Isnin, 30 September 2024

SUMPAH DAN JANJI TAK BERGUNA !!!


SUMPAH JANJI

CAKAP TAK GUNA

AMIN

DUNIA MAHU LIHAT

AKSI BESAR

SERANG ISRAEL

KHALAS

APA KATA BAKAL PRESIDEN INDONESIA !!!


SILA DENGAR

BAIK BAIK 

APA KATA BAKAL

PRESIDEN INDONESIA

AMIN

JANTAN YAHUDI - APAKAH INI TEATER ?


KITA SEMUA TUNGGU

APAKAH INI TEATER ?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

KES JANTAN YAHUDI


Perbicaraan kes warga Israel perdagang senjata api dan peluru bermula Januari 2025

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini menetapkan perbicaraan kes warga Israel, Avitan Shalom berkaitan tuduhan perdagang enam pistol dan memiliki 158 peluru bermula Januari tahun depan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Norina Zainol Abidin menetapkan perbicaraan akan bermula pada 6 Januari selama empat hari sehingga 9 Januari sebelum disambung pada 14 hingga 16 dan 20 hingga 23 Januari.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam dan Rullizah Abdul Majid yang mengendalikan pendakwaan memberitahu mahkamah pihak pendakwaan akan mengemukakan 30 saksi.

Ditanya oleh mahkamah sama ada pendakwaan sudah menyediakan kenyataan saksi, Mohammad Mustafa berkata, pihaknya dalam proses menyiapkan dan akan menyediakan semua kenyataan saksi itu.

Mei lalu, Avitan, 38 yang diwakili peguam Sreekant Pillai dan Jeffrey Ooi mengaku tidak bersalah di mahkamah sama, atas tuduhan pindaan memperdagang enam pucuk pistol pelbagai jenis dan memiliki 200 peluru di sebuah hotel di ibu negara, Mac lalu.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Shalom didakwa memperdagang enam jenis pistol antara jam 6.46 petang, 26 Mac dan 6 petang, 28 Mac lalu di Hotel Four Seasons, Jalan Ampang di sini.

Enam pistol berkenaan adalah Glock 19 USA 9x 19 (sebelum ini 9x 10), Sig Sauer P3205P, Cougar 8000FT, Glock 17 Gen4 Austria 9×19, M&P (sebelum ini N&P), 9C Smith & Wesson Springfield MA USA dan Stoeger Cougar 8000F (pindaan pada nombor siri).

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan sebat tidak kurang enam kali.

Bagi pertuduhan pindaan kedua membabitkan pertambahan bilangan peluru, pada masa, tarikh dan tempat sama.

Shalom didakwa memiliki satu kotak Shell Shock NAS3 9mm mengandungi lapan butir peluru, tiga kotak Bullet Master Co Ltd yang masing-masing mengandungi 50 butir peluru, 16 butir peluru yang berada di dalam senjata api Glock 17, 11 butir peluru yang berada di dalam senjata api, M&P 9C Smith & Wesson dan 15 butir peluru dalam senjata api, Stoeger Cougar 8000F.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-dua sekali.

INI KES PELIK

LAGI MELIK

JENG JENG JENG

KITA TELITI APA

AKAN TERJADI

JENG JENG JENG

ZIONIS BERSARANG

SAPA AJEN ZIONIS

AMIN

KHALAS

APA JADI DENGAN KES INI ? KES PELIK JANTAN YAHUDI !!!



Tutup kes beli senjata warga Israel, dua pegawai kanan Bukit Aman didakwa


KUALA LUMPUR: Dua pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisioner dan Deputi Superintendan didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM1.25 juta untuk menutup kes jenayah ahli perniagaan berkaitan pembelian senjata api oleh warga Israel.

Bagaimanapun, Ketua Penolong Pengarah Siasatan Perakaunan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Chin Khiam Kong, 54, dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency JSJK Bukit Aman, Deputi Superintendan Suhairon Abdullah, 42, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Hakim, Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Khiam Kong dan Suhairon didakwa sebagai pegawai badan awam secara bersama bersetuju dan menerima wang suapan RM1 juta daripada Khoo Zixian, 28, sebagai dorongan membantu menutup siasatan kes jenayah lelaki berkenaan.

Khiam Kong juga berdepan tuduhan bersetuju dan menerima suapan RM250,000 daripada individu itu bagi menutup siasatan kes komersial.

Kesalahan didakwa dilakukan di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini, pada 8, 18 dan 19 April lalu, mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694).

Ia dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta SPRM 2009 yang membawa kepada pemenjaraan tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi jika disabit kesalahan.

Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya, Syed Faisal Syed Amir, mencadangkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

"Syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah. Kesalahan dilakukan kedua-dua tertuduh adalah serius dan membabitkan amaun lebih RM1 juta.

"Saya percaya cadangan jaminan dan syarat pasport adalah munasabah," katanya.

Namun, peguam bela Khiam Kong, Jacky Loi Yap Loong, memohon anak guam dikenakan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin tanpa sebarang syarat tambahan serahan pasport.

"Anak guam yang sudah berkhidmat selama 29 tahun dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai empat anak berusia 18, 23, 25 dan 27 tahun.

"Anak berusia 18 tahun itu masih belajar dan saya dimaklumkan anak guam bakal menghadiri sesi perjumpaan dengan ibu bapa di luar negara pada hujung Jun ini.

"Tiada sebarang bukti dan kenyataan dikemuka pihak pendakwaan bahawa anak guam akan menghilangkan diri jika tidak menyerahkan pasport, malah syarat melaporkan diri di balai polis boleh diganti dengan serahan pasport," katanya.

Peguam bela Suhairon, Ridha Abdah Subri, pula mencadangkan jaminan RM15,000 dengan dua penjamin terhadap anak guamnya.

"Anak guam sudah berkhidmat lebih 20 tahun dengan PDRM dan memberi kerjasama sepanjang siasatan. Tiada sebab untuk melarikan diri kerana isteri, anak dan keluarga terdekat berada di Malaysia.

"Isteri Suhairon tidak bekerja, manakala empat anak mereka masih bersekolah dengan yang bongsu berusia tujuh tahun. Anak guam juga perlu menanggung ibu bapa berusia 80 tahun yang dalam keadaan uzur di kampung.

"Keluarga hanya mampu mengumpul RM15,000 dan percaya amaun itu adalah selari serta konsisten untuk memastikan kehadiran di mahkamah," katanya.

Hakim kemudian membenarkan jaminan RM40,000 dengan seorang atau dua penjamin kepada setiap tertuduh, selain syarat tambahan seperti dicadangkan pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Julai ini.

APA JADI

DENGAN KES INI

JENG JENG JENG

JANTAN YAHUDI

DALAM LOKAP

SAPA BUAT DEAL

UNTUK 

RASUAH POLIS?

JENG JENG JENG

SAPA KHOO ZIXIAN?

ADAKAH AJEN

YAHUDI ?

AMIN 

KHALAS

AWAS !!! PERANG DUNIA KE TIGA




Pentagon perkasa sokongan udara, siap siaga hantar tentera ke Asia Barat


WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) berkata pihaknya sudah meningkatkan keupayaan sokongan udara dan meletakkan tenteranya pada tahap kesediaan tinggi untuk dihantar ke Asia Barat.

Pada masa sama, AS memberi amaran kepada Iran supaya tidak 'bertindak keterlaluan' dan perbesarkan konflik serantau susulan serangan Israel di Gaza, Tebing Barat, Lubnan dan yang terbaharu, Yaman.

Pengumuman itu dibuat dua hari selepas Presiden Joe Biden mengarahkan Pentagon menyelaras penyesuaian semula kedudukan pasukan tentera AS di Asia Barat, terutama selepas pembunuhan pemimpin Hizbullah yang disokong Iran, Hassan Nasrallah.

Jurucakap Pentagon, Mejar Jeneral Patrick Ryder, dalam satu kenyataan, berkata AS berazam untuk menghalang Iran, rakan kongsi dan proksi yang disokong Iran daripada mengeksploitasi keadaan atau meluaskan konflik.

Beliau juga mengingatkan bahawa jika Iran atau kumpulan Tehran 'menggunakan kesempatan itu untuk menyasarkan kakitangan atau kepentingan AS di rantau itu, AS akan mengambil setiap langkah yang perlu untuk mempertahankan rakyatnya'.

Kenyataan Pentagon tidak banyak mendedahkan mengenai saiz atau skop penempatan udara baharu, dengan hanya mengatakan, 'kami akan memperkukuh lagi keupayaan sokongan udara pertahanan kami pada hari mendatang'.

Israel menyerang lebih banyak sasaran di Lubnan sejak Ahad, menekan Hizbullah dengan serangan baharu selepas pembunuhan Nasrallah dan beberapa komander tertinggi pergerakan itu, dalam kempen ketenteraan yang semakin sengit.

Serangan itu memberikan tamparan hebat kepada Hizbullah selepas hampir setahun berbalas tembakan merentas sempadan, mengorbankan sebahagian besar kepimpinannya dan mendedahkan kelemahan ketara dalam keselamatan.

Pada masa sama, ia juga menimbulkan persoalan mengenai matlamat Washington yang mengisytiharkan secara terbuka untuk membendung konflik dan melindungi kakitangan AS di seluruh Asia Barat.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, John Kirby, pada Ahad berkata, AS sedang memerhati bagi melihat apa yang dilakukan Hizbullah untuk cuba mengisi kekosongan kepimpinannya, dan terus bercakap dengan Israel mengenai langkah seterusnya.

Jabatan Negara AS masih belum mengarahkan pemindahan keluar warga AS dari Lubnan.

Namun, minggu lalu, pegawai AS memberitahu Reuters, Pentagon menghantar puluhan lagi tentera tambahan ke Cyprus untuk membantu tentera bersedia menghadapi sebarang senario termasuk pemindahan rakyat AS dari Lubnan. - REUTERS

RIAK RIAK

TANDA TANDA

MAKIN JELAS

AMIN

KITA MENUJU 

PERANG DUNIA KE3

AMIN

KALAU BOM

NUKLAER MELEDAK

KITA SEMUA HANCUR

AMIN

YANG MATI

AKAN SELAMAT

AMIN

SAPA TAK MATI

AKAN MERANA

KHALAS

BERKABUNG TANDA BERSETIA KAWAN DENGAN HIZBULLAH


KITA 

BERSETIA KAWAN

APA YANG KITA

MAMPU BUAT

AMIN

Fendy commented on 
"BERKABUNG"
Gua berkecubung ajeee..hahaha

Unknown commented on
 "BERKABUNG"
hari2 gau pakai hitam tapi gua tak berkabong

Unknown commented on 
"BERKABUNG"
Takda demo bani Malaysia Di kedutaan amerika ke umat islam pembunuhan hassan nasrallah

Unknown commented on 
"BERKABUNG"
Engkau kabung, engkau tidak mandi tiga hari kah, engkau tak makan tiga hari pun tak jadi apa-apa, semuanya otak fikiran kuno, sekadar sembang sedap dengar tetapi NATO belaka, mana pejuang ketua pemuda pejuang bangsa pejuang agama semuanya senyap menyap terus bantuan sudah masuk kah kah kah kalau poket penuh selut merata orang tidak kisah kalau tidak kena batang hidung sendiri, apapun Bangla masih terbaik

SAMAN JANGAN TAK SAMAN


SAMAN JANGAN

TAK SAMAN

AMIN

Unknown commented on 

"ANWAR DIFITNAH LAGI !!!"


makin sebut nak saman makin banyak pula orang yang nak kena saman.

makin panjang senarai makin banyak repot kena buat kena bagi kena

sedia banyak saksi.

apa lah nasib 33 juta rakyat malaysia. dapat pemimpin yang bukan nak fikir masalah rakyat, nak bangun majukan ekonomi negara.

tapi asyik fikir nak saman itu nak saman ini.

sila pergi melingkup.

JANGAN SEBAR FITNAH


JANGAN SEBAR

FITNAH

AMIN

LEMBU BUKAN

TASTE ANWAR

KHALAS

Unknown commented on 
"ANWAR DIFITNAH
 DAN DIHINA LAGI"

Siot la.. selalu kluar berita, kes tala ponggong kambing je… itu pun kembang tekak dengar.. dia nie selera musti nak lagi liar… lembu tu.. kena panjat kerusi tu... hahahah cilake.. dia ckp mcm tu, tak takut hilang undi paripariah ke…







AL- FATIHAH



Jenazah Hassan Nasrallah sudah ditemui

BEIRUT: Jenazah Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah, yang terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Beirut, sudah ditemui, menurut sumber yang rapat dengan pergerakan itu kepada AFP, semalam.

"Jenazahnya ditemui pada Sabtu dan sudah dikafankan semalam (Ahad) selepas dimandikan," kata sumber itu, yang enggan dikenali.

Di Iran, pemimpin kanan meratapi kematian seorang anggota kanan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) yang terbunuh bersama Nasrallah, dan Tehran menggesa mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) diadakan berhubung tindakan Israel.

Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, telah dipindahkan ke lokasi yang selamat di Iran selepas pembunuhan Nasrallah, menurut sumber kepada Reuters.

Jasad Nasrallah dilaporkan ditemui dalam keadaan utuh di lokasi serangan pada Jumaat, menurut sumber perubatan dan sumber keselamatan kepada Reuters. Hizbullah belum mengumumkan bila pengebumiannya akan diadakan.

Sebelum kematiannya pada Jumaat lalu, ketika jet Israel menyerang kubu kuat Hizbullah di selatan ibu negara Lebanon, Nasrallah dianggap sebagai orang paling berkuasa di negara itu.

Selama lebih tiga dekad, beliau mengetuai gerakan yang disokong oleh Iran yang juga musuh ketat Israel.

Seorang Senator di Amerika Syarikat (AS), Mark Kelly, berkata bom yang Israel gunakan untuk membunuh Nasrallah adalah buatan senjata berpandu buatan AS seberat 2,000 paun (900 kilogram).

Serangan udara Jumaat lalu juga membunuh komander tertinggi kumpulan itu, Ali Karake, di selatan Lubnan, kata Hizbullah semalam.

Pergerakan itu bagaimanapun, tidak menamakan orang lain yang meninggal dunia bersama Nasrallah dan Karake.

Bagaimanapun, tentera Israel berkata, bahawa 'lebih 20 pemimpin lain daripada pelbagai pangkat' turut terkorban dalam serangan itu.

Pihak berkuasa di Lubnan memberikan angka sementara enam kematian, tetapi memandangkan skala kemusnahan yang berlaku, jumlah kematian dijangka lebih tinggi.

Pinggir selatan Beirut dan selatan serta timur Lubnan telah menjadi sasaran pengeboman hebat Israel sejak Isnin, dengan Kementerian Kesihatan negara itu melaporkan lebih 1,000 orang terbunuh, 6,000 cedera dan ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal. - AGENSI

AL- FATIHAH



ANWAR DIFITNAH LAGI !!!


ANWAR IBRAHIM

DIFITNAH LAGI !!!

KAH KAH KAH

AMIN

SAMAN TERUS SAMAN


SAMAN 

TERUS SAMAN

AMIN

Unknown commented on 
"SAMAN JANGAN 
TAK SAMAN"

cepat saman biar Bloomberg tau langit and bumi & sapa dia banduan terhormat kahkahkah

BERKABUNG


GUNA HITAM

TANDA BERKABUNG

KHALAS

Unknown commented on 
"TUKAR TIUB BERKABUNG
 TIGA HARI"

macam mana cara lu berkabong

SAMAN


SAMAN

SENIN 30 SEPTEMBER 2024
SAMAN JANGAN TAK SAMAN
JIKA KENA FITNAH
UNTUK BUKTIKAN IANYA FITNAH
MAKA WAJIB SAMAN

AJENSI BERITA BLOOMBERG
MENULIS TENTANG  ANWAR
ARAH SPRM 
JANGAN SIASAT KES FARHASH
ENTAH BETUL ENTAH TIDAK

MAKA
HANYA DENGAN SAMAN
DAPAT DIBUKTIKAN
SALAH BENAR
DI MAHKAMAH

KALAU TAK SAMAN
MAKA LAPORAN BLOOMBERG
ADALAH BENAR
KALAU TAK BENAR
MENGAPA TAK BERANI SAMAN
KAH KAH KAH

ISRAEL
KAPAL TERBANG ZIONIS
BOM YAMAN
32 GUGUR
AL-FATIHAH

AUSTRIA
FREEDOM PARTY MUNCUL
PEMENANG UTAMA
DALAM PRU AUSTRIA
INI PARTI GARIS KANAN
ANTI PENDATANG

INDONESIA
13 MAUT AKIBAT
TANAH RUNTUH
DI LUMBONG HARAM
DI SUMATERA

PAKISTAN
 TEMBAKAN GAS
BERLAKU APABILA
RAKYAT PAKISTAN MAHU
BERDEMO DEPAN
KEDUTAAN AMERIKA
UNTUK KUTUK AMERIKA
ATAS KEMATIAN HASSAN NASRALLH

HOKKIEN
PAGI INI CERAH KERING SEGAR
MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA LEMBUT
DI PINTU MASUK
KEDENGARAN SUARA  TERKUKUR

LANGIT BIRU INDAH
BERAWAN PUTIH

DI HADAPAN POKOK ARA
WARGA HOKKIEN MENYALAK
PAGI INI HANYA SEORANG
TAPI SUDAH CUKUP
UNTUK MEMBINGAR HOKKIEN

JALAN PULANG
DI BELUKAR TEPI PAGAR
TERNAMPAK 3 EKOR
GUA ULANG
TIGA EKOR JANTAN
WOW 
CANTIK SUNGGUH
MASIH MUDA
MUNGKIN ADIK BERADIK

HARI INI AKAN PANAS
KALAU PETANG HUJAN
MALAM SENIN JADI SEJUK

BRO
SENYUM
SENYUM PAGI SENIN

BRO
BADAK BUKAN SEBARANG BADAK
BADAK BERSUMBU HUJUNG RUNCING
BUDAK BUKAN SEBARANG BUDAK
BADAK BIK MAMA  KUAT KENCING
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA