaan serupa yang pernah menyebabkan beliau dipenjarakan dua dekad yang lalu.

Pada Khamis, Bloomberg memetik tiga sumber melaporkan Anwar telah mengarahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki untuk tidak menyiasat bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador berhubung pembelian kontroversi saham dalam sebuah syarikat yang terlibat membangunkan sistem imigresen bernilai RM1 bilion.

Laporan itu turut mendakwa, Azam pernah memberitahu pegawai SPRM bahawa siasatan terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, tiga anak lelakinya dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dimulakan atas arahan Anwar.

Sejak mengambil alih kuasa, Anwar telah dua kali melantik semula Azam untuk menerajui SPRM, walaupun sebelumnya menyerang beliau atas dakwaan memiliki berjuta-juta saham yang tersenarai.

Laporan terbaru Bloomberg dinafikan SPRM dan Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Bagaimanapun, peguam Rafique Rashid membandingkan reaksi itu dengan penafian mengenai pendedahan mengejutkan Bloomberg lima bulan lalu bahawa Anwar bertemu dengan beberapa taikun untuk membincangkan cadangan membuka kasino di Forest City, Johor.

Susulan laporan itu, pihak berkuasa menyoal siasat beberapa wartawan Bloomberg. Anwar, bagaimanapun tidak mengambil tindakan mahkamah bagi membersihkan namanya.

Bercakap kepada MalaysiaNow, Rafique berkata Anwar seharusnya menyaman Bloomberg kerana memfitnah, sambil menambah kenyataan daripada PMO tidak cukup untuk meyakinkan orang ramai.

"Mudah setiap kali tindakan Bloomberg seperti ini, hanya ada kenyataan-kenyataan rasmi sahaja," katanya, sambil menambah tuduhan yang dilemparkan kali ini lebih serius.

"Tetapi kali ini... ianya sudah masuk ruang lingkup salah guna kuasa tahap tertinggi sebab melibatkan agensi penguatkuasaan dan juga PMO sendiri," kata Rafique.

Pada 1999, Anwar disabitkan dengan empat tuduhan salah guna kuasa, di mana beliau didakwa menyalahgunakan kedudukan sebagai timbalan perdana menteri untuk menutup siasatan polis mengenai dakwaan liwat dan salah laku seks terhadapnya.

Farhash – yang dilantik menjadi pengerusi 7-Eleven Malaysia, syarikat milik taikun Vincent Tan, hanya lima minggu selepas pelantikan Anwar sebagai perdana menteri – menjadi tumpuan pada Mac lalu selepas dilaporkan memiliki pegangan saham terbesar dalam sebuah syarikat yang disenarai pendek untuk projek membangunkan sistem imigresen baharu yang menelan belanja RM1 bilion.

Pemimpin PKR berusia 41 tahun itu membeli 15.91% pegangan dalam HeiTech Padu Bhd melalui syarikatnya Rosetta Partners Sdn Bhd.

Menurut Farhash, Rosetta Partners merupakan anak syarikat Mfivesouthsea Sdn Bhd, yang dimilikinya bersama Sultan Kelantan, Muhammad V.

Pembelian dalam HeiTech Padu dilakukan sehari selepas MyEG Services Bhd memperoleh 14.4% kepentingan ekuiti dalam syarikat itu dengan wang tunai RM31.25 juta pada 11 Mac.

Pada hari sama, HeiTech Padu mengumumkan telah menerima lanjutan kontrak selama setahun untuk menyelia Sistem Imigresen Malaysia (MyIMM) bernilai lebih RM13 juta.

HeiTech Padu ialah salah satu daripada tiga syarikat yang disenarai pendek oleh kerajaan untuk membangunkan projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) bernilai RM1 bilion bagi menggantikan MyIMM.

Rafique mengingatkan bahawa ketika kontroversi itu, Anwar berjanji untuk memberikan penjelasan selepas menyemak dengan Perbendaharaan.

Beliau berkata Kabinet mempunyai tanggungjawab kepada rakyat untuk menyoal Anwar berhubung perkara itu.

"Sudah masuk tujuh atau lapan bulan, masih tak ada jawapan.

"Mungkin anda sibuk tapi ini masanya yang paling sesuai untuk membuat kenyataan... kalau tidak rakyat akan percaya (tuduhan)," kata Rafique.

Pada April, Anwar menafikan laporan Bloomberg bahawa beliau bertemu dengan taikun Vincent Tan dari Berjaya dan Lim Kok Thay dari Genting Berhad untuk membincangkan rancangan membuka kasino di Forest City.

"Anwar, pegawai kanan kerajaan dan beberapa ahli perniagaan mengadakan mesyuarat makan tengah hari mengenai kemungkinan meluluskan lesen untuk kasino kedua Malaysia," kata laporan itu.

Anwar berkata laporan itu satu pembohongan, tetapi tidak menyatakan sama ada akan menuntut syarikat media berpangkalan di AS itu menarik balik laporan tersebut. 

Sebaliknya, Anwar menyeru semua pihak yang dinamakan dalam artikel itu untuk "mengambil tindakan yang perlu".

Ia disusuli penafian daripada Berjaya dan Genting, kedua-duanya syarikat yang terlibat dalam industri perjudian tempatan

WOIT

PEMIMPIN MELAYU

DI FITNAH LAGI

KAH KAH KAH

BILA NAK SAMAN

BILA NAK 

BERTINDAK

KAH KAH KAH

TAK KAN NAK

TUNGGU BERJUBO

DENGAN LEMBU

KAH KAH KAH

KHALAS

JANGAN FITNAH - ANWAR TAK PERNAH BERJUBO DENGAN LEMBU



Tak habis fitnah keji untuk mengaibkan maruah saya – PM

PELABUHAN KLANG – Anwar Ibrahim menyelar segelintir pihak yang tidak pernah berhenti membuat tuduhan liar kepada beliau.

Perdana Menteri berkata, lebih kesal, terdapat isu berpuluh tahun yang diungkit kembali yang mendatangkan fitnah untuk mengaibkan beliau.

Namun tegasnya, apa jua tuduah yang dilemparkan itu sesekali tidak melemahkan semangat beliau untuk mentadbir negara lebih maju maju ke depan.

“Kamu hinalah banyak mana pun, berpuluh tahun saya dihina, ejen Yahudi, ejen Israel, main lelaki main perempuan, yang belum kata, main dengan lembu belum.

“Jadi kamu nak hina tak ada makna. Tapi biar ikut adab dan akhlak. Kamu tahu hukum. Nak bawa kes, saya boleh cerita tapi saya nak maju ke depan.

“Tapi dia ungkit lagi. Anda pun tahu kes pertama buat di kondo itu tak ada apa lagi, itu yang sebab kata satu itu fitnah yang keji untuk jatuhkan maruah orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Kerja Westports 2 di Dewan Budaya, Westports Malaysia di sini hari ini.- 

WOIT

JANGAN FITNAH

ANWAR TAK PERNAH

BERJUBO DENGAN

LEMBU

AMIN

DENGAN AZIZAN

DENGAN SUKMA

DENGAN SAIPOL

ITU CERITA LAIN

KAH KAH KAH

KHALAS

ADAKAH INI PEDO


Jangan sesuka

 hati sentuh

 badan

 kanak-kanak, 

hormatilah

 mereka
BAHAGIAN IV Akta Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 memperuntukkan kesalahan-kesalahan yang berhubungan dengan amang seksual. Seksyen 14 memperuntukkan kesalahan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak sementara Seksyen 15 memperuntukkan kesalahan amang seksual bukan fizikal. Seksyen 14 menyatakan seperti berikut: Mana-mana orang yang, bagi maksud seksual — (a) menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak-kanak; (b) membuatkan
https://bebasnews.my/2024/09/29/jangan-sesuka-hati-sentuh-badan-kanak-kanak-hormatilah-mereka/?swcfpc=1


ADAKAH INI

PEDO ?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

AMIN

MARI TURUN BERDEMO 11 OKTOBER 2024

 


MARI TURUN

BERDEMO

11 OKTOBER 2024

AMIN

Unknown commented on 

"UNIT 910 HIZBULLAH

 MULA BERGERAK"


Dalam konflik dalam kesusahan dalam perang ada juga orang happy untung ada modal cerita ada graphic ada lakaran buat cerita sensasi tetapi ingatlah kita amat beruntung amat jauh amat susah untuk bantu setakat boikot pun tak lama, hangat tahi ayam, jangan mudah lupa kesenangan diri, semuanya dibagi percuma bantuan demi bantuan sentiasa bersyukur amin akhirnya dunia bukan milik sesiapa, tak ada yang kekal abadi, tak boleh bawa emas dollar billion dalam keranda, manusia mudah lupa, tak kira apa tak kira dimana saja, guna akal guna logik elak berbuat apa-apa jahat kerana ianya akan kembali semula amin kah kah kah


Unknown commented on 

"UNIT 910 HIZBULLAH

 MULA BERGERAK"


Kita bila nak bergerak? Asyik bising beribu ribe batu jauh buat apa? Pi UN boikottt...bising..buat ucapan pas tu shopping balik rasa best dah buat kirija...kakakakaka...ini semua kirija olang gila

UNIT 910 HIZBULLAH MULA BERGERAK

 


UNIT 910 HIZBULLAH

MULA BERGERAK

 KHALAS

BANJIR BERULANG



Mangsa banjir Kedah meningkat semula, tiga lagi PPS dibuka

KUALA LUMPUR- Mangsa banjir di Kedah meningkat semula kepada 463 orang daripada 161 keluarga setakat jam 7.30 pagi tadi berbanding 164 mangsa daripada 58 keluarga, pada 5 petang semalam.

Pertambahan jumlah mangsa banjir itu selepas tiga lagi PPS dibuka iaitu dua di Pokok Sena dan satu lagi PPS dibuka di Kubang Pasu, semalam.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di dua PPS di Kubang Pasu mencatatkan 259 mangsa daripada 94 keluarga.

Mangsa banjir di Pokok Sena pula seramai 153 mangsa daripada 48 keluarga di dua PPS sejak dibuka semalam.

Sebuah PPS di Padang Terap yang dibuka sejak jam 2 tengah hari semalam mencatatkan 51 mangsa daripada 19 keluarga setakat ini.

Dalam pada itu, berdasarkan maklumat Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), empat sungai di negeri ini mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya.

Sungai itu adalah Sungai Padang Terap di Kepala Batas dan Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di daerah Kubang Pasu, Sungai Anak Bukit di Taman Aman di daerah Kota Setar, manakala satu lagi Sungai Perik di Kampung Perik di daerah Padang Terap.

Semua sungai berkenaan menunjukkan trend air menaik setakat ini.- MalaysiaGazette


HUJAN TURUN

LAGI

AMIN

BULAN 12

MACAM MANA?

MUSIM HUJAN

AKAN SAMPAI

AMIN

KHALAS

SAPA DIA PEDOFIL


SAPA DIA

PEDOFIL ? 

JENG JENG JENG

AMIN

Pedofilia (pedofilia dieja secara alternatif) ialah gangguan psikiatri di mana seorang dewasa atau remaja yang lebih tua mengalami tarikan seksual utama atau eksklusif kepada kanak-kanak praremaja.

Walaupun kanak-kanak perempuan biasanya memulakan proses akil baligh pada umur 10 atau 11 tahun, dan kanak-kanak lelaki pada umur 11 atau 12 tahun, kriteria diagnostik psikiatri untuk pedofilia memanjangkan titik terputus untuk pra-remaja hingga umur 13 tahun.

Orang yang mengalami gangguan ini sering dirujuk sebagai pedofil (atau pedofil)


 

YAMAM MEMBALAS KEMATIAN HASSAN NASRALLAH


YAMAN MEMBALAS

KEMATIAN

HASSAN 

NASRALLAH 

AMIN

DARI MAPIM


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia  



 Siaran Akhbar
 29 September 2024

 PEMBUNUHAN HASAN NASRULLAH DAN 600 LUBIN - ISRAEL ADALAH PAKSI JAHAT.

 Kami mengecam pembunuhan pemimpin Hizbullah Hasan Nasrullah oleh serangan udara Israel baru-baru ini.

 Takziah diucapkan kepada keluarga as syahid Nasrullah dan pejuang Hizbullah.  Semoga rohnya dicucuri rahmat untuk menyertai kafilah syuhada mendapat ganjaran yang tertinggi dari Yang Maha Esa.  Kepimpinannya untuk mengatur satu kekuatan yang perlu diperhitungkan dalam menentang negara pengganas Israel akan memberi inspirasi kepada semua mujahidin dalam mengejar keadilan dan pembebasan untuk rakyat Palestin yang tertindas dan menamatkan penjajahan.

 Ini adalah satu lagi peningkatan perang jenayah Israel untuk memusnahkan gerakan penentangan terhadap pendudukan di Palestin.

 Pembunuhan pemimpin gerakan penentangan akan menamatkan sebarang kemungkinan rundingan untuk gencatan senjata.  AS telah membenarkan setiap operasi ketenteraan untuk membunuh pemimpin Hamas dan Hizbullah.  Ia telah menyokong, mempersenjatai dan membiayai keseluruhan pencerobohan, menyembelih lebih 41,000 di Gaza, 700 di Tebing Barat dan 600 di Lubnan dalam kempen ketenteraan paling kejam di negara pengganas Israel.

 Keangkuhan dan sekumpulan pembohongan Netanyahu yang dimuntahkannya di hadapan UNGA mendedahkan rancangan jahatnya untuk meregangkan pencerobohan menjadi perang serantau.  Matlamat "kemenangan total" beliau adalah untuk membunuh dan terus memusnahkan serta menguasai sepenuhnya di rantau ini tanpa menghiraukan undang-undang antarabangsa sepenuhnya.

 AS telah memberikan impunitas penuh kepada Israel sambil mempersenjatainya untuk meneruskan operasi ketenteraan kejam yang tidak berperikemanusiaan di Palestin dan kini di Lubnan.

 Kami mengutuk sekeras-kerasnya keasyikan Israel dengan jenayah genosid serantaunya.  Kami menyeru tindak balas tanpa kompromi daripada masyarakat dunia untuk menghentikan kegilaan Israel terhadap pembunuhan besar-besaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini di rantau ini.

 PBB tidak boleh meneruskan ketiadaan tindakannya dan mesti meminta campur tangan tentera dengan mengerahkan pasukan pengaman dengan segera di Gaza dan Tebing Barat.

 Pembunuhan Hasan Nasrullah dan sebelum ini barisan pemimpin Hamas yang lain, tidak akan melemahkan semangat juang para pejuang.

 Sebarang serangan darat oleh Israel di Lubnan akan menyebabkan rantau itu menjadi perang besar-besaran dalam skala yang tidak akan dapat melihat sebarang rundingan untuk gencatan senjata.

 Kami menyeru tindakan konkrit segera oleh negara-negara Islam untuk bersatu menentang Israel, paksi kejahatan.

 Mohd Azmi Abdul Hamid
 Presiden MAPIM


 

CUN BERGETAH SAMPAI KE TUA



Nenek 80 tahun antara finalis pertandingan Miss Universe Korea


SEOUL: Seorang nenek berusia 80 tahun bukan saja cantik, tetapi berpeluang dinobatkan sebagai Miss Universe Korea.

Choi Soon-hwa yang sebelum seorang model fesyen, adalah wanita tertua yang mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik itu.

Walaupun rambut beruban, kulit kendur dan matanya sudah mempunyai kedutan, tetap kelihatan awet muda hingga beliau antara yang dinobatkan sebagai finalis dalam pertandingan kebangsaan pada awal bulan ini, bersaing dengan wanita muda mungkin seusia cucunya untuk mengejar gelaran ratu cantik.

Jika beliau berhasil menewaskan 31 finalis lain pada Isnin ini, beliau akan memenangi peluang mewakili Korea Selatan pada pertandingan Miss Universe ke-73 di Mexico City pada 16 November depan, sekali gus menjadikannya peserta tertua dalam sejarah pertandingan antarabangsa itu.

Ketika ditemu bual CNN, beliau tampak cukup bersemangat membuang tanggapan stereotaip mengenai penuaan dan menyatakan mahu membuat 'kejutan' pada dunia.

"Saya mahu membuktikan bagaimana seorang wanita berusia 80 tahun masih sihat," katanya yang turut berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain dengan menunjukkan bahawa usia tua tidak menghalang seseorang dapat mengekalkan kesihatan dan kecergasan, lapor CNN hari ini.

Pertubuhan Miss Universe baru-baru ini menaikkan had umur peserta yang sebelum ini ditetapkan pada usia 28 tahun, sekali gus membolehkan Soon-hwa menyertainya.

"Sekarang sekatan umur ditarik balik, saya harus mengambil bahagian menyertainya," katanya.

Walaupun ia pertandingan pertamanya, Soon-hwa menemui kerjaya baharu sebagai model pada usia 70-an.

Selepas bersara daripada pekerjaannya dan menghadapi masalah kewangan, beliau kembali bekerja sebagai penjaga hospital ketika berusia 50-an.

Katanya, salah seorang pesakitnya memberi galakan kepadanya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang peragaan sekiranya memekarkan kembali impian lamanya.

"Saya fikir ia satu perkara karut," katanya namun cadangan itu membangkitkan impian masa kecilnya.

Beliau mula menjadi model pada usia 72 tahun, akhirnya membuat penampilan sulungnya di Minggu Fesyen Seoul pada usia 74 pada 2018 dan muncul dalam majalah utama seperti Harper's Bazaar dan Elle.

"Menjadi model seperti membuka pintu kepada laluan baharu untuk saya," katanya.

Soon-hwa, akan berusia 81 tahun pada bulan depan dan mempunyai tiga cucu, berkata keluarganya cukup memberi sokongan mengenai apa dilakukannya.

"Anak lelaki saya berkata dia bangga dengan saya. Cucu-cucu juga kagum, menyatakan saya seorang nenek yang hebat," katanya.

Dalam pertandingan Miss Universe Korea 2024, yang mengeluarkan segmen baju renang, Soon-hwa akan menyanyikan sebuah lagu dengan peserta lain mempamerkan bakat seperti menari atau berjalan dengan 'hanbok' iaitu pakaian tradisional Korea.

Mengimbas kembali pertandingan itu, Soon-hwa berkata, kelihatan cantik pada luaran penting, tetapi. anda perlu menjadi seorang yang berfikiran positif.

"Ramai orang negatif hari ini," katanya yang percaya pengalaman peragaannya akan memberi kelebihan kepadanya, terutama dalam menguasai pentas peragaan.

Beliau teruja dengan peluang mewakili Korea Selatan di luar negara, satu impian yang sudah diidam-idamkan.

"Saya selalu bermimpi untuk naik ke pentas di luar negara... saya sudah bersedia!" katanya sambil berkongsi Jepun satu-satunya negara yang telah dilawatinya setakat ini. - AGENSI

CUN BERGETAH

SAMPAI KE TUA

AMIN

APA RAHSIA

NENEK INI ?

AMIN

KHALAS

NURUL DAN WAN AZIZAH WAJIB TONTON


NURUL IZZAH

WAN AZIZAH WAJIB

TONTON KLIP INI

AMIN 

SAMAN JANGAN TAK SAMAN


SAMAN JANGAN

TAK SAMAN

KHALAS 

Unknown commented on
 "MADANI KERAJAAN GAGAL !!!!"

persoalannya anwar ni prihatinkah kpd rakyat jelata yg jelas org awam biasa ,oku & sebagainya atau anwar reformasi ni nampaknya lebih nampak ke arah penonjolan diri sendiri sja rakyat mesti bijak menilai hendak nya

HARAMKAN BLOOMBERG SEGERA !!!



FAHMI FADIL

WAJIB HARAMKAN

BLOOMBERG

HARI INI

KAH KAH KAH

AMIN 

Unknown commented on
 "BLOOMBERG FITNAH ANWAR
 SEKALI LAGI ?"

adakah Anwar akan nafi & saman rakyat menunggu atau tunggu tunggu sja kahkahkah


Unknown commented on 
"INI BERITA 
DARI BLOOMBERG"

Saman la kalau berita ni tak sahih. Apa tunggu lagi

HUJAN


HUJAN


AHAD 29 SEPTEMBER 2024
SABTU DI KUALA LUMPUR
PAGI PANAS
TENGAH HARI HUJAN
LEPAS TU PANAS
LEPAS TU RIBUT
LEPAS TU HUJAN
CERAH KERING BALIK
INI WATAK CUACA BARU
IKLIM BERUBAH

DI KEDAH HUJAN 
BANJIR SAMPAI
DI KL BANJIR KILAT
WILAYAH KAWASAN RENDAH
SEPERTI TAMAN SERI MUDA
HUJAN TURUN  AKAN BANJIR

KITA MASIH BERLUM BERSEDIA
MENGHADAPI PERUBAHAN IKLIM
MALAH INI DI AKUI
OLEH PIHAK BERWAJIB
APA YANG JELAS
WILAYAH KAWASAN
YANG DULU TAK PERNAH BANJIR
KINI DILANGGAR BANJIR

BULAN OKTOBER
BULAN NOVEMBER
DAN BULAN 12 
ADALAH MUSIM HUJAN
TAHUN INI MACAM  MANA?
JENG JENG JENG

AMERIKA
TAUFAN HELENE
DI BAHAGIAN TIMUR AMERIKA
BANJIR BESAR
44  TERKORBAN
BERJUTA TANPA LETERIK

KOREA SELATAN
SEORANG NENEK 80 TAHUN
MENANG RATU CANTIK
PERTANDINGA MISS UNIVERSE
KOREA SELATAN

AMERIKA
TRUMP AKAN DAKWA GOOGLE
JIKA DIA JADI PRESIDEN
KERANA  GOOGLE
TIDAK BERLAKU ADIL
LAPORAN BERAT SEBELAH
MEMIHAK KEPADA
KAMALA HARISS

AUSTRIA
PRU DI AUSTRIA 
SABTU HARI INI
DI RAMAL  FREEDOM PARTY
BERGARIS KANAN
ANTI PENDATANG
AKAN MENANG BESAR

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR KERING
PETANG KEMARIN UJAN LEBAT
MATA HARI DAH  MUNCUL
LANGIT CANTIK BIRU
KL & KL SENTRAL BERKABUS NIPIS

DI BUKIT KIRI KANAN
SUARA TERKUKUR
DI BAWAH ARA
CHEEP CHEEP CHEEP
BERSUARA DARI ATAS BATU NISAN

HARI INI AKAN PANAS
TAK TAK DAH MENJALAR
BERJEMUR
DI BALKONI
PETANG MUNGKIN HUJAN
DAN MALAM SEJUK SANTAI

BRO 
SENYUM
SENYUM
DI PAGI AHAD

BRO
HIASAN INDAH DAUN GELUGUR
SINGKAT SERATA JAMBATAN SEBERANG
HASSAN NASARALLAH TELAH GUGUR
ANGKAT SENJATA TERUSKAN PERANG
AMIN

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERKABUNG