Rabu, 16 Oktober 2024

SHAMSUL YANG JUJUR DISERANG PEMIMPIN PKR


SHAMSUL YG JUJUR

KINI DISERANG OLEH

PEMIMPIN PKR

AMIN

SHAMSUL ISKANDAR PATUT JADI MENTERI


Shamsul patut dibalas setimpal dengan Farhash, kata bekas menteri selepas pendedahan arahan Anwar malam PRU15

Pendedahan bekas ahli Parlimen PKR Shamsul Iskandar Md Akin bahawa beliau diarahkan presiden parti Anwar Ibrahim pada pilihan raya umum lalu supaya tidak menuntut pengiraan semula kertas undi di Bagan Datuk - di mana beliau dilihat mengatasi Ahmad Zahid Hamidi sebelum presiden Umno itu diisytiharkan pemenang dengan majoriti tipis - merupakan dakwaan yang serius, kata bekas menteri Zaid Ibrahim.

Zaid, yang juga pernah menjadi ahli PKR, mempersoalkan sama ada Anwar dan pemimpin lain parti itu akan bangkit mempertahankan Shamsul selepas dia diserang pemimpin Umno, termasuk anak Zahid Nurulhidayah Ahmad Zahid.

"Saya nak tahu siapa dalam PKR yang akan menyokong hak Shamsul mendedahkan perkara ini, atau adakah mereka akan kutuk dia?" kata Zaid dalam rancangan podcastnya.

"PMX mengarah calon parti sendiri tidak meneruskan proses perkiraan semula. Ia mungkin membolehkan calon parti dia menang, tapi dia sanggup berhenti. Itu satu pendedahan yang serius."

Dalam temu bual bersama sebuah podcast baru-baru ini, Shamsul, yang kini setiausaha politik kanan Anwar, menceritakan bagaimana pemimpin PKR itu memanggilnya pada malam pilihan raya dan mengarahkannya tidak menuntut pengiraan semula kertas undi di Bagan Datuk, sambil menyifatkan sebagai pelik apabila proses pengiraan di Bagan Datuk masih belum muktamad sehingga lewat malam.

Ia membawa kepada Zahid diisytiharkan sebagai pemenang dengan hanya 348 undi.

Shamsul berkata beliau ketika itu bersemangat untuk meneruskan perjuangan dan mahu menuntut pengiraan semula kertas undi disebabkan terdapat hampir 800 undi rosak.

Bagaimanapun, Shamsul berkata Anwar tidak mengambil pendirian yang sama.

"Dia (Anwar) telefon, dia kata, 'Okay saya kagum dengan anda punya kerja kuat di Bagan Datuk dan sebagainya. Tapi Sam, kita nak tubuh kerajaan. Zahid telah pun keluar surat tandatangan untuk menubuhkan kerajaan'," kata Shamsul dalam podcast "Apa Cerita".

Shamsul berkata beliau menerima kekalahan tipisnya di Bagan Datuk kerana mahu meletakkan parti mengatasi dirinya.

"Macam saya sebutkan tadi, dalam peperangan tak boleh ada dua general. Arahan jeneral, ikut.

"Mestilah sedih. Kita dah kerja kuat dan beri segala-galanya. Kita mahu meraih kemenangan peribadi kita, betul tak?" tambahnya.

Zahid memainkan peranan penting memastikan Anwar dapat memenuhi cita-citanya menjadi perdana menteri dengan membawa 30 ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong pemimpin PKR itu selepas keputusan tergantung pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu (PRU15).

Shamsul diserang Nurulhidayah, yang menyifatkan kenyataannya "bodoh" dan perbuatan "halusinasi", manakala ahli Majlis Tertinggi Umno, Azalina Othman Said menegurnya kerana mempersoalkan kemenangan Zahid.

"Shamsul seharusnya berjiwa besar dengan menerima keputusan tersebut dan menggunakan saluran Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengemukakan bantahan sebagai gambaran komitmen terhadap integriti dan profesionalisme politik," kata Azalina.

'Mengapa cuma jawatan setpol?'

Zaid berkata jika benar Shamsul melakukan pengorbanan peribadi sedemikian dengan tidak menuntut pengiraan semula yang boleh membawa kepada kemenangannya, Anwar sepatutnya membalas jasa beliau.

Menurutnya, Shamsul berhak mendapat layanan sama dengan bekas setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador, yang dilantik sebagai pengerusi 7-Eleven Malaysia Holdings milik taikun Vincent Tan, di samping saham dan kepentingan dalam beberapa syarikat.

Pelantikan Farhash itu berlaku hanya lima minggu selepas Anwar dilantik perdana menteri menteri.

Zaid mengingatkan, sedangkan Dr Mahathir Mohamad pernah melantik Shamsul sebagai timbalan menteri di bawah kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

Beliau menyifatkan jawatan setiausaha politik disandang Shamsul kini tidak dianggap hebat di Malaysia.

Beliau turut membandingkan nasib Shamsul dengan Saifuddin Nasution Ismail, yang diberikan jawatan menteri dalam negeri walaupun tewas.

"Kalau saya jadi perdana menteri, saya akan hadiahkan kawan saya (yang) banyak jasa.

"Kalau jawatan (dalam kerajaan) jadi menteri lah sebab dia dulu timbalan menteri.

"Kalau Dr Mahathir sanggup lantik dia (jadi) timbalan menteri, takkanlah presiden PKR sendiri tak nak ambil jadi menteri? Parti dia sendiri. Itu tak betul tu," kata Zaid.

Pendedahan Shamsul itu mengesahkan pelbagai laporan mengenai pakatan sulit antara Anwar dan Zahid lama sebelum PRU15.

Malah dua minggu sebelum PRU15, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainuddin berkata Anwar sengaja meletakkan Shamsul untuk melawan Zahid kerana mahu menamatkan karier Shamsul yang dilihat "orang Azmin", merujuk kepada bekas presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang dipecat pada 2020.

Zahid pada Oktober 2020 pernah menghantar surat kepada Istana Negara bagi menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri, dalam usaha menjatuhkan kerajaan Muhyiddin Yassin di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Pada April 2021, rakaman perbualan telefon bocor antara Anwar dan Zahid membongkar pakatan mereka untuk memastikan perwakilan Umno di Perhimpunan Agung Umno waktu itu bersetuju dengan usul memutuskan hubungan dengan Bersatu.

Ia dilihat bercanggah dengan keputusan Majlis Tertinggi Umno untuk tidak bekerjasama dengan Anwar dan DAP dalam mana-mana pakatan politik akan datang.

WOIT

BETULAH

SAM YANG BERJASA

PATUT JADI MENTERI

AMIN

DIA BERKORBAN

UNTUK ZAHID BEBAS

DARI 47 TUDUHAN

KAH KAH KAH

AMIN

PINTU NEGARA TERGADAI PADA ZIONIS ISRAEL



Jual saham MAHB kepada BlackRock bukan sahaja bantu jenayah Israel, orang Melayu akan rugi, kata Bersatu


Di bawah pelan diumumkan Putrajaya, Global Infrastructure Partners (GIP) milik BlackRock akan membeli 30% kepentingan dalam konsortium untuk menguruskan MAHB bersama-sama Khazanah dan KWSP, dua entiti di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan diterajui Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ia mencetuskan bantahan disebabkan reputasi BlackRock yang  memperkasakan ekonomi Israel dan pelaburannya yang meluas dalam industri senjata AS, di samping keperluan kerajaan membawa masuk entiti asing memiliki kepentingan MAHB yang mencatatkan keuntungan bersih lebih setengah bilion ringgit tahun lepas.

Pada Julai lalu, Wan Fayhsal yang merupakan antara pemimpin PN yang paling lantang membantah rancangan itu digantung enam bulan daripada menghadiri Dewan Rakyat.

Tindakan itu dibuat berdasarkan ucapan beliau di Dewan Rakyat pada 1 Julai, di mana Wan Fayhsal merujuk kiriman tular yang menamakan seorang pegawai KWSP sebagai dalang perjanjian menjual saham MAHB kepada GIP.

Wan Fayhsal hari ini berkata PN bersedia membentangkan "counter proposal" (cadangan balas) di Dewan Rakyat dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara berhubung perkara itu. 

"Kita sudah buat analisis teknikal tentang penjualan harga saham ini. Kita boleh bagi 'counter argument' kepada apa yang kerajaan Malaysia sedang buat, apa yang Khazanah sedang tawarkan, apa yang KWSP sedang izinkan dan apa yang perdana menteri biarkan. 

"(Ini) sebenarnya merugikan orang-orang Melayu Islam dan rakyat Malaysia," katanya sambil menambah cadangan balas itu turut mengandungi analisis yang lebih baik untuk bantu meningkatkan pendapatan MAHB melalui lapangan-lapangan terbang dalam negara. 

Jelas Wan Fayhsal lagi, tindakan menjual saham MAHB tidak perlu kerana entiti itu tidak mengalami kerugian bahkan kini memiliki pegangan tunai sebanyak hampir RM2 bilion. 

Tahun lepas, MAHB mencatatkan keuntungan lebih setengah bilion iaitu RM534 juta dan dalam tempoh enam bulan tahun ini syarikat itu sudah menjana keuntungan hampir RM395 juta, peningkatan hampir 90% dari tempoh yang sama pada tahun lepas. 

Selain itu, katanya, jumlah penumpang menggunakan perkhidmatan MAHB juga meningkat 16%.

Wan Fayhsal menyeru pemegang-pemegang saham orang Melayu dalam PNB dan KWAP supaya tidak menjual saham mereka dengan harga yang murah kepada BlackRock untuk menguasai 39 lapangan terbang di Malaysia yang diletakkan di bawah MAHB.

"Jangan jual! Kita harus ingat jika Blackrock memiliki kawalan terhadap MAHB, syarikat penyokong tegar dan penyumbang dana kepada israel ini akan mempunyai kuasa terhadap kesemua 39 lapangan terbang di dalam negara sepanjang 45 tahun akan datang.

"MAHB juga ada pegangan tanah yang besar di KLIA.

"Usahlah kita berkomplot dengan Zionis. Jika kita masih bersama Blackrock, ini bermakna kita secara terang terangan bersama Israel membunuh kanak-kanak dan wanita yang tidak bardosa di Gaza," katanya lagi. 

WOIT

BLACKROCK

AKAN MILIKI

AIRPORT KITA

SELAM 46 TAHUN

AMIN

MAKA TERGADAI

PINTU MASUK

KE TANAH MELAYU

AMIN

KALAU INI BUKAN

JENAYAH ERTINYA

BIK MAMA

MASIH ANAK DARA

AMIN

CALON KERUSI BAGAN DATUK



Hakim, adik Zahid Hamidi sertai Pas
SEPANG — Adik kepada Presiden UMNO, Abdul Hakim Hamidi telah menyerahkan permohonan menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir Masduki menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Pas Parit Buntar.

“Semoga dengan kehadiran beliau dapat mengukuhkan lagi hubungan pimpinan UMNO yang cintakan perpaduan yang berlandaskan Islam,” katanya.

Menerusi video tersebut, borang keahlian itu diserahkan kepada Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur.

Sementara itu memetik laporan FMT, Hakim dilaporkan mendakwa perjuangan UMNO diketuai abangnya Zahid semakin lemah dalam menjaga hak Melayu dan Islam dengan tegas, menyebabkannya memohon menyertai Pas.

Hakim turut mendakwa keputusan meninggalkan UMNO kerana ingin kembali kepada perjuangan keluarganya yang mana bapanya Hamidi Abdul Fatah sebelum ini seorang aktivis Pas.

Menurutnya, namun bapanya menyertai UMNO mengikut jejak langkah Zahid kerana yakin UMNO sebagai parti Melayu komited menjaga Islam.

“UMNO yang dulu menjaga hak Melayu dan agama Islam dengan tegas kini semakin lemah. Kekuatan Melayu semakin terhakis dan agama Islam sering kali dipermainkan individu-individu tertentu,” katanya dalam kenyataan sepert dilaporkan FMT.

Hakim yang mendakwa dirinya kerap membantu abangnya di Bagan Datuk menegaskan: “UMNO sudah tidak lagi seperti zaman saya. Kepercayaan saya pada perjuangan asal UMNO mula pudar.”

Tegasnya, keadaan itu membuatkan dirinya ingin kembali kepada Pas yang didakwanya masih mampu mempertahankan hak Melayu dan kedaulatan Islam di negara.

“Seperti mana yang pernah disuarakan oleh Tun Abdul Razak pada 1973, apabila UMNO dalam masalah, orang Melayu harus bersatu bersama PAs,” dakwanya.

Hakim juga menjelaskan walaupun beliau memilih jalan politik berbeza dengan Zahid, hubungan persaudaraan antara mereka tetap utuh.

“Parti boleh berbeza, tetapi silaturahim tidak akan terputus,” katanya. BebasNews


WOIT

TAK CAYA LAGI

PADA ABANG ZAHID

KAH KAH KAH

ATAU INI CARA

NAK JADI CALON

BAGAN DATUK

KAH KAH KAH

AMIN

BUKAK MULUT MOHONG


BUKAK MULUT

MOHONG

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 
"BUDAYA BUKA 
MULUT MOHONG"

Yang bohong itu lah kaya raya, yang penipu itu lah jadi Perdana Menteri,

Yang jadi barua itu lah yang di sanjung , di puja di puji kaya raya billion billion

Kalau nak kaya raya kita kena Mula belajar menipu membohong Dan memfitnah haah

KHALAS

BUDAYA BUKA MULUT MOHONG


BUDAYA BARU

BUKA MULUT

MOHONG

AMIN

Unknown commented on 
"KENAPA KES GLOBAL IKHWAN 
GUNA SOSMA ?"

Hipokrit terbesar hipokrit terpaling hebat ialah orang yang mengaku baik tetapi sebenarnya jahat, kita nampak dalam laluan sejarah negara, ramai juga pejuang pemimpin penunggang bangsa agama keturunan kerabat macam-macam akhirnya menjadi perasuah pembohong pemborong projek komisen songlap duit berbillion masih berlakon alim ulama menjunjung kitab buku sebagai membuktikan hipokrit masih berleluasa, 

virus rasuah sudah menjadi sebahagian amalan budaya orang kita, sebaiknya mengakui dan bersetuju ianya secara jelas tuntas walaupun masih menafikan secara terbuka kah kah kah ilmiah sangat susah faham kena buat komidi macam buka mulut mohong buka mulut mohong saya ulang kah kah kah

HUTANG NEGARA MAKIN NAIK



Hutang negara rekod RM1.173 trilion tahun lalu, naik 8.6 peratus

SHAH ALAM - Hutang Kerajaan Persekutuan direkodkan sebanyak RM1.173 trilion pada tahun 2023, meningkat sebanyak RM92.918 bilion atau 8.6 peratus berbanding tahun 2022 yang berjumlah RM1.080 trilion.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 3/2024, hutang itu terdiri daripada Pinjaman Dalam Negeri berjumlah RM1.143 trilion atau 97.5 peratus daripada jumlah keseluruhan Hutang Persekutuan dan Hutang Luar Negeri berjumlah RM29.851 bilion atau 2.5 peratus.

"Pinjaman Dalam Negeri mencatatkan peningkatan sejumlah RM92.580 bilion atau 8.8 peratus, manakala Hutang Luar Negeri meningkat sejumlah RM0.338 bilion atau 1.1 peratus.

"Kedudukan Liabiliti Persekutuan pada akhir tahun 2023 menunjukkan peningkatan dengan Nisbah Liabiliti Persekutuan kepada Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) pada kadar 81.8 peratus berbanding 78.0 peratus pada tahun 2022.

"Ini berikutan kadar pertumbuhan KDNK nominal pada 2023 adalah sebanyak 1.6 peratus lebih perlahan berbanding 2022 pada 15.8 peratus. Nisbah Hutang Persekutuan kepada KDNK pada tahun 2023 pada kedudukan 64.3 peratus juga meningkat berbanding 60.2 peratus pada tahun 2022.

"Komitmen Jaminan juga menunjukkan peningkatan sejumlah RM3.288 bilion atau 1.5 peratus kepada RM227.404 bilion berbanding sejumlah RM224.116 bilion pada tahun 2022," kata laporan itu.

Laporan Ketua Audit Negara itu turut memaklumkan, bagi menambah baik pengurusan Hutang Persekutuan, kerajaan melaksanakan pembaharuan fiskal dengan kelulusan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 [Akta 850] di Parlimen pada 11 Oktober tahun lalu.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga mengambil langkah rasionalisasi dan konsolidasi defisit secara berperingkat, iaitu pengurangan defisit daripada 5.5 peratus pada tahun 2022 kepada 5.0 peratus pada tahun 2023.

"Pada tahun 2024, defisit fiskal diunjurkan kepada 4.3 peratus dan kurang daripada tiga peratus untuk tahun-tahun berikutnya.

"Bagi pengurusan hutang negara, langkah-langkah pengurangan hutang daripada 64.3 peratus kepada KDNK pada tahun 2023 sehingga mencapai 60 peratus menjelang tahun 2030," menurut laporan itu.

Laporan Ketua Audit Negara 3/2024 turut merumuskan, Kerajaan Persekutuan hendaklah memberi perhatian serius terhadap pinjaman baharu.

Langkah itu katanya, bagi memberi tumpuan kepada membiayai bayaran balik pinjaman yang akan matang memandangkan Kerajaan Persekutuan perlu menyediakan peruntukan bagi melunaskan pinjaman yang akan matang sejumlah RM773.750 bilion dalam tempoh 10 tahun.

"Di samping itu, pinjaman yang dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembangunan perlu dioptimumkan penggunaannya untuk membiayai projek pembangunan fizikal yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi seterusnya dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

Selain itu, laporan tersebut turut mengesyorkan pengurusan Hutang Persekutuan yang berhemat bagi mengurangkan pendedahan hutang dan liabiliti serta pemantauan terhadap tindakan rasionalisasi dan konsolidasi.

"Ini kerana, peraturan menetapkan sasaran defisit tidak melebihi 3 peratus kepada KDNK; hutang negara tidak melebihi 60 peratus kepada KDNK; dan Jaminan Kewangan tidak melebihi 25 peratus kepada KDNK sejajar dengan objektif fiskal di bawah Akta 850," menurut laporan itu. SINAR HARIAN

HUTANG NEGARA

LEBIH TINGGI

DARI PENDAPATAN

NEGARA

AMIN

GAJI DUA RATUS

SEBULAN

BELANJA 4 RATUS

SEBULAN

HUTANG 1 RIBU

SEBULAN

AMIN

INI TAHAP BAHAYA

WAT IS DE BEKOS

AMIN

PASAI APA?

MANA DUIT ILANG?

BOCOR KAT MANA?

JENG JENG JENG

KHALAS

HUTANG NEGARA


Belanja dan hutang meningkat

Oleh A Kadir Jasin
DALAM rencana akhbar Sinar Harian Ahad yang dikepilkan, saya menyebut mengenai adanya gesaan supaya kerajaan memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (goods and services tax/GST).

2. Pada hari yang sama, dalam ucapan di mesyuarat agung tahunan Persekutuan Dewan-dewan Perniagaan Cina Malaysia di Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata beliau telah lama mengiktiraf GST sebagai cukai yang paling telus dan berkesan.

3. Tetapi, katanya rakyat jelata Malaysia perlu terlebih dulu mempertingkatkan paras pendapatan sebelum kerajaan boleh menimbangkan pelaksanaan semula cukai itu.

4. Berkenaan ramalan cukai warisan (inheritance tax) pula, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menafikannya. Beliau dilaporkan berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan oleh kabinet.

5. Jika diperkenalkan, sebahagian besar beban cukai ini akan ditanggung oleh masyarakat Cina kerana orang Cina adalah pemilik harta pusaka terbesar di negara ini.

6. Tetapi kerajaan wajib melakukan sesuatu bagi penambah hasil memandangkan beban perbelanjaan yang semakin meningkat dan hutang yang melambung.

7. Perbelanjaan mengurus tentu naik dengan pelaksanaan tangga gaji baru kakitangan awam mulai Disember ini.

8. Menurut Bernama, dari Januari hingga April tahun ini saja, hutang kerajaan naik sebanyak RM50 bilion kepada RM1.22 trilion daripada RM1.17 trilion pada akhir 2023.

9. Hutang negara melonjak daripada kira-kira RM31 bilion pada tahun 1978 kepada RM1.5 trilion sekarang, iaitu peningkatan 48 kali ganda dalam tempoh 46 tahun.

10. Mohon baca rencana akhbar Sinar Harian yang dikepilkan untuk kefahaman lebih luas.


LANGIT BIRU AWAN BERKUMPUL


JAM 11.45

LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH
BILA AWAN PUTIH BERKUMPUL
MATAHARI MENYEDUT AIR
AWAN PUTIH JADI AWAN HITAM
MENJADI AWAN GELAP
HUJAN AKAN TURUN

AMIN



KIRAAN UNDI ZAHID KALAH ?


KIRAAN UNDI

ZAHID KALAH

AMIN

Unknown commented on 
"UNDI ROSAK LEBIH BANYAK 
DARI UNDI MENANG - 
ZAHID KALAH"

ni bukannya kes ajaran sesat tapi kes kiraan UNDI pilihanraya undi byk rosak manusia rosak undi rosak kahkahkah madani boleh!!!

BLOOMBERG FITNAH PEMIMPIN MELAYU ISLAM


BLOOMBERG

FITNAH PEMIMPIN

MELAYU ISLAM

AMIN

Unknown commented on
 "WARTAWAN BLOOMBERG
 AKAN DI TANGKAP ?"

memang pelik & melik Anwar X saman ?kot X saman pasai bloomberg bukan syarikat ikan bilis nanti x heran bloomberg dgn bab saman ni atau nk saman ok bolehlah kita rakyat tahu apa crita!!

PAGI INI


PAGI INI

 RABU 16 OKTOBER 2024
PARLIMEN BERSIDANG
BUJET AKAN DI LULUSKAN
JENG  JENG JENG

KEMARIN PARLIMEN DI TANGGUH
KERANA BANJIR
HUJAN PAGI TAK HENTI HENTI
BAWA BAJIR SANA SINI

BILA BUJET DI BINCANG
MAKA TIMBUL HUTANG NEGERA
JENG JENG JENG
DAH MASUK BERAPA TRILION
BUKAN BILION TAPI TRILION
SAYA ULANG
BUKAN BILION
TAPI TRILION
JENG JENG JENG

CUKAI ?
NAK BUAT CUKAI BARU ?
NAK HAPUS SABSIDI LAGI?
JENG JENG JENG

AMERIKA
BERI AMARAN PADA ISRAEL
KALAU TAK BERI MASUK
BANTUAN  KEMANUSIAAN 
KE GAZA
MAKA AMERIKA AKAN 
BERHENTI BEKAL SENJATA
PADA ISRAEL

ITALI
PM MELONI
BERCADANG NAK MELAWAT
LEBANON

AMERIKA
TRUMP BERJOGET
DAN BERTANDAK SELAMA 40 MINIT
UNTUK TUNJUKKAN
PADA RAKYAT AMERIKA
DIA SEHAT WALAFIAT
INI UNTUK TANGKIS
TUDUHAN KAMALA YANG TRUMP
TAK SEHAT
AMIN

HOKKEIN 
PAGI INI INDAH 
CERAH SEGAR BASAH
MATA HARI DAH BERSINAR INDAH
LANGIT BIRU TERBENTANG
SANA SINI ADA AWAN PUTIH
AIR MASIH MELELEH DI JALAN 
LOPAK AIR DISANA SINI
ADA JALAN BERLUMPUR

HUJAN  LEBAT BERJAM JAM 
KEMARIN MEMBERSIH SEMUA
AWAN HITAM DI LANGIT

TERKUKUR BERSUARA GUMBIRA
TIONG BERKUMPUL RAMAI
SEMUA MENYAMBUT
RA TUHAN  PERTAMA UMAT MANUSIA

HARI INI AKAN PANAS
TAK TAK DAH BERJEMUR
DI BALKONI
JIKA PETANG HUJAN
MALAM SEJUK SANTAI
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM HARI RABU

BRO
JIKA LU NAK JADIKAN
MIMPI LU SATU KENYATAAN
PERTAMA YANG LU WAJIB LAKUKAN
IALAH BANGUN DARI TIDUR
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA